Perpustakaan Anggerik Mokara, Seksyen U5 Shah Alam

Sunday 3 July 2022


Dah lama dah tahu pasal perpustakaan awam ni tapi tak pernah menyinggah sampai lah 5 tahun duduk dekat Seksyen U5 ni baru rasa nak jejakkan kaki. Itupun sebab adik nak pulangkan buku dekat sini. Sebelum ni baca buku Kanvas sebab adik pinjam dekat sini. Jimat duit tak payah beli haha

Kawasan perpustakaan ni kecil je tersorok sikit di lorong kecil, diapit antara restoran dan surau. First impression bila tengok perpustakaan ni, kemas dan cantik tempatnya sebab semua benda tersusun rapi. Kitorang datang pukul 11 pagi jadi tak ada lah orang sangat. Perpustakaan ni dekat je dengan stesen bas Seksyen U5 jadi senang lah kalau nak datang naik bas pun. Nak tunggu bas je lah azab.


Masuk dalam terus jatuh cinta dengan deko dekat dalam Perpustakaan Anggerik Mokara ni. Deko secantik nama! Keluar dari konsep perpustakaan tu bosan sebab penuh dengan rak buku yang sama. Berbeza betul dekat perpustakaan ni sebab ada pelbagai jenis rak buku dengan design yang unik. Selalu nampak dekat Pinterest rak buku pokok ni tapi kali ni nampak depan mata. Cantik! 


Makin bertambah cantik bila ada mural menarik di bahagian belakang. Kombinasi warna memainkan peranan sangat sebagai tarikan. Kalau spend time membaca dekat sini mesti seronok sebab mata tak penat bila tengok lukisan cantik. Boleh nampak lah Majlis Bandaraya Shah Alam guna konsep hutan atau alam semulajadi sebab kebanyakan warna coklat gelap atau cair dan warna hijau pelbagai tona. 









Walaupun perpurtakaan ni nampak kecil tapi ada banyak buku dekat dalam. Ada pelbagai jenis genre macam bahan bacaan kanak-kanak, ilmu agama, masakan, lifestyle, ilmiah, fiksyen dan banyak lagi. Bahagian fiksyen lah tempat yang utama dan menarik untuk dituju sebab banyak sangat novel dari pelbagai penerbit terkenal. 

Kalau tahu perpustakaan ni ada novel banyak macam ni dah lama jejak ke sini haha tak payah beria pergi beli. Sekarang dah tahu, memang tak lah nak membeli. Novel Bahasa Inggeris pun ada juga dekat sini. Berbaloi lah pinjam dekat sini sebab novel Inggeris kan mahal nak beli. Dah la beli mahal lepastu berhabuk tak baca. I cakap dekat diri sendiri tau. Kalau terasa tu sejenis la kita tu hshshs


Ruang membaca dia tak lah luas tapi kalau buat banyak tempat pun bukannya ramai nak datang terutamanya masa weekdays. Perpustakaan ni pun agak jauh dari sekolah rendah atau menengah tapi dekat dengan kawasan perumahan. Tapi tak buka setiap minggu, hanya minggu kedua dan keempat setiap bulan. 


Di sebelah kiri perpustakaan ni ada ruang dua tingkat tapi bahagian atas belum dibuka. Mungkin baru siap renovate sebab bau cat masih ada lagi. Nampak menarik lah sebab dia ada gelongsor dari tingkat atas turun ke tingkat bawah. Di bahagian bawah tu ada TV untuk tengok animasi mungkin. Ruangan ni lebih khusus kepada kanak-kanak. 




Selain ruang membaca yang selesa, Perpustakaan Anggerik Mokara ada juga sediakan tandas wanita, lelaki dan juga Orang Kurang Upaya (OKU). Kalau nak pergi surau, jalan kaki je pergi surau sebelah perpustakaan ni. Kalau lapar je pergi ke sebelah kiri sebab ada restoran. Last time I pergi not bad lah untuk makan. Bab harga jangan tanya lah musim inflasi ni. 


Dah habis tengok semua ruang, dah puas pilih buku nak dipinjam, maka ke kaunter lah untuk tinggalkan rekod meminjam. Tempoh masa meminjam di Perpustakaan Anggerik Mokara ni selama 3 minggu waktu bekerja tapi boleh kata sebulan juga lah. Lupa nak tanya penalti kalau terlebih had masa berapa banyak diorang charge. Seorang boleh meminjam sebanyak 5 buah buku atau bahan bacaan. 


Ni ambil je dulu, baca tu entah bila ada masa. Yang sebelum ni pun sempat baca sebuah je itupun paksa juga baca sebelum tidur. Sekarang ni tengah cuba wujudkan habit membaca sebelum tidur instead of layan TikTok sebelum tidur. Pedih mata kalau sebelum tidur tengok smartphone. 

Lawatan kitorang tak berhenti dekat kaunter meminjam je sebab dekat bahagian tepi Perpustakaan Anggerik Mokara ni ada taman mini. Kitorang ambil gambar sampai sejam dekat sini sebab cari angle sesuai punya pasal haha



Bila perut dah lapar baru reti berhenti. Kalau tak, entah boleh cecah dua ratus gambar gamaknya. Siapa yang dekat dengan kawasan perpustakaan ni boleh lah datang. By the way, kalau nak pinjam buku kena daftar sebagai ahli sebanyak RM10 :)

7 comments

  1. Bestnya library dia.. Memang dah masa wujudkan library macam ni.. Kalau dekat, memang gi terjah.. Sha pun samalah macam Farhana, duk berabuk buku yang dibeli tak berbaca.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. menarik, fana. kreatif susun aturnya.
    ia menarik perhatian pembaca, kan.
    kita tak lagi di takuk lama, if library, lurus aje buku di susun :) ha ha ha...
    anak sulung aida, nurin, kaki library.
    dia suka sgt library dan kedai buku tau.
    tapi dia x minat jadik librarian, dia jadik pengawas koperasi :)
    adiknya, syuhada, yg jadik librarian.

    ReplyDelete
  3. cantiknya library. kemas. mesti seronok dapat membaca disitu. koleksi bukunya nampak menarik sangat.

    ReplyDelete
  4. Cantik design dan ID perpustakaan awam ni. Nanti dah siap renovate kena datang lagi nampaknya. Bergambar tu wajib. Mana reti penat. hehehe...

    ReplyDelete
  5. cantiknya library dia. best juga jadi port utk melepak..hehe

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak pergi perpustakaan. Last pergi perpustakaan negara yang dekat kuala lumpur tu. Besar dan best. Teringin nak pergi tempat kita boleh buat kerja tenang tenang gitu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.