Pizza Hut come up dengan menu baru Black Volcano Pizza bila kerak berwarna hitam dan penuh dengan keju. I tak berapa minat makanan warna hitam ni tambah pulak bila bersalut dengan arang. Tak tahu apa khasiat makan arang atau apa jenis kepuasan yang kita dapat bila makanan warna hitam.
Tapi bila ramai yang kata sedap tambah pula bila banyak keju, join la jugak merasa men baru Pizza Hut ni.
So ni lah realiti Black Volcano Pizza, ada crust yang terbakar habis. Ada yang cantik lah berbentuk bujur mangkuk filled with cheese. Nak makan pizza ni agak unik lah sebab selalunya kita tarik bentuk segi tiga tapi yang ni tarik doh berbentuk bujur cheese tu.
Bila tarik tak sama lah macam dalam iklan. Tarik sikit pun dah putus dah cheese dia. Nak buat Boomerang letak dalam IG story pun tak lepas.
Crust dia memang berwarna hitam pekat macam dalam gambar ni. Bukan gimik letak pewarna belah atas je. Rasa dia kembang tekak lah kalau makan doh kosong ni sebab hitam haha
Menu terbaru Pizza Hut ni sedap je sebab kaya dengan cheese walaupun warna hitam tu tak menarik tapi kalau topping ayam tu dipotong lebih kecil lagi bagus rasanya sebab tak balance langsung rasa dia bila makan kosong tanpa ayam. Pizza banyak lagi tapi ayam dah habis. Overall, menu ni boleh repeat lagi.
Lagu Zizi Kirana not really my cup of tea but this one I totally hooked with lyrics and music arrangement sounds cool and catchy.
Walaupun single Eh ni bergenrekan hip hop dan rap dari Zizi tapi musik dia ada elemen musik Melayu tradisional. Lontaran suara dan vokal Zizi pun jelas so kalau netizen bawang tak tersindir dengan lagu ni memang jenis hati kental lah.
Kalau selalu kita tengok lagu genre hip hop ni mesti penuh dengan fashion trendy, baggy or oversized clothes dengan bling sana sini tapi salute dengan Zizi guna pokok pisang je jadi prop but still nampak stylish habis.
MV single Eh ni ada cameo dari Altimet dengan Viviana Abdullah, visual pun cantik dengan busana kebaya dan berlatarkan suasana kampung. Yang belum tengok boleh layan dekat sini
Single Khayalan ni dah released masa dekat Semi Final Big Stage lagi tapi baru 10 Disember lepas keluar Official MV.
Bergenrekan pop balada, lagu gubahan Ezra Kong sepenuhnya ni mengisahkan tentang khayalan untuk jadikan seseorang istimewa dalam hidup dia. Chemistry Kucaimars dengan Nina Amin nampak sesuai dalam MV. Walaupun tanpa dialog, boleh faham penceritaan diorang berdua sebab lirik lagu tepat menceritakan situasi.