Pentingnya Blog Archive

Tuesday 27 February 2018


Dalam dunia blogging, blogwalking tu sangat penting sebab menjaga hubungan sesame blogger dan dari situ boleh tambah traffic kita. Dalam masa yang sama tambah pengetahuan dan perkenalan kita dengan blogger lain. Tapi tak semestinya kita mampu visit semua blog yang kita follow setiap hari. Ada yang terlepas pandang terutamanya yang bukan dalam kalangan bloglist kita.

Jadi apa gunanya blog archive ni?

Fungsi blog archive untuk menyenaraikan semua entri yang ada dalam blog tersebut ikut susunan paling terbaru sehingga yang paling lama. Ada blogger suka update sekali sehari. Ada yang update 5 kali sehari ataupun ada yang update ikut mood. Kalau rajin, meriah lah update. Kalau yang datang penyakit M dan brain freeze ataupun sibuk dengan urusan harian, kosong berhabuk lah blog.

For me bila berkunjung ke blog seseorang, memang akan baca dalam 5 entri untuk bukan yang dalam bloglist sebabnya jarang datang. Jadi bila dah datang, kita kena la buat meriah supaya tuan rumah rasa happy dengan kita ye dak?

Kebanyakan template yang blogger guna sekarang memang jenis ada button Read More. Personally I hate button Read More sebab akan bertambah tab. Ada pula tu yang jenis bila tekan button Read More dia tak buka new tab, dia loading dekat page tu. Nanti nak kena gigih back/undo.

Blog yang paling best bila dia letak Blog Archive dalam keadaan Hirearchy beserta post title. Sangat senang dan jimat masa untuk blogwalking. Dia letak pula di kawasan body post. Memang kawasan senang nampak.


Sekarang ni makin ramai yang usha Top Commentators blog diorang untuk appreciate yang rajin bagi komen tapi tak nice lah bila tuan rumah pun sambil lewa je dengan keadan blog dia. Nak dig entry satu persatu memang makan masa. Nak pula bila line slow macam dekat office ni. Memang I tak pandang langsung award tu walaupun quite interesting.

However this is just my personal opinion je since trend Top Commentators makin menaik sekarang ni so hopefully lepas ni ada la yang pandang betapa pentingnya Blog Archive ni. Happy Blogwalking guys J

24 comments

  1. betul3X. blog archieve ni sebenarnya banyak membantu :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu sis..mudah utk kita klik mna2 entri yg menarik...hehehe..newbie mcm saya pun lebih prefer yg bgtu...

    ReplyDelete
  3. azah salah seorg bloggers yang guna read more! ekekeke :P

    ReplyDelete
  4. yes
    owner blog nak cari entry sendiri pun senang sebenarnya kalau ada blog archive
    haha

    ReplyDelete
  5. betul tu kalu jenis yg suka buat entry bersmbg tu blog achieved laa tmpt rujukan ms bw

    ReplyDelete
  6. yesss betull. sgt membantu jugak wlpn blog sy selalu berhabuk. haha. jenuh nak vacuum balik. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha perasan jugak dah berhabuk tu. Nanti kita vacuum sama2 okay? :)

      Delete
  7. salam ziarah... jemput2 ziarah balik follow dan belek2 blog archive kita..

    ReplyDelete
  8. alamak kita pun guna read more. tapi blog archieve tu tetap ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah pun dengan read more cumanya kalau ada blog archive lagi best nak bw :)

      Delete
  9. Blog cikyan xde read more tapi... Xse plak blog archive.. Cuma ada by bulan jela. Uhuksss. Nanti blh la improve lg blog. Bgus jugak tu bg idea. Kdg kita taktau ape org suka kan..

    Btw idea awk bgus jugak bila kita terjah entry yg bkn dlm bloglist tu byk2.. At least walau xde bloglist, kita still jenguk jugak kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah cikyan. Kadang tak sempat nak menjenguk kalau bukan dalam bloglist. Bila dah pergi kita meriahkanlah :)

      Delete
  10. Harapnya FJ tak alami kesukaran dan bosan bila masuk blog kak ana ye. Kak ana lama dh nak add widget top commentator tu. Tp sygnya template tu mcm bermasalah. Dah add widget tp x appear. Sedih juga sbb ingat nak lah bg something utk appreciate top commentator kita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana ada dalam bloglist so hari2 pergi menyinggah. Kesiannya harap nanti problem ni solved :)

      Delete
  11. Setuju dengan opinion akak! :D sebaiklah blog Hana ada bendaalah tu hahah! ^^ Thanks for sharing!! :3

    ReplyDelete
  12. Thanks for dropping by my blog and followed, so I followed back :)
    Tu lah dulu mmg tak suka guna template yg ada 'read more' sebab tak suka tunggu dia loading tapi bila fikirkan each blog post kadang2 ada banyak gambar, terus guna read more untuk perkemaskan lagi. Kalau tak post body jadi panjang hahaha

    And I agree with having a blog archive sebab senang readers nak baca or cari post2 yg lama. Tuan badan pun senang nak cari :) Have a nice day

    ReplyDelete
  13. Siqah suka button Read More untuk bagi blog nampak lagi kemas. Lagipun entri Siqah biasanya banyak gambar. Hehe.

    Yes. Blog archive sangat penting dalam blog. Lagi mudah nak BW :)

    ReplyDelete
  14. Mmg penting sbb ia memudahkan dan menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  15. For me, blog archive memang penting. Senang sikit nak tengok posts yang lain.

    ReplyDelete
  16. frankly speaking, blog archieve amat penting.
    yes, mudah utk kita klik whatever entri kita suka.
    bagi aida, aida kurang kejar top komen. sebab aida blogwalk tak selalu.
    tapi, once blogwalked, amik masa 1-2 hari.
    mesti baca at least entri blogger tu 2 bulan ke belakang.
    kalau ada time, aida tinggal komen.
    blogwalk dgn phone, payah la skit nak cepat kan.

    ReplyDelete
  17. Tips terbaik..blh dipratikkan Cara ini...loading speed page ni bagus..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.