Movie Review | Ayat-Ayat Cinta 2 (2017)

Tuesday 27 March 2018

Image result for Ayat-Ayat Cinta 2

Pengarah : Guntur Soehardjanto
Pelakon : Fedi Nuril, Tatjana Saphira, Chelsea Islan, Dewi Sandra, Nur Fazura, Pandji Pragiwaksono, Arie Untung, Bront Palarae, Dewi Irawan, Cole Gribble, Mathias Muchus, Millane Fernandez, Nino Fernandez, Dian Nitami
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 125 minit
Trailer :


Finally after 9 years AAC2 keluar walaupun sebenarnya dah tak payah keluar dah pun sebab yang pertama pun tak ada la best mana tapi tak lah selompong sequel ni. Sayang lah movie yang penuh dengan casting yang bagus, cinematoghraphy cantik tapi sia-sia sebab jalan cerita dia agak mehhh.


Movie AAC2 bermula dengan Aisha bergelut di Palestin bilamana kawasan tu dibom oleh IDF. Since then tak ada khabar berita dari Aisha dan Fahri tetap menunggu Aisha balik ke Edinburgh. Sementara menunggu tu, Fahri tetap dengan keteguhan ibadah dia menjalankan kehidupan harian sebagai pensyarah dan seorang jiran yang baik kepada Keira, Jason, Brenda & Nenek Cristina walaupun berbeza agama dan gaya hidup.

Bila tengok kehidupan Fahri ni rasa macam tengok movie Hindustan zaman 90-an pun ye jugak. Pergi mana pun semua orang sembang bahasa dia. Even mengajar dalam kelas pun guna bahasa Indonesia padahal pelajar Indonesia 3 orang je pun. Pengetua pun Indonesia. Kalau pengetua tu local, mungkin tak timbul isu tolong kroni antara pengetua dan Fahri. Tu belum masuk part debat di university pun guna bahasa Indonesia padahal yang faham dekat situ Fahri, Baruch, Nenek Christina dengan Hullya je. Not to mention diorang punya effort untuk cari point punyalah teruk sudahnya satu quote je Fahri kemukakan lepastu Nenek Christina potong dengan cerita melankoli dia dan Fahri dilabel malaikat. Tssskkkk

Image result for Ayat-Ayat Cinta 2

Dalam AAC2 ni Fahri dan Aisha memang kaya tau. Kaya sangat, mungkin sama level macam Vida or even greater sebab soal duit tak pernah jadi masalah walhal Muslim agak dibenci di kawasan tu sebab kes terrorist attack. And yes, Keira & Jason mainkan peranan penting untuk isu ni. Emosi tengok Jason minta tolong dengan Fahri kes Keira jual badan sebab tak ada duit dah.

Banyak sebenarnya adegan entah apa-apa dalam AAC2 ni tapi kalau nak sembang dah boleh jadi thesis dah tajuk kenapa perlu keluar sequel padahal prequel dah cantik. Belum sembang part Aisha menyamar jadi Sabina berkerja jadi orang gaji dekat rumah Fahri tapi sikit pun Fahri tak kenal Aisha padahal penampilan sama je. Even cara lilit shawl pun sama. Even pashmina pun sama ya tuhannnn kenapa Fahri goblok amat sih! Tiba-tiba Nenek Christina yang tak pernah kenal Aisha tu boleh kenal.  T.T


Belum masuk part Aisha bakar tangan semata sebab taknak buat visa dengan Brenda. Belum sembang Hullya cari chamomile tea satu dapur tak jumpa padahal buka cabinet dah jumpa dah. Tu tak cakap pasal face transplant lagi. Tak faham langsung kenapa Aisha kena buat surgery sebab nak Umar ingat Hullya sedangkan gambar Hullya ada. Lagi bagus kalau Fahri larang, tak la nampak sangat Fahri ni suka dengan perempuan cantik je buat bini. Lagipun kecacatan muka Aisha tu tak teruk mana pun lah. Tak sampai tahap Phantom Of The Opera pun.


Soundtrack movie ni pun tak sehebat soundtrack AAC nak pulak lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa dulu sampai level berhantu. Dalam sequel ni soundtrack utama ada la sikit tune macam lagu AAC tapi entahlah tak best pun. Sekali dengar je macam angin berlalu.

Kalau bosan sangat ataupun nak tengok lakonan Fazura dengan Bront bolehlah layan movie ni. Ataupun nak hidup berpaksikan fantasi kehidupan Fahri boleh la kot layan. Kalau ada AAC3 harap Brenda kahwin dengan Fattah Amin hihu 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 5.8/10

7 comments

  1. Masa memula keluar cerita ni kat pawagam teringin juga nak pi tengok.. Sekali dapat tau orang cakap macam tak berapa best.. Tak jadi laa.. Huhu 😂

    ReplyDelete
  2. AAC yg first tu pun cikla xpernah tgk. Sebab mcm dh tahu jalan cerita agak meehhhh

    ReplyDelete
  3. Ooo..macam tak best sangat je hehe tapi ciktie tak pernah tengok pun AAC yang mula-mula tu

    ReplyDelete
  4. omg banyaknya isu dalam filem ni macam mana dorg sumbat semua benda tu utk 2 jam..lorh

    ReplyDelete
  5. Dah baca komen orang sebelum ni kata cerita ni macam ala-ala cerita syok sendiri, terus tak minat nak tengok..

    ReplyDelete
  6. blm tgk lagi cerita ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. aida x tgk aac2 ni.
    tak sangka plak sebegini.
    hmmm sayang nyer lah ekk.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.