MENANGI TIKET GALA PREMIERE ‘SORE: ISTRI DARI MASA DEPAN’ CABARAN KREATIF PEMINAT KINI DIBUKA!

Tuesday, 9 September 2025

Peminat filem romantik dan sci-fi, ini peluang anda! ‘Sore: Istri dari Masa Depan,’ filem Indonesia yang menggabungkan kisah cinta dengan elemen merentas masa, bakal ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 25 September 2025.

Untuk meraikan tayangan ini, Primeworks Studios memperkenalkan MomentChallenge, cabaran media sosial yang mudah diikuti dan menawarkan peluang kepada 50 pemenang bertuah menghadiri Gala Premiere eksklusif, yang turut menampilkan kemunculan pelakon utama Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha🤩

✍Cara menyertai sangat mudah:

1. Muat naik gambar sunset atau pemandangan di petang hari bersama audio OST “Terbuang Dalam Waktu” – Barasuara.

2. Tag @primeworks.studiosfilm & 3 rakan anda bersama #SorediMalaysia #SoreIstriDariMasaDepan.

3. Pastikan profil laman sosial anda ‘public.’

4. Caption paling kreatif berpeluang untuk menang!

🌟Peraduan berlangsung mulai hari ini hingga 17 September 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan filem ini di Malaysia dan alami sendiri pesona yang telah memikat hati penonton di Indonesia!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Primeworks Studios.

#SoreIstriDariMasaDepan #SoreDiMalaysia

Set Ayam Gepuk Crispy, Warung Prima Kunyit, KLCC

Monday, 8 September 2025


Kalau datang KLCC mesti blur tak tahu nak makan apa sebab tak ada yang menarik. Apa yang orang kata sedap tu tak lah sedap mana sebab tekak tak sama. Kalau ada yang sedap pun malas nak beratur panjang. 


Bahagian food court KLCC ni ada dua bahagian, kiri dan kanan. Selalunya pergi belah kanan tapi kali ni pergi belah kiri pulak. Since masa tu lapar nasi, try je lah makan dekat Warung Prima Kunyit. Konon macam nak makan tanpa mengundang batuk sebab semua menu dekat restoran ni ada kunyit even dalam minuman pun. I order Nasi Ayam Gepuk Crispy dengan teh tarik kunyit panas. 


Bila order dah siap, berselera lah makan sebab ayam dia memang crispy krup krap. Isi dekat dalam pun lembut juicy lagi. Kalau order ayam gepuk selalu dapat ayam kering garing tu, spoil mood bila makan sebab tak minat. Tak faham kenapa ramai suka ayam macam tu padahal kering, keras dan berminyak. 

Bahagian peha ayam yang staff restoran Warung Prima Kunyit ni besar, berbaloi lah dengan harga. I rasa second time I pergi makan dekat sini, I order Ayam Geprek Extra Krispy tapi tak ada lah jauh beza sangat dengan Ayam Gepuk Krispy. Masa pergi tu coating dia a bit masin tapi bearable sebab makan dengan nasi. 


Sepinggan hidangan Ayam Gepuk Krispy ni boleh dapat nasi putih, ayam bahagian peha, timun, tauhu, tempe, kubis goreng, limau kasturi dengan sambal merah. Kalau yang suka kubis goreng tu boleh je add-on. I tak berapa gemar kubis goreng, makan sikit je yang selebihnya bagi adik. 

Cuma tak bestnya dekat sini, sambal dia tak pedas langsung. Sotong kunyit dia pun a minus jugak sebab masin dan liat. 


Teh tarik kunyit dia antara menu wajib order kalau suka teh tarik banyak teh instead banyak susu. Kunyit dia letak tu tak mengganggu pun rasa teh tarik. Ada bau kunyit tapi subtle jahhhh. 

Dah 3x makan nasi ayam gepuk crispy dengan teh tarik kunyit dekat sini tapi baru sekarang rajin nak update 😅 


Kalau tak tahu nak makan apa dekat KLCC, boleh lah makan dekat sini. 

Filem romantis sains fiksyen dari Indonesia, ‘Sore: Istri dari Masa Depan,’ bakal menjejak pawagam Malaysia kurang daripada tiga minggu lagi, dan hype itu nyata terasa dengan peminat tempatan yang mula merancang untuk menjadi antara penonton pertama sebaik tayangan perdana tiba.

Sejak treler rasmi dilancarkan, media sosial dipenuhi komen positif daripada netizen Malaysia. Rata-rata berkongsi keterujaan mereka, jelas menunjukkan betapa tidak sabarnya netizen menantikan tayangan filem ini.

Antara reaksi netizen:

“Tak sabarrr… dulu tengok series di yt sekarang dah ada movie❤️” – @my.bcu

“Finally! Sore: Istri dari Masa Depan akan berada di pawagam Malaysia! 25 September 2025.” – @xallehrazax

Sambutan hangat ini menunjukkan pengaruh filem Indonesia yang terus kukuh di Malaysia, terutamanya bagi penonton yang menghargai kisah cinta unik dan jarang dipaparkan, dengan elemen merentas masa dan takdir.

Bagi pencinta cerita cinta yang sarat dengan emosi dan jalan cerita memikat, ‘Sore: Istri dari Masa Depan’ pasti menjadi pilihan wajib tonton tahun ini.

Tayangan bermula 25 September 2025 di seluruh pawagam Malaysia, jangan ketinggalan!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.


Minggu keempat ‘Kilauan Emas 2025’ menyaksikan peserta Mazleen berjaya merampas kembali kedudukan di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (79.07%), diikuti oleh pencabar Zanie (78.45%), dan juga yang telah bangkit memberikan persembahan penuh bertenaga minggu ini Nawary (77.61%) yang berjaya menawan kedudukan tiga teratas. 

Memukau para juri dan juga penonton dengan membangkitkan suasana galau beserta lagu Patahnya Sayap Malam oleh Massa, Kinar telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir sepanjang empat minggu berturut. 


Minggu Boleh Tuju Lagu?, untuk meraikan peminat dengan lagu-lagu pilihan penonton ini juga telah menyaksikan peserta Nurul telah tersingkir selepas mendapat markah keseluruhan terendah, dan 10 peserta lain mara ke peringkat seterusnya. 


SENARAI LAGU




Leeza: Selamat Pagi Sayang - Noor Kumalasari (66.06%)

Shah - Fantasia Musim Cinta - Iwan (59.39%)

Zekrai: Jerat - Harvey Malaiholo (68.94%)

Nurul: Ayam Den Lapeh - Anita Sarawak (59.04%)

Mazleen: Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan - Elly Mazlein (79.07%)

Nawary: Rindu - Amelina (77.61%)

Majid: Salam Sejahtera - Samudera (72.71%)

Ezan: Syurga Idaman - Azizah Mohammad (63.24%)

Kinar: Patahnya Sayap Malam - Massa (68.67%)

Zanie: Conga - Miami Sound Machine (78.45%)


INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’

• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang  merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

Barisan Juri Minggu 4 - Ning Baizura, Roy Azman & Erra Fazira

• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.


Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.


Perjalanan Kumpulan Elysha, Fana serta Tuju & Loca B terhenti di minggu ketujuh The Chosen One XTRA apabila gagal mara ke pentas akhir. Dalam persembahan bertemakan Made in Malaysia, Kumpulan Tuju & Loca B tampil dengan tiga adunan lagu daripada legenda muzik tanah air, Def Gab C, Sharifah Aini dan Anita Sarawak, namun persembahan mereka kurang berjaya menambat hati para juri untuk melayakkan diri ke final. 



Minggu separuh akhir ini turut diserikan dengan kehadiran penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar, bersama koreografer terkemuka Cikgu Linda Jasmine sebagai juri jemputan, bergandingan dengan juri tetap Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah. Kini, hanya lima kumpulan terbaik bakal berentap di pentas akhir bagi merebut gelaran juara The Chosen One XTRA. 

SENARAI LAGU

Opening Performance Alif Satar


Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Bolehlah Boleh (Mas Idayu)


Acey, Rayyan & Dahlia - Aku Mahu Pulang (AMUK)


Tuju, Loca B, Fana, Elysha - Ibukota Cinta (Def Gab C) + Kudaku Lari (Sharifah Aini) + Seksis (Anita Sarawak)

Usop, Alif & Yusuf - Satu Kalimah (Khalifah)


INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA

• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.

• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.

Barisan Juri Minggu 7 - Dato'Awie & Sharifah Shahirah, Juri Jemputan - Linda Jasmine & Alif Satar

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.


Siapakah yang bakal bergelar juara edisi kali ini? Jangan ketinggalan menyaksikan episod akhir pada Jumaat depan, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Movie Review | Kesari (2019)


Pengarah: Anurag Singh
Penulis Skrip:  Anurag Singh, Girish Kohli
Pelakon: Akshay Kumar, Parineeti Chopra, Suvinder Vicky, Vivek Saini, Vansh Bharadwaj, Pritpal Pali, Vikram Kochhar, Ravinder Pawar, Surmeet Singh Basra
Syarikat Produksi: Zee Studios, Dharma Productions, Cape of Good Films, Azure Entertainment   
Pengedar: Zee Studios
Genre: Sejarah / Drama / Perang  
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019   
Trailer:


Ishar Singh (Akshay Kumar) merupakan tentera berpangkat tinggi dalam Rejimen Askar Sikh di bawah pemerintahan tentera British. Pegawai atasannya sentiasa memandang rendah terhadap askar India kerana di mata dia, rakyat India adalah penakut. Hakikatnya, dia cemburu dengan keberanian Ishar Singh yang berani melawan musuh. 

Ketika memantau kawasan sempadan India dan Afghanistan, seorang wanita bakal menerima hukuman pancung kerana tidak ingin berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Pegawai British minta supaya tiada sesiapa yang masuk campur dengan urusan tersebut kerana ianya urusan adat-istiadat keluarga Afghanistan dan bukan di bawah bidang kuasa British. 

Namun Ishar tak sanggup melihat wanita tersebut menjadi mangsa penindasan, lalu melanggar arahan dan melawan tentera Mullah Saidullah (Rakesh Chaturvedi). Akibatnya, Ishar dihantar untuk bertugas di Kubu Saragarhi yang terletak di antara Kubu Gulistan dan Kubu Lockhart. 

Baru saja jejakkan kaki di sana, Ishar Singh mendisiplinkan tentera yang bertugas di kubu tersebut yang suka membuang masa dengan laga ayam dan bermain musik. Bagi mereka, tak ada yang akan menyerang kubu tersebut. Kalau ada pun, dengan mudah mereka akan lari pulang ke kampung. Ishar Singh betulkan niat mereka semua untuk bersemangat menjaga negara kerana mereka adalah benteng pertahanan kepada rakyat jika diserang musuh. 

Filem Kesari merupakan projek kerjasama Salman Khan dan Karan Johar dengan mengangkat kisah keberanian askar 21 orang askar Sikh di Kubu Saragarhi menentang 10,000 orang Afghanistan pada September 1897. Namun tak lama sebelum penggambaran bermula, Salman Khan tarik diri sebagai produser lalu Akshay Kumar masuk menggantikan tempat dia. 

Tengok pada sinopsis pun dah boleh tahu perjalanan filem Kesari ni akan berakhir macam mana tapi penulis juga pengarah, Anurag Singh mencipta alur yang menarik dan sarat dengan emosi juga patriotism. Kesari adalah filem yang menjadi medium penceritaan yang baik untuk generasi baru mengenang sejarah lampau. Memorial khas untuk 21 orang askar Sikh ini juga dibina di Firozpur pada tahun 1904 – Saragarhi Memorial Gurdwara. 

Mungkin ada beberapa babak yang melodrama macam baiki masjid penduduk di kampung berdekatan tapi okay lah sebab pengarah redeem balik dekat second half dengan fokus pada strategi perang yang digunakan oleh Ishar Singh sebagai ketua di situ. Sebab strategi dia guna lah, mereka boleh bertahan lama dan bagi masa untuk tentera di dua kubu lagi bersiap sedia melawan pihak musuh. Dapat juga tahu macam mana setiap kubu berinteraksi dengan menggunakan heliograf selain menghantar telegram.

Selain bijak dan berani, Ishar Singh pun ada ehsan yang tinggi pada pihak musuh sebab dia arahkan tukang masak di kubu tu bagi minum pada pihak lawan yang tercedera. For me, it’s really unnecessary move sebab budi baik dia tu tak dibalas baik pun. Ishar Singh dibunuh dengan kejam sudahnya. Lakonan Akshay Kumar menghidupkan watak Ishar Singh dalam Kesari jadi tak hairan lah kalau watak ni antara yang terbaik dalam karier lakonan Akshay. 

Musik album yang menghimpunkan 12 buah lagu dari Tanishk Bagchi mendapat penerimaan positif oleh critics dan memenangi anugerah untuk pelbagai kategori termasuklah Lirik Terbaik, Penyanyi Latar (Lelaki) Terbaik – B Praak dan Album of the Year. Lagu Teri Mitti dendangan B Praak mempunyai lirik yang menceritakan semangat cinta pada negara dan sesuai sebagai lagu tema. Bila tengok pertarungan 21 orang askar Sikh di kubu dengan berlatarkan lagu ni, memang sebak jadinya. 

My personal favourite ialah Ve Maahi, lagu romantik antara Ishar Singh dan isteri dia. Walaupun Parineeti Chopra tak dapat screentime yang banyak dalam Kesari tapi served the purpose lah sebagai backstory Ishar Singh. Kalau chemistry tak wujud sangat pun tak apa sebab pasangan suami isteri ni tak dapat peluang untuk hidup bersama pun. Lepas kahwin dah kena pergi berkhidmat dekat sempadan. 



Anshul Chobey paparkan suasana di kawasan sempadan dengan bersandarkan keindahan kawasan pergunungan di sana. Realiti kehidupan askar Sikh yang serba kekurangan juga scenario peperangan yang menyayat hati. 

Filem Kesari boleh dipendekkan lagi sebab tak banyak pun lagu yang dimasukkan, dialog juga lebih kepada perbualan biasa. But overall, it’s a nice watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Drama Review | The Summer I Turned Pretty Season 2 (2023)

Saturday, 6 September 2025


Pengarah: Jenny Han
Penulis Skrip: Jenny Han, Gabrielle Stanton, Sarah Kucserka 
Pelakon: Lola Tung, Jackie Chung, Rachel Blanchard, Christopher Briney, Gavin Casalegno, Sean Kaufman, Alfredo Narciso, Tom Everett Scott, Rain Spencer, Elsie Fisher, Kyra Sedgwick, Kristen Connolly, David Iacono, Summer Madison, 
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, wiip, Sunswept Entertainment, Jenny Kissed Me, Big Red Bus, Neon Stories    
Penyiaran: Amazon Prime Video 
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 8 Episod (39–66 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2023
Trailer: 


Lepas Conrad (Christopher Briney) luahkan perasaan kepada Belly dekat pantai, mereka berdua bercinta tapi putus juga bila Conrad selalu mengasingkan diri gara-gara stress dengan Susannah (Rachel Blanchard) dan pelajaran dia. Keadaan makin bertambah buruk bila Belly ternampak Conrad dengan perempuan lain dalam bilik semasa upacara berkabung. 

Terkesan dengan kehilangan Susannah dan patah hati, gred Belly semakin menurun dan membimbangkan pihak Chesterbrook High School. Belly juga hilang peranan sebagai ketua pasukan bola tampar bila susah untuk bekerjasama dalam pasukan. Semuanya dipendamkan seorang diri kerana Steven (Sean Kaufman) teruja diterima masuk ke Princeton, Taylor (Rain Spencer) sedang hangat bercinta dengan Milo dan ibunya, Laurel (Jackie Chung) sibuk dengan buku baru yang menceritakan persahabatannya dengan Susannah. 


‘You should apologize! You screwed up, and now everything is weird with Conrad and Jeremiah. I mean, they won’t even text me back anymore because of you. I should be celebrating with them tonight, but they wouldn’t come because you made things messy.’ - Steven

Bila Laurel pergi ke New York untuk promosikan bukunya, Belly dan Jeremiah (Gavin Casalegno) pulang ke Cousins untuk mencari Conrad. Sebaik saja tiba di sana, mereka berdua dapat berita rumah percutian mereka akan dijual oleh Julia, adik Susannah. Walaupun Jeremiah cuba pujuk Julia supaya tidak jual rumah tersebut tapi rancangannya gagal kerana Julia sudah tawar hati. 


Conrad dan Jeremiah cuba pujuk Adam (Tom Everett Scott) untuk beli rumah tersebut menggunakan duit dalam tabung Amanah kepunyaan mereka berdua tapi ayah mereka berkeras duit tersebut akan digunakan untuk pengajian di universiti nanti. Belly, Conrad dan Jeremiah masih tak putus asa mencari dana untuk beli rumah tersebut kerana rumah percutian tu ada banyak kenangan bersama Susannah tapi peluang mereka tersangatlah tipis.

Seronok tengok Season 2 sebab dua beradik ni bagi cold treatment kepada Belly lepas dua-dua patah hati. Conrad tak nak bercakap dengan Belly bila berjumpa balik dekat Cousins, Jeremiah pun dingin lepas Belly dengan Conrad datang bagitahu yang mereka berdua bercinta. Both of them assumed Jeremiah akan terima dengan hati yang terbuka lepas confession di pantai dalam The Summer I Turned Pretty Season 1 (2022) rupanya tak. Jeremiah memang sayang Belly sebab tu dia paling rapat sejak kecil. 


Masa tahu rumah percutian tu nak dijual memang dah agak kesemua watak utama tak akan mampu ubah fikiran Julia. Kebanyakan episod lebih banyak fokus dengan memori yang ada di Cousins daripada cari jalan untuk selamatkan rumah Susannah. Menyampah tengok Belly bagi semangat untuk Conrad dengan Jeremiah untuk usaha lagi padahal dia bukannya idea yang bernas pun. 

But since dia tak dapat perhatian Conrad, dia berbaik dengan Jeremiah. Taktik sama macam musim lepas. Nasib baik Cameron dah move on dan berkenalan dengan Skye (Elsie Fisher), anak tunggal Julia. 


Tapi nak salahkan Belly pun tak boleh juga sebab Conrad pun tak boleh nak dijangka. Kadang dia okay dengan Belly, kadang dia shut down. Yang faham dan hormat situasi masa tu cuma Jeremiah. Dia sebolehnya jauhkan diri dari Belly sebab tak nak patah hati lagi dan rumitkan keadaan yang dah sedia bermasalah. 

Surprisingly dalam musim ni, penulis bagi ruang yang cukup untuk audience kenal siapa Jeremiah and turns out he’s the better brother. Well, at least for me lah sebab tak mampu nak hadam perangai Conrad. Jeremiah pun dah tawar hati dengan perangai abang dia. Muka dia bila Conrad kata jangan give up sebab dia ada plan. Bila adik dia tanya plan apa, Conrad kata entah. Hmmm baran. 


'My whole life I've looked up to Conrad. He's always been smarter, faster...just better. Maybe part of me just needed that someone to look up to. But a lot happened this year. I don't feel that way anymore.' - Jeremiah

Konflik yang dimasukkan dalam musim 2 ni tak teruk sangat pun tapi sebab masing-masing menyampah dengan Julia, nak berbincang cara baik pun susah. Jangankan budak-budak tu, Julia pun menyampah nak bincang tentang rumah percutian tu. Yang dia tahu, nak jual cepat lepastu balik ke Boston sebab cuti dia tak banyak. 


I faham tindakan Julia tapi penulis dah karang cerita dari point of view remaja tak matang so watak Julia nampak jahat sangat dalam musim 2. Sama juga lah dengan watak Adam bila dia berkeras tak nak anak-anak dia kacau duit dalam trust fund. Bertambah tak matang bila Belly ajak semua orang buat parti like smh T.T

Menariknya Steven cuba untuk pikat Taylor lepas putuskan hubungan dengan Shayla. Tak pasti bila Steven mula berminat dengan Taylor tapi lepas insiden dekat parti tu, dia cuma mengelak dari Taylor sebab dah in relationship dengan Shayla. Walaupun kamera fokus dekat Belly, Conrad dan Jeremiah tapi dekat belakang boleh nampak Steven selalu mengusik Taylor. Cuma dia tak beria sangat sebab Taylor tengah angau dengan Milo. 


I really look forward Season 3 sebab nak tengok kisah cinta Steven dengan Taylor berkembang lebih jauh lagi since Taylor is my fav character in this series. 

1. Team Production + 0.7 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10