Book Review : Dunia Plot Twist

Thursday, 17 December 2020

Penulis :  Abstrakim

Penerbit :  Abstrakim Publications

Helaian :  201 mukasurat /  7 bab

Genre : Seram / Misteri / Thriller

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Januari 2020 

Harga :  RM 24.90

Sinopsis :




Review : 

Sebelum baca buku ni ada ternampak thread kisah seram penulis Abstrakim karang dekat account Twitter dia. Dari segi penceritaan dan kisah seram tu sendiri nampak menarik lah. Tapi bila baca novel Dunia Plot Twist ni rasa nak marah pun ada, rasa menyampah pun ada, kelakar pun ada. Seram je takde. 

Dalam novel Dunia Plot Twist ni ada 6 kisah pendek yang pernah famous di Twitter dan Instagram katanya. Dan semua cerita pendek ni sebenarnya saling berkait bila di helaian Trivia akan diceritakan setiap watak dengan lebih jelas. Sebab dah banyak sangat plot twist so mungkin ada yang akan confuse tambah pula banyak sangat watak dekat dalam novel ni. 


Konsep yang Abstrakim bawa memang fresh dan unik tapi plot twist yang bermain dengan fiksyen ataupun hantu ni somehow predictable dan bila diulang-ulang kita pun jadi jelak nak baca. Stay sampai habis sebab nak tahu apa ending dan kisah kesemua watak yang wujud dalam novel ni je. 

Bila baca dekat Goodreads ada yang suka dengan penulisan Abstrakim sebab simple dan mudah faham bila keluar dari kepompong puitis dan ‘deep’. I tergolong dalam kelompok yang tak suka sebab penulisan dia tak menitikberatkan tatabahasa dan ejaan. Dekat bahagian awal novel nampak terjaga tapi bila masuk pertengahan sampai ke hujung novel, dah nampak penulis mula malas. 

Kalau dia nak berbahasa pasar then pilih bahasa pasar dari awal macam novel-novel yang dikeluarkan dari FIXI, Dubook, Tukul Chetak dan lain-lain. Kalau nak berbahasa baku seperti penulisan para penulis Karangkraf, Karya Seni, Kaki Novel dan seangkatan dengannya, menulis lah dengan bahasa baku. 


Jangan disebabkan publish di bawah publishing company sendiri tak diendahkan langsung kesalahan tatabahasa bila guna dua kata hubung yang sama dalam satu ayat. Penggunaan kata sendi tertukar dengan imbuhan, penggunaan kata nama am dan kata nama khas yang kurang tepat dan paling menyampah sekali bila penggunaan tanda baca terutamanya koma. Antara contoh ayat dalam novel Dunia Plot Twist: 

‘Masa saya diculik, saya perasan ada perempuan memakai baju putih dan matanya bewarna merah memegang tangan saya, selepas dia memegang tangan saya, muka nya berubah jadi macam saya dan keluar dari gudang ni.’ 

Yes, I know this is a review bukan cikgu tengah check karangan sekolah tapi susah nak pejam mata kalau banyak sangat kesalahan. Nak baca pun tak sedap. Harga novel ni pun lebih mahal dari novel indie yang lebih sedap penulisan dia walhal cuma berbahasa pasar. 

Fakta dalam novel ni pun boleh nampak yang penulis perlu banyak kaji lagi watak dan situasi. Untuk cerita yang berlatarkan sekolah mungkin cerita seram tu boleh diterima akal lah tapi kalau melibatkan badan berkuasa dan beberapa pihak atasan yang lain, boleh terjongket kening baca. 

Ada banyak point yang penulis boleh kembangkan lagi supaya tak nampak watak yang diceritakan seperti manusia yang dangkal dan percayakan hantu semata. Macam kisah Puan Juwita yang hilang ingatan kemudiannya diberitahu nenek kebayan bahawa suami dan anaknya adalah penyamar. 


Semua kisah dalam novel ni mungkin layak ada di Twitter atau Instagram sahaja. Ataupun mungkin target reader adalah murid sekolah dan bukannya pembaca dewasa. Anyway cover buku dengan warna yang dipilih nampak menarik dan sesuai dengan mood dan situasi Dunia Plot Twist. Nice touch dari penulsi memandangkan dia sejenis yang suka abstrak. Boleh nampak penulis seorang yang berseni dan kreatif orangnya. 

Katanya akan muncul Dunia Plot Twist kedua pula nanti. Hopefully penulis akan bergabung idea dengan penulis yang lebih senior dan berpengalaman dalam menulis novel supaya idea dapat berkembang jauh dan lebih menarik. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +0.3, 4. Social Message +0, 5. Personal Thought +0= 1.3/5

Movie Review : Jaane Tu... Ya Jaane Na

Wednesday, 16 December 2020

Director : Abbas Tyrewala

Writer : Abbas Tyrewala

Cast : Imran Khan, Genelia D'Souza, Manjari Phadnis, Ayaz Khan, Paresh Rawal, Prateik Babbar, Naseeruddin Shah, Ratna Pathak Shah, Karan Makhija, Alishka Varde, Nirav Mehta, Sugandha Garg, Arbaaz Khan, Sohail Khan

Production Company : Aamir Khan Productions

Distributor : PVR Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 155 minutes

Release Date : 4 July 2008

Trailer :

‘He’s a Rathore, from Ranjhore! You can take the Rathore out of Ranjhore but you cannot take the Ranjhore out of Rathore. In Ranjhore, a boy has to complete three rites of passage to become a man -  thrash someone, get arrested for that and ride a horse.’ - Amar Singh Rathore (Naseeruddin Shah)

Savitri (Ratna Pathak Shah) keluar dari Ranjhore selepas kematian suami dia kerana ditikam dalam pergelutan.  Dia besarkan Jai Singh Rathore (Imran Khan) bersendirian dan berjanji pada diri sendiri agar Jai tak akan gunakan kekuatan dia untuk pukul orang lain. Tapi mendiang suami dia selalu ingatkan dia yang anak lelaki keturunan Rathore tetap akan mempunyai perangai yang sama. 

Jai berkawan baik dengan Aditi Mahant (Genelia D'Souza) yang berbeza perangai bila dia suka guna kekerasan untuk selesaikan masalah. Pantang dicabar mula lah dia naik angin. 5 tahun mereka berkawan baik siang malam on call, lepak sama-sama sampai orang sekeliling mula syak mereka bercinta termasuklah ibu bapa Aditi sendiri. 

Sama juga dengan kawan-kawan mereka yang lain – Jiggy (Nirav Mehta), Rotlu (Karan Makhija), Sandhya (Alishka Varde) dan Shaleen Varma (Sugandha Garg). Sudahnya lepas habis kolej, Aditi akan tolong Jai cari partner and vice versa. Jai berjumpa dengan Meghna (Manjari Phadnis) dan Aditi happy dengan anak kawan ayah dia, Sushant (Ayaz Khan). Tapi apa lah maknanya lelaki idaman kalau hidup Jai dan Aditi kosong. Betul ke selama ni Jai dan Aditi saling jatuh cinta tapi masing-masing tak sedar? 

‘We used to spend so much time together because we wanted to be with each other, because we were happy together! It is not a duty or an obligation that you should spend time with me. So please, don't ashame me by saying sorry.’ - Aditi

Movie debut Jaane Tu... Ya Jaane Na merupakan movie debut kepada anak saudara kesayangan Aamir Khan sebab tu lah movie ni diterbitkan di bawah production house Aamir Khan sendiri. Dengan bajet 100 juta untuk pembikinan filem, movie Jaane Tu... Ya Jaane Na berjaya meraih kutipan sebanyak 500 juta! 

Even Imran Khan menang Best Male Debut award di Filmfare. Bukan sebab nepotism tapi sebab dia memang berbakat dalam lakonan pun. Imran Khan dah pernah berlakon sejak kecil dalam dua movie hit di Bollywood - Qayamat Se Qayamat Tak (1988) & Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992). Walaupun berlakon dengan Genelia D’Souza yang dah lama berlakon di Btown, Tamil, Telugu dan Kannada tapi chemistry diorang tetap cantik onscreen. Tak ada siapa yang overshadow siapa pun, just perfectly blend together. 

Tak ada apa yang special pun dalam kisah cinta antara Jai dan Aditi ni, even villain pun tak wujud tapi disebabkan penceritaan yang kreatif, kita pun jadi penasaran seperti watak Mala Mishra (Renuka Kunzru) yang datang untuk jemput Aditi dan Jai dekat airport. Gara-gara satu jam delay, mereka berempat buka cerita supaya tak bosan di sana. 

Nothing much for visual but a huge deal for music album karya A. R. Rahman dengan lirik yang dikarang oleh pengarah dan penulis skrip movie ni sendiri - Abbas Tyrewala. Bukan setakat dapat sambutan hangat pada tahun 2008 selepas 1.5 juta unit album terjual malah A.R. Rahman menang Filmfare Best Music Director Award.  Lagu Kahin Toh is my fav! The lyrics, the music, emotion, everything just perfect! Dalam lagu Papu Can’t Dance Saala ada terselit lirik ‘Papa kehte hain bada naam karega’, lirik ni ada dalam soundtrack hit Qayamat Se Qayamat Tak, movie blockbuster lakonan Aamir Khan. 

Jaane Tu... Ya Jaane Na mungkin ada kekurangan tapi kekuatan lakonan, skrip, music score, komedi yang tak berlebihan dengan suntingan yang bagus buatkan movie ni jadi kegilaan sejak diterbitkan. Yang belum tengok lagi boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

‘Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan.’ – Ali bin Abi Thalib

Dalam menempuh pandemik Covid-19, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan dan terkesan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dimumkan sepanjang tahun ni. Untuk tahun 2020 Tetuan Ram Reza & Muhammad memilih untuk menghulurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang kerana jaraknya yang dekat. Lebih afdhal kiranya kita membantu di kawasan sekitar dahulu sebelum pergi lebih jauh kan? 

Melalui dana yang dikumpulkan oleh NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) dalam tempoh masaa sebulan, beberapa barang keperluan seperti pampers pelbagai saiz, susu tepung, makanan, pakaian dan juga sejumlah wang didermakan untuk membantu meringankan beban penjaga Pn. Ummu serta suaminya dalam menjaga kebajikan anak-anak syurga ni. 

Beberapa orang wakil dari HQ dan branch Petaling Jaya bersama managing partner RRM, En. Nor Hisham Muhammad, senior partner, Ms Noraida Hassan dan junior partner, En Izharul Effendy turut hadir menyumbangkan masa dan tenaga. Sengaja memberi ruang dan peluang kepada warga RRM yang muda dan beberapa orang chambering student supaya dapat menambahkan lagi pengalaman dan mencorak mereka untuk peka dengan masyarakat dan komuniti sekitar. 

Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (”PJCKB”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat telah pun beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang mempunyai seramai  110 orang kanak-kanak yang terdiri dari umur 1-15 tahun yang tinggal di 4 buah asrama  yang berasingan tetapi di bawah satu pertubuhan iaitu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI. 

PJCKB juga turut membantu menjaga  seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal di sekitar Kampung Melayu Subang. Tetapi mereka ini tidak menetap di asrama dan dibantu apabila perlu sahaja. Keutamaan tetap diberikan kepada yang berada di asrama. 

Pusat jagaan amal ni agak terkenal juga sebab pernah featured dalam TV3 bersama Sarah Suhairi dan Nas Terjah, program NONA, mall besar seperti GM Klang ataupun Jakel, McDonald, Royale Chulan Hotel, Little Caliphs dan beberapa syarikat lain yang terkenal. 

Dari segi pendidikan, Puan Ummu memastikan setiap anak akan diajar mengaji Al-Quran, pendidikan teras di institusi pendidikan persendirian dan juga subjek tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Untuk tumbesaran yang lebih cerdas pula, mereka dilatih bersukan seperti berbasikal, menunggang kuda, wall climbing, badminton, bermain catur, dan juga permainan papan seperti Saidina. Aktiviti tambahan seperti melukis, bercucuk-tanam dan mengemas asrama dan kawasan sekeliling. 

Umum tahu projek Corporate Social Responsibility (CSR) ni akan memberi impak baik dari segi pertumbuhan sosial dan rohani. Salah satu objektif utama CSR Tetuan Ram Reza & Muhammad  bersama NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu juga meningkatkan sifat berkongsi sesama komuniti. Dari situ aras dinamik antara tenaga kerja dapat diperkukuhkan lagi dan menghidupkan suasana kerja yang mampan. 

Bak kata orang sebelum sayang orang lain, kita kena sayang dengan diri sendiri dulu. Sama juga seperti Tetuan Ram Reza & Muhammad bila kebajikan tenaga kerja terjaga dengan bantuan lunchbox setiap Isnin hingga Khamis, insentif duit raya, misi Kita Jaga Kita dengan membantu warga RRM yang memerlukan dana dan bantuan makanan ketika lockdown, peruntukan tetap untuk covid-19 kit (surgical mask, sanitizer dan disinfectant spray) juga suntikan ilmu dan kata-kata motivasi dalam program sharing session dan online class

Untuk alam sekitar pula, warga Tetuan Ram Reza & Muhammad sebaik mungkin mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan air dan mengurangkan pelepasan karbon dengan berkongsi pengangkutan ke tempat yang sama. Perubahan yang besar terhasil dari jumlah yang kecil tapi dilakukan dengan kerap. 

'Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk kerana Covid-19, mungkin kita tak dapat menyumbang dengan banyak tapi kita cuba buat apa yang termampu agar aura positif dapat memberi impak kepada yang lainnya.' - Junior partner, En Izharul Effendy

Untuk yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) di Facebook ataupun menyumbang terus kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang. Semoga amal ibadah kita diterima, Insya-Allah.