Movie Review | Tu Yaa Main (2026)

Sunday, 19 April 2026

Pengarah: Bejoy Nambiar  
Penulis Skrip:  Himanshu Sharma, Abhishek Arun Bandekar
Pelakon: Adarsh Gourav, Shanaya Kapoor   
Syarikat Produksi: Colour Yellow Productions, Bhanushali Studios Ltd.   
Pengedar: PVR Inox Pictures, Netflix  
Genre: Romantik / Drama / Thriller 
Durasi Tayangan: 143 minit
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2026   
Trailer:


Maruti Kadam atau nama komersialnya, Aala Flowpara (Adarsh Gourav) merupakan rapper dari Nalasopara, kawasan kelas rendah. Setiap hari dia mempunyai rutin membantu keluarganya ambil air dari lori tangki kemudian habiskan masa mencipta lagu dan reels bersama rakan-rakannya. Flow mempunyai pengikut seramai 20,000 orang di media sosial. 

Sementara Ms Vanity atau nama sebenarnya, Avani Shah (Shanaya Kapoor) mempunyai pengikut sebanyak 2 juta orang. Dengan siapa dia berbual, barangan yang dia guna, makan atau promosikan akan jadi viral. Tak hairan lah kalau Flow teringin nak lonjakkan nama dengan kolaborasi bersama. 


Tuah di pihak Flow bila dia bertemu dengan Ms Vanity di kawasan rumah wanita cantik tersebut kemudiannya bertemu lagi di festival musik. Usaha Flow berhasil untuk bekerja bersama Ms Vanity dan dalam masa yang singkat mereka menjadi teman rapat kemudiannya setuju untuk open relationship. 

Dalam masa 2 bulan, Avani mengandung lalu dipaksa oleh keluarganya untuk gugurkan kandungan tersebut tapi Avani masih teragak-agak sama ada keputusan itu keputusan yang terbaik untuk hidup dia. Tara Shah (Amrutha Srinivasan) dan suaminya, Vikram (Rajat Kaul) pujuk Flow supaya tinggalkan Avani. Berapa banyak duit yang Flow minta, mereka berdua akan tunaikan daripada hidup Avani hancur kerana keputusan yang salah. 


Flow turut dengan kemahuan Tara dan bawa Avani ke Goa untuk bercuti sebelum gugurkan kandungan. Malangnya mereka berdua terpaksa berehat di hotel usang di Konkan Bay kerana motor yang dinaiki meragam di tengah jalan. Tanpa pengetahuan Flow dan Ms Vanity, kawasan di situ menjadi sarang buaya menetaskan telurnya. 


Naskhah survival thriller Tu Yaa Main merupakan remake kepada filem The Pool (2018) arahan dan penulisan Ping Lumpraploeng. Kebanyakan fakta filem diubah dari filem asal seperti kolam renang di Konkan Bay Marine lebih dalam dengan 20 meter sementara filem asal cuma 6 meter, saiz standard kolam renang. 

Latar tempat utama, Konkan Bay Marine adalah tempat latihan menyelam sebab ada babak Avani berbual dengan penyelam bisu (Parvathy Thiruvothu). Ingatkan watak dan babak tu akan jadi penyelamat kepada konflik Avani dan Flow bertemu buaya rupanya tak pun. Buang masa juga lah perkenalkan watak sampingan tapi tak ada fungsi sebab survival scenes dalam Tu Yaa Main jadi rushing sebab dah terbazir dekat first half. 


Semua watak sampingan dalam filem Tu Yaa Main muncul untuk hias dunia Flow dan Vanity semata kecuali buaya yang buat kerja jadi antagonis yang menakutkan. Ada lah beberapa kali menjerit sebab terkejut dan persoalkan kenapa buaya tu bertindak macam tu. 

Shanaya Kapoor dan Adarsh Gourav pertama kali digandingkan bersama dan teaser filem Tu Yaa Main raih perhatian yang tinggi sebab chemistry kedua-dua pelakon baru ni menjadi. Bila tengok perjalanan hubungan kedua-dua watak pun terlihat awwdorable dan berharap kedua-duanya akan jadi pengubat kepada trauma masing-masing. 

‘Exactly. You don’t know, Avani. You’re placing a huge bet on this “maybe”. A baby won’t fix your loneliness or your issues. Someday you’ll find a deeper reason to have a baby… not an excuse. Till then… I’m with you. I promise. I’ll stand by you like one-man army.’ - Flow
Konflik Avani mengandung tu pun solid lah untuk buatkan hubungan mereka goyah cuma jadi longgar bila penulis ambil masa yang lama untuk sampai ke plot utama iaitu buaya. Lagi bertambah tertekan bila Avani dan Flow sama-sama tak guna peluang yang ada untuk minta bantuan polis. Tak faham juga kenapa Avani atau Flow tak masuk ke longkang laluan air masa buaya tengah tidur tapi habiskan kain untuk jadi bahan api. 


Survival dalam filem Tu Yaa Mein tak banyak dalam kolam sebaliknya banyak terarah pada survival kedua-dua watak dalam realiti kehidupan. Nak kata kehidupan mereka berdua tak teruk pun tak juga sebab trauma tu dalam walaupun tak tunjuk depan mata awam. Tapi itu lah, I nak tengok filem ni sebab jarang sangat filem Bollywood guna plot selamatkan diri dari binatang liar. Selalunya filem Hollywood. 


Sinematografi Remy Dalai menghidupkan visi Bejoy Nambiar sama ada untuk dunia glamor ataupun situasi mendebarkan melibatkan buaya. Babak dalam kolam renang bukan saja berjaya buatkan kita tak senang duduk malah buaya yang terlihat real dan ganas berjaya tambah saspens dan kegelisahan yang menonton. 



Music album Tu Yaa Mein okayish for me, mungkin sebab lagu rap yang dimasukkan tak ada lirik yang padu. Easily forgettable. Patutnya production buat remake lagu Tu Hi Manzil Hamari My Love dengan beat yang laju sikit dari asal. 

Kalau ada yang suka genre survival ni, boleh layan filem Tu Yaa Mein di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 6.2/10

Movie Review | Maalik (2025)


Pengarah: Pulkit
Penulis Skrip: Jyotsana Nath, Pulkit
Pelakon: Rajkummar Rao, Prosenjit Chatterjee, Manushi Chhillar, Saurabh Shukla
Syarikat Produksi: Tips Industries, Northern Lights Films
Pengedar: Pen Marudhar, Amazon Prime Video
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 152 minit
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2025
Trailer:


Berlatarkan tahun 1980-an di Allahabad, Uttar Pradesh mengisahkan pemuda bernama Deepak (Rajkummar Rao) yang membesar dalam keluarga petani. Deepak menyanjungi Menteri Shankar Singh (Saurabh Shukla) atau dikenali sebagai Dadda. Dia merasakan Dadda sentiasa berbesar hati dan membantu belia dan membantu bangunkan pekan kecil tersebut. 

Satu hari, ayahnya (Rajesh Gupta) diserang oleh Langda kerana tidak mampu membayar wang perlindungan. Deepak jatuhkan Langda dan raih sokongan dari petani di pekan tersebut. Sekaligus, Deepak diangkat sebagai Maalik (Ketua) dan bermulalah pemerintahannya di situ lalu khabar tersebut mencabar kedudukan MLA Balhar Singh (Swanand Kirkire) yang juga merupakan anak murid Dadda. 

MLA Balhar Singh kemudiannya diapi-apikan oleh Chandrashekhar (Saurabh Sachdeva) untuk serang keluarga Maalik supaya dia batalkan niat untuk bertanding dalam pilihanraya. Makin dihalang, makin sokongan kepada Maalik menjadi kuat kerana penduduk di situ dah jelak dengan peras ugut dari MLA Balhar Singh. 

Sementara Maalik cuba pertahankan kedudukan di bandar tersebut, isterinya, Shalini (Manushi Chillar) pujuk supaya dia serah diri. Makin Maalik cuba lari, makin kerap pihak polis mengawasi pergerakan mereka sekeluarga. Bukan tak mahu serah diri tapi pihak polis pun dah makan rasuah dari MLA Balhar Singh. Maalik cuma tahan diri dari masalah menjadi besar kerana hormat dengan Dadda tapi makin lama, ancaman dari pihak lawan semakin melampau. 

Naskhah Maalik yang bertemakan dunia gangster mempunyai jalan cerita yang tak lari dari naskhah lain yang menggunakan tema sama sebagai dasar utama. Pengarah dan penulis, Pulkit paparkan watak Deepak yang tertindas dengan penindasan orang atas. 

Kalau personaliti Deepak lebih murni mungkin seronok nak tengok macam mana dia naik ke atas dan buat Dadda atau pihak lawan rasa gerun. Mungkin juga penulis bentuk watak Deepak macam tu untuk paparkan hidup sebagai kasta bawahan macam mana tapi hasil dia jadi lain pula. 

Sepanjang filem Maalik berjalan tak ada pun rasa kasihan dengan jalan yang dipilih sebab tak nampak apa beza pembangunan dekat situ sebelum dan selepas Maalik memerintah. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Macam tu lah hidup penduduk di kawasan tu. Mungkin ada beza tapi penulis tak masukkan pun sebab terlalu fokus dengan perbalahan antara Maalik, Dadda dan MLA Balhar Singh. 

Pertarungan masing-masing pun tak ada lah seronok mana sebab dua-dua pihak pun bergaduh guna senapang. Masing-masing pakai ego dan baran je bila memerintah. Masuk second half pun dah boleh agak yang Maalik akan kalah sebab dekat awal filem pun dah tunjuk dia dikepung oleh pihak polis dalam gudang lama. Cuma kita tak diberitahu macam mana dia boleh berakhir ke situ. 

Makin lama makin kesian dengan Rajkummar Rao sebab asyik salah pilih skrip walaupun bakat dia besar. Lakonan Raj sebagai Maalik menggerakkan cerita tapi apa sangat lah yang dia boleh buat kalau skrip filem sendiri dah lemah. Digandingkan pula dengan Manushi Chillar yang tak pandai berlakon sangat. Screentime dia pun terhad untuk beraksi sebagai isteri kepada ketua kawasan. 

Nasib baik ada lagu romantik Naamumkin untuk dia serlahkan sisi feminin dan anggun sebagai isteri yang setia pada suami. Rasa tertarik nak tengok filem ni sebab music album Maalik best. Huma Qureshi cantik dalam item song Dil Thaam Ke, tapi Manushi biasa je lah dalam lagu Raaj Karega Maalik. Lagu tu pergi jauh pun sebab lirik dan beat dia fun. Dah berapa tahun Manushi dalam industri, I boleh nampak yang dia tak ada screen presence kuat untuk jadi heroin. Maybe dia boleh berlakon dalam web series. 


Sinematografi dari Anuj Rakesh Dhawan lebih selesa dalam palette dan grading tone yang kelam. Ada kebanyakan babak tersorok kerana visual tapi ada masanya terlihat cantik untuk mengangkat keindahan babak antara Maalik dan Shalini. 

Secara keseluruhannya, Maalik gagal sebagai naskhah gangster dan sebagaimana Maalik dilupakan di kawasan tu, sama lah juga nasib filem ni yang akan dilupakan lepas habis tayangan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5.2/10

10 LAGU BAKAL MENGHANGATKAN MALAM KEMUNCAK AJL40 | K.O.I, Wani Kayrie, Aisha Retno, Ryenald Guntabid Antara yang Tersenarai

Shah Alam, 19 April 2026 – Teka-teki mengenai barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) akhirnya terjawab apabila 10 buah lagu diumumkan lolos ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir semalam. 

Perjalanan ke tahap ini bermula dengan pemilihan 20 karya daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik-Muzik 40 (MM40), sebelum dipertaruhkan secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 sebagai pentas penentuan ke peringkat akhir.

Sepanjang dua malam tersebut, setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila para artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya.

Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya.

Malam separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, serta persembahan istimewa oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah sebagai pembuka pentas malam pertama, diikuti kemunculan Kaka Azraff dan Tuju pada malam kedua.

Berikut ialah senarai lagu yang berjaya lolos ke pentas akhir AJL40:

1. Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid

2. Kamu

Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

3. Cak Cak Cekuk
Penyanyi: Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh

4. Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam

5. Tak Adil

Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & Radi
Penulis Lirik: Aisha Retno

6. Tangisan Seorang Pendosa

Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama

7. Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan

8. Lemah
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis Lirik: Hael Husaini

9. Nurcinta
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim

10. Tiwikarma

Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

Melangkah ke pentas akhir, AJL40 kini berada di kemuncaknya dengan menghimpunkan karya terbaik yang mencerminkan kekuatan pelbagai generasi dalam satu pentas berprestij. Disokong oleh Xtra, Seismik dan OhBulan! sebagai rakan digital serta Hot FM dan Kool FM sebagai rakan radio, perjalanan menuju malam kemuncak dijangka terus mencetuskan perhatian dan perbualan meluas.


Terus ikuti perkembangan terkini menuju malam kemuncak AJL40 dan sertai perbualan menerusi tanda pagar #SFAJL40 serta #GenerasiSelamanyaJuara. Empat dekad legasi telah terbina, kini tibalah saat penentuan siapa yang bakal mengukir nama dalam lipatan sejarah “Generasi Selamanya Juara.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan X di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

GAYONG 2 HADIR DENGAN KEMPEN “TONTON & MENANG” MENAWARKAN BAUCAR PETROL RM300!

Friday, 17 April 2026

Kempen “Tonton & Menang” sempena tayangan Gayong 2 kini sedang berlangsung! Hadir tepat pada waktunya ketika isu kenaikan harga dan kos minyak terus menjadi perhatian di seluruh negara. Memahami situasi yang dirasai ramai, kempen ini menawarkan peluang menarik buat penonton untuk membawa pulang baucar petrol bernilai RM300. Bukan sekadar pengalaman menonton di pawagam, setiap tiket yang dibeli kini hadir dengan potensi ganjaran yang lebih bermakna dan praktikal untuk kegunaan harian.

Selari dengan inisiatif tersebut, penyertaan kempen ini direka ringkas dan mudah untuk semua. Sepanjang 15 hingga 22 April, penonton hanya perlu membeli tiket Gayong 2, mengimbas kod QR yang disediakan dan melengkapkan maklumat ringkas. Dengan dua langkah ini, penyertaan anda terus layak, menjadikan pengalaman ke pawagam lebih berbaloi dengan peluang ganjaran yang menanti.

Dalam masa sama, peluang kemenangan turut diperluaskan apabila seramai lima pemenang akan dipilih dari setiap negeri. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan kempen ini lebih inklusif, malah membuka ruang kepada lebih ramai penonton di seluruh negara untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.

Sambil menikmati pengalaman menonton di pawagam, inilah peluang untuk menjadikan setiap tiket lebih bermakna. Kempen ini bukan sahaja menambah nilai kepada tontonan anda, malah membuka ruang untuk membawa pulang baucar petrol bernilai RM300. Teruskan menyokong karya tempatan dan rebut peluang yang ada, mana tahu rezeki berpihak kepada anda.

Filem ini hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah Faisal Ishak. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gayong 2 yang sedang menggegarkan pawagam sekarang. Gunakan tanda pagar #Gayong2 untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Gayong 2, ikuti kami di Facebook, Instagram, X, Threads dan YouTube Primeworks Studios.

Dalam dunia yang dipenuhi kuasa dan pengaruh, ada jiwa yang menjadi korban. Di sebalik kemewahan dan kesempurnaan yang dipamerkan, tersembunyi rahsia gelap yang diwarisi tanpa pilihan…terikat dengan sebuah perjanjian terlarang yang menuntut kesetiaan sehidup semati. Dalam pertarungan antara darah dan pengorbanan, setiap keputusan membawa harga yang mahal. Dan akhirnya, akan tiba saat di mana satu pilihan terakhir perlu dibuat.

Trailer rasmi Pewaris Susuk memperlihatkan sejauh mana seseorang sanggup melangkah demi mengejar kuasa dan betapa dahsyatnya kuasa yang ingin dimiliki itu.

Diarahkan oleh Faizal Nadxaman, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Datuk Rosyam Nor, Trisha Ooi, Sherie Merlis, Abon, Dayang Fajra Nadifa dan ramai lagi.

Pewaris Susuk bakal menjejak pewarisnya di pawagam bermula 30 April ini.

#PewarisSusuk #SehidupSemati

Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Dalam dunia yang penuh dengan luka lama dan rahsia yang belum terungkai, peluang untuk mencintai kali kedua bukan sekadar harapan tetapi satu risiko yang mampu mengubah segalanya. Cinta Kedua, drama Tonton Eksklusif terbaharu bakal menyentuh hati penonton dengan kisah cinta, pengorbanan dan konflik keluarga yang mendalam bermula 20 April 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam, hanya di Tonton.

Dengan sentuhan pengarah oleh Idora serta nukilan skrip daripada Siti Solehah, Ramlah Rashid dan Eja Lorena serta diterajui barisan pelakon hebat seperti Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani. Cinta Kedua menjanjikan penceritaan yang sarat dengan konflik emosi, dilema moral dan kejutan yang bakal membuat penonton terus terpaku di setiap episod.

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Bella Ammara (Raden Zaharatul) yang dipaksa menghadapi perceraian dengan talak tiga akibat fitnah ibu mertuanya sendiri. Dalam keadaan hati yang remuk, Ammara bangkit membina semula kehidupannya. Namun, suratan menemukan dia dengan Daniel Rizki (Hafidz Roshdi), seorang lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya.

Meskipun begitu, seperti takdir yang sering menguji hubungan mereka tidak kekal lama. Perpisahan selama dua tahun memisahkan mereka, sebelum akhirnya nasib menemukan kembali dua hati yang masih menyimpan rasa yang sama. Cinta yang berputik semula menjadi asas kepada perkahwinan mereka, tetapi Ammara tidak mengetahui satu hakikat yang mampu meruntuhkan segala-galanya, bahawa Rizki sebenarnya adalah sepupu kepada Afiq Adam (Syarul Ezani) dan juga ‘cina buta’ yang diatur untuknya.

Bagi menguatkan lagi emosi drama ini, lagu atau runut bunyi (OST) “Renjana” nyanyian Kechik Hyper Act, melengkapkan setiap babak dengan rasa yang mendalam dan menyentuh jiwa.

Sepanjang 28 episod, penonton akan dibawa menyelami perjalanan seorang wanita yang diuji dengan pengkhianatan, dipertemukan dengan cinta dan akhirnya terperangkap dalam rahsia yang mampu menghancurkan segalanya. Adakah cinta cukup kuat untuk mengatasi kebenaran yang pahit?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Cinta Kedua, bermula 20 April hingga 27 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam, secara eksklusif di Tonton. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy

GAYONG 2 TERUS RAIH RESPON POSITIF PENONTON! | DIPENUHI AKSI MANTAP DAN MOMEN MENYENTUH HATI, RAMAI PENONTON BERI RESPON POSITIF SEJAK HARI PERTAMA TAYANGAN 

Kejayaan filem Gayong yang berjaya mencatat kutipan melebihi RM4 juta sebelum ini jelas membuktikan bahawa filem tempatan masih mempunyai tempat yang kuat di hati penonton. Sambutan ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan keyakinan terhadap karya tempatan yang mampu tampil dengan kualiti dan identiti tersendiri.

Kini, Gayong 2 hadir sebagai kesinambungan yang lebih besar dan lebih berani. Dari segi penceritaan, filem ini membawa penonton menyelami perjalanan yang lebih mendalam, penuh dengan cabaran, pengorbanan serta emosi yang memberi kesan.

Sejak hari pertama tayangan, Gayong 2 mula meraih pelbagai maklum balas positif daripada penonton. Rata-rata menyifatkan filem ini sebagai sebuah naskhah yang berjaya menggabungkan elemen hiburan dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.

Bukan sekadar penonton, malah pengkritik filem turut memberikan maklum balas dan rating tinggi terhadap kualiti Gayong 2. Ramai memuji aksi yang kemas, sinematografi yang lebih matang serta penceritaan yang terasa hidup dari awal hingga akhir. Elemen emosi, kekeluargaan dan komedi turut melengkapkan naskhah ini, menjadikannya sebuah filem tempatan yang wajar diberi perhatian.

Melengkapkan pujian tersebut, dari sudut persembahan, filem ini tampil dengan aksi yang lebih intens dan tersusun, disokong dengan momen dramatik yang kuat. Gabungan ini menjadikan pengalaman tontonan lebih hidup serta meninggalkan impak yang berpanjangan kepada penonton.

Dalam masa yang sama, Gayong 2 turut memperlihatkan potensi besar industri filem tempatan dalam menghasilkan karya yang mampu bersaing secara sihat. Usaha seperti ini wajar terus disokong agar lebih banyak filem berkualiti dapat dihasilkan pada masa akan datang.

Jika Gayong pertama mampu mencapai kutipan melebihi RM4 juta, tidak mustahil Gayong 2 mampu melangkah lebih jauh. Jadi, jom ramai-ramai turun ke pawagam, support filem tempatan dan bersama-sama bantu Gayong 2 mencipta kejayaan yang lebih besar!

Filem ini hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah Faisal Ishak. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gayong 2 yang sedang  menggegarkan pawagam seluruh negara. Gunakan tanda pagar #Gayong2 untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Gayong 2, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

Dalam lipatan budaya Melayu yang kaya dengan adat dan kepercayaan, Susuk muncul sebagai satu fenomena yang sukar dipisahkan daripada naratif kecantikan dan kuasa. Ia bukan sekadar kisah lama yang tenggelam ditelan zaman tetapi satu simbol yang didakwa kekal hidup namun berubah wajah mengikut generasi serta mengekalkan misterinya. Antara kepercayaan dan logik, Susuk berdiri sebagai persoalan yang tidak pernah benar-benar terjawab.

Warisan Lama yang Tidak Pernah Padam

Sejak zaman nenek moyang, Susuk sering dikaitkan dengan amalan memasukkan bahan tertentu ke dalam tubuh bagi tujuan menaikkan seri, menarik perhatian atau memperoleh kelebihan luar biasa. Walaupun sukar dibuktikan secara saintifik, cerita tentang sang pemakai terus berlegar dalam masyarakat diceritakan dari generasi ke generasi berikutnya.

Kecantikan, Pengaruh dan Harga yang Tersembunyi

Di sebalik janji kecantikan dan keyakinan diri, Susuk sering dikaitkan dengan “harga” yang perlu dibayar. Pantang larang, kesan sampingan dan kisah-kisah misteri yang mengiringinya menjadikan amalan ini bukan sekadar soal fizikal tetapi juga spiritual. Dalam banyak pengisahan, apa yang diperoleh tidak datang tanpa pengorbanan lantas mewujudkan naratif bahawa setiap kelebihan mempunyai bayangan gelapnya sendiri.

Mitos atau Refleksi Dunia Moden?

Dalam dunia hari ini, persoalan tentang kewujudan Susuk masih relevan. Adakah amalan ini masih wujud atau sekadar simbol kepada obsesi manusia terhadap kesempurnaan? Tekanan sosial untuk tampil menarik dan diterima tidak pernah hilang, iia cuma berubah bentuk. Jika dahulu melalui Susuk, hari ini mungkin melalui teknologi, rawatan kecantikan atau standard sosial yang tidak realistik. Namun intinya tetap sama….keinginan untuk menjadi lebih daripada diri sendiri.

Pewaris Susuk: Membawa Mitos ke Layar Perak

Melalui filem Pewaris Susuk, kepercayaan ini diangkat dengan pendekatan yang lebih kontemporari menggabungkan elemen tradisi berserta realiti semasa. Ia bukan sekadar sebuah filem seram bahkan sebuah refleksi sosial yang mengajak penonton berfikir sejauh mana manusia sanggup melangkaui batas demi kecantikan, kuasa dan pengaruh?

Diarah oleh Faizal Nadxaman dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran, filem ini dibarisi pelakon hebat antaranya Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Datuk Rosyam Nor, Trisha Ooi dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pewaris Susuk di pawagam bermula 30 April 2026. 

#PewarisSusuk #SehidupSemati

Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Kalau cinta datang tanpa dipinta, itu biasa. Tapi bila ia ditentukan oleh orang lain, masihkah ia mampu hidup dalam hati yang pernah hancur? Bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton mulai 18 April 2026, Dear Farris membuka kisah dua jiwa yang dipertemukan bukan kerana pilihan, tetapi kerana aturan yang mengubah segalanya.

Diarahkan oleh Azhar Khalid (Apache) serta dibarisi pelakon seperti Siti Hariesa, Noki K-Clique, Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara, drama adaptasi daripada novel Bella Irdina Temptation ini mengangkat kisah cinta dan kekeluargaan, sambil mengheret penonton menyelami emosi serta luka yang membentuk setiap konflik.

Syed Farris (lakonan Noki K-Clique) pernah merasai manisnya cinta, namun pengkhianatan yang dilalui membuatkan dia memilih untuk menutup hati sepenuhnya. Berbeza dengan Bella Irdina (lakonan Siti Hariesa), yang masih percaya bahawa cinta sejati wujud dan mampu mengubah segalanya.

Pertemuan singkat mereka mencetuskan rasa yang sukar ditafsirkan, sebelum takdir menemukan mereka semula sebagai suami isteri melalui perkahwinan yang diatur keluarga. Namun, Farris tetap menolak dan berpegang pada prinsip bahawa cinta bukan lagi miliknya.

Tidak mudah berputus asa, Bella dengan penuh kelembutan dan kesungguhan berusaha menembusi tembok hati suaminya yang dingin dan terluka, meskipun berdepan cabaran yang menguji ketabahan dan harga dirinya.

Dua hati, dua cara melihat cinta. Dalam perjalanan yang penuh luka dan harapan ini, dapatkah mereka menemukan titik pertemuan? Dan yang lebih penting, mampukah mereka belajar untuk saling memahami sebelum semuanya terlambat?

Menurut Siti Hariesa, “Bella adalah watak yang sangat emosional dan lembut, tapi dalam masa yang sama dia juga ada kekuatan untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran dalam perkahwinannya. Sebagai pelakon, saya perlu seimbangkan sisi rapuh dan kuat itu supaya penonton benar-benar dapat rasa setiap perjuangan yang dia lalui.”

Jangan terlepas untuk saksikan Dear Farris setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 April 2026, hanya di Tonton.

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.

3 DRAMA KUASAI RAMADAN RAYA, TV3 TERUS UNGGUL TERAJUI ARENA DRAMA MELAYU

Tuesday, 14 April 2026

3 DRAMA KUASAI RAMADAN RAYA, TV3 TERUS UNGGUL TERAJUI ARENA DRAMA MELAYU | Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini!

Sepanjang Ramadan hingga Syawal tahun ini, TV3 mengukuhkan dominasinya menerusi tiga drama utama iaitu Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih dan Bila Cinta Menjadi Dosa yang berjaya mencuri perhatian penonton di televisyen dan platform digital.

Tiga judul ini mencatat prestasi memberangsangkan dengan Kerana Cinta Itu Dusta merekodkan 880 juta capaian media sosial (sumber: Meltwater) dan menjadi fenomena sebagai “punca darah tinggi rakyat Malaysia.” Khianat Yang Terpilih pula meraih 10 juta penonton di televisyen (sumber: Nielsen) serta 950 juta capaian media sosial (sumber: Meltwater), manakala Bila Cinta Menjadi Dosa mencatat 9 juta penonton setakat episod 21 (sumber: Nielsen) bersama 850 juta capaian media sosial.

Bila Cinta Menjadi Dosa turut menduduki tangga No.1 di Tonton dan kekal antara kandungan paling banyak ditonton, dengan ribuan penonton memilih akses premium untuk menonton episod lebih awal. Watak Eva lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim mencetuskan perdebatan hangat di TikTok, Threads dan X, apabila perkongsian beliau mengenai reaksi penonton mencetuskan perbualan yang rancak, dengan tanda pagar #BilaCintaMenjadiDosa meraih lebih 400 juta paparan (impressions).

Sementara itu, Kerana Cinta Itu Dusta dan Khianat Yang Terpilih terus mencipta fenomena tersendiri dengan perbualan berterusan di Threads. Khianat Yang Terpilih khususnya mencuri perhatian apabila lakonan Amyra Rosli menerima pujian meluas, manakala gandingannya bersama Ikmal Amry turut menjadi bualan, dengan Ikmal sering dilabel sebagai “green flag, green forest” oleh penonton.

Seiring kejayaan ini, komitmen TV3 dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi terus terserlah melalui naskhah yang relevan, disokong pelakon berkaliber serta edaran merentas platform, sekali gus mengukuhkan kedudukan TV3 sebagai peneraju kandungan tempatan.

Kini, tumpuan terarah kepada Kerana Cinta Itu Dusta yang bakal menutup tirainya malam ini, dengan penonton menantikan penyelesaian konflik yang sekian lama diperkatakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod akhir malam ini di TV3 atau strim lebih awal di Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.