Drama Review | The People v. O. J. Simpson: American Crime Story

Saturday 20 February 2021

Director : Ryan Murphy, Anthony Hemingway, John Singleton

Writer : Scott Alexander & Larry Karaszewski, Maya Forbes & Wallace Wolodarsky, Joe Robert Cole, Daniel Vincent DeVincentis

Cast : Sterling K. Brown, Kenneth Choi, Christian Clemenson, Cuba Gooding Jr., Bruce Greenwood, Nathan Lane, Sarah Paulson, David Schwimmer, John Travolta, Courtney B. Vance

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes : 10 episodes

Release Date : February 2 – April 5, 2016

Production Company : FX, Ryan Murphy Productions, Color Force, Scott & Larry Productions

Distributor : Netflix

Trailer :

 

Drama The People v. O. J. Simpson dari franchise American Crime Story yang menceritakan tentang kes pembunuhan Nicole Simpson (Kelly Dowdle) dan Ron Goldman (Jake Koeppl) melalui autobiografi The Run of His Life: The People v. O. J. Simpson (1997) hasil penulisan Jeffrey Toobin. 

Tak pernah tahu langsung tentang kes ni tapi kalau masuk meeting mesti managing partner mentioned pasal kes O.J Simpson (Cuba Gooding Jr.) sebab kes pembunuhan ni ada bukti kukuh bila saksi, DNA, bahan bukti, modus operandi dan motif tapi pendakwaraya kalah disebabkan naratif dari pihak peguambela dan juri awam buat keputusan yang dibutakan oleh racial card. 

Kes pembunuhan Nicole Simpson dengan Ron Goldman ni berlaku pada 12 Jun 1994 tapi sehingga ke hari ni, tak ada siapa pun yang tahu siapa pembunuh sebenar mereka berdua. Melalui beberapa buku, filem dan drama yang pernah dihasilkan pun tak ada yang terangkan siapa pembunuhnya dan di mana senjata pembunuhan pada malam tersebut. Tapi dari conversation Kris Kardashian (Selma Blair) dan Faye Resnick (Connie Britton) pun boleh agak dah sebab Nicole dah banyak kali kena abuse dengan O.J. Simpson. 

Setiap kali pendakwaraya gagal, setiap kali tu lah I react sama macam Marcia Clark (Sarah Paulson) dalam scene tu. You think you have all the evidence, you can win the case? Nahhhhh! Here comes The Dream Team - Robert Shapiro (John Travolta), Johnnie Cochran (Courtney B. Vance) dan Alan Dershowitz (Evan Handler) guna setiap peluang untuk goyahkan pendirian team pendakwaraya in every way possible. Dengan hakim sekali kena!

‘You think I don't understand the situation? I get it. It's payback. O.J.'s the first black defendant in history to get off because he's black. The people will see who the police really are... And the people saw was how well you can twist the system. This isn't some civil rights milestone. Police in this country will keep arresting us, keep beating us, keep killing us. You haven't changed anything for black people here. Unless, of course, you're a famous, rich one in Brentwood.’ - Christopher Darden (Sterling K. Brown)

The team production did their best they could dengan skrip dan dialog yang padu dalam beberapa intense scene dilontarkan oleh watak-watak penting. Bukan sahaja barisan pelakon hebat melalui lakonan, facial expression dan body language malah kebanyakan watak hampir sama dengan actual character. 

You guys surely can learn a lot from this drama bila kebanyakan scene diambil dari fakta sebenar. Scene paling epik mesti lah scene O.J. Simpson try glove yang diambil dari crime scene. Kebetulan pulak minggu ni Perdana Menteri UK buat lawak glove dia tak muat macam O.J. Simpson masa dia pergi melawat vaccination centre. 

Throughout this drama, rasa respect sangat dengan Robert Kardashian (David Schwimmer) yang rapat dengan O.J. Simpson. Dia tak terikut dengan naratif kad bangsa, dia mencari suspek pembunuhan sebenar, dia ambil berat dengan anak-anak dia walaupun dia cuma supporting character. I guess lepas dia meninggal anak-anak dia – Kourtney, Kim, Rob dengan Khloe tak dengar nasihat dia dekat restoran tu. 

‘We are Kardashians. And in this family, being a good person and a loyal friend is more important than being famous. Fame is fleeting. It’s hollow. It means nothing at all without a virtuous heart.’ - Robert Kardashian

Lagi menarik kalau watak Kris Kardashian dikembangkan dengan beberapa flashback scene bersama Nicole Simpson instead of fiction scene antara Darden dengan Marcia. Panjang pulak tu padahal tak perlu pun. Masa kes ni berjalan, Kris tengah mengandungkan Kendal dan dia letak nama Nicole sebagai middle name anak dia sebab Kris sayang sangat dengan Nicole. 

Nak menghidupkan balik suasana tahun 90-an bukan senang ditambah dengan scene yang memerlukan ramai orang macam scene dekat luar court ataupun scene dekat restoran tapi Fuse FX made it looks easy sebab most of these scenes guna CGI. Nampak real sangat onscreen. Background music dari Mac Quayle menambahkan mood dan impak pada penceritaan sebab lirik sesuai dengan perasaan karakter dalam beberapa scene. 

Personally for me this drama did justice to the story and actual character involved sebab tak berpihak pada mana-mana langsung. Neutral. Cuma tu lah ada beberapa scene yang lari dari fakta sebenar macam scene O.J. Simpson nak bunuh diri dalam bilik Kim tapi fakta sebenar kejadian tu berlaku dalam bilik Khloe. Scene The Kardashians chant nama family diorang masa Robert baca suicide note O.J dekat TV tu semuanya untuk tumpang popularity Kardashians. I don’t think it’s necessary pun sebab kes ni sendiri dah cukup strong. Tapi tu lah berbalik kepada strategi Dream Team lah, naratif tu penting.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

2 comments

  1. this series is in my list, thanks for the review :)

    ReplyDelete
  2. Wow.. dari true story.. Sampai sudah tak tahu ye pembunuh sebenar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.