Movie Review | Miracle : Letters to the President (2021)

Friday, 5 November 2021

Director : Lee Jang-hoon

Writer : Lee Jang-hoon, Son Joo-yeon

Cast : Park Jeong-min, Im Yoon-ah, Lee Sung-min, Kim Kang-hoon, Ko Chang-seok, Choi Jong-Yoon

Production Company : Blossom Pictures

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 15 September 2021

Trailer :


Diinspirasikan dari kisah benar, movie Miracle: Letters to the President berlatarkan tahun 1988 di mana Joon-Kyeong (Park Jung-Min) tinggal di wilayah Gyeongsang Utara yang tidak mempunyai jalan darat yang selamat untuk digunakan oleh penduduk di sana. Satu-satunya jalan ialah menggunakan laluan landasan kereta api. Laluan tersebut berbahaya kerana mempunyai 3 buah terowong gelap dan 3 buah jambatan. Untuk pergi ke sekolah sahaja ambil masa selama 2 jam. 

Sejak kecil lagi, Joon-kyeong (Kim Kang-hoon) tulis surat kepada Presiden Korea untuk membenarkan sebuah stesen dibina di kawasan tersebut. Selama bertahun dia menulis surat setiap hari namun masih belum dapat jawapan. Ra-Hee (Yoona), kawan sekelas yang juga merupakan anak kepada Congressman bantu Joon-kyeong perbaiki kesilapan tatabahasa dan ejaan supaya surat tersebut lebih bagus dibaca dan difahami. 

Malangnya hasil tetap sama, masih tiada jawapan dari Presiden berkenaan permintaan tersebut. Ra-Hee cadangkan supaya Joon-kyeong masuk pertandingan Matematik sebab Presiden sendiri yang akan bagi hadiah kepada pemenang. Sekali lagi mereka kecewa bila timbalan sahaja yang datang. 

Naskhah yang berkisar tentang kehidupan ni tak mempunyai watak antagonis tapi mereka semua berperang dengan takdir dan nasib. First half ada banyak momen kelakar dan romantik antara watak Joon-kyeong dengan Ra-Hee tapi bila masuk second half dah mula emosi sebab watak si ayah (Lee Sung-min) bagitahu hal sebenar kenapa dia selalu mengelak bila masuk hal anak-anak. Masa ni memang bergenang lah air mata sebab konflik diorang memang konflik tipikal keluarga Asia. Sama juga dengan watak Bo-kyung (Lee Soo-Kyung) yang sentiasa bagi sokongan penuh kepada adik dia. Dari Joon-kyeong kecil sampai besar dia jaga sementara ayah dia keluar bekerja. 

Bak kata pengarah dan juga penulis Lee Jang-hoon, naskhah yang bertemakan family drama ni mungkin nampak biasa tapi sepertimana makanan yang tampak biasa namun mempunyai rasa yang luar biasa dari kebiasaannya, begitu lah juga movie Miracle : Letters to the President yang mendapat jumlah kutipan lebih tinggi dari movie Marvel : Sang Chi. 

Walaupun Park Jeong-min nampak lebih tua dari watak budak sekolah yang dibawa tapi casting director pandai cari pelakon kanak-kanak yang seiras dengan dia. Awalnya dia pun tak yakin boleh lakonkan watak pelajar sekolah menengah tapi okay je bila dah tengok full movie. Chemistry dia dengan Yoona pun not bad lah sebab tak banyak pun scene diorang. 

Watak Yoona pun cuma penyeri dalam movie ni dengan watak yang ringan tapi comel. Untuk movie ni both of them kena guna accent di wilayah tu, tak pasti Yoona guna dubbing artist ataupun tu memang suara dia. Kalau memang dia, she’s improving a lot in acting sejak movie Exit (2019). Expression muka dia pun mainkan peranan especially masa scene dia tengok movie dengan Joon-kyeong atas katil tu. 

Sinematografi dari Kim Tae-Soo memaparkan keindahan wilayah Gyeongsang Utara dengan geografi yang terletak berdekatan kawasan pergunungan. Suka scene Joon-kyeong dengan Ra-Hee dekat landasan keretapi sebab ada kelip-kelip. Walaupun nampak penggunaan vfx tapi tetap cantik suntingannya. 

Selain dari mesej kekeluargaan, pengarah juga tekankan tentang impian anak muda melalui kisah Joon-kyeong dengan semangat dia untuk tambah baik kehidupan penduduk di kampung tersebut menggunakan skills dan ilmu dia. Tapi impian milik anak muda ni tak mungkin tercapai kalau orang sekeliling dia tak bagi sokongan dan bantu. 

Sama macam watak Joon-kyeong bila penduduk kampung datang bantu bina bersama stesen kereta api ataupun cikgu fizik sekolah Joon-kyeong yang sentiasa monitor dan cari peluang untuk anak murid dia capai cita-cita untuk belajar alam angkasa lepas. Pendek kata movie ni memang sesuai untuk tontonan keluarga terutamanya yang ada anak muda supaya dapat tiup semangat untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Hantu Ke Lima

Thursday, 4 November 2021

Pengarah : Azhari Zain

Penulis Skrip : Azhari Zain

Pelakon : Raysha Rizrose, Izzue Islam, Elly Mazlein, PU Man, Aisar Khaled, Choki, Adibah Noor, Shiha Zikir

Syarikat Produksi : AT Movies

Pengedar : Astro First

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 7 Oktober 2021

Trailer :


Baru je lepas tengok movie Korea, Show Me The Ghost (2021) dah layan pulak movie Hantu Ke Lima yang menggunakan konsep yang sama apabila rumah yang didiami berhantu. Tapi kualiti kedua-dua movie jauh berbeza sampai termenung panjang fikirkan kenapa skrip dia teruk sangat.

Movie ni ada masalah utama pada skrip bila fakta bercanggah. Watak Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) pulang ke Puncak Mahligai miliknya selepas dituduh gelapkan duit syarikat oleh ibu tiri, Puan Sri Zaleha (Adibah Noor). Dia tak tahu yang ibu tiri dia nak jual rumah tersebut kepada hartawan dari negara India. Tak memasal dia kena maki dengan Cik Kam (Elly Mazlein) sebab jadi punca hilang tempat tinggal. First of all, Cik Kam tu cuma penjaga jadi kenapa dia beria nak emo? Lepastu dia ajak Ashman Shah (Choki) buat video hantu untuk viralkan supaya tak ada yang berani beli. 

Dalam masa yang sama, Puan Sri Zaleha lantik TKO Studio – Taufiq (Aisar Khaled), Dya (Shiha Zikir) dan videographer Kent (Izzue Islam) untuk buat video korporat supaya boleh viral dengan tujuan untuk buang persepsi negatif dan khabar angin tentang betapa puakanya rumah tersebut. Macam kelakar jugak kenapa Puan Sri Zaleha beria upah influencer dengan harga yang tinggi cecah ratus ribu sedangkan dia dah ada pembeli hartawan dari India? 

Sebab timeline dia macam ni tau :

Day 1 : TKO Studio sampai di Puncak Mahligai waktu petang

Day 2-6 : Shoot video, edit video

Day 7 : Puan Sri Zaleha sampai bersama hartawan India untuk tunjuk video yang viral. 

Tujuan utama pengarah Azhari Zain buat movie ni sebab nak perli influencer yang kejar content viral padahal Puan Sri Zaleha yang upah diorang buat kerja. Macam mana team production beria dengan objektif diorang untuk perli influencer sedangkan tak tahu pun prosedur influencer bekerja? Memang nampak sangat penulis skrip tak tahu sebab tak ada dialog, babak yang tunjuk step by step. Tak ada plan untuk story board ataupun persiapan sepanjang mereka bekerja, tahu-tahu dah siap. 

Ataupun watak-watak pekerja TKO Studio yang memang bodoh? Dah tahu rumah tu ada hantu tapi tak buat persiapan atau back-up plan langsung. Shoot video pun low quality masa present dekat client. Dah la tenaga kerja TKO Studio tu Aisar Khaled yang memang selalu viral dengan content bodoh. Macam perli diri sendiri je? Dah la berlakon pun over, buat lawak tapi hambar. Bukan Aisar sorang je tapi the whole cast try hard kemain. Diorang tak rasa merepek ke bila lontarkan dialog? 

Dah la movie ni tak ada hala tuju lepastu genre dia sekejap berubah tiba-tiba kelakar, tiba-tiba masuk drama. Elemen drama yang beria lah dia paksa untuk kita terima babak tu babak sedih. Dari awal sampai habis I tak boleh nak hadam watak Cik Iskandar (PU Man) sekeluarga yang marah sangat dengan Puan Sri Zaleha padahal diorang penjaga je. Rumah tu bukan diorang punya. Dah la suka hati je Cik Kam buat pemujaan dalam rumah tu tiba-tiba dekat hujung movie baru nak larang isteri puja syaitan? Auni pun bila tahu Cik Kam puja syaitan, dia pun join sekali bela Eyang. Apa benda ni? Mesej apa yang pengarah nak sampaikan ni? 

Bab sinematografi dia ada part yang cantik lah sebab lokasi rumah resort tu memang cantik tapi bila tengok gambar keluarga Auni dekat dinding tu aduhai nampak sangat lah edit pakai Photoscape. Selalu orang pakai Photoshop kan, haa ni tak sebab nampak sangat tempeknya asal siap. I mean look at the poster! Transition teruk. Dah la tu, yang berlakon jadi hantu pun sedih. Cik Iskandar jadi Dracula, Cik Kam jadi Valak, kalau buat video pun orang tahu lah hantu fake. Beli kostum masa Halloween ke apa? Gigi hantu pun pakai gigi palsu main tikam tu. 

Dah la tu, ada satu scene masa Taufiq pergi rakam video dekat belakang rumah, dia macam tak nampak ada kostum hantu bersidai dekat ampaian. Siap ada rambut palsu lagi. Tulisan dekat dinding tu pulak yang dia kisahkan padahal tulisan tu dah kabur dah. Dia tak boleh congak ke? Semalam dia kena kacau hantu 4 ekor lepastu ada kostum hantu 4 pasang dekat situ. Dalam rumah tu pun ada 4 orang. Dia main babi air banyak sangat ke? 

Pasal plan diorang tu lagi lah tah pape. Boleh je kot kalau diorang buat je video korporat tunjuk positive side dekat hartawan India lepastu collect payment. Sebelum hartawan tu nak sign SPA, baru lah 4 ekor hantu ni kacau diorang. TKO Studio dapat payment, rumah pun selamat. Ini tidak, buat plan bodoh serupa tak pergi sekolah. Memang sah-sah la kantoi busuk. 

Masa Kent tanya mana payment tu paling tak boleh brain. Kau buat video pun tidak, lepastu kau nak payment. Kau dah kenapa? Astaghfirullahalazim mengucap panjang sis tengok movie ni. Hantu kelima tu muncul tapi takde motif pun. Sama lah dengan movie ni, takde motif pun. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.1/10

Movie Review | Show Me the Ghost (2021)

Director : Kim Eun-kyoung

Writer : Kim Eun-kyoung

Cast : Han Seung-yeon, Kim Hyun-mok, Hong Seung-bum, Leem Chae-young

Production Company : Indy Story Co., Ltd

Distributor : Indy Story, IPTV

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 83 minutes

Release Date : 10 July 2021 (BIFAN), 9 September 2021 (South Korea)

Trailer :


Filem yang dapat tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25 mengisahkan tentang Yeji (Han Seung-yeon) dan Hodoo (Kim Hyun-mok) diganggu oleh hantu perempuan. Mereka baru sahaja berpindah ke rumah sewa tersebut dengan harga yang murah dan lengkap dengan perabot tanpa menyedari penyewa lepas telah membunuh diri. Jiran di blok sebelah pun terkejut dengan kehadiran mereka berdua. 

Setiap hari mereka diganggu dengan teruk sehinggakan terpaksa mencari jalan untuk menyewakan kepada orang lain. Malangnya usaha mereka tidak berjaya kerana roh hantu tersebut gagalkan rancangan mereka sebaik sahaja ada yang bersetuju untuk menyewa. Nak upah dukun untuk halau hantu tersebut, mereka berdua tak mampu dari segi kewangan sebab dah habis dah buat bayar deposit rumah. Nak beli barang untuk menghalau hantu pun mahal juga. Tabur kacang merah dengan garam pun tak menjadi. 

Sampai lah mereka bertemu dengan Kidoo (Hong Seung-bum) yang menawarkan harga diskaun untuk menghalau hantu di rumah. Kidoo merupakan cucu kepada bomoh tapi tak belajar ilmu menghalau hantu dengan baik sebab tu dia bagi harga diskaun je. Dia pun tengah struggle nak cari duit untuk bayar sewa rumah sama macam Yeji dengan Hodoo. 

Hantu perempuan (Leem Chae-young) dalam movie Show Me The Ghost ni menyeramkan jugak lah setiap kali dia muncul dengan suara creepy macam Ju-on tu rasa meremang je bila tengok. Jalan cerita dia cliché dan predictable tapi disebabkan olahan Kim Eun-kyoung menggunakan template komedi membuatkan movie ni menarik untuk ditonton.

Pace movie terbitan Indy Story Co., Ltd ni boleh tahan laju dan penulis kembangkan watak dengan baik pada first half movie. Boleh faham lah kenapa Yeji dengan Hodoo terbeban dengan masalah kewangan walaupun mereka berdua adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran. Dapat gred tinggi pun belum tentu ada jaminan dapat kerja lepas grad sebab Korea Selatan pandang tinggi dengan graduasi lepasan Seoul National University. 

‘It’s no big deal to fail? 4.24 GPA, proficient in English and Chinese, 6 licenses, 3 internships, 5 contest wins! What more do I have to do?! Is it a crime to be a graduate of a non-Seoul university? Is it a crime?!’ – Yeji

Sinematografi movie Show Me the Ghost menghadirkan rasa seram dan ngeri walaupun bila hantu berehat bak kata Hodoo, rumah tu nampak cantik interiornya dengan konsep retro dan vintage. Make-up pada hantu perempuan dan hantu-hantu lain biasa je sebab touch up bagi pucat dan apply eyeshadow hitam pada mata tapi setiap kali muncul tetap seram jugak sebab music background. 

Lakonan Han Seung-yeon dengan Kim Hyun-mok sebagai kawan baik dari kecil antara kekuatan movie Show Me The Ghost sebab masing-masing pun penakut walaupun awalnya acah berani sebab dah tak ada duit. Scene diorang menggeletar lepas kena kacau dengan hantu tu kelakar walaupun kesian juga pada masa yang sama. Sampaikan pakcik yang homeless tu pun kesian dengan nasib diorang. Ada rumah tapi lepak kedai serbaneka 24 jam macam dia jugak. 

Walaupun naskhah ni mempunyai cerita yang santai tapi mesej sosial yang diketengahkan sebenarnya berat juga bila masalah stalker yang berleluasa di Korea dipaparkan pada second half. Sama juga dengan masalah alam pekerjaan yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi sampaikan kes bunuh diri di Korea Selatan setiap hari adalah sebanyak 12 kes. Kelakar tapi menyedihkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10