Cari Bunga Marigold di Nursery Lot 53
Sunday, 9 July 2023
![]() |
Cantik pulak tengok diorang tanam pokok pegaga upside down macam ni. Jimat ruang |
![]() |
Nasib baik bunga marigold tak ada dalam list ni |
![]() |
Cantik pulak tengok diorang tanam pokok pegaga upside down macam ni. Jimat ruang |
![]() |
Nasib baik bunga marigold tak ada dalam list ni |
Pengarah: Mark Lee See Teck
Penulis Skrip: Mark Lee See Teck, Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Namron, Adibah Noor, Angela Chan, Dhiyauddin Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong
Syarikat Produksi: Fiery Films
Pengedar: MyContent, Amazon Prime Video
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023
Trailer : N/A
Naskhah drama yang menyajikan tema kekeluargaan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa disajikan di Amazon Prime Video bermula Jun lepas. Filem arahan Mark Lee See Teck diambil dari filem pendek berdurasi 3 minit dan dikembangkan bersama barisan penulis yang lain untuk menjadi sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran dan mesej sosial.
Kisah bermula dengan kehidupan sebuah keluarga di kawasan pekan kecil. Satu malam Azman (Dhiyauddin Ariffin) bersama ayahnya, Ahmad (Namron) dalam perjalanan pulang dari masjid lalu bertembung dengan Xiao Li (Alyssa Lee) yang memerlukan bantuan. Dia bersama ibunya, Ah Yoke (Angela Chan) dalam kebasahan dek hujan dan sehelai sepinggang mencari tempat berteduh.
Khadijah (Adibah Noor) tanpa berfikir panjang menjemput mereka anak-beranak tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Ah Yoke bercadang untuk pajak barang perhiasan dan bekerja di mana-mana kedai lalu berpindah ke Australia. Di sana dia akan tinggal bersama kakaknya.
Kerana trauma dan konflik yang dialami buatkan dia susah untuk percaya kepada sesiapa pun termasuklah Khadijah dan Ahmad yang banyak membantu. Ah Yoke larang anak perempuannya rapat atau mesra dengan Azman kerana mereka hanya berada di situ sekejap sahaja tapi nasihat dan larangannya diendahkan. Xiao Li selesa bergaul dengan penduduk kampung di situ kerana layanan mereka yang baik dan mesra terhadapnya. Walaupun dibuli di sekolah, Azman sentiasa akan datang membantu.
Naskhah Eraser mempunyai jalan cerita yang ringkas walaupun pada setiap plot mempunyai konflik yang didedahkan oleh penulis. Olahan pengarah terlihat santai menyebabkan naskhah drama ni tak terasa seperti filem yang kuat impak emosinya tapi terasa seperti iklan pemadam untuk Hari Kebangsaan. Metafora pemadam yang Azman guna pun tak begitu jelas maksudnya.
Masa Ahmad nasihatkan Azman gara-gara dia hilang semangat untuk siapkan projek seni tu rasa macam tak patut sebab emosi dia tak stabil lagi. Kenapa nak paksa? Faham lah diorang nak Azman menang dan capai impian melalui peluang yang ada tu tapi masa macam tak sesuai. It’s not that easy lah. Pertandingan macam tu tiap tahun pun ada, tambah pula motif untuk siapkan supaya Azman tahu erti tanggungjawab padahal peribadi dia elok je. Mesej dari projek seni tentang mengubat hati tu dah cantik dah tapi masa dan olahan tak kena.
Bahasa yang semua watak guna dalam kebanyakan babak skema sangat so it’s a bit cringe lah untuk habiskan. Bab lakonan semua pelakon tak ada masalah pun sebab conversation mudah dalam situasi yang santai. Slang Xiao Li je lah comel sebab Bahasa Malaysia dia ada slang Cina macam ‘tengok sana ada ikan leh’.
Sinematografi Eraser more to warm tone, sesuai lah dengan mesej yang dibawa oleh pengarah. Yang tak syoknya bila ada visual beberapa babak yang gegar. Props team pun pandai cari tempat dan props yang membantu latar tempat dan masyarakat dalam penceritaan Eraser. Suka tengok bilik Azman penuh dengan lukisan tangan yang dia hasilkan.
Kekuatan filem Eraser terletak pada chemistry semua pelakon dalam keluarga kecil walaupun Ari (Danish Adam) tak ada banyak sangat screentime tapi anak bongsu ada spot tersendiri untuk menyerlah. Comel tengok bonding Ahmad dengan Azman especially part dekat dapur sembang pasal hal sekolah dan keluarga.
Sayanglah filem Eraser ada potensi untuk jadi naskhah slice of life yang bagus tapi tersia dek olahan dan editing.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10
Bulan Julai ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.
• Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:
o Drama romantik Calming Signals: Woof & Meow, menampilkan Cha Hun, Chae-kyung dan ramai lagi, bermula 27 Julai di K-Plus (Saluran 396 HD).
o Dokumentari muzik KPOP Generation, membariskan penyanyi terkenal seperti Leeteuk, Minho, 2PM, HIGHLIGHT, Suho, Hwasa, Hoshi, Doyoung, TOMORROW X TOGETHER, IVE, LE SSERAFIM, bermula 9 Julai di tvN (Saluran 395 HD).
o Drama romantik komedi Men Are Men, dibintangi oleh Hwang Ji-woo, Park Do-gyeom, See Hyun Joo, Han See-yoon, setiap Khamis di KBS World (Saluran 392 HD).
o Drama romantik Angel’s Last Mission: Love, menampilkan Kim Myung Soo (L), Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, setiap Selasa dan Rabu di KBS World (Saluran 392 HD).
o Program pelbagai Camp Zerobaseone, membariskan kumpulan Zerobaseone (ZB1), setiap Khamis di tvN (Saluran 392 HD).
o Filem komedi Switch, dibintangi oleh Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung dan ramai lagi, pada 8 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem aksi The Assassin, menampilkan Shin Hyun-Joon, Lee Moon-Sik, Lee Jung-Min dan ramai lagi, pada 22 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem kekeluargaan My Puppy, dibintangi oleh Cha Tae-Hyun, Yoo Yeon-Seok dan ramai lagi, pada 29 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
Nota: Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.
• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.
1. Calming Signals: Woof & Meow [Tayangan Perdana] - 27 Julai, Khamis & Jumaat, 8 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)
Tertekan kerana masih belum mempunyai hubungan stabil di usia dua puluhan, Ha Joon bersetuju untuk berjumpa dengan perunding janji temu dan ditemani oleh rakan kolejnya. Semasa di tempat itu, Ha Joon berselisih dengan Do Hee, seorang wanita cantik yang seiras dengan cinta pertamanya dahulu. Disatukan dengan rasa sayang terharap haiwan peliharaan, mereka berdua semakin rapat, namun adakah hubungan sebegini sudah cukup untuk mencetuskan kebahagiaan buat keduanya?
2. KPOP Generation [Tayangan Perdana] - 9 Julai, Ahad, 6.20 petang, tvN (Saluran 395 HD)
Berhibur bersama artis terkemuka dalam industri hiburan kerana mereka akan menceritakan latar belakang muzik K-pop serta membawa perkembangan industri dari semasa ke semasa.
3. Men Are Men - Setiap Khamis, 10.15 malam, KBS World (Saluran 392 HD)
Kisah seorang wanita yang memutuskan untuk tidak berkahwin kerana melalui fasa cinta yang berbelah bahagi bersama dua orang jejaka; seorang lelaki yang masih mencintainya dan ingin melindunginya seumur hidup, dan seorang lagi lelaki yang ingin membetulkan hubungan dengannya dalam kehidupan masa lalu mereka. Mampukah wanita ini mengekalkan kehidupan bujangnya?
4. Angel’s Last Mission: Love - Setiap Selasa & Rabu, 9.05 malam, KBS World (Saluran 392 HD)
Angel's Last Mission: Love membintangi oleh seorang malaikat bernama Dan, jatuh ke dunia manusia selepas mencampuri urusan manusia, dan seorang manusia bernama Lee Yeonseo, penari balet yang tidak percaya pada cinta.
5. Camp Zerobaseone- Setiap Khamis, 10.30 malam, tvN (Saluran 395 HD)
Rancangan realiti di mana sembilan sahabat menaiki kereta perkhemahan edisi khas untuk pergi melancong. Bermula dari "sifar," mereka membuat persiapan perkhemahan dengan secukupnya bagi melengkapkan satu misi yang misteri.
6. Switch [Tayangan Perdana] - 8 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Filem "Switch" mengisahkan tentang bintang terkenal Park Kang, yang merupakan pelakon tetapi sering membuat gangguan, bertemu dengan pemandu teksi pada Malam Krismas dan mengalami kehidupan baru.
7. The Assassin [Tayangan Perdana] - 22 Julai, Santu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Lee Nan bersembunyi di sebuah kampung untuk melarikan diri daripada musuhnya. Di tempat itu, dia menyaksikan kekejaman dan orang terdesak untuk mendapatkan bantuan. Pembunuh yang menjadi ingatan selama ini, akhirnya muncul bertemu dengan Lee Nan.
8. My Puppy [Tayangan Perdana] - 29 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Min-soo (Yoo Yeon-seok), seorang pekerja pejabat yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. Dia mempunyai seekor anjing, Rooney, yang dianggap sebagai adik lelakinya. Keadaan tidak dijangka timbul dalam hidup Min-soo, apabila dia tidak boleh hidup bersama Rooney setelah