‘Nikah Cerai Rujuk’-- Mahligai Mana Tidak Beretak?

Friday 23 December 2022

Setiap pasangan pasti ada dugaan masing-masing, namun perlukah setiap solusi berakhir dengan keretakan sebuah mahligai perkahwinan? ‘Nikah Cerai Rujuk’ memaparkan tiga pasangan suami isteri yang bagaikan cermin kepada masyarakat moden kita. Setiap pasangan mempunyai konflik serta isu yang ingin disembunyikan daripada mata kasar orang ramai. Setiap pasangan tersebut bergelut dengan kemelut yang semakin memuncak.

‘The Power Couple’ Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam mulai retak apabila Alia mengetahui perkahwinan kedua suaminya dengan wanita yang bekerja di syarikatnya. Perit bila dimadukan tanpa disedari, Alia mengambil keputusan untuk mengagahkan diri sambil membutakan hati bagaikan tiada apa yang terjadi.

Manakala ‘The It Couple’, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan pelakon popular yang jika dilihat daripada mata kasar bahagia dan sempurna namun sebenarnya penuh dengan onak dan duri. Keluarga Adam begitu membenci Hanna sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk meretakkan hubungan mereka.

Sumaiyyah pula, ‘The Perfect Mum’ turut menghadapi kepayahan dalam mengecapi kestabilan perkahwinannya dengan sikap curang suaminya. Azlan seringkali mencuranginya sehinggakan Sumaiyyah lali dengan setiap tingkah lakunya.

Sarat dengan pengajaran dan iktibar akan liku-liku bahtera perkahwinan, ‘Nikah Cerai Rujuk’ dibintangi Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tunggak utama serta didukung oleh Mimi Ernida, Nasz Sally dan ramai lagi.

Rantaian drama ini diarahkan oleh kombinasi unik bapa dan anak yakni Jinggo Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy (Haq) serta diterbitkan oleh JS Pictures. ‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Disember 2022, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Mahligai mana tak beretak? Bahtera mana tidak melayari lautan bergelora? ‘Nikah Cerai Rujuk’ merupakan salah satu drama yang realist, menunjukkan realiti di sebalik perkahwinan yang pasti ada dugaan.

Malah kekuatan rantaian drama ini terletak pada naratif yang begitu realistik di kalangan masyarakat kita. Kisahnya bukanlah ‘happy ending’ sepertimana kisah-kisah fiksyen yang ada, watak-watak yang ada begitu relatable di kalangan masyarakat kita, terutamanya untuk mereka sedang mahupun pernah melayari bahtera perkahwinan. Sememangnya tidak semua yang indah, tak semua yang sempurna.

Dengan ‘Nikah Cerai Rujuk’, pihak kami mahu mengembangkan lagi segmen penonton Astro Ria kepada mereka yang matang dan sudah berkeluarga yang menghargai penceritaan berpaksikan emosi, jalan cerita yang serius dan berkisarkan pengalaman-pengalaman hidup yang sebenar.

Pihak kami tidak boleh menafikan bahawa gandingan pelakon yang ada turut merupakan antara generasi-generasi pelakon yang hebat. Kekuatan yang ada pada Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Noorkhiriah Ahmad mampu mencurahkan pengalaman berlakon bertahun lamanya dalam drama ini. Manakala Shaza Bae dan Halim Radzi memberi suntikan muda kepada naratif yang membicarakan isu-isu matang perihal rumah tangga.

Tahniah kepada Jinggo dan Haq serta JS Pictures atas hasil karya yang amat mengagumkan yang bakal membuatkan para penonton terpegun dengan karya yang begitu berjiwa. Kami di Astro berharap agar para penonton dapat menghargai naratif yang penuh dengan gelombang emosi dan paparan sisi realiti ini.”

Uzair Haqimy (Haq) - Pengarah Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’

“Alhamdullillah, gandingan di antara setiap pelakon dalam cerita ni sangat menjadi. Mungkin juga kerana semua pelakon berjaya mendalami watak masing masing, dan wujud nya pelakon pelakon lama dalam pembikinan cerita ini yang tidak berkira untuk berkongsi ilmu sangat membantu pelakon pelakon baru untuk menjayakan watak masing masing.

Cabaran bagi saya, lebih kepada nak keluarkan watak yang dilakonkan pada seseorang pelakon itu. Saya sentiasa mahukan perubahan dari segi watak yangpernah dibawa oleh pelakon-pelakon tanah air kita. ‘Nikah Cerai Rujuk’ is a must-watch series kerana cerita ini menceritakan tentang pelbagai masalah rumah tangga yang dialami pasangan-pasangan yang berlainan. Cerita ini juga memberi banyak nilai moral kepada setiap orang yang sedang menghadapi realiti yang akan diceritakan dalam ‘Nikah Cerai Rujuk’ ini.

Terlalu banyak pengajaran dan nilai moral yang kita cuba jelaskan dalam drama ini. Antaranya adalah nilai kesabaran, ketanggungjawaban, kasih sayang, dan terlalu banyak lagi. Kena tengok dan nilai sendiri. Saya berharap agar yang menonton mampu mengambil pengajaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dynas Mokhtar sbg Dr. Alia

Dato’ Sri Eizlan Yusof sbg Hisham

Shaza Bae sbg Hanna

Halim Radzi sbg Adam

Noorkhiriah Ahmad sbg Shapie Sumaiyyah

Zarul Umbrella sbg Azlan

Nasz Sally sbg Rozie

Amanda Amry sbg Marsha

Mimi Ernida sbg Fatin

Sharonizam sbg Ismail

Zarina Zainudin sbg Fareeda

Salina Saibi sbg Nadia

Alif Hadi sbg Hakimi

LOGLINE DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

‘Nikah Cerai Rujuk’ mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.

SINOPSIS DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. 

Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers - nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima. 

Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak. Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang. Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan. 

Sementara itu, Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul. Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

6 comments

  1. menariknya cerita macam niii! reflecting the reality gituu

    ReplyDelete
  2. Watak yang menakjubkan dengan arahan yang menakjubkan. Ia pasti mendebarkan untuk menonton drama bersiri

    ReplyDelete
  3. Tonton Drama Melayu Online Live Full Episod. Watch Malay Drama Online Free Streaming. Kepala Bergetar Tonton

    Live Tv3 Online https://tontontvs.live/.

    Kepalabergetar Full Episod

    ReplyDelete
  4. Tonton Drama Melayu Online Live Full Episod. Watch Malay Drama Online Free Streaming. Kepala Bergetar Tonton Live Tv3 Online https://kepalabergetartv.club/

    Kepala Bergetar Drama

    ReplyDelete
  5. Tonton Drama Melayu Online Live Full Episod. Watch Malay Drama Online Free Streaming. Kepala Bergetar Tonton Live Tv3 Online https://kepalabergetartv.club/

    Kepala Bergetar Drama

    ReplyDelete
  6. Tonton Drama Melayu Online Live Full Episod. Watch Malay Drama Online Free Streaming. Kepala Bergetar Tonton

    Live Tv3 Online https://basahjeruk.live/ .

    Kepala Bergetar Drama

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.