Nasi Ayam McD Kota Damansara

Wednesday 7 March 2018


Sabtu lepas jejak kaki ke McD sebab ada orang craving dengan Nasi Ayam McD. Before this ada nampak Nasi Lemak McD tapi tak tahu pula kewujudan Nasi Ayam dia. Masa tengah queue tu belek poster dia sebab tengok menu baru - Nasi Telur, Nasi Ayam Tanpa Telur dengan Nasi Ayam. Terpaksa ambil gambar dekat Twitter sebab dalam laman web McD tak wujud pulak 3 serangkai ni. 

Credit : Twitter FoodViralMY
So this is our Nasi Ayam McD (Tanpa Telur). Sama atau tak dengan dalam poster? 


Sambal tak nampak sebab dia letak bawah ayam. At first I thought dia nak letak ayam goreng McD tapi dia bagi ayam regular. Hambar. Siapa yang suka makan banyak happy la kot makan meal ni sebab nasi dia banyak. Dalam poster dapat timun 2 potong tapi dapat sepotong je. Sambal dia sedap sebab guna sambal ikan bilis. Rasanya dia ambil sambal Nasi Lemak letak dekat Nasi Ayam. Sambal je lah sumber kebahagiaan untuk menu ni. 

Sedap lagi Nasi Ayam KFC sebab ayam boleh pilih Spicy ataupun Original. Sayur pun dapat coleslaw, terasa lah sayur tu nak dibandingkan dengan timun sepotong. 

In terms of harga, satu set Nasi Ayam ni RM 9.95 termasuk dengan air. Kalau Nasi Ayam KFC around RM7? I'm not sure the exact price sebab selalu pergi waktu Lunch or Dinner Treats. Lagipun dah lama tak makan set tu. Even dekat page KFC pun tak wujud menu tu untuk buat reference. 


Not gonna try Nasi Lemak McD sebab mahal kemain nak pulak bila dapat ayam hambar macamtu. RM11.95 boleh makan 5 nasi lemak telur mata separuh masak ataupun 2 nasi lemak ayam dekat warung biasa. Sedap pulak tu. Lagipun ada baca ramai yang tak suka sebab tak sedap & kosong. Nasi lemak kalau tak ada ikan bilis, tak sempurna kewujudannya gittewwww. 

Anyway, tak berbaloi makan Nasi Ayam McD walaupun sambal dia letops. Ciao!

13 comments

  1. Hahah Hana dah banyak kali kena ting tong dengan iklan... lagi2 iklan kat TV... adoi! Selalunya Memang indah khabar dari rupa ja~ T^T bertabahlah sis... hahaha :3 nice honest review btw!! ^^

    ReplyDelete
  2. uish
    1st time tahu mcd pun ada nasi ayam
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah lama boikot McD tapi tiap keluar Prosperity, tiba-tiba dapat pengecualian boikot McD..haha

    ReplyDelete
  4. alaa tgk menu gambar menaik ya ampun sekali bila tgk real gambar..okeh taknak beli..hampeh toi.

    ReplyDelete
  5. Dulu KFC pun ada nasi lemak, 9 tahun lepas time arwah tokwan zumal ada lagi. Tetiap pagi tokwan request nasi lemak kfc...

    ReplyDelete
  6. baca review pun ramai kata tak sedap... better pergi makan dekat gerai, kenyang pun kenyang siap boleh tambah lagi tu pun tak sampai harga cam tu. hhuhuu

    ReplyDelete
  7. Ingatkan ayam spicy. Heheh. Memang tak boleh tukar eh ayam tu? Baruu ingat nak try jugak.

    ReplyDelete
  8. mahalnya! nice review sis. azah singgah mcd sekarang just makan ais krim dia je. hikhik

    ReplyDelete
  9. Pergh.. Harga tu... hurm.. KFC pun dah naik dah sekarang..

    ReplyDelete
  10. hmm sedapnyaaa, tengah lapar

    ReplyDelete
  11. GV just makan nasi MCD dengan telur. To be honest. Kurang sedap. huhu.

    ReplyDelete
  12. lama aida x jejak mcD.
    ada nasi ayam ekk?
    tgk la dpt gaji nanti.
    bwk anak2 lepak makan2 mcD.
    tak nak try la tapi nak makan bigmac!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.