Tuesday, 13 March 2018

Pokok Tomato Dah Berbuah


Before this sembang pasal pokok bendi tapi bendi dah habis, kita sembang pasal pokok tomato pulak sebab tengah queue nak membesar buahnya lepas berbulan pokok dia membiak.

 

Tapi lepas beberapa minggu condition dia sama je besar ni je. Dari hijau membawa ke oren membawa ke merah memang besar tu je lah dia. Since kulit dia macam dah nak rosak, petik je lah dari pokok lepastu cantas terus pokoknya sebab nak control ketinggian pokok dia.

Kecewa jugak la tengok saiz buah tomato ni sebab dah lama tunggu dia berbuah sudahnya terbantut. Maybe sebab guna pasu leper kot so tanah tu tak dalam sangat, akar tu tak pergi jauh. Tapi bila rasa buah tomato ni happy jugak la sebab manis sangat. Sudahnya masuk mulut je macam makan tomato ceri.

Untuk pokok tomato baru, dah tukar dah pasu yang dalam sikit pastu letak baja lebih sikit. Harap menjadi lah second time ni. But not bad lah first time tanam naik cantik je pokok walaupun masa dia membesar pindah rumah sana sini. Dengan masalah serangga & iklim lagi. A happy moment and experience indeed. Goal accomplished! Yeayyy!

11 comments:

  1. Yeah!! Dah keluar hasil.. Seronokkan bila tanam sendiri.. Semoga lebih menjadi untuk usaha yang seterusnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Dah keluar hasilnya... Best ni.. LEYa memang penggemar tomato..

    ReplyDelete
  3. Wahhh tahniah FJ. InsyaAllah lepas ni menjadi tu.

    ReplyDelete
  4. tahniah, seronok bila dapat makan hasil tanaman sendiri. fresh :)

    ReplyDelete
  5. Baca entri kak FJ ni Hana tetiba teringin nak berkebun haha ^^ nice sharing!! :3

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat makan hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
  7. bestkan hobi berkebun ni tapi saya suka tanam pokok bunga je, kalau tanam pokok sayur selalu terbantut..haha

    ReplyDelete
  8. Tomato baik untuk kesihatan. hihi. :)

    ReplyDelete
  9. Awak, share cara awak tanam please..saya tanam 2x tapi asyik mati je. Benci betul tanam tomato

    ReplyDelete
  10. wah menarik nyer tanam tomato.
    aida now lom ada la taman besar.
    skit skit aje, farhana.
    rumah baru nanti baru la nak jadi pekebun tegar :)

    ReplyDelete
  11. terbaek.. seronok bila tengok hasil tanaman sendiri..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...