Blog Performance Oktober 2022

Tuesday 1 November 2022

 

Just a quick update for today sebab minggu ni macam busy betul. Tak terkejar nak buat semua benda. Masuk bulan November ni memang rancak awan melimpahkan hujan. Siang malam hujan, kalau tak lebat pun renyai-renyai. Kejap lagi ada la tempat yang naik air. 

1. PV


Kalau bulan September, PV tak cecah 100k pun, bulan Oktober dapat dua kali ganda dari angka tu. Sebab bulan lepas dah kata nak tengok betul ke bilangan hari mainkan peranan tu kira betul lah jugak sebab bulan Oktober ada 31 hari so boleh cecah sampai beratus ribu. Lagipun bulan ni ada banyak filem baru jadi tarik ramai pembaca juga walaupun ada dua kali cuti besar. 

2. Posts


Tengok dekat bahagian Popular Post ni kebanyakannya movie dan series baru yang naik macam Talbis Iblis dengan The Midnight Club. Boleh kata jadi reference untuk yang nak layan lah sebab benda baru. List movie macam PR Disney hantar pun masuk dalam PP ek, so I bila entah nak buat senarai movie yang katanya nak buat tu. Masuk dalam azam tahun depan la kot ek? 

3. Audience


Bab audience tak banyak beza pun dengan bulan September 2022, masih Malaysia dengan Indonesia mendominasi. I ada banyak draft movie Indonesia so hopefully semangat untuk buat review tak masuk ke laut dalam bulan November ni. Tak tahu lah kenapa malaaaaaaas sangat nak update review padahal orang dok refer dekat sini. Mungkin sebab penat lepastu gedik berjalan sana-sini. 

Rasanaya bulan November ni duduk rumah je kot sebab ada varian baru muncul pula. Mask pun dah kena pakai kalau ada event besar dan mass gathering. Memandangkan dah masuk November yang terkenal dengan ribut dan musim tengkujuh, semoga semua jaga diri dan tingkatkan imun diri ye. Selamat mengundi kepada yang layak dan kepada pengundi baru :)

8 comments

  1. bulan ni boleh target 200k pula. tak jauh dah tu.. good luck farhana :)

    ReplyDelete
  2. Bulan ni duduk rumah je, banyakla movie review boleh update. Semoga PV makin rancak. All the best!

    ReplyDelete
  3. Tahniah, FJ, ada peningkatan. Akak pun kalau nak tengok review, buat carian kat sini dulu, hihi.

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan kebizian tu berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  5. kan hujan pagi, petang siang malam...tetiba panas bedenting. Redhalah dengan apa yang Allah bagi pada kita. Semoga tak banjir sudah.

    ReplyDelete
  6. cik nor punya pv down btl..xthu knapa..huhu

    ReplyDelete
  7. Keep it up...Blog ni ada turun naiknya. Kalau PV naik tu semangat lagi nak menulis.

    ReplyDelete
  8. pn aida skang ratus aje.
    tapi adsense cantik dari dulu yg pv ribu.
    so, mcm ok la.
    blogging santai2. blogwalking releks2.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.