Movie Review : Ninnu Kori (2017)

Monday 21 September 2020


Director : Shiva Nirvana
Writer : Shiva Nirvana, Kona Venkat
Cast : Nani, Nivetha Thomas, Aadhi Pinisetty
Production Company : DVV Entertainments, Kona Film Corporation
Distributor : DVV Entertainments, Sony TV [Hindi dubbed]
Genre : Romantic / Comedy / Drama
Running Time : 137 minutes
Release Date : 7 July 2017
Trailer :


Kan haritu I dah kata I dah jatuh cinta dengan Nani so ni movie kedua Nani I layan semalam sampai mimpi terus. Kalau dalam movie V, boleh nampak side Nani yang ganas tapi dalam movie Ninnu Kori [Wanting You] ni nampak la sisi Nani yang romantik. 


Kisah bermula dengan scene Arun (Aadhi Pinisetty) surprisekan Pallavi (Nivetha Thomas) pada hari lahir dia. Nampak macam pasangan suami isteri yang normal tapi curious kenapa Pallavi naik flight ke daerah lain untuk berjumpa dengan Uma (Nani). 


So here comes the flashback di Vizag bila Pallavi di zaman kolej dan mempunyai impian untuk buat video menari tak kisah lah traditional dance ataupun fusion tapi sayangnya Pallavi dihalau keluar kelas sebab tak boleh catch up apa yang dance master ajar. Dalam kekusutan tu lah dia ternampak Uma menari mass dance dekat wedding orang. 


Pallavi approach Uma supaya jadi dance master dia. Dari situ mereka mula rapat dan jatuh cinta kemudian Pallavi trick family dia supaya Uma jadi penyewa di tingkat atas rumah family dia. Makin senang lah diorang dua nak berjumpa setiap hari. 

Semuanya indah untuk Pallavi dan Uma sampailah keluarga Pallavi nak carikan jodoh untuk anak perempuan bongsu diorang. Ayah Pallavi, Chandramouli (Murali Sharma) nak cari menantu yang stabil kewangan supaya anak dia hidup selesa. Awalnya Uma fikir cinta dah cukup tapi masa dia tumpangkan Chandramouli balik rumah, diorang berdua ternampak drama cinta terhalang. 


Bila ayah Pallavi jelaskan kenapa dia nak menantu yang cukup serba-serbi, Uma pun buat keputusan supaya batalkan rancangan untuk kahwin lari. Dia minta Pallavi tunggu setahun je lagi sampai dia dapat PhD dekat JNU, New Delhi kemudian dapat kerja elok. But the time Uma dapat PhD, pinangan Arun dah sampai ke rumah Pallavi. 


Pallavi terima pinangan Arun sebab dia taknak jadi penghalang karier Uma dan dia yakin Uma akan move on dan jumpa perempuan lebih baik. Tapi sangkaan Pallavi meleset bila pensyarah dekat JNU call bagitahu yang Uma kemurungan lepas tahu Pallavi berkahwin. Dan sebab tu lah Pallavi pergi berjumpa dengan Uma macam dalam scene awal. Apa Pallavi nak buat supaya Uma sihat balik kena tengok lah movie ni.


Kalau first half penuh dengan scene romantik dan cute chemistry antara Nani dan Nivetha dengan lagu yang menaikkan mood dan vibe suasana romantik ditambah sinematografi memukau sekitar Vizag, second half pula padat dengan drama antara Uma, Pallavi dan Arun. Datang pula Chandramouli ke US untuk pastikan keadaan Pallavi sebab anak perempuan jiran yang dia nasihatkan tu bunuh diri bila sedih dikahwinkan dengan pilihan keluarga. 




Kalau movie ni dibikin semula di Bollywood, letak lagu dendangan Arijit Singh, Jubin Nautiyal, Palak dengan Tulsi confirm sebak tapi sebab bahasa Telugu so lagu dia I banyak skip except yang berjalan seiring dengan jalan cerita haha! Tak pasti kenapa Sony TV tak acquire music rights sekali supaya ada lagu dalam Hindi. Sayang lah sebab movie ni ada potential pergi jauh dalam digital distribution. 


Super love the dialogues and plot, entertaining and hit hard. Dialog dari Kona Venkat memang tepat dengan emotion masa tu. Scene klimaks tu memang meramu ayaq mata lah tengok Nani teriak. Bila dia kata dia perlukan masa untuk jelaskan situasi tu pada diri dia sendiri, it does hit me hard! Part dia geleng kepala tu nampak dia tengah berdebat dengan diri sendiri. Dia berjalan sambil menangis, langkah pun tak terhuyung-hayang lap air mata. I feel you Uma…. 


Siapa yang tak pernah tengok lagi movie blockbuster lakonan Nani ni sila lah tengok dan ending dia lain dari yang lain. Must watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

19 comments

  1. Ending lain dari yang lain tu mesti menarik..

    ReplyDelete
  2. indian, klu dah family carikan jodoh tu... better ikut kan la.. my indian blood family totally understand this situation hehe

    ReplyDelete
  3. Wow you love the movie so much until you dreamt about it later at night? Must be a really good movie to make it into your sleep. So it has a very different ending compared to the rest? OK! Will try to watch it. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Sedih juga cerita ni..thanks for the review ☺️

    ReplyDelete
  5. You suka tengok movie2 Bollywood and Tamil ek. Sounds like this movie has an interesting storyline. The actress look so pretty. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  6. Tengok citer Hindi ni kadang2 lagi best dari nengok cite Melayu. Hitu2 je la kan. Hehe. Lamanya tak tonton citer Hindustan.

    ReplyDelete
  7. wow another nice India movie recommended by you. Gonna check out movie Ninnu Kori when I am free

    ReplyDelete
  8. Ala sedih kenapa dia x kahwin dgn laki tu. Rasa mcm sia2 lagi ti sambung belajar

    ReplyDelete
  9. Rasanya setakat ni, saya belum pernah lagi tengok filem Telugu. Kalau ada pun cuma filem pendek, sebab di YouTube ada banyak tayangkan filem pendek dari India yang menang anugerah.

    ReplyDelete
  10. Sinopsis menarik ni! Nanti nak cari la cerita ni. Marsha memang minat cerita macam ni

    ReplyDelete
  11. Wow sis,, another full point movie review from you.. kena tonton la macam ni.. :) start tengok movie dari sana pun dari list2 yang sis syorkan..

    ReplyDelete
  12. jalan cerita yang menarik. bolehlah cari nnti filem ni nk tengok dgn member sebab masing2 minat filem2 mcm ni :)

    ReplyDelete
  13. Kalau ada dance tu mesti banyak lagu aje dalam filem ni, Sis suka kalau jenis banyak muzikal, tak kiralah kalau filem india pun.. nanti nak try tengok...

    ReplyDelete
  14. Sis pun suka tgk cte tamil sebab cte tamil walaupun dramatik lebih tapi biasanya jalan cerita dia best

    ReplyDelete
  15. Alahai... dah lama xtgk cite tamil/hindi, cik abg jer yg suka tgk cite tamil ni

    ReplyDelete
  16. oh wow, yet another amazing bollywood movie to add to the list to watch. thanks for sharing this detailed review!

    ReplyDelete
  17. Wah! this Ninnu Kori macam yes, thanks for the review and i will check out this movie when i have time.

    ReplyDelete
  18. lamanya tak layan cerita hindustan. okay boleh masuk dalam list nie. tengok jalan cerita nampak menarik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.