Iced Hazelnut Latte Coffee BeanTea Leaf

Sunday 6 February 2022

'Ana, nak kopi tak?'

'Nakkkkk! Kak Nora nak beli apa? Starbucks eh?'

'Nak beli Coffee Bean. Tengah ada voucher free ni.'

Sebenarnya nak Starbucks tapi Kak Nora kata kopi dekat Coffee Bean Tea Leaf pun sedap jugak. Termakan dengan kata-kata manis Kak Nora, try la order Iced Hazelnut Latte sebab tu pilihan yang paling selamat. One can never go wrong with hazelnut latte. Neverrrr. 


Kak Nora kata Coffee Bean ni lagi murah kopi dia dari Starbucks so I pun macam okay lah boleh lah jimat sikit kalau betul sedap. I pun ada option lain kalau memerlukan kopi sedap. Tapi bila dia jerit I kena bayar RM19 untuk regular size tu I dah macam Kak Nora ni gagal matematik ke macam mana ek?

Kalau harga dia RM19 baik pergi beli Iced Hazelnut Latte dekat Starbucks je sebab satu venti cup cost me RM19 jugak including tax tau. Harga Iced Hazelnut Latte Coffee Bean ni RM19 lepas tolak voucher RM5 dengan delivery. 

Tu sembang harga, kalau sembang pasal kualiti kopi dia macam mehhh je sebab cair nau nak dibandingkan dengan Starbucks. Gambar ni tak ada filter ea, memang raw image. By the way Coffee Bean terkenal dengan edible straw yang dibuat dari pasta. I suka lah tengok straw dia sebab warna ungu, my favorite color. 


Tapi bila minum tu bertukar jadi benci pulak sebab edible straw dia ni gagal berfungsi sebagai straw. Bila guna edible straw ni boleh hilang nikmat masa minum sebab you kena minum dengan kadar pantas. You tak boleh minum sambil borak ataupun sambil buat kerja. I memang minum lambat. Kadang beli kopi dari pagi, petangnya baru habis minum. So bila beli straw cenggini hmmm terpaksa lah berlumba dengan masa. 

Coffee Bean bukanlah cafe yang tawarkan edible straw. Zus Coffee pun come up with the same straw jugak tapi straw dia tak mudah pun hancur. I minum lambat pun straw dia lambat berubah fungsi. Bila gigit pun tak hancur teruk macam straw Coffee Bean. Selain dari rasa kopi yang memurungkan, I boleh rasa straw tu mula mencair dalam minuman which is yekkk sebab I nak minum kopi bukannya nak minum kopi pasta. 

Bila dah hancur macam ni lagi lah mengerikan sebab serdak dia bersepah dekat dalam cup. Masa minum kena berhati-hati sebab takut tersedak. Macam merepek sangat nak buat edible straw untuk selamatkan penyu padahal 1% je straw bersepah di laut sedangkan pencemaran laut terbesar berpunca dari industri perikanan? 

Bila up story dekat IG ramai rupanya kawan I tak suka dengan edible straw dari Coffee Bean ni. Demmm what a horrible experience! First and last lah beli kopi dekat sini. No moreeee!

7 comments

  1. starbucks dengan coffee bean pun tak pernah try. selalu order choc hazelnut dari tealive ataupun chat time je huhu

    ReplyDelete
  2. okey..nasib baik akak x minum ais..normally amik yang hot hazelnut latte.....tgok entry ni terus teringin plak ni...

    ReplyDelete
  3. never say no to coffee...kann? emmm..thats one problem dgn edible straw ni.. x user friendly sgt..my friend sorang tu..simpan semalam..sekali esok dah lembik strawnya..time tu dia pun x tau la kan...

    ReplyDelete
  4. Tak suka straw zaman sekarang. Zus coffee ritu pun pelik straw dia. rasa getah

    ReplyDelete
  5. Suka Iced Mocha kalau order kopi kat The Coffee Bean & Leaf. Benci jugak dengan straw tu. Dia macam kena habiskan cepat air. Kalau tidak, cepat lembik dan tak syok nak minum.

    ReplyDelete
  6. Lama tak beli coffee bean.. Kena tambah baiklah straw dia tu.. Kalau tak memang tak bestlah nak beli..

    ReplyDelete
  7. yg ice, aida x pernah beli, Fana.
    always beli hot. since melaka takde stabak, this is the best for me la. - hazelnut latte hot.
    better than outlet yg ada kat melaka ni.
    hot coklat kat coffee bean sini pun sedap, izzat suka.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.