Untuk 3 hari ni adik turun
Melaka sebab bff dia buat majlis aqiqah anak, so menapak lah kejap ke Terminal
Bas Shah Alam Seksyen 13 tu. This is my first time jejak kaki dekat sana.
Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan terminal bas ni.
Dengan bantuan Waze, sampai
lah dekat sini walhal entah dah berapa kali dah lalu kawasan ni sebelum ni tapi
tak tahu pula yang ni kawasan terminal bas sebab ingatkan additional park space
untuk Stadium Melawati. Tapi Waze pun
buat kitorang sesat sampai dia pun tak tahu macam mana nak reroute. Ya tuhannn
Waze.
Disebabkan hari terakhir
sebelum bermulanya cuti sekolah or cuti sem, so memang ramai lah student dekat
situ. Lucky for my sister dah beli awal dari 2 minggu lepas lagi. Dapat la seat
depan sikit. Kalau dapat area tayar memang azab.
Btw, not knowing much about
this place tapi kesian jugak lah tengok keadaan terminal bas Shah Alam ni sebab
terminal utama tapi tak dijaga rapi. Jalan berlubang bukan sikit, lubang pun
kemain besar. Menangis jugak kalau tak fokus masa drive dekat kawasan ni. Kaunter
tiket diorang pun guna kabin je. Kabin ni kalau tengah panas terik ni memang
azab tau. Sedangkan dekat office pakai aircond paling rendah sekali pun terasa
bahang tu, apatah lagi pakai kipas biasa. Kesian diorang yang berniaga dekat
sini.
Tapi kesian jugak dekat diri
sendiri sebab terkorban duit masa beli air. Dari jauh nampak sedap sangat air
lemon asam boi pudina dia sekali bila beli dia letak lemon alahaiiiii. Padahal
dalam balang air dia meriah sangat tau lemon asam boi dengan daun pudina dia. 3
hengget terkorban.
Adik beli air mineral 500ml
pun sebotol RM2. Fuhhh terus cancel beli. Sebab panas sangat je beli tadi.
Menyesal tak tanya dulu sebelum beli. Lagi sedih bila air lemon ni dia guna
soda bukannya air mineral. Kembang tekak minum air manis. Aduhduhhhh.
7 comments
wahhh
ReplyDeletezaman2 study dulu selalu lah gi terminal nih
hehehe
kes menipu ni jual air mineral tu sampai RM2..ish3
ReplyDeleteTerminal bas Klang pun senasib dengan Shah Alam gak.. Tak terurus.
ReplyDeleteHana tak pernah naik bas sorang! ^_^ Adik akak powerLah hehe :3
ReplyDeleteTeringat time jd student balik naik bus. Kdg2 naik komuter.. Rindu..
ReplyDeleteErghhh... Kalau tengah panas dan dahaga terkena macam ini memang agak menyakitkan hati.. huhu
ReplyDeletemak ai.. 3 hengget.. ish ish ish
ReplyDelete[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.