Movie Review : October

By farhanna jafri - 06:12

Related image

Director : Shoojit Sircar
Cast : Varun Dhawan, Banita Sandhu, Gitanjali Rao, Sahil Vedoliyaa
Production Company : Rising Sun Films, Kino Works
Distributor : NH Studioz, Grand Showbiz
Genre : Drama
Running Time : 1 hour 55 minutes
Release Date : 13 April 2018
Trailer :


I still remember in 2016, during Rajeev Masand Roundtable where Varun eagerly wants to act in a movie where people can watch his talent and doesn’t care about box office collection so he choose October after Judwaa 2. Was it worth it? Is it really he doesn’t care with profit? Tapi kalau nak ikutkan bajet untuk movie October cuma 20 crore dan pulangan sebanyak 54 crore. I guess he’s doing fine.


October mengisahkan tentang Danish Walia (Varun Dhawan) yang menjalani latihan praktikal di hotel 5 bintang di Delhi bersama junior diploma, Shiuli Iyer (Banita Sandhu). There’s no special relationship at all between these two. They are barely talk to each other since Dan ni suka cari pasal dan langgar arahan manager hotel, Asthana so dia selalu kena denda. Kalau berjumpa dengan Shiuli pun masa morning briefing itu pun tak menyembang langsung.

So what connects them two? Tragedi yang menimpa Shiuli semasa parti malam Krismas. Diorang menyembang tentang Dan sebab none of them nampak Dan dekat hotel hari tu. Lepas Shiuli tanya ‘Where is Dan?’, dia naik atas balkoni untuk duduk tapi tergelincir kemudian jatuh ke tingkat bawah. Dia disahkan koma disebabkan brain trauma jatuh dari tingkat 3 setinggi 30 meter. Sejak dari hari tu, Dan selalu datang melawat Shuili even skip kerja ataupun ambil cuti semata untuk jaga Shiuli walaupun family Shiuli ada untuk menjaga.


Sikap Dan agak menyusahkan rakan-rakan lain sebab terpaksa ganti shift dia, tambah pula Dan mula berhutang disebabkan gaji dia dipotong. Rakan baik Dan, Manjeet (Sahil Vedoliyaa) mula nasihatkan Dan supaya kurangkan pergi hospital dan focus dengan internship tapi Dan tetap dengan pilihan dia untuk menjaga Shiuli. Bukan rakan-rakan je yang nasihatkan, hotel manager  pun dah penat nasihatkan Dan sebab risau nanti tak ada hotel yang akan ambil Dan berkerja tapi semua tu macam angin lalu je.

Selain menjaga Shiuli, Dan habiskan masa berborak dengan staf hospital sampai dia tahu serba sedikit tentang pesakit koma dan carakerja hospital. Sampai satu hari, mak Dan sendiri datang ke hospital berjumpa dengan keluarga Shiuli minta secara baik untuk tegur Dan lepas Dan kena buang kerja dari hotel. 3 tahun diploma hilang macam tu je sebab rekod internship yang buruk ditambah pula kena bayar denda penalti disebabkan kelakuan Dan yang suka langgar peraturan.


Dan akur dengan permintaan ibu Shiuli, Prof Vidya Iyer (Gitanjali Rao) supaya focus dengan karier supaya masa depan terjamin. Dan berpindah ke Manali untuk berkerja sebagai pengurus hotel di La-Risa Mountain Hotel atas recommendation Asthana. Sangkaan Vidya untuk Shiuli akan bertambah baik meleset bila Shiuli seizure dengan kerap sampai terpaksa masuk ke ICU. So she decided to call Dan supaya datang tengok Shuili and yupp she’s getting better sampai boleh discharge.

Dari awal movie sampai habis memang tak ada langsung scene percintaan antara Dan dengan Shiuli. Ada sebab kenapa Dan jaga Shiuli tapi sampai habis cerita Dan tak jumpa jawapan yang dia cari. Masa trailer launch pun Shoojit Sircar mentioned, movie October ni bukan tentang kisah percintaan. So relationship between Dan-Shiuli ni hanya Shiuli seorang je yang tahu.

Movie October diinspirasikan dari kisah pesakit koma dalam tabloid so the writer come up with the idea untuk menekankan tentang perjalanan pesakit koma. Tapi dalam movie ni tak highlight banyak sangat pun pasal Shiuli tapi lebih kepada kisah hidup Dan. He’s a rebel, carefree and loyal to his friends. Bunga Jasmin antara trademark utama movie October sebab Shiuli dinamakan sempena bunga Jasmine dan akan tumbuh mekar pada bulan October kemudian jatuh ke tanah pada waktu malam. Sama macam Shiuli, jatuh dari hotel pada waktu malam.


Movie ni ada plot tapi dia stretch terlampau untuk dijadikan movie sampai speed movie ni terlampau slow. Boleh je kalau dia tambah scene lain supaya nampak lagi menarik. Dalam movie ni tak ada lagu so that’s one of the reason kenapa bosan yang amat sangat. Boleh je kalau dia masukkan flashback scenes ataupun kembangkan penjelasan doktor mengenai pesakit koma.

Thanks to director of photography, Avik Mukhopadhyay movie October nampak cantik dengan shot dari camera dia walaupun cuma shoot di beberapa tempat sahaja. I really love how he highlight Jasmine Night flowers, it looks breathtaking and pure. Scene di La-Risa Mountain Hotel pun cantik nak pula masa parti malam Krismas.


Lakonan debutante Sanita Bandhu bagus, lakonan Varun Dhawan pun bagus tapi sayangnya tak mencapai tahap yang dijangkakan. Jauh beza nak bandingkan October dengan Badlapur sebab October agak flat dengan kurangnya emosi dan content. Perjalanan cerita memang cantik tapi sama macam relationship Dan-Shiuli, movie October masih lagi dalam teka-teki yang tak mungkin terjawab.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Ingatkan cerita korea, hindustan rupanya. Storyline menarik.

    ReplyDelete
  2. Alahai.. teka teki nie tak best.. kikiki

    ReplyDelete
  3. tgk gambor lawo lawo scene nya. tp nk tgk tu bila entah.

    ReplyDelete
  4. terbaek.. mesti best citer ni :)

    ReplyDelete
  5. mungkin ada sambungan kot ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)