Movie Review : Zindagi Na Milegi Dobara

Tuesday 15 September 2020


Director : Zoya Akhtar
Writer : Zoya Akhtar, Reema Kagti, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast : Hrithik Roshan, Abhay Deol, Farhan Akhtar, Katrina Kaif, Kalki Koechlin, Naseeruddin Shah
Production Company : Excel Entertainment
Distributor : Eros International
Genre : Adventure / Comedy / Romantic
Running Time : 153 minutes
Release Date : 15 July 2011
Trailer :


Sembang pasal director Zoya Akhtar, this is one of her must watch movie. Bukan setakat jalan cerita yang menarik, lakonan pun bagus dengan skrip mantap dari tiga orang penulis. Dan sebab movie ni jugak lah ramai yang nampak sizzling chemistry antara Hrithik Roshan dengan Katrina Kaif.


Kisah bermula dengan Kabir Dewan (Abhay Deol) propose girlfriend dia, Natasha Arora (Kalki Koechlin) masa sambutan hari jadi ibu dia. Masa dekat engagement party, Imran Quresh (Farhan Akhtar) remind pasal janji diorang untuk buat bachelor trip ke Spain. Walaupun Arjun Saluja (Hrithik Roshan) busy dengan kerja dan masih terasa hati dengan Imran, tapi demi persahabatan dari kecil, dia tetap join.


Imran dengan Kabir dah faham sangat dengan perangai Arjun yang workaholic. Prinsip dia adalah bekerja sampai umur 40 tahun dan bersara dengan aman. Tapi diving instructor, Laila (Katrina Kaif) cuba ubah cara hidup Arjun supaya lebih hargai masa yang dia ada sekarang. Tak siapa tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Belum tentu juga manusia akan hidup sampai ke hari tua. 


Dalam bachelor trip selama 3 minggu tu mereka bertiga akan buang rasa takut dalam hidup dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Kabir pilih diving dan ajar Arjun supaya lawan ketakutan dia dengan air dalam. Arjun pula pilih parachute supaya Imran lawan rasa gayat dia. Dan Imran pilih bull-running yang mana semua pun takut. Menempah maut betul sukan yang dia pilih. Silap haribulan semua meninggal kena pijak dengan seladang besar.


Sebenarnya Arjun dengan Kabir tak tahu pun apa sebab sebenar Imran pilih untuk have fun dekat Spain. Dah lama dia kumpul keberanian nak jumpa ayah kandung yang tinggalkan dia sejak kecil. Salman Habib (Naseeruddin Shah) adalah pelukis terkenal di Spain selepas berhijrah dari India dan berkahwin. So nak tahu apa kesudahan pencarian Imran dan berjaya tak diorang hilangkan ketakutan tu kena tengok la movie bertemakan kehidupan dan friendship ni. 


Bila tengok movie ni rasa nak pergi vacation trip dengan kawan-kawan sebab Carlos Catalan paparkan keindahan Spain dengan shot dan tone yang memukau. Barcelona, Costa Brava, Bunol, Andalucia, dan Pamplona semuanya nampak menarik. 



Walaupun Zindagi Na Milegi Dobara dapat penganugerahan untuk kategori Best Audiography but I’m not really into their music album except Senorita. Fun fact, ketiga-tiga pelakon menyanyi guna suara sendiri dan belajar tarian Flamenco untuk lagu ni. Dalam MV Senorita sebenarnya ada cameo dari datuk bandar Alájar.


Kalau first half banyak tonjolkan scene kelakar tapi masuk second half dah mula bermain dengan emosi sebab akan ada beberapa perubahan yang mereka akan adapt dalam hidup. Tapi melodrama dia tak lah sampai rasa nak keluar air mata, menyentuh hati but in easy breezy way sebab genre dia more to comedy and entertainment kan, so director dan writer cuba untuk tak beratkan sangat dan hilangkan momentum tu.


Puisi yang dicipta oleh watak Imran sebenarnya karya puisi koleksi Javed Akhtar - ayah kepada Zoya dan Farhan Akhtar. Javed Akhtar antara penulis lirik lagu Hindi so boleh bayang la kan macam mana keindahan dan mendalamnya puisi-puisi tu.


'If you're carrying your restlessness in your heart.... 
You are alive...
If your're carrying the lightning of your dreams in your eyes...
You are alive...
Like a gust of wind, learn to live free...
Let your arms be wide open to every moment you meet,
May every moment gift you a new sight to greet, 
If your're carrying your wonder in your eyes...
You are alive...'


Tak kisah lah tahun 2011 ataupun 2020, bila layan movie Zindagi Na Milegi Dobara ni tetap akan wujud feels yang sama. Terhibur dengan scene yang sama. Rasa kehangatan persahabatan mereka bertiga dan bibit percintaan antara Arjun dan Laila. I think in future pun movie road trip ni still akan jadi fav pick audience. Totally recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. aa bestkan klu ada this kind of group utk pergi vacation ... i want it too

    ReplyDelete
  2. Lagu senorita tu best.. not bad juga suara mereka bertiga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.