Bulan lepas masa blogwalking nampak Kak Sha update pasal aiskrim 100Plus perisa original. Macam cool jugak lah 100Plus buat style aiskrim untuk reach younger customer dan pelbagaikan produk dia. Masa baca entry Kak Sha tu memang tunggu lah aiskrim ni available dekat kedai area rumah.
Bila dah ternampak dekat NSK memang terus sambar bawa ke kaunter lah sebab 100Plus one of my fav drinks jugak. Kalau aiskrim selalunya dijadikan desserts tapi 100Plus masih lagi kekal dengan objektif untuk jadi minuman bertenaga dan sihat so setiap bar ada kurang dari 200 kalori sahaja. 100Plus Hydration Bar ni diluluskan sebagai produk Healthier Choice Symbol sebab kurang gula.
Gigih wei ambik gambar tinggi macam ni sebab warna langit tu cantik, sama warna pulak tu dengan packaging dia. Personally for me, rasa 100Plus perisa citrus ni pahit. Rasa macam minum air oren sekali dengan kulit dia haa cenggitu lah. Mungkin yang original lagi sedap sebab tak ada apa-apa campuran rasa. Harga untuk satu bar aiskrim 100Plus ni dalam RM4.50 tapi kalau beli online mungkin lagi murah.
Masa bulan 7 ada join Giveaway Aku Dan Kamu dari Blogger Kak As sebagai tanda support sebab ni pertama kali dia buat giveaway. Nama Giveaway tu sweet lah sebab Kak As nak celebrate anniversary dengan husband dia.
Tu pertama kali jejak ke blog Kak As, terus join dan follow lepastu tinggalkan ucapan untuk anniversary diorang tapi ringkas je sebab tak reti bagi ucapan haha. Tak sangka pulak rezeki terpijak boleh menang giveaway tu. Dah siap bagi details semua, maka hari ni sampai lah hadiahnya.
Kalau ikutkan hadiah ni sampai lebih awal lagi tapi Kak As terlupa nak hantar dan saya pun lupa nak follow up. Sejenis yang pelupa khen, jumpa pulak yang sama geng haaa memang kelaut lah cerita dia. Hadiah dia kecil je tapi Kak As balut tebal sebab ada barang mudah pecah dekat dalam tu.
Barang mudah pecah tu perfume Clara - Love Story Edition dari Eszz Ibrahim. Bila spray fuhh kemain semerbak walaupun sikit je. Kak As bagi pen warna pink dengan notebook. Kak As ni macam tahu je pen warna pink saya rosak minggu lepas. Dapat yang baru, yang lagi mahal pulak tu. Sebagai tanda penghargaan haruslah pen pink tu digunakan dengan kerap. Terima kasih Kak As untuk hadiah ni! Semoga makin murah rezeki akak sekeluarga :)
Pelakon : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Burhan Sidqi, Nasir Bilal Khan
Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar : Astro First
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 19 Oktober 2021
Trailer :
Movie Penunggang Agama yang berkisar tentang Amir (Zul Ariffin) dan isterinya Anna ( Azira Shafinaz) dikembangkan lagi dalam sekuel yang berjarak hanya selama 6 bulan. Tak pasti sama ada kerana sambutan yang menggalakkan ataupun sebab memang dah dibikin dua naskhah terus. Kalau syarikat produksi besar macam Skop Productions ni tak ada masalah lah nak buat banyak movie sekaligus tambah pula bila pengarah memang ada fanbase yang besar.
Berbalik kepada kisah Amir dan Anna, kali ni Huda (Salina Saibi) datang untuk balas dendam menggunakan metod yang sama juga dengan suami dia, Tok Aji (Nasir Bilal Khan). Macam kelakar sebab dia pun nampak iblis penipu tapi dia nak jugak lah salahkan orang lain. Dia tak faham hukum perbuatan dan akibat ke? Tapi kalau dia faham, tak jadi cerita ye dak?
Kehidupan Amir dan Anna mula berubah sikit demi sedikit sebab dekat Cameron Highland tu ramai betul Dato’ kena kacau dengan hantu atau kena santau. Bak kata watak sampingan yang ambil komisen dari Tok Aji, usahawan macam mereka memang ramai yang dengki. Kalau jadi Amir memang resign terus kerja kerajaan yang tak pasti dia kerja apa tu sebab sekali berubat orang boleh dapat RM1,000.00 fuhhh masyuk! Kenapa Darussyifa’ tak pindah ke Cameron Highland je?
Watak Amir ni dari previous installment memang kelakar orangnya. Anak Datuk tapi bila tengok duit seribu ringgit pun dah tergugat iman. Dapat cek RM10,000 apatah lagi ye dak? Dia punya happy dapat Macbook tu macam dia kena buat laporan kajian setiap kali dapat ubatkan orang. Kalau setakat nak setup page facebook pasal rawatan ruqyah tu, guna smartphone pun boleh. Lepastu design poster atau banner guna Canva. Entah dia tahu ke tidak Canva tu apa.
Macam mana lemahnya skrip movie Penunggang Agama, sama juga lah dengan sekuel sebab pengarah dan penulis masih lagi orang yang sama. Bezanya pada sinematografi yang okay sikit lah dari yang lepas walaupun kebanyakan babak guna tona suram je. Huda pakai baju hitam pegang ayam hitam, sembelih pun guna pisau hitam. Memang semua kena hitam ke? Pisau boleh je guna warna pelangi kan? Guna lah props kelam, suram, hitam macam mana pun tapi kalau skrip lemah tetap lah tak best nak layan. Sebagai entertainment gagal, sebagai pengajaran pun gagal.
Memandangkan Amir dengan Anna dapat screentime lebih sebab parents diorang pergi buat umrah dan nak honeymoon dekat Morocco, jadi boleh tengok lebih sikit lah scene romantik suami isteri ni. Kelebihan Zul Ariffin lah boleh nampak semua pelakon wanita nampak padan dengan dia sebab tu chemistry diorang berdua nampak sweet je onscreen. Gamaknya kalau buat genre romantic thriller lagi menarik kot. Amir sweet dengan Anna tapi sugarcoats guna hadis dhaif untuk perdaya isteri dia.
Hantu tak banyak muncul pun dalam sekuel ni terutamanya hantu bertanduk tu sebab kali ni lebih terarah pada watak Amir yang mula riak dan ego dia bila Father Michael (Tony Eusoff) muncul dan bantu orang di kawasan tu. Jumpscare dengan bantuan background music yang over masih lagi ada.
Sekali lagi pujian perlu diberikan pada Azira sebab berjaya galas beban kelemahan naskhah ni di bahu dia. Kalau bukan sebab dia, mungkin Penunggang Agama 2 terasa lemau yang teramat sangat. Kesian Tony Eusoff sebab watak dia tak dikembangkan dengan baik sedangkan muka dia sama besar dengan hero dalam poster tu. Patutnya biar muka Azira je besar dalam poster tu. Kalau ada Penunggang Agama 3 biar dia je lah yang ubatkan orang. Asyik ustaz je yang ubatkan, tukar selera lah pulak guna ustazah.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10