Movie Review | Scream 4 (2011)

Sunday, 31 May 2026


Pengarah: Wes Craven   
Penulis Skrip: Kevin Williamson  
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox, Matthew Lillard, Bonnie Somerville, Paul Rudd, Emma Roberts, Hayden Panettiere, Anthony Anderson, Adam Brody, Rory Culkin, Mary McDonnell, Marley Shelton, Alison Brie, Marielle Jaffe, Erik Knudsen, Nick Palatas, Britt Robertson, Aimee Teegarden, Nico Tortorella    
Syarikat Produksi: Corvus Corax Productions, Outerbanks Entertainment, The Weinstein Company
Pengedar: Dimension Films 
Genre: Slasher   
Durasi Tayangan: 103 minit
Tarikh Tayangan: 11 April 2011 (TCL Chinese Theatre), 15 April 2011 (United States)   
Trailer:


Pada ulangtahun ke-15 pembunuhan tragis di Woodsboro dalam Scream 1 (1996), dua orang pelajar sekolah menengah bernama Jenny Randall (Aimee Teegarden) dan Marnie Cooper (Britt Robertson) dibunuh oleh Ghostface dengan kejam. 

Keesokan harinya, Sidney Prescott (Neve Campbell) bersama penerbit bukunya, Rebecca Walters (Alison Brie) pulang ke Woodsboro untuk promiskan buku Out of Darkness di sana. Berita pembunuhan tersebut disampaikan oleh Sheriff Dewey Riley (David Arquette) dan Gale Weathers-Riley (Courteney Cox). 


Sepupu Sidney bernama Jill (Emma Roberts), yang baru sahaja putus cinta dengan Trevor Sheldon (Nico Tortorella) mendapat panggilan dari Ghostface, sama juga dengan rakan baiknya, Olivia Morris (Marielle Jaffe). Jill dan Olivia tinggal bersebelahan lalu Kirby Reed (Hayden Panettiere) menemani mereka pada malamnya. 

Kehadiran Sidney dan panggilan telefon dari Ghostface menjadikan ancaman besar kepada keluarga Jill dan disebabkan itu juga Dewey tempatkan dua orang pegawai polis di hadapan rumah. Namun, tak ada yang menghalang Ghostface untuk melakukan pembunuhan di kawasan rumah tersebut. 


Pembunuhan di Woodsboro membantu Gale menulis buku baru setelah mengalami writer’s block selepas berkahwin dengan Dewey. Gale mencari maklumat melalui Charlie Walker (Rory Culkin) and Robbie Mercer (Erik Knudsen), dua pelajar sekolah yang obsess dengan franchise filem Stab. 

Dalam Scream 3 (2000), filem Stab mengalami masalah bila production team diserang oleh Ghostface yang merungkaikan misteri siapa sebenarnya keluarga Sydney Prescott. Tapi dalam instalment keempat Scream, filem Stab dah ada 7 instalment walaupun penonton dah mula bosan dengan jalan cerita yang disajikan. 


Sama seperti konsep Scream yang lain, Scream menjadi satira kepada filem-filem seram yang lain. Dengan kehadiran Scream 4 yang mempunyai jarak selama 11 tahun dengan instalment sebelumnya, ada dialog bercerita tentang franchise popular seperti Saw dan Halloween. 

‘But you don’t give a shit who dies cause there’s no character development. There’s just body parts ripping and blood spewing. Blah.’ – Trudie (Shenae Grimes)


Layan filem Scream 4 boleh nampak teknologi pada zaman tu dengan handphone boleh slide ke atas, media low-res, zaman Facebook dan Twitter baru nak popular, streaming guna perakam kepala. Dalam filem ni juga ada penggunaan meta dan beberapa kali juga diulang oleh beberapa watak dalam Scream 4. 

It’s a good thing penulis kekalkan dinamik Gale dengan Dewey untuk elemen kelakar walaupun dah berkahwin dan Dewey dah jadi Sheriff. Kehadiran Judy Hicks (Marley Shelton) tambahkan lagi rencah dalam perkahwinan dua watak utama ni. 


Watak Sidney kali ni lebih matang dan pendiam sebab dia belum lagi fully recover dari trauma back-to-back dari Ghostface. I tak expect banyak pun dari Sydney sebab dia memang protagonis yang tak akan ada life dalam franchise ni. Emma Roberts sebagai Jill dan watak Kirby antara watak yang kuat juga dalam Scream 4. Sementara Jill ada kombinasi Sidney dan Billy, Kirby pula hadir sebagai pendukung Jill sama seperti Tatum Riley dan nerdy seperti Randy. 


Pembunuhan dalam Scream 4 kembali brutal seperti sebelumnya bila penulis Kevin Williamson  ambil alih semula kerusi penulis. Lepas dah tengok 3 filem Scream pun tak boleh nak agak siapa pembunuhnya sebab kita bukan kenal pun keluarga mangsa atau pembunuh yang terlibat. Nak senaraikan siapa yang berdendam pun kemungkinan tu terlalu ramai. 


Sama seperti sebelumnya, Scream 4 arahan Wes Craven berjaya buatkan kita tak senang duduk dan terkejut dengan pergerakan Ghostface. Babak pembunuhan Olivia dengan basement antara babak yang menarik dalam instalment keempat yang diterbitkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Iced Coffee Cinchaus, The Curve

Friday, 29 May 2026

 

Pergi The Curve nak cari seluar di M&B tapi dah tutup rupanya outlet dekat situ. Nak balik ke basement parking, lalu The Street lepastu ternampak bazaar dekat kawasan tu. Setiap minggu akan ada bazar untuk peniaga kecil. 

Tertarik nak cuba Cinchaus sebab I suka makan cincau. Panas terik pulak kan, memang sedap sangat pekena minuman sejuk. I order Iced Coffee Cinchau, adik order Iced Matcha Strawberry Cinchau Latte. 



Masa kitorang order tu tak ada orang pun tapi bila dah buat payment tiba-tiba ramai dekat belakang. Lahhhh takut pulak brader ni pressure nak siapkan order sebab line panjang. Dah lah order matcha, kena whisk lama baru foamy. Tapi okay je dia buat sebab dia pakai tenaga lelaki hshshs

Whisk lama tu dah cun dah tapi serbuk matcha dia dah oxidized so warna jadi tak cantik. Rasa dia okay je lagi tapi aesthetic dah gone. Tapi lantak lah sebab tu air adik I punya. I nak sembang pasal Iced Coffee Cinchau. 


Bila order dah siap, dia akan letak dekat bahagian depan ni. Bonus point, dia ada cup holder jadi tangan tak akan kesejukan bila minum. Lid cup dia ada ruang besar untuk scoop cincau potongan dadu tu. Tapi kes kitorang nak minum dalam kereta jadi agak risky sebab potensi tertumpah atau cincau terkeluar tersangatlah tinggi. Tapi okay je nyah, sebab I memandu dengan murni balik rumah. 


I kecewa jugak lah bila tengok warna Iced Coffee ni sebab ceroi gila dan betul lah seperti yang dijangka, memang tak kuat langsung rasa kopi tu. It's like minum air cincau dengan gula merah. Cincau dia kenyal tapi bukan chewy. Dia kenyal macam tersimpan lama dalam peti so tekstur dia jadi liat sikit tapi tetap sedap dimakan. Balik rumah I tuang Iced Latte Farm Fresh, yang ni baru ngam. 

Harga Iced Coffee Cinchaus ni RM12 secawan dan I rasa berbaloi je sebab cincau dia homemade dan puas hati bila makan. Guna susu segar pulak tu so tak rasa manis meleting. Masa ni lupa nak minta less sugar sebab kita bukan tekak pantai timur. Mungkin outlet ni je yang mengecewakan sikit sebab tengok dekat tempat lain cantik je warna semua minuman dia. Ada kemungkinan tinggi untuk beli lagi nanti. 

Topengnya Seorang Pemimpin, Jiwanya Seorang Pentaksub? | DATUK ROSYAM NOR TAMPIL WATAK PALING KONTROVERSI!

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – “Ada manusia yang terlalu sempurna di mata ramai, kerana mereka tidak pernah membuka topeng sebenar.” Terbaharu di slot Samarinda TV3, Jiwa Seorang Pentaksub membawa penonton menyelami sisi gelap seorang pemimpin berpengaruh yang dipuja rakyat, namun tenggelam dalam obsesi terhadap kuasa dan wanita sehingga memusnahkan semua di sekelilingnya.

Drama 25 episod arahan Nur Ain Sharif dan terbitan Suhan Movies ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai Firzan, seorang lelaki yang membina empayar politiknya sebelum menjadi figura yang disanjung masyarakat. Turut dibintangi Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus, drama ini bakal bersiaran mulai 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.

Bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh, Firzan (Datuk Rosyam Nor) perlahan-lahan belajar bahawa kuasa mampu mengubah segalanya. Dari situlah dia mula menggunakan perkahwinan sebagai jalan untuk membuka ruang dalam dunia politik sebelum berjaya membina pengaruh dan empayarnya sendiri.

Namun dalam dunia Firzan, kuasa mengatasi segalanya, termasuk keluarganya sendiri. Kehadiran Diana (Sophia Albarakbah), seorang pempengaruh media sosial terkenal yang juga teman wanita anaknya, Aiman (Ady Mohammad), mula mencetuskan ketegangan apabila Firzan mula memanipulasi keadaan demi memiliki wanita tersebut untuk dirinya sendiri. 

Dalam masa sama, seorang lagi anaknya, Aidil (Shahz Jaszle), masih belum mampu menerima Firzan semula dalam hidupnya selepas sekian lama menyimpan kebencian terhadap bapanya itu.

Sementara itu, Suri (Rita Rudaini) menjadi individu paling setia yang sentiasa berada di sisi Firzan dan menyimpan terlalu banyak rahsia gelap tentang lelaki tersebut. Namun apabila topeng mula retak dan semakin banyak rahsia terbongkar, siapakah sebenarnya yang sedang memanipulasi siapa?

Menurut Datuk Rosyam Nor, Firzan merupakan watak yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan kepuasan dirinya sendiri. “Firzan ni fikir dia sentiasa rasa dia betul. Dia tak nampak dirinya sebagai penjahat dan bijak bermain dengan persepsi supaya orang percayakannya. Saya pasti penonton akan geram dan menyampah dengan sikap Firzan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada,” katanya.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Jiwa Seorang Pentaksub mulai 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Penonton boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

PELUANG EKSKLUSIF JUMPA BINTANG DRAMA TV3 DENGAN LEBIH DEKAT! | Jom Serbu PBAKL2026 Hujung Minggu Ini! 

Peminat drama dan novel, inilah masa yang anda tunggu-tunggu! TV3 bakal membawakan siri meet & greet eksklusif bersama barisan pelakon popular dan penulis kegemaran anda sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Lebih daripada sekadar pameran buku, PBAKL2026 kali ini menjadi ruang pertemuan apabila dunia novel dan layar kaca bergabung dalam suasana yang lebih dekat dan penuh keterujaan. Pengunjung bukan sahaja dapat bertemu pelakon dan penulis kegemaran secara lebih intimate, malah boleh bergambar, beramah mesra serta menyertai sesi autograf, di samping memberi sokongan kepada karya-karya baharu yang bakal menghiasi slot drama TV3 tidak lama lagi.

Pada 30 Mei (Sabtu), jam 2.00 hingga 4.00 petang, sesi meet & greet bakal dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon drama Akasia Yes! Captain Zul Aaryan yang akan bersiaran Julai ini, seperti Jazmy Juma, Anna Jobling, Nafiz Muaz, Daniel Fong, Natasha Sass dan ramai lagi di Booth Drama Sangat, Legar Putra, Tingkat 2, selain penampilan khas mereka di Pentas Utama.

Lebih istimewa, peminat turut dapat mendekati penulis novelnya, Wnfhanna, yang akan berada di booth berkenaan sepanjang 30 Mei hingga 1 Jun. Novel Yes! Captain Zul Aaryan terlebih dahulu mencetuskan fenomena di platform Wattpad dengan meraih lebih 2.48 juta bacaan sebelum diterbitkan dalam bentuk fizikal dan kini diadaptasi ke drama.

Manakala pada 31 Mei (Ahad), pengunjung boleh meluangkan masa bersama barisan pelakon drama Lestary Anom Suraya yang juga akan ditayangkan pada Julai ini, iaitu Daiyan Trisha, Idris Khan dan Yusuf Bahrin menerusi sesi istimewa dari jam 6.00 hingga 7.00 petang di booth, sebelum mereka tampil di Pentas Utama dari jam 8.00 hingga 9.00 malam. Turut hadir ialah penulis novel asalnya, Dr. Samsiah Mohd Nor, yang juga merupakan ibu kepada Daiyan Trisha sendiri.

Selain dua drama tersebut, pengunjung PBAKL2026 juga bakal disajikan dengan pelbagai penampilan istimewa di Booth Drama Sangat. Antaranya termasuk Nabil Aqil dan Alya Iman menerusi drama Fathi Gabrielle; Sophia Albarakbah, Rita Rudaini dan Shahz Jaszle daripada Jiwa Seorang Pentaksub; Lorenzo Irmann dan Arfie Shah daripada Neraka Yang Terhijab; serta Imran Aqil dan Ariana Yusof daripada drama bersiri mikro baharu Offside Husband. Turut memeriahkan booth ialah wajah Tonton yang pastinya menambahkan lagi keterujaan pesta buku.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini! Jom datang beramai-ramai ke PBAKL2026 di WTCKL dan rasai sendiri momen bertemu bintang kegemaran anda dengan lebih dekat dalam suasana yang penuh happening dan mengujakan!

RAIH 25,000 PENONTON MENERUSI TAYANGAN AWAL HARI INI RASMI DAY 1, POLONG DI PAWAGAM!

Thursday, 28 May 2026

Filem seram tempatan paling dinantikan tahun ini POLONG, terus membuktikan auranya apabila berjaya meraih lebih 25,000 penonton menerusi tayangan awal, meskipun belum ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadi petanda awal bahawa karya arahan Zulkarnain Azhar itu semakin mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat filem seram tempatan yang sudah lama menantikan naskhah dengan elemen mistik dan psikologi yang lebih segar.

Beberapa lokasi tayangan awal di rangkaian pawagam utama turut dilaporkan mencatat sambutan luar biasa, malah ada sesi yang habis terjual dalam tempoh singkat selepas jualan dibuka. Perkara itu secara tidak langsung mencetuskan perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton mula berkongsi reaksi mereka terhadap atmosfera seram serta jalan cerita filem berkenaan. 

“Mereka dah jadi saksi. Mereka dah rasa sendiri ketakutan #Polong,” antara reaksi yang mula tular dalam kalangan penonton awal filem tersebut.

POLONG bukan sekadar tampil dengan elemen seram tradisional, malah mengetengahkan kisah berkaitan dosa silam, legasi hitam serta akibat daripada amalan ilmu mistik yang diwarisi. Naratif yang lebih gelap dan emosional itu menjadi antara kekuatan utama filem ini dalam mencipta pengalaman menonton yang lebih mendalam buat penonton.

Selain mempertaruhkan visual yang lebih sinematik dan susunan bunyi yang mendebarkan, filem ini juga dibarisi pelakon-pelakon yang berjaya membawa intensiti emosi dalam setiap babak, sekali gus menambahkan lagi impak seram yang cuba disampaikan.

Dengan momentum positif yang semakin memuncak sebelum tayangan rasmi, POLONG dilihat berpotensi menjadi antara filem seram tempatan yang memberi impak besar tahun ini.

Hari ini rasmi “Day 1 Polong” di pawagam seluruh Malaysia dengan lebih banyak lokasi tayangan dan showtime dibuka buat penonton.

Kalau berani…sekarang giliran anda pula.

#Polong #DiaKembali 

 

Lepas habis dekat open house, kitorang pergi ke HULU untuk minum matcha sebab Laila kata matcha dekat sini sedap. Sejak demam haritu macam dah lama tak minum matcha. Lama tu maksudnya seminggu. Sepatutnya matcha ni kita consume daily untuk menghindar dari rasukan jin dan matchalah manusia. 

😕: Bukak ke HULU ni? Risau pulak tutup sebab raya. 
😀: Tapi kak ana, dalam Google dia kata open. 
😔: Tapi sign dia closed Laila. Balik je lah.
😀: Sabar semua, kita try call dulu. 

**********
😀: Hello, HULU cafe bukak tak hari ni? 
😉: Kita buka je semalam lambat sikit sebab raya.
😀: Hari ni?
😉: Bukak.
😀: Sekarang?
😉: Bukak.
😀: Tapi sign dekat pintu tu kata closed.
😉: Hah?! Ye ke? Alamak saya lupa flip lah tu. Buka buka. 

Dari insiden ni I belajar untuk jadi gigih macam Laila tapi I lah orang yang kalau dah nampak tutup tu, baik balik je. 











Shikin nak order Iced Matcha Strawberry Latte tapi tak ada, mesin frappe pun rosak then barista cadangkan untuk order Iced Matcha Blueberry Latte  sebab rasa dia tak lari jauh pun. First time lah jumpa kombinasi matcha dan blueberry. Menarik tapi bukan untuk dicuba pada kunjungan ini.


Disebabkan Laila tak makan daging dekat open house tadi, dia order salad sebab lapar. Aiesyah dengan Shikin nak order fries tapi habis sebab semalamnya, masa Raya Haji kemain ramai yang datang ke cafe. So diorang ambil curly fries je. I dah kenyang so minum matcha je. 



I order Iced Matcha Coconut Latte with Hazelnut Syrup sebab rindu nak minum Matcha Cloud Latte ZUS punya. Dekat HULU tak ada pun menu tu tapi I custom lah sendiri sebab dah tahu apa ingredients ZUS letak kan. 


Rasa diaaaaaaa..... mantap! I suka yang HULU cafe ni sebab dia tak ada aftertaste dekat tekak sebab bukan versi cloud macam ZUS. Happy lah custom order I menjadi dan lepas ni boleh order lagi dekat cafe lain juga. 

Disebabkan kitorang berempat selsema, tak ada lah sesi sharing is caring. Aiesyah kata Iced Matcha Misu dia kurang kick sebab Aiesyah suka ada rasa pahit matcha. Laila dengan Shikin kata Iced Matcha Blueberry Latte ni sedap bila dah cair sikit baru gabungan rasa tu menjadi tapi Shikin prefer Iced Matcha Strawberry Latte sebab ada manis-manis masam dia. 


😀: Eh 1 dengan 2 haribulan ni kita cuti rupanya.
😒: Ya Allah slownya shikin, sebab tu lah Shah Alam ni kosong.

Jangan makan daging korban banyak sangat gais nanti pening macam shikin 😝



Hari Selasa dapat jemputan dari Dato' Nasri untuk open house dekat Masjid Glenmarie tapi sebenarnya Dato' Nasri ajak Managing Partner. Datuk Hisham dengan En Fendy dekat kampung makan kitorang lah jadi wakil sebab muka-muka ni yang ada dekat office sepanjang Raya Haji. 


Masjid Glenmarie dekat je dengan Oasis Square Ara Damansara so pukul 11.30 pagi dah bergerak keluar ke tempat majlis. Jarang masuk area Glenmarie ni even pergi ke office client pun tak pernah. Baru pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Glenmarie ni. Cantik dan bersih tempatnya. 


Moden betul siap ada cafe dekat sini. Cantik pulak tu. Nasib baik kitorang gerak lewat sikit sebab parking limited dalam kawasan masjid ni. Cun je lah timing kitorang sebab ada 3 parking kosong depan masjid. Jalan sikit dah jumpa ruang legar tempat Dato' Nasri hidang makanan. 


Menu untuk tengahari ni ada dua - nasi daging dengan bihun sup utara. Cadangnya nak makan dua-dua menu tapi masa tak sihat ni mampu makan sikit je. Happy dapat makan nasi daging dia sebab daging lembu fresh, ayaq asam pulak sedap berasa. Gulai dalca dia je dapat yang hujung-hujung, kentang dah habis. 



😀: wehhh ada bihun sup lah
😐 : haáh dekat tepi tu.
😔 : u nak ke shikin?
😀: tak nak
😔 : u tak nak sebab I tanya ke? ke u tak nak sebab tak nak?
😀 : sebab I taknak

Kalau shikin cakap nak, I dah pergi beratur dekat bihun sup sebab I nak tapi pressure betul makan sorang 😆

Tak lama lepas tu kitorang jumpa Dato' Nasri untuk bergambar tanda hadir sebagai wakil. Tunjuk muka jugak lah sebab jarang-jarang dapat jumpa Dato' walaupun top client. 


😀: Dato' kitorang dari Ram Reza & Muhammad
👨: ehhhh mana Datuk Hisham dengan En. Fendy?
😀: diorang dekat kampung so kitorang lah jadi wakil. 
👨: ohhhhh, dah makan dah?
😀: dah dah, baru je selesai
👨: ni semua lawyer ni, dok buat kes aku (sembang dengan orang sebelah), betul ni dah makan?
😀: betul betul makan dekat sana tadi. kitorang nak bergambar dengan Dato' nak hantar report dekat boss
👨: haaa boleh boleh jom


Actually Dato' Nasri selfie guna hp dia lepastu kitorang minta gambar guna hp sendiri sebab dah tahu gambar tadi tak mungkin akan sampai dekat kitorang balik hshshs

Dah selesai makan, tengah melenggang menuju ke kereta ada makcik panggil dari belakang. 

🙍: adik adik adik
😟: kita ke?
🙍: dik, nak daging tak? daging korban?
😟: eh takpe takpe, kitorang bukan orang sini
🙍: takpe, ambik je. Ada banyak daging lebih ni
😐: tapi kitorang nak balik ke office. 
🙍: ambik je, nanti bagi dekat orang office
😮 : tapi dekat office tak ada peti ais nak letak. 
🙍: ambik je dik
😟: takpe takpe, terima kasih
😠 : eh dik, ambik je lah. daging korban ni berkat tau. tak nak ambik berkat ke?

Dan kitorang pun berlari masuk dalam kereta sebab takut lahhh menekan-nekan. 

Drama Review | Thariq Ridzuwan: His Treasure (2025)

Wednesday, 27 May 2026


Pengarah: Eyra Rahman
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pelakon: Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Ezlisa Loy, Mia Sara Shauki, Sharifah Zarina, Nazia Mustafar, Myra Afrina, Manan Sulaiman, Safura Ya'cob, Reen Rahim, Fezrul Khan, Arash Mohamad, Adrea Abdullah, Imran Aqil, 
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.   
Penyiaran: Astro Ria, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025 – 11 September 2025
Trailer: 


Thariq Ridzuan (Meerqeen), seorang ejen elit dari unit Holy Dragon, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Husniya Radwa (Qasrina Karim), bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. 

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.


Drama arahan Eyra Rahman diadaptasikan dari novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya penulisan Huda Najwa yang menjadi pilihan pembaca pada tahun 2024. I tak pernah baca novel dia so this review solely based on drama lah. 

Masa pergi premiere Thariq Ridzuwan: His Treasure dah boleh nampak chemistry antara Merqeen dan Qasrina. Even pengarah sendiri bagitahu yang dia bersyukur dapat bekerja dengan Merqeen dan cast lain sebab berjaya deliver watak sebaiknya. 


Betul lah yang dia kata tu sebab I tertarik dengan personaliti Thariq Ridzuwan sebagai penjaga Treasure dia yang tersangatlah damsel in distress. Radwa ada anxiety dan depression yang teruk gara-gara menjadi punca penculikan adik bongsu dia. Punca di sini adalah kerana tak jaga adik dengan baik walaupun dia cuma manusia biasa. 

Konflik ni sama macam yang watak utama hadap dalam drama Family By Choice (2024). Jadi mudah lah untuk faham kenapa Radwa ada mood swing yang teruk bila membesar dalam environment yang toksik. Along (Reen Rahim) dengan Raudhah (Myra Afrina) pun bermasalah sebab Umi memang dah ajar anak-anak dia untuk buli Radwa. Lagi menyakitkan bila dia ada Abah (Manan Sulaiman) yang berdiam diri. 


Dekat awal drama rasa geram lah juga kenapa Husniya Radwa rasa terharu bila Thariq selamatkan dia tapi tak lama lepas tu dia emosi bila teringat Thariq bertunang dengan Anita (Alicia Amin). Kalau jadi Radwa pun geram juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Lepastu hilang kemudian ajak kahwin. Nak tunggu Thariq dengan Radwa selesaikan konflik tu pun makan masa. Olahan pengarah pun tak menarik buatkan kita rasa bosan dan menyampah dengan permainan tarik tali antara watak utama. 


Unit Holy Dragon pun tak kuat sebagai plot sampingan walaupun ada konflik yang menarik bila menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak di rumah anak yatim. Tak pasti kenapa komando kena menyiasat kes jenayah macam ni sedangkan kes tu level polis jenayah. 


Mungkin kes tu sebenarnya besar tapi disebabkan kelemahan olahan pengarah dan penulis buatkan babak Holy Dragon tampak dangkal. Dekat Episod pertama pun sniper gagal tembak Chi Beng (Fezrul Khan) sedangkan clear shot. Babak Thariq terkejut Farez (Evertts Gomes) hidup lagi padahal dah kena bunuh tu merepek sangat sebab dekat flashback, dia tak beria pun bunuh dan pastikan watak antagonis mati. 


Merepek betul bila Holy Dragon terlibat dalam konflik Thariq-Radwa dan keluarga Radwa. Faham lah brotherhood tapi masing-masing macam tak ada life. Babak Raudhah boleh selesai dalam masa 5 minit tapi drag sampai satu episod. Babak aksi pun tak lah menarik sangat tapi Merqeen in uniform is a bless so layan je lah. Lagu Alangkah - Hael Husaini dengan P. Ramlee dan Saloma - ALPHA sebagai lagu latar pun function teruk.



Ramai yang tak suka tengok Qasrina berlakon dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tapi I sebaliknya. Qasrina cantik sangat sebagai Husniya Radwa dan tak hairan lah kalau Thariq boleh jatuh cinta walaupun sentiasa meroyan. Kelakar tengok babak dia bunuh diri dalam bath tub sebab dah tenggelam lepastu timbul sekejap ambil oksigen then next minute dia terlangkup pulak then keluar dari bath tub. 


Kali kedua tengok Evertts Gomes berlakon lepas drama Dorm 403 (2026) dan boleh nampak  potential dia sebagai pelakon. Dia ada versatile boleh lakonkan pelbagai watak dan emosi sebab watak Farez agak mencabar juga kecuali babak dia bergocoh dekat lorong lah. Dah macam tengok drama China dengan kot labuh dan rambut panjang dia. Cuma tak diceritakan macam mana dia boleh jadi kaya dan berkuasa dalam dunia Thariq Ridzuan ni. 


Pace penceritaan Thariq Ridzuwan: His Treasure tak konsisten, ada babak yang laju, ada yang draggy. Episod 15 paling menyampah sebab nak kena tengok dunia khayalan Thariq dengan Radwa. Nasib baik dekat Episod 16 pengarah masukkan babak-babak kelakar. 

Lega dah berjaya habiskan drama paling kontroversi tahun lepas dan harapnya tak akan wujud lah drama untuk setiap ahli unit Holy Dragon. Harapnya lepas ni akan ada future project antara Qasrina dengan Merqeen dalam naskhah yang lebih berkualiti.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10