Movie Review : 102 Not Out

By farhanna jafri - 08:52

Image result for 102 not out

Director : Umesh Shukla
Writer : Saumya Joshi
Cast : Amitabh Bachchan, Rishi Kapoor, Jimit Trivedi
Production Company : SPE Films India, Treetop Entertainment
Distributor : Columbia Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date :   4 May 2018
Trailer :


Tak pernah pula terfikir akan ada movie yang mengisahkan tentang kehidupan dua orang lelaki berusia. Tak ada heroin atau pun karakter wanita sebagai pelakon sampingan langsung. Movie 102 Not Out berkisar tentang kehidupan Dattatraya (Amitabh Bachchan ) yang berusia 102 tahun dan juga anaknya, Babulal (Rishi Kapoor) berusia 75 tahun yang tinggal serumah tapi berbeza karakter dan cara hidup.

Dattatraya pergi ke bandar membuat replika patung Mr. Ong Chong Tun Pen yang hidup selama 118 tahun, 3 bulan dan 28 hari sehingga berjaya pecahkan rekod dunia manusia paling lama hidup. Dattatraya ingin pecahkan rekod Ong dengan hidup selama 16 tahun lagi. While Dattatraya finds its amazing but not for Babulal.


Untuk pecahkan rekod ni, Dattatraya perlu hidup tanpa stress dan happy tapi satu je halangan untuk capai misi dia which is Babulal. Berbeza dengan cara hidup Dattatraya, Babulal lebih aware dengan kesihatan, sentiasa letak reminder supaya dia tak lupa uruskan rumah, semuanya kena ikut jadual, semuanya wajib teratur. Bagi Dattatraya hidup Babulal sangat membosankan dan kelam so dia takut benda tu akan affect mood dia untuk hidup.

Dattatraya bercadang untuk hantar Babulal ke rumah orang tua kalau dia tak ubah sikap menjadi lebih ceria. Untuk jadi ceria, Dattatraya bagi beberapa task untuk Babulal buat bila-bila masa je Dattatraya nak dia buat. Lepas dah siap task tu, Dhiru (Jimit Trivedi) merangkap pembantu farmasi yang selalu menempel di rumah mereka akan sign agreement sebagai saksi.


Actually Dattatraya tak berjaya pun nak hantar Babulal ke rumah orang tua sebab management ingat dia buat prank sebab pertama kali dalam sejarah ayah hantar anak pergi sana. Lucky for him Babulal cuak sampai ikut plan dia nak siapkan semua task.

Sepanjang nak siapkan task Dattatraya ni of course lah berdekah gelak tengok gelagat setiap karakter tapi masuk je second half dah mula babak emosi cumanya emosi dia tak berapa nak sampai sangat. Maybe sebab scene tu terlampau cliché agaknya. Boleh je kalau pengaraj buat luar dari kebiasaan since plot dah typical sangat. Pengarah wujudkan elemen saspen pun tak menjadi sebab dah boleh predict ke mana hala tuju movie ni. But it’s still fun to watch nak pula scene Amol (Dharmendra Gohil), anak kepada Babulal akhirnya balik selepas berdekad tinggalkan ayah dia.


Scene terjongket kening bila Babulal percaya bunga buluh hidup kembang mekar lepas dia letak baja tahi lembu padahal putik bunga pun tak keluar masa dia letak tu. Mungkin dia tahu tu cuma helah ayah dia ataupun mungkin dia malas dah nak fikir asalkan wujud kebahagiaan je dalam hidup dia lepas beberapa episod sendu.

One thing yang tak faham dalam movie ni entah anak beranak ni kerja apa sampai boleh ada harta 7 keturunan. Tak tahu isteri masing-masing kerja apa jugak sebab tak ada langsung tunjuk punca rezeki diorang tapi relaks je hidup spend sana sini.


Like I said earlier, movie ni memang berkisar tentang karakter utama ni je dan tak ada kemunculan karakter wanita pun even flashback tunjuk watak Babulal dan Amol. Agak unik juga sebab tak pernah lagi ada movie yang buat macam tu. Mungkin ada yang boring sebab tengok muka diorang je but depends on what’s your definition of a fun movie. 

Great visual, top notch dialogues and stellar performance rom leading cast antara sebab kenapa you guys kena tengok movie ni. Mungkin agak cliché tapi setiap manusia ada jalan ceritanya kan? Age is not a dead end of your life. Live to the fullest yo!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8 /10

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Mcm menarik je klu tgk trailer dia...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik pula bila filem hindi tak ada watak wanita..

    ReplyDelete
  3. lain macam bila cerita hindustan xda heroin. pelik ja..hehe

    ReplyDelete
  4. cerita india ni kadang biarlah takde psl cinta2 tkade heroin pun syok layan.... kalu tgk pada jln cerita... mcm nice jgk dik

    ReplyDelete
  5. jalan cerita dia best! Kelakar punya ni haha. but kalu dah hindi and ada unsur family mesti part sedih dia sedih giler :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah sedih part Amol tu balik semata sebab nak harta ayah dia je lepas bertahun tinggalkan ayah dengan mak dia. Mak mati pun tak balik :(

      Delete
  6. salam awk..
    eh ni filem bila..tgok release bulan May..??
    blum release kt Msia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat ada release ke tak dekat sini sebab movie hindi ni tak semua masuk malaysia

      Delete
  7. mcm menarik cerita ni.. mesti lawak.. hehe

    ReplyDelete
  8. Macam menarik ! Rasanya firsttime dengar cerita yang tiada heroin ni

    ReplyDelete
  9. what....?!! Rishi Kapoor sebagai anak Amitabh Bachand..??!! wowww..woooowww... kat situ je dah rasa menarik dah.. hahahahaha..

    okey, mesti cari ni..! :)

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)