Movie Review | Kampung Pisang Berbuah Dua Kali (2022)

Wednesday, 2 March 2022


Pengarah : Amen Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London, Datin Eina Azman, Azman  Mantra, Dollah Cantik, Dewa Sapri,  Ahmad  Yassin  (Yassin),  Rasydan  Zakaria  (Adan),  Nizam  Mok  Ram  (MA  Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham 

Syarikat Produksi : Enjit Enjit Semut Motion Pictures

Penyiaran : Astro First (saluran 480), Astro  Go, Astro On  Demand

Genre : Komedi / Seram 

Tarikh Tayangan : 3 Mac 2022

Durasi Tayangan : 106 minit

Trailer : 


Installment terbaru franchise popular, Kampong Pisang Universe yang mendapat sentuhan terakhir arwah Mamat Khalid diterbitkan dengan judul Kampung Pisang Berbuah Dua Kali. Kali ni penduduk Kampong Pisang diganggu oleh Cik Mek dan kumpulan penarinya. Tak ramai yang mampu nampak kecantikan Cik Mek kecuali Gerhana (Azman Mantra), iaitu adik kepada Cik Purnama (Dewa Sapri) sehingga membahayakan dirinya. Pak Karim (Mat London) mula naik risau bila dia selalu terjumpa Gerhana dalam keadaan yang menggerunkan. 

Dalam masa yang sama, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 di mana Yaakob Kangkong (Dollah Cantik) menjadi calon untuk berjasa kepada rakyat. Yaakob melantik Barkoba (Bell Ngasri) sebagai pengurus kempen dengan upah sebanyak RM20,000. Tanpa segan silu Barkoba menerima upah tersebut dek kerana hasrat dia untuk berkahwin dengan Yati (Anis Nisham). 

Installment yang disempurnakan oleh anak arwah Mamat Khalid, Amen Khalid lebih banyak memberi ruang kepada watak-watak sampingan yang lain. Kalau sebelum ni Pak Karim lebih banyak membisu, kali ni watak dia diberi ruang untuk mempamerkan kehebatan bersilat. Sama juga dengan anak saudara dia, Yati yang hebat bertarung dengan watak antagonis. Sesuai lah dengan skrip yang lebih terarah pada elemen memperkasakan golongan wanita dalam memperkukuhkan jalan cerita.

Elemen komedi yang diketengahkan macam biasa, masih kelakar dengan lawak bersahaja terutamanya dari watak-watak utama seperti Pak Din (Kazar Saisi), Pak Jabit (Aziz M Osman) dan Barkoba. Dekat awal movie lagi dah berdekah tengok pontianak dua alam. Betul jugak cakap dia, kalau dah dua alam masa hidup takkan jadi hantu nak straight pulak. Ada je idea arwah Mamat Khalid untuk hiburkan penonton, macam Raja Jastina, Ketua Pengarah Astro bagitahu dalam sidang media. Sama juga dengan babak karipap angin. 

Istimewa buat peminat Kampong Pisang Universe, dalam Kampung Pisang Berbuah Dua Kali terbitan Enjit Enjit Semut Motion Pictures ni ada babak di mana Datin Eina Azman dan Azman Mantra menyanyi bersama di pantai. Sebelum ni Azman pernah tular kerana bakat nyanyian dia di media sosial jadi tak hairan lah kalau Amen Khalid guna kesempatan ni untuk tonjolkan bakat pelakon dia.

Walaupun banyak perkara menarik namun dari segi plot dan penceritaan, pada second half agak susah nak faham apa pertalian watak Cik Mek dengan Yaakob Kangkong. Kenapa dia cuma target Gerhana sebagai mangsa? Kalau Gerhana adalah calon pilihanraya mungkin boleh diterima relevannya. Nak kata pilih secara rambang macam berisiko pula untuk Yaakob sedangkan dia perlu tawan hati penduduk kampung. 

Sama juga dengan babak Barkoba panas hati dan anggap dia mula berubah seperti binatang kerana duit upah dari Yaakob sedangkan dia tak lah kejam mana selain menipu bab upah. Itupun bukan arahan dari Yaakob tapi sifat tamak dia yang menjalar. Nak kata duit tu datang dari sumber haram sampai dia berubah jadi jahat pun tak pula tahu sumbernya. Kalau dikembangkan bahagian ni mungkin lebih menarik sebab faham dengan konflik dan ketegangan pada cerita. 

Rasanya untuk visual, pengarah amen Khalid masih lagi menggunakan khidmat dari Lil Studio Sdn Bhd sebab tona warna dan konsep vintage macam sama dengan drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (2020). Sinematografi berlatarkan Pantai Senangin, Perak dah cantik dah tapi bila masuk babak yang menggunakan VFX nampak lemah sangat watak hantu tu. Dah serupa robot tak siap touch up pun ada. Nampaknya kelemahan yang satu ni belum diperbaiki lagi. Elok lagi kalau guna khidmat MUA saja untuk wujudkan hantu bermuka ngeri. 

Apa pun, I have fun tonton installment terbaru Kampong Pisang Universe dengan kehadiran Datin Eina Azman. Nasib baik dia setuju untuk join berlakon dalam movie ni walaupun pack dengan jadual shooting yang lain. Sebagai peminat dapat tengok sesuatu yang baru dan keluar dari kebiasaan lakonan dia. Dah lah cantik sebagai Cik Mek, cantik menari siap ada babak berlawan lagi. 

Masa tengok movie ni tak rasa pun kekurangan dari Amen Khalid sebagai pengarah sebab sentuhan dia sama saja dengan Mamat Khalid. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Peminat franchise Kampong Pisang Universe boleh lah tengok movie ni di Astro First. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Happy betul bila dapat jemputan ke Sidang Media Secara Virtual Kampong Pisah Berbuah Dua Kali sebab dapat jumpa Datin Eina Azman. Walaupun secara virtual je tapi boleh juga tanya satu, dua soalan dekat pelakon fav kan? 


Turut bersama dalam sidang media ni ialah Pengarah Amen Khalid, Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad dan dua orang pelakon utama - Bell Ngasri dan Aziz M. Osman. I dapat jemputan dari Astro seminggu sebelum beserta dengan link Microsoft Team. Dalam masa satu jam tu dapat banyak jugak lah cerita belakang tabir, pengalaman dan kenangan semua yang terlibat. 

Sidang media dimulakan dengan tribute video kepada arwah Mamat Khalid dan bacaan Al-Fatihah. Rasa sedih bila tengok footage dia sebab membesar dengan koleksi movie sama ada franchise Rock dan Hantu Kak Limah. Kedua-dua franchise besar ni tak pernah gagal menghiburkan dari dulu sampailah sekarang. 

Raja Jastina pun kata arwah Mamat Khalid terkenal dengan karya edutainment di mana karya dia mempunyai pengajaran sosial dan satira. Bukan saja hasilkan naskhah filem yang hebat sebagai pengarah malah hebat dalam menulis skrip contohnya seperti filem Puteri Gunung Ledang (2004). Arwah Mamat Khalid memang tiada galang gantinya dan  Astro rasa bangga selama sedekad bekerjasama bersama arwah. 


Pengarah Amen Khalid pula bagitahu yang Mama dia banyak bagi sokongan dan semangat untuk sempurnakan kerja-kerja arwah. Tanggungjawab untuk siapkan naskhah tu sangat besar supaya konsep tak lari jauh dari apa yang digambarkan dalam skrip. 


Mamat Khalid pernah bagitahu Aziz M. Osman yang Amen akan ganti dia sebab tu tak ada perbezaan sangat pun karya franchise terkenal ni di bawah arahan Amen dengan arwah Mamat Khalid. Amen pun selalu ada dekat set penggambaran semua movie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah sebagai Assistant Director. 

Aziz M. Osman pernah bergurau nak buat tema Krismas dekat Kampung Pisang. Walaupun arwah dah tak ada mungkin hajat tu akan dilaksanakan oleh Amen. Macam menarik jugak lah Krismas dekat Kampung Pisang sebab semua benda dah pernah jadi dekat kampung pelik tu jadi tak mustahil boleh turun salji jugak. 


Bila turn Bell Ngasri untuk share pengalaman pula dia bagitahu yang suara Amen lebih kurang je dengan arwah Mamat Khalid sebab tu dia rasa tak banyak sangat pun yang berbeza. Amen selalu ada dekat set dan gantikan arwah setiap kali penat bekerja. Mamat Khalid pun dah ajar Amen berkenaan semua watak yang wujud di Kampung Pisang. Semua proses Amen dah tahu, tinggal nak shoot je selepas arwah pergi. 

Datin Eina pula kongsi tentang watak Che Mek iaitu hantu air yang muncul di Kampung Pisang dan sering mengganggu watak Gerhana. Datin Eina kata dia sebenarnya sibuk dengan penggambaran drama lain tapi disebabkan watak Che Mek ni perlukan dia untuk menyanyi, bersilat dan menari, sayang lah kalau dia lepaskan peluang tu. Boleh kata keluar dari comfort zone dia sebagai pelakon. 


Masa sidang media ni pun Datin Eina berehat kejap dekat set penggambaran drama lain. Happy bila Datin Eina jawab soalan I walaupun dah hujung waktu. Datin Eina kata apa yang dia lakonkan dekat set Kampung Pisang sebagai Che Mek tak mungkin sama dengan filem lain atau filem akan datang. Pengalaman dia buat semua stunt sendiri tu manis untuk dia. Masa shoot scene bersilat dengan Yati di pantai tu, Anis Nisham tertumbuk hidung Datin Eina sampai terbaring. Memang sakit tapi pengalaman tu sangat berharga dan takkan dilupakan. 


Satu jam rasa macam sekejap sangat dekat sidang media Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ni. Rasa seronok dapat jumpa semua pelakon terutamanya Datin Eina. Hopefully watak Che Mek boleh buka peluang untuk dia berlakon dalam women-centric movies yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah ternama. Anyway, terima kasih Astro untuk peluang manis ni. All the best pengarah Amen Khalid untuk naskhah seterusnya. You did your best :)


Amen Khalid Penyambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid, Sempurnakan Karya Terakhir ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’ | ‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First Bermula 3 Mac Ini’ 

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan- kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri  premium,  telemovie  serta  filem  pendek,  dan  lebih  unik  menjadi  satu-satunya  jenama  filem tempatan  yang  masih  menerima  reaksi  positif  serta  relevan  hingga  ke  hari  ini  meskipun  telah diperkenalkan  sejak  lebih  sedekad  lalu.  

Bagi  meneruskan  perjuangan  seni  dan  legasi  Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. 

Ke  mana  tumpahnya  kuah  kalau  tidak  ke  nasi.  Pastinya  filem  ini  akan  menjadi  kebanggaan  buat keluarga dan peminat. Amen Khalid sering di samping bapanya dalam penghasilan karya-karya lalu, telah  menyahut  cabaran  menyempurnakan  tanggungjawab  bapanya  mengarahkan  filem  Kampong Pisang  Berbuah  Dua  Kali  dan  ini  merupakan  pertama  kali  dia  menggalas  tanggungjawab  sebagai pengarah filem. Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404)

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. Mengekalkan  tunggak  utama  dalam  meneraju  watak  sebagai  penduduk  Kampong  Pisang,  seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri  (Cik  Purnama),  Ahmad  Yassin  (Yassin),  Rasydan  Zakaria  (Adan),  Nizam  Mok  Ram  (MA  Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).   

Menerusi filem terbaru ini, buat julung-julung kalinya Pak Karim yang dikenali sebagai mantan guru silat yang di segani dalam kampung itu  mempamerkan taring dan ketangkasannya dalam bersilat yang tidak pernah disajikan menerusi sekuel terdahulu. Selain itu, memperlihatkan juga semangat tidak putus asa Barkoba untuk mendapatkan cinta Yati kesinambungan daripada ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.  

Setiap  naskhah  Kampong  Pisang  pasti  diwarnai  dengan  watak  wanita  dengan  karakter  tersendiri. Kehadiran  pelakon Datin Paduka Eina Azman   memegang  watak  sebagai  Cik  Mek  sudah  pasti menambahkan kegamatan dalam kampung ini. Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu bersama watak  baru  Cik  Gerhana  lakonan  Azman  Mantra  personaliti  media  sosial  yang  pernah  tular  kerana nyanyiannya.  Selain mereka, watak baru yang turut diperkenalkan adalah Yaakob Kangkong lakonan oleh pengacara Dollah Cantik. Cukup menarik juga, watak daripada ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’, iaitu Khuda serta Teck Zee (Kampong Pisang Kita Setandan) turut kembali dalam filem ini.   

Tampil  sedikit  berbeza,  ini  adalah  kali  pertama  menyaksikan  universe  Kampong  Pisang  meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.  

“Alhamdulillah,  akhirnya  filem  ini  akan  menemui  penonton tidak  lama  lagi.  Meskipun  teruja  untuk  mempersembahkan  karya daripada legasi peninggalan arwah ayah saya, namun dalam masa yang sama saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton terutamanya peminat Kampong Pisang. Ini merupakan taruhan pertama saya sebagai pengarah  filem,  tentunya  saya  cuba  mengekalkan  elemen  yang  ada dalam Kampong Pisang dan dalam masa yang sama turut menerapkan elemen baru agar gabungan tersebut  dapat  memberikan  pengalaman  segar  kepada  penonton  seperti  karya-karya  sebelumnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang  banyak  memberi  kerjasama  dan  bertukar  pendapat  dalam  menjayakan  setiap  babak.  Saya berharap menerusi filem ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya memperjuangkan seni dan teruskan legasi ayah saya.” - Pengarah  Filem  Kampong  Pisang  Berbuah  Dua  Kali,  Amen  Khalid

 “Kehilangan  Allahyarham  Mamat Khalid  merupakan  satu  kehilangan  permata  dalam  industri.  Namun  kami percaya peminat-peminat Kampong Pisang bersetuju tiada siapa yang lebih layak  meneruskan  perjuangan  Allahyarham,  selain  anak  beliau  sendiri, Amen  Khalid.  Selaku  penerbit,  kami  rasa  amat  bertuah  dan  merupakan kenangan  manis  di  atas  kepercayaan  yang  diberikan  serta  peluang  bekerjasama  dengan  seorang sutradara  berbakat  besar  dan  dikagumi  ramai,  iaitu  Allahyarham  Mamat  Khalid.  Kampong  Pisang Berbuah  Dua  Kali  cukup  istimewa  kerana  ia  adalah  idea  asal  oleh  Allahyarham  dan  kami  percaya  Amen Khalid mampu meneruskan legasi dengan cara serta gayanya tersendiri. Kami harap peminat dan rakan industri dapat  memberi  sokongan dan semangat kepada pengarah baru yang  berbakat. Astro Shaw sentiasa bersedia menyediakan ruang dalam mengetengahkan bakat-bakat kreatif baru untuk mempersembahkan karya seni mereka. Insyallah, banyak lagi perancangan Astro Shaw bersama produksi Enjit Enjit Semut kelak, jadi nantikan.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad 

SINOPSIS KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI :

Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka. 

Saksikan  komedi  seram,  Kampung  Pisang  Berbuah  Dua  Kali  yang  akan  berada  di  Pawagam  Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di  Astro  Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.  



Terima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi. 

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts. 

Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022. Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay. 

Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday. 

Tertakluk kepada terma & syarat. 

Blog Performance Februari 2022


Tema bulan Februari ialah 'Kita mampu merancang, Tuhan tentukan segalanya'. 

1. PV


Jatuh teruk views bulan Februari padahal dah target nak cecah 10k pv sehari. Sehari dapat 1k ada lah. Ada lah sesekali dapat cecah 4k itupun boleh kira dengan jari je. Tak pasti nak bertahan dengan template ni ataupun tukar baru. Tengok dah cun cun dah dekat mobile dengan desktop tapi kacau pv pulak. 

2. Posts


Banyak entry lama naik balik bulan lepas nak bandingkan dengan bulan Januari yang lebih kepada entry baru. Mungkin sebab bulan lepas tak banyak review movie Melayu atau Indonesia baru kot. Macam bulan Januari ada movie Backstage dengan drama Layangan Putus. Movie Sa Balik Baju pun still ramai yang mencari so berbekas lah tempiasnya dekat Popular Post tu. 

3. Keywords 

I cakap nak stop letak keywords sebab muncul keywords sama je tapi still lagi tempek dalam report card sebab banyak keywords baru muncul untuk bulan Februari. I nampak ada yang cari makanan Family Mart maka I akan buat banyak lagi sharing sebab stok senang dapat haha. Cun jugak kalau buat senarai apa yang sedap dan berbaloi dimakan kat situ. 

4. Bilangan Entri

Walaupun bulan Februari ada 28 hari je dan tak ada banyak public holiday tapi berjaya jugak cecah entry sebanyak 44 buah entry kalahkan bulan Januari punya. I nak lenjan saampai 60 tapi ada content yang terpaksa hold masuk bulan Mac sebab Wavve re-release program tu. Ada banyak jugak drama yang tengah layan sekarang akan habis pada bulan 3 so yuppp hopefully boleh cecah 60 atau lebih dari tu. 

Anyway, thanks untuk yang tinggalkan komen. I hope bulan Mac boleh membalas kunjungan tersebut kalau tak ada gangguan atau task mengejut sampai kena stayback dekat office. Semoga target dan impian you guys tercapai di bulan Mac ni and stay safe everyone. Please pray for Pantai Timur people. Semoga mereka semua tabah hadapi ujian bencana luar biasa ni.