Book Review : Mikayla

Tuesday 6 March 2018

Image result for mikayla melur jelita

Penulis : Melur Jelita
Terbitan : Karya Seni
Tahun : 2016
Genre : Cinta
Jumlah helaian : 651 mukasurat / 290 bab
Sinopsis :

Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap berlari!

Hardi-E.Ar Rahman – Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH). Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla – Kononnya berdarah Bugis. Dicap keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!
Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau. Jadilah asam pedas Astaghfirullahalazim bertemu masak lomak cili api Alhamdulillah. Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut. Jawapan Hardie : Saya main-main je.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?! Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap tersenyum!

Mikayla mengisahkan tentang kehidupan gadis berambut kerinting anak kepada Wan Embun yang tinggal di vila indah di Johor Bahru. Menjadi penyewa di salah sebuah rumah Wan Embun, Hardi mengenali keluarga kecil Mikayla namun dia belum tahu rahsia gelap keluarga Mikayla. Belum sempat berkawan rapat, Hardi terpaksa berpindah ke berek polis dek kerana Akim & Safar ingin berkahwin lalu meninggalkan Mikayla seorang diri.

Setahun berlalu masing-masing menjalani kehidupan sendiri tanpa khabar berita. Keluarga Mikayla makin berantakan. Hidup Hardie makin sunyi. Satu demi satu peristiwa terjadi dan akhirnya mereka bersua kembali dalam satu majlis. Dapatkah Hardie memohon kemaafan kepada Mikayla?

Storyline cerita ni simple je tapi disebabkan Melur Jelita banyak merapu dengan gurauan yang agak kasar, sebulan setengah baru mampu habiskan novel ni. Cerita dia ada twist, ada character development, ada plot cantik tapi sakit hati baca sampai rasa nak campak novel ni. Rasanya tak perlu kot tunggu sequel Mikayla ni. I’ll rather create my own story daripada tunggu karya MJ.

Berbeza dengan penulisan dia yang sebelum ni yang sarat dengan sejarah dan lebih serius. Novel Mikayla penuh dengan lukisan entah apa-apa, gurauan kasar, slutshaming dan tahap merapu yang tinggi. Habiskan RM27 dan beratur panjang di bookstore memang sangat tak berbaloi.

Dulu pernah terkena dengan buku indie so I stop buy any sebab membazir tapi tak sangka novel MJ buat perangai macam ni. 



If you guys are fans of MJ & dah baca semua karya MJ, dalam Mikayla you guys akan jumpa Firman Ebrahim, Hilman Yong & Intan Zulaikha dan Irvan dengan Maryam. Happy jugak dapat jumpa character menyengat tapi tak lama pun part diorang. Cukup datang untuk kenalkan diri perangat asam pedas yang semalam je. 

Karakter Hardie jauh beza dengan karakter dalam karya MJ sebelum ni. Enough to say both Hardie dan Mikayla berbeza seperti karya MJ sebelum ni. Kecewa? Nope, not at all. Like I said earlier cerita dia cantik cuma gaya bahasa dan penceritaan MJ berbeza. 


Plot tempat novel ni majoritinya di Johor. What makes it annoying is not how she describes Bangsa Johor tapi kenapa perlu jatuhkan bangsa melayu untuk cantikkan Bangsa Johor? Bukan sekali dua tapi banyak kali. Kalau sebelum ni, karya dia memang menaikkan peradaban bangsa Melayu tapi dalam Mikayla habis rosak. 

Sama dengan babak di mana Hardie jadi tumpuan rakyat Malaysia. I know cerita ni fiksyen tapi perlu merapu sampai ke tahap ni? Kalau percubaan MJ untuk bagi cerita yang santai, ini bukan santai. Ini sampah. I found solace in her previous novel but not for this one. Kecewa tahap petala. 


Its appalling to watch sketches here and there. Kalau sketches yang MJ letak berkaitan dengan penceritaan, I'll be fine with it tapi sketch belasah asal boleh buatkan novel tebal? Yes, sketches ni dari anak-anak dia tapi duit yang keluar dari poket sendiri. 



Mungkin ada yang suka dengan novel macam ni but not for me and I've decided to stop being a fan. Cukup sampai The One kot. Kalau nak baca pun lepasni baca yang percuma je.

Rating : 2/5

15 comments

  1. Oo ok.. nanti ciktie nak try baca la pula buku ni. Tapi kalau dua tiga patah perkataan je dalam satu page hmmm terasa rugi juga beli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp sangat rugi. Kalau nak baca better cari yang free

      Delete
  2. Dah lama Lya tak membaca hee. Sokay, membaca the pieces tak kesah la it's good or not at least membaca kan. Boleh hunting buku lain dah lepas ni ;)

    ReplyDelete
  3. Tapi Hana suka jugak novel yg ada selit gambar2 sesekali ^^ hehehe :3 nice honest review!! <3

    ReplyDelete
  4. Honestly, ika boleh terima novel yang ada gambar if novel tu, utk kanak kanak, atau sejenis buku yang indie book dimana depa bebas utk letak apa saja.. Kalau novel biasa. Ada gambar tu mcm tak sesuai je. Tktahu la kan. Huhu. Lama tak beli novel cinta yang latest. Hee. Baca review je mampu.

    http://ikashoid.blogspot.com/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah nak letak gambar or sketches kalau relate dengan content tapi kalau banyak sangat tambah pulak lari dari cerita, rasa geram jugak sebab banyak tau. Kawan pun tegur kenapa bazir duit beli novel macamni

      Delete
  5. Wow.. Review yang menyengat dan jujur.. Maybe MJ cuba untuk mengikut peredaran zaman.. Kalau ada bab tapi tak ada ayat memang sangat mengganggu pembacaan.. Review ini buat sha nak baca novel ini tapi untuk beli mungkin tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah mungkin ada yang komen novel dia sebelum ni terlampau serious ataupun sarat tapi kalau dia tak selesa dengan gaya cerita macamtu, jadi diri sendiri je lah. RAM okay je dan masih relevan hingga sekarang. Yupp, jangan beli kalau nak baca. Cari yang free je.

      Delete
  6. belum pernah baca lg buku ni... hmmm...tp kalau buku ada gmba camnih rasanya lebih suka tgk gambar dr baca buku..hahahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka tengok sebab gambar dia banyak tak cantik

      Delete
  7. nmpk beremosi review farhana ni... n kita mungkin sealiran. kalau terlalu byk merapu drpd cerita mmg rs nk campak trs buku tu ke unggun api hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi emosi sebab expectation tinggi. Membazir duit pulak tu beli buku merapu macam ni.

      Delete
  8. ok la tu dapat habiskan juga yg kte ni baca novel penulis ni dari tahun lepas sampai sekarang tak habis2 lg tapi rasanya macam dah give up nak baca..haha

    ReplyDelete
  9. Eh eh ada bab 1 page je. Zumal baca review je la tak rasa macam mampu habiskan baca novel merepek...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.