Drama Review | Call My Agent: Bollywood

Thursday, 4 November 2021

Director : Shaad Ali

Writer : Shaad Ali

Cast : Aahana Kumra, Ayush Mehra, Soni Razdan, Rajat Kapoor, Priyasha Bhardwaj, Anushka Sawhney, Rohan Joshi, Merenla Imsong, Suchitra Pillai, Farah Khan, Ali Fazal, Richa Chadha, Lara Dutta, Jackie Shroff, Dia Mirza, Akshara Haasan

Production Company : Applause Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Comedy / Drama

Running Episodes :  6 episodes 930 minutes per episode)

Release Date : 29 October 2021

Trailer :


Spin-off dari French drama, Call My Agent (2015) mengisahkan tentang 4 orang ejen yang bekerja dengan cara tersendiri di syarikat ART. Umum tahu industri perfileman Bollywood adalah salah satu industry terbesar selepas Hollywood dan UK. Sepanjang 6 episod memang kerap Hollywood, Cannes dan beberapa filem festival yang lain disebut oleh beberapa watak yang terlibat. 

I excited nak tengok Call My Agent: Bollywood sebab drama ni debut platform kepada Ayush Mehra dalam dunia Bollywood. Sebelum ni kenal Ayush dari Youtube channel je. Tak sangka I boleh tengok dia debut sebab lakonan dia memang bagus especially genre romantik komedi. Dah la comel. 

ART ada ramai pelakon dan pengarah yang menjadi klien mereka dalam Bollywood antaranya Farah Khan, Jackie Shroff, Dia Mirza, Ila Arun, Lillete Dubey, Lara Dutta, Disha Patani dan ramai lagi tapi semua nama ni tak lah power sebab kalau dalam dunia realiti pun nama-nama besar semuanya di bawah syarikat YRF, Dharma, Matrix ataupun KWAN. Sesuai lah dengan konflik dalaman ART bila syarikat ni hampir muflis dan semakin bergolak selepas kematian Somu (Tinnu Anand).

Ejen Monty Behl (Rajat Kapoor) dah mula tunjuk taring sebagai senior untuk ambil alih tempat Somu sebagai boss sebab dia selesaikan dengan mudah je masalah Dia Mirza yang kena buang dari projek Hollywood hanya kerana usia dia. Sama juga dengan masalah Lara Dutta yang berhutang dengan kerajaan bila terlupa bayar cukai pendapatan. 

Ejen Amal (Aahana Kumra) menyampah dengan perangai licik Monty walaupun mengaku dia ejen yang bagus dalam bidang mereka. Dalam masa yang sama Amal jatuh cinta dengan Jasleen (Anushka Sawhney), auditor yang ditugaskan untuk mengaudit akaun syarikat bila Meher (Ayush Mehra) lupa hantar dokumen kepada auditor panel ART. 

Selain dari menjadi platform kepada cinta kaum sejenis berkembang dengan banyak dalam drama ni, argument tentang feminist dan privilege mereka juga menjadi dialog perbahasan antara Amal dengan Meher. Dinamik dan chemistry mereka berdua antara kekuatan drama Call My Agent : Bollywood bila ada masa mereka mencuri skrip klien masing-masing ataupun mereka bekerjasama menghasilkan idea menarik untuk sesebuah filem. 

Love-hate relationship antara Amal dan Meher antara scene yang menghiburkan dari awal penceritaan. Nasib baik lah Amal tu lesbian, kalau dia straight, mungkin dah kahwin dengan Meher dah. Aahana Kumra memang menyerlah teruk bila watak dia seorang yang panas baran, mulut celupar dan lesbian. Tak semua orang sanggup jadi pembantu dia sampai lah Nia (Priyasha Bhardwaj) muncul. Scene Amal goda Jasleen tu pun kelakar. 

Alur cerita Call My Agent : Bollywood ni tak lah kemas sangat sebab ada episod yang best, ada pula yang hambar. Paling favorite episod 5 bila Richa Chadda dengan Ali Fazal bergaduh dekat set sebab menyampah dengan perangai kekwat masing-masing. Menjadi betul lakonan diorang berdua padahal dah nak kahwin dah tahun depan. 

Sinematografi yang perlu diberikan pujian bila panorama industri Bollywood dipaparkan sebaik mungkin. Kalau selalu kita tengok set lokasi yang cantik tapi dalam drama ni boleh tengok betapa serabutnya talent agency setiap hari. Walaupun vfx nampak lemah tapi interior dalam syarikat ART nampak cantik sangat dengan gabungan warna dan citarasa moden juga vintage digabungkan. 

Tak pasti lah akan ada Season 2 ataupun tak tapi drama ni layak diberikan perhatian dan dikembangkan lagi sebab season ni sarat dengan personal conflict setiap agent dan kurang drama dari dunia perfileman. Selain dari menceritakan struggle mereka dalam bidang perfileman, drama ni juga memperbetulkan tanggapan negatif terhadap talent agents yang sering dianggap sebagai lintah yang mencuri komisyen dari pelakon atau pengarah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Director : Ryoo Seung-wan

Writer : Ryoo Seung-wan, Lee Gi-cheol

Cast : Kim Yoon-seok, Jo In-sung, Heo Joon-ho, Kim So-jin, Peter Kawa

Production Company : Dexter Studios, Filmmaker R&K

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Action / Drama

Running Time : 121 minutes

Release Date : 28 July 2021

Trailer :


Filem yang memenangi Best Film di Buil Film Awards ke-30 dan terpilih untuk kategori Best International Feature di Academy Awards ke-94 ni diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1991 ketika Somali Civil War. 

Naskhah action drama arahan dan tulisan terbaru Ryoo Seung-wan ni mengisahkan tentang bagaimana Korea Selatan dan Korea Utara bergabung tenaga dan skills untuk melepaskan diri untuk keluar dari negara Somalia dengan selamat. 

Bila sembang pasal negara Somalia, I jadi emosi sikit sebab my dad pernah kena hantar pergi berperang dekat sana. Bila tengok balik gambar dekat sana memang ngeri sebab ramai askar yang ditembak sehingga mati, ada yang cedera parah even my dad pun ada kesan peluru dekat badan dia. Antara momen paling mengerikan untuk keluarga bila dapat panggilan telefon dapat berita sedih dari pihak tentera. Apa yang jadi sepanjang dia dekat sana memang susah nak dapat updates tambah pulak zaman tu mana ada mobile phone lagi. 

Sama jugak lah yang diceritakan dalam movie ni bila kedua-dua kedutaan Korea terputus talian telefon dan telegram. Semua dokumen yang berkaitan antara Somalia dan Korea terpaksa dibakar untuk mengelakkan dibunuh ataupun rahsia kerajaan terbongkar. Semasa riot tercetus oleh rebels, kedua-dua pegawai kedutaan Korea berada di hotel bersama pembantu kanan Barre untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik. Sikit pun mereka tak jangka akan tercetusnya riot supaya Presiden Barre melepaskan ketua pejuang yang ditahan oleh kerajaan.

‘Anyone who captures Barre or his officials, will be rewarded by General Aidid. Those who have worked for the Barre regime, or his police force, if you surrender now, your families will be protected.’

Pengarah movie Escape From Mogadishu adalah pengarah yang sama menghasilkan karya Battleship Island (2017) yang juga bertemakan survival jadi kebanyakan scene digambarkan dengan cemerlang melalui lensa Choi Young-hwan yang menambahkan elemen saspen pada kebanyakan scene. Panorama negara Somalia yang terletak cantik di pinggir laut membiru ataupun keadaan ngeri ketika civil war berlaku dengan berlatarkan suasana zaman awal 90-an tampak hidup dan meyakinkan.

Antara scene yang memberi impak pada penceritaan bila Kang Dae-jin (Jo In-sung) pasang audio tape menerangkan kedamaian yang diidamkan oleh Korea Selatan dan Somalia tapi dalam masa yang sama di luar kedutaan askar Somalia tengah belasah rakyat dia sehingga mati. Ironi kehidupan yang dahulunya wujud sehingga sekarang. Watak Tae Joon-ki (Koo Kyo-hwan), pegawai kedutaan Korea Utara pun mengerikan juga bila tindak-tanduk dia yang sentiasa berjaga dengan helah Dae-jin atau pegawai Korea Selatan. 

Bukan senang untuk Korea Selatan dengan Korea Utara bergabung sebab kita pun tahu macam mana pergolakan dan permusuhan antara dua negara ni. Terdetik benda yang sama bila staff takut diserang oleh Korea Utara sebab budak kecil pun dah dilatih dengan latihan ketenteraan. Masa ni boleh nampak kebijaksanaan kedua-dua Ketua Pegawai Kedutaan untuk selamatkan keadaan. 

Dialog biasa yang dilontarkan oleh watak Han Sin-seong (Kim Yoon-seok) tentang bergabung tenaga pun boleh bagi impak mendalam sebab lontaran suara yang digunakan dan ekspresi pada scene tu seolah menggambarkan keadaan genting di padang periuk api. Salah pijak boleh bawa nahas. 

'Ambassador Rim, I know you're much more experienced and capable than I am. But still, you're not in a position to lecture me right now. It's just the two of us right now. Let's have a dialogue, not a lecture. Let's speak from the heart' - Ambassador Han 

Personally for me, sebagaimana pengarah Ryoo Seung-wan boleh tinggalkan trauma dan impak lepas menonton movie Battleship Island dengan kejahatan yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap rakyat Korea, sama juga lah trauma berada di kawasan rusuhan yang dirasakan sepanjang menonton Escape From Mogadishu. Kreatifnya pengarah ni bila dia pandai adun elemen komedi walaupun di saat genting macam dalam movie Veteran (2015) ataupun Exit (2019). Naskhah biasa tapi jadi menarik di tangan dia. 

Lemah jantung setiap kali tengok percubaan mereka semua untuk keluar dengan selamat dari Somalia. Even dah hujung movie pun tetap tak boleh bertenang selagi tak tengok semua watak betul-betul selamat sampai ke Kenya. Background music dari Bang Jun-seok mainkan peranan dengan cemerlang dalam naskhah ni. Pendek kata, naskhah Escape From Mogadishu adalah movie terbaik Korea untuk tahun 2021. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Mystic Pop-up Bar

Tuesday, 2 November 2021

Director : Jeon Chang-geun

Writer : Ha Yoon-ah

Cast :  Hwang Jung-eum, Yook Sung-jae, Choi Won-young, Lee Joon-Hyuk, Jung Da-Eun, Yum Hye-Ran, Oh Young-Sil, Ahn Tae-Hwan, Na Seung-Ho, Park Si-Eun, Song Geon-Hee, Park Eun-Hye, Na In-Woo

Production Company : Drama House, JTBC, Samhwa Networks

Distributor : JTBC, Netflix

Genre : Fiction / Supernatural

Running Episodes : 12 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 20 May 2020 – 25 June 2020

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon Twin Tops Bar hasil karya Bae Hye-soo, drama Mystic Pop-up Bar mengisahkan tentang Weol-ju (Hwang Jung-eum), pemilik bar yang membantu menyelesaikan dendam manusia menggunakan alam mimpi. 

500 tahun yang lepas Weol-ju bunuh diri di Sacred Tree dan tanpa sedar dia membunuh anak di dalam kandungannya sekali. Disebabkan perbuatan dia, pegawai di Afterlife (Yum Hye-Ran) jatuhkan hukuman di mana dia perlu selesaikan sebanyak 100,000 dendam manusia untuk hilangkan sumpahan pada anaknya setiap kali dilahirkan semula. 

Di Mystic Pop-up Bar, Weol-ju dibantu oleh Chief Gwi (Choi Won-young) yang merupakan anggota polis di alam akhirat. Sambil memburu roh jahat yang mengganggu kehidupan manusia, sambil bantu Weol-ju potong bawang atau promote bar tersebut. 

Makin lama makin susah untuk Weol-ju capai target sebab manusia makin susah untuk cerita masalah mereka. Lebih baik pendam saja daripada ceritakan pada stranger. Dah mabuk minum arak pun tetap tak nak cerita masalah sebab takut. Kebetulan Kang-bae (Yook Sung-jae) datang untuk membantu mereka berdua. 

Lelaki muda tersebut mempunyai kelebihan untuk buat manusia ceritakan masalah mereka setiap kali disentuh. Kelebihan buat Mystic Pop-up Bar tapi sumpahan buat Kang-bae bila tak ada yang berani berkawan dengan dia sejak kecil lagi. 

Mystic Pop-up Bar diolah dengan genre yang ringan dan santai walaupun mempunyai tema yang berat iaitu dendam yang disimpan beratus tahun lamanya dan menggunakan konsep alam akhirat. Banyak kali ditekankan oleh beberapa watak bahawa kebaikan yang dilakukan di dunia akan memberi kesan di akhirat dan juga kelahiran semula. Kalau baik orangnya dapatlah dilahirkan sebagai manusia yang kaya. Kalau buat jahat sikit, masuk kategori B. Dapat lahir tapi hidup melarat atau banyak masalah. Paling teruk bila masuk kategori C yang dilahirkan sebagai serangga makan tahi sebab buat jahat banyak sangat. 

Penulis Ha Yoon-ah pandai seimbangkan antara dua latar masa, zaman moden dan zaman 500 tahun sebelumnya dengan cerita yang menarik dan watak-watak saling terkait. Makin nak ke hujung episod, makin banyak hint yang diberi oleh penulis siapa dan kenapa watak sekian sekian berkait dengan sekian sekian. Sebab tu jadi curious nak tahu dekat next episode. Paling best bila dah tahu siapa sebenarnya putera raja (Song Geon-Hee) di zaman moden dan apa pertalian Kang-Bae dengan Weol-ju ataupun Yeo-rin (Jung Da-eun). 

Kalau dah drama tayangan khas di Netflix ni memang tak perlu disangkal lagi lah kecantikan visual dan sinematografinya. Transition yang menarik menambahkan lagi keindahan set Mystic Pop-up Bar. Selalunya alam akhirat digambarkan sebagai tempat yang ngeri tapi dalam drama ni jadi tempat yang cantik dan tak jauh beza pun dengan dunia. Tapi part Steve Job dengan charge handphone tu macam merepek lah. Wardrobe dan art team pun beri perhatian kepada busana yang dipakai oleh kesemua watak dan props yang digunakan sepanjang 12 episod. 

Walaupun ada dua kisah cinta terhalang dalam drama ni tapi lagi tertarik dengan chemistry Hwang Jung-eum, Yook Sung-jae dan Choi Won-young sebagai satu kumpulan. Happy bila tengok diorang have fun tambah pulak watak Kang-bae sejenis yang naif dan manja. Masa tengok episod 12 dah start bergenang air mata sebab Kang-bae kena berpisah dengan Weol-ju dan Chief Gwi sebab diorang dah berjaya 100,000 dendam dan akan dilahirkan semula. Rasa happy dengan dua watak tu tapi rasa sedih jugak bila Kang-bae tak boleh spend time together dengan diorang dah. 

Nevertheless I have fun watching this Mystic Pop-up Bar and hopefully Netflix setuju untuk buat Season 2 sebab rating drama ni agak tinggi jugak lah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.2/10