
‘TERBANG’ ANGKAT JIWA MALAYSIA DENGAN ADRENALIN TINGGI DAN EMOSI MENYENTUH HATI | ‘Bawa dunia perlumbaan rali yang jarang diterokai, beri pengalaman baharu filem tempatan’
14 September 2026, Kuala Lumpur – Filem aksi penuh adrenalin dan rasa bangga terhadap anak Malaysia, TERBANG bersedia menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 17 September ini. TERBANG membawa kisah inspirasi tentang perjalanan pasukan rali Malaysia yang diketuai legenda Karamjit Singh dalam membuktikan bahawa apabila rakyat bersatu dan bekerjasama mencapai satu tujuan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.
Sejak pelancaran trailer serta beberapa tayangan tertutup, TERBANG terbitan Astro Shaw menerima reaksi positif daripada penonton yang menyifatkan filem ini sebagai sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan, menyentuh emosi dan membangkitkan rasa kagum terhadap kemampuan produksi tempatan.
Lebih dari sekadar filem sukan permotoran, TERBANG menampilkan keseimbangan yang teliti di antara emosi dan ketegangan dalam penceritaan. Di bawah arahan Chiu Keng Guan, dan digerakkan bersama pasukan produksi WooHoo Pictures, setiap aspek produksi dibangunkan dengan pendekatan yang sangat terperinci, termasuklah daripada props yang mempersembahkan latar tahun 2002, koreografi aksi rali, reka bentuk bunyi, hingga ke visual yang memberi rasa realistik seolah-olah penonton berada di dalam perlumbaan.
%20_Director%20Chiu%20Keng%20Guan.jpg)
Filem ini membuka banyak ruang pembelajaran baharu buat pengarah dan seluruh pasukan, terutamanya dari aspek teknikal. Penggambaran perlumbaan rali memerlukan pendekatan yang sangat berbeza, termasuk cara merakam aksi berkelajuan tinggi, serta memastikan penonton dapat merasai intensiti perlumbaan itu sendiri.
Penggambaran dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan New Zealand, yang mana turut memperkukuhkan skala visual, sekali gus memberikan dimensi antarabangsa kepada naratif tempatan yang dibawakan.
.png)
Dari sudut penulisan yang diketuai Hazwani Mahayuddin bersama pasukan penulis Astro Shaw, skrip TERBANG dibangunkan secara berperingkat bagi memastikan naratif kekal kemas dan tidak terperangkap dalam nada yang terlalu bersifat motivasi. Sebaliknya, penceritaan dirangka agar membolehkan penonton daripada pelbagai generasi dan latar, dapat menikmati perjalanan ini sebagai kisah yang menghiburkan, dekat dan relevan dengan pengalaman masing-masing.
.png)
Menerusi TERBANG juga, semangat kebersamaan dalam kepelbagaian latar turut diterjemahkan melalui baraisan pelakon berkaliber seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz, Qasrina Karim, Razib Salimin, Ruminah Sidek, Peggie Ng, Ng Meng Tuck, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar.
.png)
Menurut Penerbit Eksekutif TERBANG dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami melihat TERBANG sebagai sebuah filem Malaysia untuk semua. Ia adalah sebuah kisah yang lahir daripada semangat, keberanian dan cita-cita anak tempatan yang tidak pernah kenal batas. Berlatarkan dunia sukan rali yang jarang diterokai di layar perak, TERBANG membawa satu perspektif baharu yang bukan sahaja mendebarkan, tetapi juga dekat dengan jiwa penonton. Apa yang kami tekankan adalah keseimbangan antara emosi, aksi dan penceritaan, supaya ia terasa jujur tanpa rasa terlalu sarat dengan mesej, dan boleh dinikmati oleh pelbagai generasi. Kami percaya kekuatan cerita ini terletak pada keupayaannya untuk memberi kesan kepada penonton secara peribadi, walaupun latarnya dalam dunia sukan.

Kami berharap apabila penonton keluar dari pawagam, mereka bukan sahaja rasa tersentuh dan terinspirasi dengan kisah yang dipaparkan, tetapi turut berasa bangga melihat kemampuan filem tempatan telah berkembang dari segi kualiti, skala produksi dan mutu penceritaannya.”
Bagi melengkapkan pengalaman aksi dan adrenalin yang dibawa filem ini, TERBANG menjalin kolaborasi strategik bersama STING, jenama minuman berkarbonat yang mencerminkan fokus, tumpuan, serta semangat keberanian. Kerjasama ini sekali gus menyerlahkan semangat juang serta membangkitkan rasa bangga terhadap pencapaian Malaysia di pentas dunia.

Manakala, filem ini diiringi lagu tema filem bertajuk ‘Menyala’ nyanyian penyanyi terkenal, Amir Masdi.
Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Aventure Space, manakala, produksi oleh WooHoo Pictures, serta membabitkan rakan strategi STING, rakan Inovasi U Mobile, serta sokongan melalui kebenaran penggunaan elemen jenama daripada PROTON, PETRONAS, EON Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), dalam membawa kembali semangat era tersebut ke layar perak.
TERBANG mengisahkan tentang Ajeet yang meninggalkan dunia rali demi mencari ketenangan di sisi isterinya, Lisa. Namun lima tahun kemudian, takdir memaksa dia kembali ke trek. Bergandingan dengan Kitt, seorang pemandu muda dan panas baran, Ajeet harus berdepan konflik dalaman, persaingan sengit, dan bayangan rasa bersalah yang tidak pernah padam. Dengan sokongan Lisa, kepimpinan Rahim, serta kepakaran Imran dan pasukannya, mereka bangkit ke pentas dunia.
.png)
Ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 17 September 2026, filem TERBANG juga dipersembahkan dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik yang menyeluruh melalui kerusi bergerak dan kesan persekitaran seperti angin, air dan bau.
Gunakan #TERBANG #FilemTERBANG di platform media sosial. Bagi mengetahui info terbaharu TERBANG, boleh ikuti di semua akaun digital Astro Shaw untuk maklumat lanjut.