Chamomile Body Scrub, Naturals By WATSONS

Saturday 18 December 2021

Dah lama tak guna body scrub dari Watsons so semalam alang-alang dah ke drugstore nak beli lah satu atau dua body scrub. Sebelum ni memang guna body scrub jenama Watsons je sebab selalu ada sale. Bau pun wangi, even beads dia best bila tonyoh dekat badan. 

Tengah mencari tu baru perasan Watsons dah keluarkan beauty products sendiri dengan label Naturals. Kalau beli produk Naturals boleh dapat points yang agak banyak. Nak pulak masa tu ada potongan harga, rasa macam tergedik jugak lah nak cuba. 


Body scrub Naturals ada banyak pilihan - Chamomile, Olive, Cica, Prestige Rose, Coffee, Argan, Blood Orange, Marula. Lepas dah puas belek, I decide untuk ambil Chamomile sebab bunga chamomile ni terkenal dengan fungsi dia untuk menenangkan. Dekat sticker tu pun dah claim yang body scrub tu untuk ketenangan. Lagipun dalam banyak-banyak tu ada chamomile dengan rose je untuk body scrub yang diambil dari pati bunga. Memandangkan I tak suka bau bunga ros, chamomile is the perfect choice lah. 

INGREDIENTS: 

Aqua Glycerin, Cetearyl Alcohol Caprylic/ Capric Triglyceride Cetyl Alcohol Juglans Regia (Walnut), Shell Powder, Glyceryl Stearate PEG-100 Stearate, Phenoxyethanol Triethanolamine, Acrylates/ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Parfum PEG-7 Glyceryl Cocoate Chlorphenesin Butyrospermum Parkii (Shea) Butter Disodium EDTA Xanthan Gum Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice, Tocopheryl Acetate Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Water, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Citric Acid, Benzoic Acid, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate and ingredients from certified organic agriculture


Kalau tengok pada senarai bahan-bahan yang digunakan, ada campuran shea butter dengan ekstrak aloevera so tak risau sangat lah bila guna sebab dua bahan ni berfungsi untuk lembabkan kulit. Risau dekat shea butter tu je sebab takut sticky macam body scrub sebelum ni.

Harga untuk 200g body scrub Chamomile Naturals ni RM18.90 tapi sebab ada potongan harga, dapat la RM16 dan 5 member points. Rasanya cukup je 200g untuk 3 bulan atau lebih sebab body scrub ni pakai dua atau tiga kali seminggu untuk buang kulit yang dah mati dekat badan. 

Suka dengan bekas dia sebab warna hijau gelap dengan penutup berwarna coklat kayu. Gabungan yang cantik dan sepadan seolah warna alam. Sesuai lah dengan nama jenama dan bahan-bahan yang digunakan tu. Body scrub sebelum ni dalam bekas tiub, mudah lah nak guna tapi bila dah hujung tu kemain beria kena press macam ubat gigi lepastu ada banyak baki tersangkut sebab tekstur dia pekat. Bila letak dalam bekas macam ni tak lah rasa membazir. Setakat nak buka penutup tu tak ada masalah sebab bila decide nak scrub badan means dah allocate masa yang lebih supaya boleh mandi dengan tenang. 

Tekstur body scrub ni tak lah melekit sangat mungkin sebab ekstrak aloe yang slimy tu dah bantu seimbangkan rasa berminyak shea butter. Bau chamomile tak lah kuat sangat even lepas mandi pun macam tak bau sangat. Agak kecewa lah dekat situ. 

Tapi takpe lah, boleh beli body scrub jenama lain pulak hahaha kbai

4 comments

  1. thanks for the review. brand naturals ni pernah pakai shower gel sahaja

    ReplyDelete
  2. jenama natural by watson ni memang best. yang body scrub ni belum try lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. Ala.. baru berangan nak beli tapi tak jadilah sebab Farhana cakap bau dia tak kuat.. Pakai body Scrub ini kena ada bau yang semerbak baru best.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.