TV Show Review | New World : Episode 4 (2021)

Sunday 12 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Episod keempat masih lagi pada hari ketiga dengan scene mereka semua makan sarapan di Bistro Oasis. Awal episod dah buat kita kecur liur tengok makanan yang dihidangkan. Dalam episod ni game yang baru diperkenalkan oleh Holo di mana kesemua peserta perlu membeli beberapa aset yang berada di 12 daerah dalam New World. Peserta boleh beli seberapa banyak yang mereka mahu dan boleh membuat pinjaman dengan Mega Bank. 

Game ni menarik sebab asah minda dengan kemahiran bermain saham. Tak ada ilmu saham pun boleh menang game ni sebab setiap aset yang dibeli akan mengalami penurunan atau kenaikan harga bergantung kepada khabar angin atau aktiviti yang berlaku di aset tersebut. Macam contoh ada harta karun yang tersembunyi di Jalan Misteri jadi harga aset akan melonjak naik ataupun harga barang di New Mart melonjak naik sampai ramai pelanggan sakit hati maka harga aset tersebut akan merudum jatuh. 

Walaupun peserta beli aset tersebut dengan harga yang rendah, tak semestinya merugikan sebab ada pelbagai cara untuk naikkan semula. Sama ada peserta beli beberapa barang di Kedai Bayang ataupun sebarkan khabar angin kepada penduduk di New World. Sepanjang permainan ni peserta akan dapat update terkini dari mesej rasmi ataupun pihak bank akan telefon untuk bagi info kepada pemegang aset. 

Setiap satu jam juga kesemua peserta boleh check harga aset yang dipaparkan pada Menara Jam kemudian boleh buat keputusan sama ada nak jual kepada peserta lain atau jualkan saja pada pihak bank untuk peroleh keuntungan. Sekiranya peserta gagal membayar hutang pinjaman yang dibuat selepas jam 7 petang, peserta tersebut akan kehilangan rumah yang dicagarkan. 

Dalam banyak-banyak game yang ada di New World, game ni lah yang paling syok nak tengok sebab relate dengan finance dan dunia nyata. Memang kelakar lah tengok strategi semua peserta terutamanya Heechul yang dah memang papa kedana. Sambil susun strategi sambil bekerja sebagai taxi driver. Dalam hati dok mengutuk je peserta yang kaya sebab pandai buat duit dengan helah masing-masing. 

Na-Rae yang terpaling sibuk dalam episod ni sebab dia beli paling banyak aset jadi dia kena pastikan dia tak tidur merempat di rumah peserta lain. Banyak lah strategi dia guna untuk dapatkan aset yang dia nak. Bab khianat dan guna bermacam helah tu tak payah cakap lah sebab dia tengah membara untuk menang. 

Kai, Seunggi dengan Ji-won pula team up dalam game ni dan guna sebanyak mungkin barang misteri yang dibeli di Kedai Bayang. Dalam game ni Kedai Bayang tu memang function teruk sebab tak putus orang keluar masuk untuk pajak barang berharga ataupun beli barang misteri yang mereka dapat sepanjang bermain.

‘These are lucky lotus flowers. You see the buds, right? If you pray to the bud, good fortune will come when it blossoms.’

Walaupun game ni bergantung dengan strategi tapi tak semestinya tuah atau malang masing-masing tak mempengaruhi permainan. Yang bekerja keras pun belum tentu boleh dapat menang sebab ketidaksamarataan dpada peluang yang diberikan. Layan survival game yang kelakar pun boleh serap pengajaran besar dalam hidup haha kreatif betul team production New World ni. 

Bukan setakat bijak cipta permainan menarik untuk peserta supaya penonton enjoy semua episod, pengajaran dan mesej sosial pun diselitkan secara halus. Amazed betul dengan kreativiti entertainment industry Korea Selatan ni. Walaupun anak seni tak belajar tinggi pun boleh beri ilmu dan pengajaran dari profession dan medium kepakaran diorang. Haha tiberrr sangat kan sembang cenggini. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.