Haritu adik teringin sangat nak
makan Spaghetti Carbonara, ngam bahan semua dah ada tinggal nak masak je. Hidangan
ni untuk 2 orang makan tau. Kalau nak masak yang lebih, yang kurang
pandai-pandai la tambah atau kurangkan.
Bahan-bahan :
Bahan A
- Spaghetti
- Minyak zaitun
- Garam
Bahan B
- Bawang putih 5 ulas dihiris
nipis
- Halia 1 inci dihiris nipis
- Cili padi 5 biji dipotong kecil
- Tomato 1 biji dipotong 6
Bahan C
- Sotong besar 2 ekor
- Sos Prego Carbonara Mushroom 4
sudu besar
- Susu segar 1 cawan
- Garam
- Minyak zaitun 2 sudu besar
- Air 2 cawan
- Serbuk lada putih
Cara-cara penyediaan :
1) Rebus Bahan A sampai masak
kemudian toskan.
2) Panaskan minyak kemudian
tumiskan Bahan B sampai naik bau.
3) Masukkan sotong besar kemudian
masukkan air, tunggu sehingga sotong masak.
4) Masukkan sos Prego Carbonara
Mushroom, gaul sehingga sebati.
5) Masukkan susu segar dan garam
secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
Bila dah siap, boleh hidangkan. Kemudian taburkan
serbuk lada putih dengan daun yang korang nak bagi ada umpph sikit. I guna ulam cekur sebab dah membiak banyak dah dalam pasu.
8 comments
alahai..sdap tu..:)
ReplyDeleteterus akak rasa lapar...sedap ni bila carbonara dah dimelayukan..akak mmg suka buat versi derhaka
ReplyDeletesedapnyaaaa T_T
ReplyDeletesenang rupanya nak buat cabonara ni..nak try buatlah
ReplyDeleteyou are the best!
ReplyDeletethanks for this sharing
Uih sedapnya. Mai suka bolognese. Hehe.
ReplyDeleteMesti mengancam sebab ada cili padi..
ReplyDeleteterliur tgk ni. hehe
ReplyDelete[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.