Drama Review : Keluarga Bahadon

Tuesday 31 March 2020


Pengarah : Syed Fariz Syed Khairuddin
Penulis Skrip : Fairul Nizam
Pelakon : Remy Ishak, Susan Lankester, Jihan Muse, Khir Rahman, Sabri Yunus, Namron, Sharifah Aleysha, Mark Adam, Melissa Campbell, Ayu Azhari, Othman Hafsham, Alvin Wong, Douglas Wong, Junji Delfino, Razak Ahmad, Amy Mastura
Genre : Komedi
Syarikat Produksi :  Anomalous Films
Pengedar : Viu
Jumlah Episod : 10 episod
Tarikh Tayangan :  11 Julai 2019
Trailer :


Jo Don (Remy Ishak), seorang chef di restoran mewah di Perancis terpaksa pulang ke Malaysia lepas dapat panggilan emergency dari Mama Don (Susan Lankester) memaklumkan bahawa Papa Don/Baha Don (Othman Hafsham) dah meninggal dunia.

Mat Don (Khir Rahman) sebagai anak sulung agak gembira dengan pemergian Papa Don bila dia sangka dia akan mewarisi harta dan perniagaan keluarga. Tapi malangnya mengikut wasiat, Jo Don yang akan mengetuai keluarga dan business dengan syarat dia harus mengahwini Suzi Faye (Melissa Campbell) anak kepada salah seorang sekutu dia, Little Kok (Alvin Wong).


Mat Don suruh pembantu dia, Angelito Jericho Papito (Mark Adam) untuk halang perkahwinan Jo dengan Suzi. Dalam masa yang sama, Jo yang bercinta dengan Kesuma (Jihan Muse) cuba untuk lari dari Malaysia dan hidup berdua dengan bantuan dari Ucu (Sharifah Aleysha).


Tapi gagal bila Secretary Hui lebih awal bertindak dan buang Kesuma jauh ke Mongolia dengan bantuan Madam dan Talal. Mama Don syak Suzi Faye nak bolot harta keluarga Don bila terdengar perbualan Suzi dengan kawannya dalam Bahasa Hokkien. Tapi Mama Don cuma salah faham bila Hokkien dia agak teruk.


Arranged marriage antara Suzi dengan Jo makin lama bertukar kepada cinta tanpa pengetahuan Kesuma. Jo pula busy dengan misi dia untuk betulkan kembali perniagaan dan kawal perangai sekutu perniagaan dia tapi semua tu tak mudah bila masing-masing dah berusia dan dah biasa hidup dengan perniagaan haram. Mat Don pula makin rancak menghabiskan duit keluarga dengan berfoya-foya bersama 26 orang teman wanita.


Genre komedi drama Keluarga Bahadon menjadi walaupun ada beberapa plot yang klise bila Jo dipaksa kahwin dengan Suzi untuk menjaga business keluarga. Sama juga dengan kehendak Mama Don untuk kahwinkan Ucu dengan anak Enche Besar (Amy Mastura), Enche Syabil supaya dapat makan buah yang sedap dan segar hari-hari. Perebutan kuasa antara Mat dan Jo dan lain-lain.


Drama terbitan Viu yang memenangi Drama Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 yang diadakan di Singapura ni diklasifikasikan sebagai R-rated gara-gara bahasa yang digunakan agak kasar tanpa tapis untuk menonjolkan dunia mafia. Agak tak sesuai untuk tontonan keluarga walaupun bertemakan kekeluargaan.


Uniknya drama ni bila pelbagai Bahasa ditonjolkan selain Bahasa Melayu, English dan French bila Mama Don fasih berbahasa Mandarin, sekutu Madam Mendoza berbahasa Tagalog dan beberapa scene dalam Bahasa Tamil. Ada juga dialek Kelantan, Perak dan Kedah. Meriah!


Best tengok drama ni sebab pelakon utama dan sampingan masing-masing ada bakat lakonan yang bagus. Sabri Yunus sebagai Abe We yang pakar dalam perniagaan daging lembu buat kita terhibur setiap kali dia muncul onscreen. Sama juga dengan Namron dan Bundo. Tak sangka Jihan dan Remy ada chemistry, terhibur dengan kisah percintaan agung mereka yang terhalang.


Thumbs up untuk team visual yang memaparkan dunia keluarga Baha Don dan sekutunya dalam visual yang cantik dan persalinan kostum yang menarik. Mama Don dengan cheongsam, Ucu dalam persalinan gothic, Mat Don yang segak dalam retro, Talal tonjolkan sisi Arabic dan Bundo dalam persalinan Minang.


All in all I terhibur sangat dengan drama komedi Keluarga Bahadon dan disebabkan ramai yang suka dengan cerita ni tambah pula team Keluarga Bahadon dah menang banyak award, tak lama nanti akan muncul Season 2 pula. Tak sabar!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

3 comments

  1. Ala.. nie yang nak cari dan tengok nie..

    ReplyDelete
  2. cerita ini kelakar... kita dah tengok beberapa episod...pelakon yang terlibat pun hebat-hebat....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.