@Grills, Seksyen 13 Shah Alam

Saturday 17 March 2018

Belek folder Dropbox ada gambar snapped at The Grills. Dulu masa awal kerja, hari Sabtu kitorang bertiga keluar makan dekat area Shah Alam sebab nak release stress. Perempuan dan makan berpisah tiada.

Sebenarnya rancangan asal nak makan dekat Pelpero tapi tutup pulak sudahnya lepas dua kali pusing dan berfikir, try lah makan dekat @Grills ni. At first bukan tak nak masuk tapi sebab restoran dia nampak eksklusif takut pulak nak jejak dengan poket yang nipis ni.

Tapi bila usha menu dia tak lah mahal mana pun. Affordable lah untuk sekali sekala makan bila duit berkepuk hihu. 






Portion untuk semua makanan memang besar, nak kongsi dua orang pun boleh. Kitorang order 4 dishes pun dah penuh meja. Lagi 1 main dish dah hilang gambar tapi chicken chop je. Baru 4, kalau 10? Rabak poket. T.T

Untuk drinks pulak, sangat tak berbaloi kalau minum dekat sini sebab mahal tapi sedap lah but better if share je drinks ataupun seludup dari luar sebab takde signature drinks ke apa pun. Sama je macam restoran lain tapi harga mahal lagi. 

Since entri ni throwback post, jangan tanya berapa harga total semua tapi cecah seratus lah. But if you ask me, I suka service dekat sini sebab pelayan dia baik sangat walaupun kitorang banyak cekadak. The environment is nice, got free wifi, deco cantik, cutlery bersih, memang comfortable. Cuma waiting time je kena tunggu sikit tapi standard lah makanan western memang kena tunggu at least half an hour baru sampai. Sebab tu ada appetiser supaya tak menangis tunggu main dish. 

If you guys jalan-jalan Seksyen 13 Shah Alam & nak makan western food tapi Pelpero sesak dengan orang, you guys boleh lepak @Grills :)

9 comments

  1. Wow best ni, boleh la pergi nanti...

    ReplyDelete
  2. Wah, dah dekat ni. Boleh ajak cik abe mkn sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nanti, sesuai kalau dating. Bawak anak pun okay je sebab tak ramai orang

      Delete
  3. Duk lalu lalang je kat sini tapi tak pernah try sebab dia punya environment macam krik krik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sendu hahaha masa masuk tu pun fikir banyak kali

      Delete
  4. Macam menarik.. Kalau sesekali, okaylah kan..

    ReplyDelete
  5. terbaek.. mesti sedap ni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.