Hadiah Penghargaan Dari Nescafe, I Love You 3000!

Monday 23 November 2020

Tak sangka langsung random tweet boleh dapat hadiah penghargaan dari Nescafe. Lama jugak la tunggu lepas Nescafe minta isi borang supaya dia boleh hantar parcel ke alamat surat-menyurat. Masa tu dah down dah sebab ingatkan kena game je rupanya memang betul lah Nescafe hantar hadiah! 


Dalam box kecil ni ada sebiji signature mug Nescafe, satu ziplock berbentuk mug dan 3 sachet Nescafe berbeza perisa - Dark Roast, Caramel dan White Coffee. 



Dalam box tu ada satu kad ucapan penghargaan sebab setia dengan Nescafe. Bila tengok balik dekat Twitter, banyak rupanya tweet pasal Nescafe sejak tahun 2010 lagi. Tahun 2009 baru buat Twitter kan so tak faham lagi algorithm Twitter macam mana hehe



Tak sangka betul dulu bukannya suka sangat minum kopi. Masa kecik dulu mak suka bancuh kopi hitam tapi tak nak minum sebab takut kulit jadi hitam. Zaman 90-an dulu bila berkulit gelap confirm kena bahan. Kicap pun tak makan tau. 

Bila masuk zaman study baru mula berjinak dengan kopi sebab sedap itupun tak boleh minum selalu sebab dehydrated then demam. Baru sekarang jatuh cinta kaw kaw dengan kopi, minum hari-hari pun no hal. Fav sekarang haruslah Milk Tea Latte Nescafe. Hopefully Nescafe akan keluarkan pula Cham sebab gabungan teh dengan kopi mewujudkan sensasi rasa padu. Gittewww

Anyway, thanks Nescafe! Love you 3000, to the moon and back! 

7 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.