Luangkan Masa Di BTS Pop-up Store, One Utama

Sunday 26 December 2021


First of all I'm not an ARMY hahaha

Saja je lah nak tengok BTS Pop-Up: Map of the Soul Showcase ni sebelum ditamatkan pada 1 Januari 2022 nanti. Alang-alang dah sampai dekat OU, apa salahnya kan pergi. Sebelum nak masuk ke pop-up store ni, kena beratur dulu untuk isi digital form dan dapatkan QR code. 


QR code untuk masuk ni cuma bertahan 20 minit saja just in case sebelum masuk tu nak pergi tandas ke apa, atau pun tertinggal barang dekat kereta ke haaa masak lah kalau habis tempoh, kena beratur balik lah. 


Pintu masuk dia agak eksklusif lah sebab vibe dia ala misteri gitu. Bila dapat masuk tu rasa wowww. Langkah je masuk ke dalam BTS pop-up store haruslah dapat dengar lagu BTS. Dekat sebelah kiri ada LCD skrin gedabak paparkan semua official music video BTS. Staff dekat pop-up store ni haruslah ARMY sebab personally for me bukan semua lagu BTS best. Mind you, BTS ada 300 lebih lagu yang diterbitkan under HYBE. 


Dalam 300 lagu tu I layan lagu 17 buah lagu je - Jump, Spring Day, Idol, Euphoria, Epiphany, Boys With Luv (ft Halsey), Film Out, Blood Sweat and Tears, Life Goes On, Fake Love, On! (ft Sia), Make It Right (ft Luv), Stay Gold, Dynamite, Butter, Permission To Dance dan yang terpaling latest, My Universe (ft Coldplay). Kalau pergi konsert BTS confirm nganga kalau masuk lagu yang tak ngam dengan jiwa. 


BTS Pop-Up: Map of the Soul Showcase ni adalah kolaborasi BTS dengan Tiny Tan jadi merchandise dan standee BTS semuanya karikatur dalam mini size. Comel lah bila tengok Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V, Jungkook dengan standee masing-masing. Ingatkan dalam pop-up store ni ada standee berkumpulan tapi dia letak macam ni je. 



One with Jungkook!!! 




Dalam pop-up store ni ada koleksi t-shirt, kemeja dan hoodie yang mempunyai logo yang berkaitan dengan BTS : Map of the Soul, salah satu album BTS. Kecewa jugak tengok design dia sebab tak menarik perhatian. Mungkin pada ARMY cantik ataupun ada signifikan pada fandom diorang lah kot. 



Kalau ikutkan ada 300 merchandise kepada ARMY dengan kebanyakannya berwarna hitam dan ungu sebab tu tema warna BTS. I mampu tengok je lah sebab harga dia bikin telan liur. Keyrings pun dah cecah RM100. Koyak poket wei. 



Lagi satu macam tak menarik merchandise ni bila produk tu warna hitam lepastu letak logo BTS warna hitam jugak. Mana maunya labu kalau dah semua warna hitam. 





Sesuai lah props ni dekat cashier counter sebab kesakitan nak membayar merchandise tu.


Sebelum nak keluar ambil gambar dulu dekat Black Swan Wings ni. Actually ada lagi satu props untuk ambil gambar tapi sebab ARMY bersepah dekat situ lepastu gambar I pulak tak cantik sebab gelap hahaha. Estimated time spent dalam pop-up store ni dalam 45 minit tapi kitorang stay sampai sejam sebab tunggu turn nak bergambar punya pasal. Kalau fans mungkin lebih lama la kot dekat dalam tu. Overall a nice experience lah pop-up store ni. 

5 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.