Filem Bollywood Akan Datang Untuk Tahun 2026

Sunday, 4 January 2026


Lepas banyak tayangan filem romantik komedi dari industri perfileman Bollywood, tahun 2026 akan ada kemunculan genre perang bermula dengan filem Ikkis disusuli dengan Border 2 kemudian Battle of Galwan. Tak kurang juga dengan genre yang diangkat dari mitos atau lagenda masyarakat India serta instalment tambahan dari franchise besar seperti Mardaani, Alpha juga Shakti Shalini. 

1. Ikkis

Pengarah: Sriram Raghavan
Penulis Skrip: Sriram Raghavan, Arijit Biswas, Pooja Ladha Surti
Pelakon: Agastya Nanda, Dharmendra, Jaideep Ahlawat, Simar Bhatia  
Syarikat Produksi: Maddock Films   
Pengedar: Yash Raj Films, GSC Movies (Malaysia)
Genre: Biopik / Perang / Drama
Durasi Tayangan: 147 minit
Tarikh Tayangan: 1 Januari 2026 
Trailer:



Mengisahkan tentang jasa dan pengorbanan Leftenan Kedua Arun Khetarpal dalam Pertarungan Basantar ketika Perang India Pakistan 1971. 

Sepatutnya filem Ikkis ditayangkan pada Krismas 2025 namun dianjak ke Tahun Baru kerana kejayaan filem Dhurandhar di box office. 

2. Rahu Ketu


Pengarah: Vipul Vig
Penulis Skrip: Vipul Vig
Pelakon: Pulkit Samrat, Varun Sharma, Shalini Pandey
Syarikat Produksi: Zee Studios, BLive Productions
Pengedar: Zee Studios
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026 
Trailer:



Rahu dan Ketu merupakan dua watak utama dalam buku cerita magik milik Churu Lal. Mereka keluar ke dunia nyata untuk mencari tahu identiti masing-masing. Dalam pengembaraan tersebut, mereka terlibat dengan kumpulan mafia. 

3. Happy Patel: Khatarnak Jasoos


Pengarah: Vir Das, Kavi Shastri
Penulis Skrip: Vir Das, Amogh Ranadive
Pelakon: Vir Das, Mona Singh, Mithila Palkar, Sharib Hashmi, Sanjay Dutt, Shraddha Kapoor
Syarikat Produksi: Aamir Khan Productions, Zazu Production
Pengedar: PVR Inox Pictures
Genre: Komedi / Aksi
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026 
Trailer:


Patel adalah seorang chef dan bekerja sebagai perisik negara. 

4. One Two Cha Cha Chaa


Pengarah: Abhishek Raj, Rajneesh Thakur
Penulis Skrip: Vipul Vig
Pelakon: Lalit Prabhakar, Anant V. Joshi, Ashutosh Rana, Abhimanyu Singh, Mukesh Tiwari, Harsh Mayar, Nyra Banerjee
Syarikat Produksi: Pellucidar Production Pvt Ltd
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

5. Border 2


Pengarah: Anurag Singh
Penulis Skrip: Sumit Arora, Anurag Singh, Nidhi Dutta
Pelakon: Sunny Deol, Varun Dhawan, Diljit Dosanjh, Ahan Shetty, Mona Singh, Sonam Bajwa, Anya Singh, Medha Rana
Syarikat Produksi: T-Series Films, J. P. Films
Pengedar: AA Films
Genre: Perang / Drama
Tarikh Tayangan: 23 Januari 2026 
Teaser:



Diinspirasikan dari kisah benar yang berlatarkan Perang India Pakistan pada tahun 1971. 

Filem Border 2 menjadi filem kedua Ahaan Shetty, anak Suniel Shetty selepas debut dalam filem Tadap (2021). Sepatutnya filem Sanki bersama Pooja Hedge ditayangkan pada Valentine's Day tahun 2025 tapi tiada sebarang pengumuman tentang filem romantik tersebut. 

6. Human Cocaine


Pengarah: Sarim Momin
Penulis Skrip: Sarim Momin
Pelakon: Pushkar jog, Ishita Raj, Siddhant Kapoor, Zakir Hussain 
Syarikat Produksi: Scarlet Slate Studios, Vinelight, Textstep Services, Goosebumps Entertainment
Pengedar: 
Genre: Jenayah / Thriller
Tarikh Tayangan: 30 Januari 2026 
Trailer:



Sepasang suami isteri terlibat dengan penjualan dadah. 

7. Gandhi Talks


Pengarah: Kishor Pandurang Belekar
Penulis Skrip: N/A
Pelakon: Vijay Sethupathi, Arvind Swamy, Aditi Rao Hydari, Siddharth Jadhav
Syarikat Produksi: Kyoorius, Moviemill, Zee Studios
Genre: Silent Drama
Tarikh Tayangan: 2023 (International Film Festival of India), 30 Januari 2026 

Filem Gandhi Talks yang pernah ditayangkan secara perdana di Festival Filem India pada tahun 2023 bakal ditayangkan di panggung pada 30 Januari 2026. Menggunakan konsep silent movie, produser yakin filem Gandhi Talks bakal memaparkan filem yang sarat dengan emosi tanpa perbualan antara watak utama. 

8. Vadh 2


Pengarah: Jaspal Singh Sandhu
Penulis Skrip: Jaspal Singh Sandhu
Pelakon: Sanjay Mishra, Neena Gupta
Syarikat Produksi: Luv Films
Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 06 Februari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

Spiritual sekuel kepada filem Vadh (2022) yang ditayangkan secara rasmi di Netflix mendapat bakal diterbitkan oleh Luv Films lalu ditayangkan di panggung pada Februari 2026. 

 9. Bhabiji Ghar Par Hain! Fun on the Run


Pengarah: Jaspal Singh Sandhu
Penulis Skrip: Jaspal Singh Sandhu
Pelakon: Rohitashv Gour, Vidisha Srivastava, Shubhangi Atre, Aasif Sheikh
Syarikat Produksi: Edit II Productions, Zee Cinema
Pengedar: Zee Studios
Genre: Komedi / Drama
Tarikh Tayangan: 06 Februari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

Filem Bhabiji Ghar Par Hain! Fun on the Run adalah sekuel kepada siri TV popular berjudul Bhabiji Ghar Par Hain! 

10. Haunted 3D: Ghosts of the Past


Pengarah:Vikram Bhatt, Manish P. Chavan
Penulis Skrip: Jaspal Singh Sandhu
Pelakon: Mahaakshay Chakraborty, Chetna Pande, Gaurav Bajpai, Hemant Pandey, Shruti Prakash, Praneet Bhatt, Mannveer Choudharry
Syarikat Produksi: Anand Pandit Motion Pictures, ASA Productions and Enterprises
Genre: Seram / Romantik
Tarikh Tayangan: 06 Februari 2026 
Teaser:



Sekuel spiritual kepada filem Haunted 3D (2011) di mana sepasang suami isteri berpindah masuk ke rumah agam lama yang berpuaka. 

Filem ni sepatutnya ditayangkan pada 3 September 2025 namun mendapat kecaman teruk berkenaan visual filem semasa pengumuman teaser. Team production mengambil masa selama 10 hingga 12 hari untuk penggambaran semula dan editing. Dijadualkan tayang pada 21 November 2025 namun ditunda sekali lagi tayangannya ke tahun 2026. 

11. O' Romeo


Pengarah: Vishal Bhardwaj
Penulis: Vishal Bhardwaj, Rohan Narula
Pelakon: Shahid Kapoor, Nana Patekar, Triptii Dimri, Avinash Tiwary, Randeep Hooda, Tamannaah Bhatia, Ram Kapoor, Shakti Kapoor
Syarikat Produksi: Nadiadwala Grandson Entertainment, VB Pictures
Genre: Romantik / Thriller
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2026 

Filem yang berlatarkan pasca kemerdekaan dan menceritakan penjenayah di bandar metropolis Mumbai ni sepatutnya ditayangkan pada 05 September 2026 namun ditunda tayangannya ke tahun 2026. Judul awal adalah Arjun Ustara kemudian ditukar kepada O'Romeo. 

Shahid Kapoor bekerjasama semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj selepas filem Kaminey (2009), Haider (2014) dan Rangoon (2017). Tripti juga bertemu kembali dengan Avinash Tiwary setelah digandingkan bersama dalam filem Laila Majnu (2019) dan Bulbbul (2020)

12. Tu Yaa Mein


Pengarah: Bejoy Nambiar
Pelakon: Adarsh Gourav, Shanaya Kapoor
Syarikat Produksi: Colour Yellow Productions, Getaway Films, Vinod Bhanushali’s Bhanushali Studios Limited (BSL)
Genre: Romantik / Survival Thriller
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2026 
Pengumuman:


Plot akan diumumkan kelak. 

13. Veer Murarbaji: The Battle of Purandar 


Pengarah: Ajay–Anirudh
Penulis: Vishal Bhardwaj, Rohan Narula
Pelakon: Ankit Mohan, Sourabh Raaj Jain, Dipika Chikhlia, Arun Govil, Santosh Juvekar, Tanishaa, Prajakta Gaikwad, Harish Dudhade
Syarikat Produksi: Almondss Creationss
Pengedar: AA Films
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 19 Februari 2026 
Trailer: 


Berlatarkan tahun 1665, ketika Jai Singh I dan pemerintah Mughal bernama Diler Khan ingin menawan Kubu Purandar. Ketika itu Murarbaji Deshpande, ditugaskan menjaga Kubu Purandar dengan askar elit Mayla (askar Maratha) sebanyak 700 orang untuk berdepan dengan askar Mughal. 

Filem Veer Murarbaji: The Battle of Purandar pada mulanya dijadualkan tayangannya pada April 2023 namun ditunda selama 3 tahun. 

14. #T174


Pengarah: N/A
Penulis: N/A
Pelakon: N/A
Syarikat Produksi: T-Series Films
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

15. Do Deewane Seher Mein


Pengarah: Ravi Udyawar
Penulis: Abhiruchi Chand
Pelakon: Siddhant Chaturvedi, Mrunal Thakur, Ila Arun, Ayesha Raza
Syarikat Produksi: Zee Studios, Rancorp Media, Bhansali Productions
Pengedar: Zee Studios, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

16. Mardaani 3


Pengarah: Abhiraj Minawala
Pelakon: Rani Mukerji, Janki Bodiwala
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films
Genre: Aksi / Jenayah
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

17. Pati Patni Aur Woh Do


Pengarah: Mudassar Aziz
Penulis: Mudassar Aziz
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Sara Ali Khan, Wamiqa Gabbi, Rakul Preet Singh
Syarikat Produksi: T-Series Films, B. R. Studios
Genre: Romantik / Komedi
Tarikh Tayangan: 04 Mac 2026 

Spirituel sekuel kepada filem Pati Patni Aur Woh (2019) yang juga merupakan remake kepada filem Pati Patni Aur Woh (1978) arahan B.R. Chopra. 

18. Gabru


Pengarah: Shashank Udapurkar
Penulis: Shashank Udapurkar
Pelakon: Sunny Deol, Simran Bagga, Prit Kamani, Salman Khan (cameo)
Syarikat Produksi: Echelon Productions, Om Chhangani Films
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 13 Mac 2026 

Perjalanan Sunny Deol bersama pelakon kanak-kanak mengatasi masalah peribadi dalam kehidupan masing-masing. 

19. Dacoit: A Love Story


Pengarah: Shaneil Deo
Penulis: Shaneil Deo, Yash Eshawari, Abburi Ravi
Pelakon: Adivi Sesh, Mrunal Thakur, Anurag Kashyap, Prakash Raj, Sunil, Atul Kulkarni, Zayn Marie Khan
Syarikat Produksi: Annapurna Studios, S.S. Creations, Suniel Narang Productions
Genre: Romantik / Thriller / Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2026 
Trailer:


Bekas banduan menjejak bekas teman wanitanya untuk membalas dendam setelah dipenjarakan gara-gara terpedaya dengan wanita tersebut. Filem Dacoit: A Love Story merupakan filem debut pengarah juga penulis Shaneil Deo. 

Filem yang dijadualkan pada Krismas 2026 namun menunda tayangan ke tahun 2026 kerana kecederaan yang dialami oleh Adivi Sesh ketika melakukan babak aksi di set penggambaran. 

20. Dhurandhar: Part 2

Pengarah: Aditya Dhar
Penulis: Aditya Dhar
Pelakon: Ranveer Singh, Sanjay Dutt, Akshaye Khanna, Arjun Rampal, R. Madhavan, Sara Arjun, Rakesh Bedi, Manav Gohil, Danish Pandor, Saumya Tandon, Gaurav Gera
Syarikat Produksi: Jio Studios, B62 Studios
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2026 

Sekuel kepada Dhurandhar yang menceritakan misi perisik Hamza Ali Mazari. 

21. Awarapan 2


Pengarah: Nitin Kakkar
Penulis: Bilal Siddiqi
Pelakon: Emraan Hashmi, Disha Patani
Syarikat Produksi: Vishesh Films
Genre: Aksi / Drama
Tarikh Tayangan: 03 April 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

Filem spiritual sekuel kepada Awarapan (2009) yang mengangkat kisah cinta juga pengorbanan. Kerana kejayaan filem Dhurandhar, kemungkinan besar filem Awarapan 2 juga akan ditunda ke tarikh yang baru. 

22. Chand Mera Dil


Pengarah: Vivek Soni
Pelakon: Lakshya Lalwani, Ananya Panday
Syarikat Produksi: Dharma Productions
Genre: Romantik
Tarikh Tayangan: 10 April 2026 

Mengisahkan sepasang kekasih yang jatuh cinta ketika melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang kejuruteraan. 

Filem yang sepatutnya dijadualkan pada penghujung 2025 ditunda tayangannya ke April 2026. Hopefully filem ni tak dibatalkan lepas kegagalan filem Tu Mera Main Teri Main Teri Tu Mera, at least tayang di streaming platform. 

23. Untitled Film

Pengarah: Imtiaz Ali
Pelakon: Diljit Dosanjh, Naseeruddin Shah, Sharvari, Vedang Raina
Syarikat Produksi: Window Seat Films
Genre: 
Tarikh Tayangan: 14 April 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

24. Battle of Galwan


Pengarah: Apoorva Lakhia
Penulis: Chintan Gandhi, Suresh Nair, Chintan Shah
Pelakon: Salman Khan, Chitrangada Singh, Zeyn Shaw, Ankur Bhatia, Vipin Bhardwaj, Govinda
Syarikat Produksi: Salman Khan Films
Pengedar: Jio Studios
Genre: Perang / Aksi / Drama
Tarikh Tayangan: 17 April 2026 
Teaser: 


Plot akan diumumkan kelak. 

25. Raja Shivaji


Pengarah: Riteish Deshmukh
Pelakon: Riteish Deshmukh, Sanjay Dutt, Abhishek Bachchan, Vidya Balan, Mahesh Manjrekar, Sachin Khedekar, Bhagyashree, Fardeen Khan, Jitendra Joshi, Amole Gupte, Genelia Deshmukh
Syarikat Produksi: Mumbai Film Company
Pengedar: Jio Studios
Genre: Perang / Sejarah / Drama
Tarikh Tayangan: 01 Mei 2026 

Plot akan diumumkan kelak. 

26. Bhooth Bangla


Pengarah: Priyadarshan
Pelakon: Akshay Kumar, Tabu, Paresh Rawal, Wamiqa Gabbi, Mithila Palkar
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, Cape of Good Films
Pengedar: Zee Studios, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026

Mengisahkan pemuda yang mewarisi sebuah banglo berhantu dari keluarganya. Latar masa bersilih ganti dengan masa sekarang juga era 1950-an di mana bermulanya kejadian seram yang berkait dengan mitos penduduk setempat. 

Filem Bhooth Bangla merupakan projek reunion antara Akshay Kumar dan Priyadarshan setelah 14 tahun bekerja bersama dalam filem Khatta Meetha (2010). Pertemuan semula juga buat Akshay dan Tabu selepas Hera Pheri (2000) yang ditayangkan 26 tahun lepas. 

Kerana kejayaan filem Dhurandhar Part 1 (2025), Bhoot Bangla menganjakkan tarikh dari 02 April 2026 kepada 15 Mei 2026.

27. VVAN: Force of the Forest


Pengarah: Arunabh Kumar, Deepak Mishra
Pelakon: Sidharth Malhotra, Tamannaah Bhatia, Maniesh Paul, Sunil Grover, Shweta Tiwari
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, The Viral Fever (TVF)
Pengedar: Jio Studios
Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026 

Ikutkan perkembangan awal pada tahun lepas, filem Vvan akan diterajui oleh Deepak Mishra dan heroin filem bakal dibintangi oleh Sara Ali Khan tapi kedua-duanya berubah apabila Balaji Motion Pictures bawa masuk Arunabh Kumar sebagai pengarah kedua dan Tamannah menggantikan Sara. 

Menggunakan tagline 'jangan masuk ke dalam hutan tika matahari terbenam' dan bertemakan kisah mistik lagenda. Plot utama akan diumumkan kelak. 

Filem Vvan berkemungkinan besar akan ditunda kepada tarikh yang baru untuk beri laluan kepada filem Bhooth Bangla di bawah produksi yang sama. 

28. Dhamaal 4


Pengarah: Indra Kumar
Pelakon: Ajay Devgn, Riteish Deshmukh, Arshad Warsi, Jaaved Jaaferi, Sanjay Mishra, Sanjeeda Shaikh, Anjali Anand, Upendra Limaye, Vijay Patkar, Ravi Kishan
Syarikat Produksi: T-Series Films, Devgn Films, Maruti International, Panorama Studios
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: Mei 2026 

Dhamaal 4 yang baru saja selesai penggambarannya menempah tayangan di panggung pada April 2026 namun Ajay Devgn minta untuk tunda tayangan untuk beri laluan kepada filem Dhurandhar Part 2. Plot dan tarikh masih belum diumumkan buat masa ini. 

29. Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai


Pengarah: David Dhawan
Pelakon: Varun Dhawan, Pooja Hegde, Mrunal Thakur, Jimmy Sheirgill, Maniesh Paul, Mouni Roy, Kubbra Sait, Chunky Panday, Ali Asgar
Syarikat Produksi: Tips Films
Genre: Romantik / Komedi
Tarikh Tayangan: 05 Jun 2026 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai sepatutnya tayang pada Oktober 2025 tapi ditangguhkan ke April 2026 untuk beri laluan kepada filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari lakonan Varun Dhawan bersama Janhvi Kapoor namun ditunda sekali lagi ke bulan Jun menjadikan satu-satunya filem yang ditayang pada bulan Jun 2026. 

David Dhawan akan remake lagu popularnya Chunari Chunari dalam filem Biwi No. 1 sebagai salah satu lagu untuk filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai. Plot akan diumumkan kelak. 

30. Side Heroes


Pengarah: Ssanjay Tripaathy
Pelakon: Varun Sharma, Aparshakti Khurana, Abhishek Bannerjee, Rakul Preet Singh, Shakti Kapoor, Nora Fatehi
Syarikat Produksi: Mahaveer Jain Films, Window Seat Films
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2026 

Filem yang bakal ditayangkan bersempena Hari Persahabatan Sedunia dibintangi oleh 3 pelakon komedi popular Bollywood. 

I bet this is the only movie we would see Nora Fatehi in it. Hoping to see energetic and sassy item song too!

31. Naagzilla - Naag Lok Ka Pehla Kaand


Pengarah: Mrighdeep Singh Lamba
Penulis: Gautam Mehra
Pelakon: Kartik Aaryan, Pratibha Ranta
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Mahaveer Jain Films
Genre: Fantasi / Aksi
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2026 

Plot akan diumumkan kelak.

32. T-178


Pengarah: N/A
Penulis: N/A
Pelakon: N/A
Syarikat Produksi: T-Series Films
Genre: Musikal / Romantik
Tarikh Tayangan: 01 Oktober 2026 

Kalau bulan Februari 2026, T-series lock tarikh untuk release filem drama, bulan Oktober pula T-series bakal tayangkan filem musikal romantik. 

33. Drishyam 3


Pengarah: Abhishek Pathak
Penulis: N/A
Pelakon: Ajay Devgn, Jaideep Ahlawat, Tabu, Shriya Saran, Ishita Dutta, Mrunal Jadhav, Rajat Kapoor
Syarikat Produksi: Star Studio18, Panorama Studios
Genre: Thriller / Jenayah
Tarikh Tayangan: 02 Oktober 2026 


Perjalanan Vijay Salgaonkar diteruskan dengan pertembungan watak baru di samping IG Meera Deshmukh yang belum berputus asa mencari mayat anaknya, Sam. 

Akshaye Khanna tidak lagibersama team Drishyam sebaliknya digantikan dengan Jaideep Ahlawat. Plot akan diumumkan kelak. 

34. Ramayana: Part 1


Pengarah: Nitesh Tiwari
Penulis: Shridhar Raghavan
Pelakon: Ranbir Kapoor, Yash, Sai Pallavi, Ravi Dubey, Sunny Deol
Syarikat Produksi: Prime Focus Studios, Monster Mind Creations
Genre: Keagamaan
Tarikh Tayangan: 06 November 2026 
Teaser: 

Mengangkat kisah mitologi pertembungan antara dewa Ram, Ravan dan Sita bakal ditayangkan pada Diwali 2026 dan bahagian kedua pada Diwali 2027. 

35. Shakti Shalini


Pengarah: Ajitpal Singh
Pelakon: Aneet Padda
Syarikat Produksi: Maddock Films
Genre: Keagamaan
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2026 
Teaser: 

Betul seperti yang diteka filem Shakti Shalini, instalment keenam dalam franchise Maddock Horror Comedy Universe akan dianjak ke tahun 2026 selepas tayangan filem Thamma tahun lepas.  

Awalnya Kiara Advani dipersetujui sebagai Shakti Shalini namun ditukar kepada Aneet Padda yang popular menerusi filem Saiyaara. Penggambaran akan bermula Januari 2026 sejurus selepas peperiksaan tahun akhir Aneet di universiti.

Tak pasti bila Alpha instalment ketujuh dalam YRF Spy Universe akan ditayangkan tapi Yash Raj Films tak lah sibuk sangat tahun 2026 untuk fokus pada filem lain selain Mardaani 3. Kalau tengok pada senarai ni, bulan Jun hingga September adalah waktu yang sesuai untuk tayangkan Alpha tanpa clash dengan mana-mana filem besar. Sama juga dengan filem KING yang dibintangi oleh SRK, Deepika, Suhana Khan dan Rani Mukherjee. 

Anyway, looking forward for Chand Mera Dil, KING, Alpha and Shakti Shalini! 

SERTAI KUPASAN PASCA TAYANGAN FILEM THE VOICE OF HIND RAJAB BERSAMA ZAINAL RASHID AHMAD

Saturday, 3 January 2026


“Bukan sekadar tontonan, ini adalah seruan kemanusiaan.”

Melalui sesi Coffee Talk eksklusif ini, para peserta dijemput untuk menyelami realiti sebenar di sebalik filem The Voice of Hind Rajab, sebuah naskhah kemanusiaan yang lahir daripada rakaman panggilan kecemasan sebenar dan kisah yang menggetarkan nurani.

Dipandu oleh Zainal Rashid Ahmad, sesi ini akan mengupas perspektif pasca tayangan yang jarang dikongsikan kepada umum  tentang perkara yang benar-benar berlaku, tentang kisah di sebalik tajuk berita dan tentang realiti kemanusiaan di Palestin yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pihak.

Ini bukan sekadar perbincangan filem. Ini adalah ruang untuk memahami, merasai dan menyuarakan empati. Ruang untuk mendengar suara yang pernah hampir tenggelam dalam kebisingan dunia. Sertai perbincangan dan sebarkan kesedaran bersama kami pada 10 Januari 2026. 

Untuk pengesahan kehadiran, sila imbas Kod QR yang tertera bagi mengesahkan penyertaan anda dalam sesi istimewa ini. 

Setiap pendaftaran adalah sah untuk satu (1) tempat duduk sahaja. Sekiranya hadir secara berkumpulan, SETIAP individu perlu membuat pendaftaran berasingan menggunakan akaun masing-masing.

Tonton video mengenai sesi Coffee Talk Eksklusif di pautan ini.


Jangan pernah berhenti peduli, hari ini, kitalah suara mereka. Terus bersuara.

Hayati THE VOICE OF HIND RAJAB kisah benar yang menyentuh jiwa ini di pawagam bermula 8 Januari 2026.

#FilmTheVoiceOfHindRajab #HindRajabSuaraTerakhir #HindRajabOscar2026

MENGAPA ‘THE VOICE OF HIND RAJAB’ MENGGONCANG DUNIA PERFILEMAN

Friday, 2 January 2026


Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan | MENGAPA ‘THE VOICE OF HIND RAJAB’ MENGGONCANG DUNIA PERFILEMAN



Dalam lautan filem yang lahir daripada konflik dan peperangan, The Voice of Hind Rajab muncul bukan sekadar sebagai sebuah karya sinema, tetapi sebagai rakaman luka kemanusiaan yang nyata. Filem ini tidak menjerit dengan visual ledakan atau propaganda, sebaliknya berbisik melalui satu suara kecil yang meminta pertolongan dan tidak pernah dijawab. Berikut ialah kisah dan fakta yang menjadikan filem ini antara karya paling menyayat hati dalam landskap perfileman moden : -

Diangkat daripada Kisah Benar yang Menghantui Dunia
The Voice of Hind Rajab diinspirasikan daripada tragedi sebenar yang berlaku ketika konflik di Gaza pada 29 Januari 2024 melibatkan Hind Rajab, seorang kanak-kanak Palestin. Kisahnya menjadi tumpuan antarabangsa kerana ia merangkum realiti kejam peperangan iaitu kanak-kanak sebagai mangsa senyap. Hind Rajab bukan sekadar watak, dia adalah simbol ribuan suara kecil yang terperangkap, tanpa perlindungan, tanpa pilihan.

Menggunakan Suara Sebenar Hind: Emosi yang Tidak Dipentaskan
Salah satu elemen paling menggetarkan dalam filem ini ialah penggunaan rakaman audio sebenar panggilan telefon Hind yang meminta pertolongan. Suara itu tidak dilakonkan, tidak diolah justeru ia tulen, mentah dan menyakitkan untuk didengar. Keputusan artistik ini menjadikan filem tersebut hampir bersifat dokumentari emosi, memaksa penonton berhadapan dengan realiti tanpa tapisan.

Kaouther Ben Hania: Pengarah yang Memberi Suara kepada Yang Terdiam
Filem ini diarahkan oleh Kaouther Ben Hania, pengarah tersohor Tunisia yang terkenal dengan keberaniannya meneroka sempadan antara fiksyen dan dokumentari. Selepas kejayaan karya terdahulu seperti Four Daughters dan The Man Who Sold His Skin, Ben Hania kembali dengan filem keenamnya yang paling sunyi namun paling lantang. Dalam The Voice of Hind Rajab, beliau tidak cuba ‘menceritakan semula’ tragedi, sebaliknya mendengar dan membiarkan penonton turut mendengar.

Disokong Tokoh Besar Industri Filem Dunia
Beberapa nama berpengaruh dalam industri perfileman antarabangsa terlibat sebagai penerbit eksekutif antaranya Brad Pitt dan Joaquin Phoenix, membantu memastikan kisah Hind tidak tersimpan sebagai naratif tempatan semata-mata, sebaliknya dibawa ke pentas global. Sokongan ini juga mencerminkan keyakinan industri terhadap kepentingan cerita ini sebagai dokumen kemanusiaan, bukan sekadar filem festival.

Lebih Daripada Filem: Sebuah Peringatan
The Voice of Hind Rajab bukan filem yang mudah ditonton dan ia tidak bertujuan untuk itu. Ia hadir sebagai peringatan bahawa di sebalik statistik, laporan berita dan tajuk utama, terdapat suara manusia yang sebenar. Ada yang sempat diselamatkan dan ada yang hanya tinggal gema. Karya ini juga mendapat sambutan luar biasa dan penghormatan tepukan berdiri (standing ovation) selama 23 minit di Festival Filem Venice, mencipta rekod antara tepukan berdiri terlama dalam sejarah festival tersebut, sebagai tanda sokongan terhadap kanak-kanak Palestin dan kisah tragis Hind Rajab.

Filem ini tidak meminta simpati. Ia menuntut kesedaran. Lantas dalam kesunyian panggilan yang tidak dijawab itu, dunia dipaksa bertanya:

Berapa banyak lagi suara yang perlu hilang sebelum kita benar-benar mendengar?

Kuala Lumpur, 2 Januari 2025 – Apabila dendam silam kian membuku, kecantikan boleh bertukar menjadi senjata paling berbahaya. Susuk Rupawan, sebuah drama thriller penuh misteri dan pembalasan, bakal menghantui penonton bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Dibintangi Cahaya Nilam sebagai Dewi, drama ini turut menampilkan Adam Lee, Darien Aeldra, Shah Rezza dan Watie Sada. Arahan Amor Rizan, diterbitkan oleh Global Stations serta skrip nukilan Liza Nur, Susuk Rupawan menggabungkan penceritaan sarat suspens dan elemen mistik yang membawa penonton menyelami dunia dendam, kecantikan terlarang dan rahsia gelap yang menghancurkan sebuah keluarga elit dari dalam. 


Susuk Rupawan mengisahkan Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia 20-an dari Johor yang berpindah ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan tersembunyi yakni membalas dendam. Dia menyewa di rumah milik arwah Adli dan mendekati anaknya Fadil (Darien Aeldra), yang kemudiannya dijadikan alat untuk merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang pernah merogolnya suatu ketika dahulu. Di sebalik kelembutan dan kecantikan Dewi, tersembunyi niat yang penuh perhitungan.


Ketegangan memuncak ketika Dewi mula berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala (Watie Sadali) hingga pelbagai perkara mistik berlaku di rumah tersebut. Kehadirannya mula mencetuskan retak berlanjutan dalam keluarga kaya tersebut, sehingga rahsia silam akhirnya terbongkar bahawa Dewi sebenarnya ialah Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim kini kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam serta pemakaian susuk.

Apabila Fadil berdepan kebenaran pahit yang membongkar sisi gelap Dewi, dia cuba menyelamatkan keluarga itu daripada terus terjerumus. Namun segalanya sudah terlambat, satu demi satu tragedi berlaku. Mampukah dosa silam dipadam atau dendam akan terus hidup walau jasad sudah tiada?


“Watak Zakri memberi saya cabaran yang unik kerana saya perlu menunjukkan konflik dalaman antara keluarga, cinta dan dendam yang membelenggu setiap tindakan. Proses penggambaran penuh dengan emosi dan ketegangan, tetapi ia sangat menyeronokkan kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon berbakat seperti Cahaya Nilam dan Darien Aeldra. Saya harap penonton dapat merasai intensiti dan kesan emosional yang cuba kami sampaikan dalam drama ini,” jelas Adam Lee.

Menggabungkan elemen thriller, mistik dan pembalasan, Susuk Rupawan bukan sekadar kisah dendam seorang wanita, tetapi peringatan tentang harga yang perlu dibayar apabila kezaliman dibiarkan berakar. Dengan penceritaan yang mendebarkan, visual suram dan simbolik serta lagu tema “Sang Pelaku” nyanyian Ameerais & Mariam, drama ini menjanjikan pengalaman tontonan yang menghantui fikiran.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Susuk Rupawan, bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Blog Performance December 2025

Thursday, 1 January 2026


Happy New Year everyone! 

Dah masuk tahun 2026, umur pun dah bertambah setahun tapi jiwa masih kekal muda. Semalam balik kerja awal untuk siapkan beberapa review sebelum masuk tahun baru. Tak mampu nak update banyak tapi okay lah sebab berjaya juga clearkan sikit draft yang tertangguh. 

1. PV


Memandangkan bulan November lepas dah berjaya cecah 8 juta pageviews, of course untuk target tahun 2026 ialah dengan mencecah 9 juta pula. Mungkin boleh achieve sebelum penghujung 2026 atau mungkin juga merangkak sebab tak pasti apa akan jadi untuk tahun kuda ni. Tapi harapnya banyak ong lah.

Pageviews bulan Disember menurun banyak sebab bulan ni tak ada filem yang trending pun kecuali Papa Zola itupun I tak dapat pergi malam gala. Orang tengah seronok melayan kebenaran, I kena layan kerja dekat office. 

Actually dapat banyak jemputan untuk screening filem Indonesia tapi dah tak sempat nak attend sebab kerja banyak sangat tak siap T.T

2. Posts


Movie Review Malam Terlarang masih melekat tinggi di Popular Post bulan Disember 2025, I rasa akan bertahan sampai masuk ke Netflix. Filem Klepet pun melonjak naik bulan lepas walaupun tak setinggi Malam Terlarang. 

Bulan lepas I tak layan movie yang trending dekat Netflix sangat sebab seronok melepak dekat iQiyi sejak dapat VIP access. I perasan juga dah ada pertambahan pembaca dari Indonesia so I would update a lil bit more review dari negara jiran. 

3. Bilangan Entri



Untuk bulan Disember I berjaya update 67 entri walaupun tak berjaya mencecah ke angka 70 padahal sikit je lagi. Jumlah semua entri yang berjaya dihasilkan adalah 645 entri pada tahun 2025, pertambahan 172 entri dari tahun 2024

Masa Januari 2025, I tertanya-tanya sama ada mampu ke tak nak terbitkan 60 entri setiap bulan dan jawapannya mampu walaupun merangkak di quarter pertama tu tapi cemerlang hingga ke hujung tahun. Untuk 2026 memang akan kekalkan lah target 60 entri setiap bulan supaya pageviews pun sama melonjak naik. 

Terima kasih kepada yang berkunjung dan tinggalkan komen di blog ni. Semoga tahun 2026 akan mencipta kenangan dan pencapaian buat semua orang. May God bless you guys 💖🌸🍨

Movie Review | Lokah Chapter 1: Chandra (2025)

Wednesday, 31 December 2025


Pengarah: Dominic Arun 
Penulis Skrip:  Dominic Arun
Pelakon: Kalyani Priyadarshan, Naslen, Sandy, Chandu Salim Kumar, Arun Kurian   
Syarikat Produksi: Wayfarer Films   
Pengedar: Wayfarer Films
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025  
Trailer:


I’m not into Malayalam films much tapi I tahu pasal filem Lokah Chapter 1: Chandra bila ramai yang kata plot Thamma (2025) quite similar dengan filem ni. Rasa nak tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra bila tengok Actors Roundtable |The Hollywood Reporter India 2025 dan semua puji lakonan Kalyani sebagai main lead. 

Lokah Chapter 1: Chandra mengisahkan tentang Chandra (Kalyani Priyadarshan), gadis muda yang berpindah ke Bengaluru dan bekerja separuh masa di restoran Zed The Baker. Berhadapan rumahnya, adalah rumah bujang yang disewa oleh Sunny (Naslen), Venu (Chandu Salim Kumar) dan Naijil (Arun Kurian).


Sunny mula berminat untuk kenal dengan Chandra kerana paras rupanya yang cantik namun gadis tersebut lebih suka mendiamkan diri. Satu hari Sunny hampir dilanggar oleh sebuah kereta namun sempat diselamatkan oleh Chandra. Bagaimana Sunny diselamatkan menjadi tanda tanya kerana hanya dia sahaja yang nampak Chandra pada ketika itu. 

Tak lama selepas itu, Sunny berkongsi auto dengan Chandra tapi Sunny mula tak selesa kerana Chandra bau busuk seperti bangkai mayat. Tangan dia juga melepuh teruk tapi Chandra cuma berdiam diri sehingga sampai ke restoran tempat dia bekerja. Sunny mula tak sedap hati namun sebaik saja Chandra tiba di parti hari jadi Naijil, semua tanggapan buruk terhadap Chandra mula berubah. 


Dalam masa yang sama, kawasan tempat tinggal mereka mempunyai banyak kes pemerdagangan organ. Sebanyak 13 mangsa telah diculik namun kerana endahkan hal sekeliling, Sunny dan rakan-rakannya tak sedar mereka berselisih dengan geng penuai organ. Makin mengeruhkan keadaan bila pegawai polis bernama Nachiyappa (Sandy) memastikan geng penuai organ berjaya menjerat mangsa dengan mudah. 

Masalah berlaku apabila Chandra diculik oleh Sundar (Sarath Sabha), salah seorang geng penuai organ. Sunny yang ingin menyelamatkan Chandra terlihat identiti sebenar gadis yang disukainya. 


Filem terbitan Wayfarer Films yang dimiliki oleh Dulquer Salmaan menggunakan tema superhero sebagai projek universe terbaru. Naskhah arahan dan penulisan Dominic Arun menggunakan makhluk jadian Yakshi sebagai makhluk utama sementara memperkenalkan Chathan (Tovino Thomas) dan Odiyan (Dulquer Salmaan) pada second half filem. 

Menurut lagenda Kalliyankattu Neeli yang wujud seribu tahun yang lalu merupakan anak perempuan kaum asal tapi disebabkan cuma orang biasa, ada kawasan yang dilarang untuk masuk oleh Raja. Akibat mencuri loceng kepunyaan kuil diraja, Neeli diburu kemudian lari ke dalam gua. Di sana dia digigit oleh kelawar lalu mendapat kuasa sakti. Neeli tidak boleh terkena cahaya matahari namun mempunyai kuasa yang luar biasa dan hidup muda setelah minum darah manusia. Walaupun begitu, Neeli cuma minum darah dari manusia yang suka menganiaya dan berdosa lantas menjadikan Neeli sebagai penjaga rimba. 


Kalau ikutkan pada lagenda tu, kisah Neeli lebih kurang dengan kisah vampire tapi dia ada twist bila kena gigit dengan kelawar. Zaman dulu manusia kena gigit kelawar boleh jadi vampire tapi zaman sekarang manusia makan kelawar, manusia dapat covid. Lahhhh.

Penceritaan Lokah memang ada persamaan dengan Thamma tapi tak lah sampai meniru sebab babak yang dikatakan sama tu memang babak cliché. Dalam Twillight pun ada plot yang sama. Tak salah pun kalau raikan Lokah dan Thamma sama-sama sebab kedua-duanya ada jalan cerita yang berbeza dengan genre yang berbeza. 


Filem Lokah: Chapter 1 Chandra lebih kepada aksi, komedi, jenayah dan thriller sementara Thamma lebih kepada aksi dan komedi. Dua-dua pun I suka sebab dua-dua pun bagus dan menghiburkan. Komedi Lokah Chapter 1: Chandra banyak terhasil dari watak Sunny dan Venu sebab Chandra agak serious orangnya. Watak Venu paling kelakar lah sebab komedi dia bersahaja sementara Sunny ada comic timing yang tepat dengan situasi. 

Kekuatan Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada skrip yang menggabungkan unsur-unsur jenayah dan dunia superhero. Setakat ni hanya manusia yang melakukan jenayah walaupun ada hint oleh Dominic untuk kumpulan antagonis dari makhluk jadian tapi rasanya pengarah simpan lepas penonton berkenalan dengan semua entiti utama universe Lokah. 


Dari awal filem tertarik dengan sinematografi dari Nimish Ravi yang kaya dengan tekstur dan warna. Kota Bengaluru yang biasa bertukar luar biasa dengan pendalaman warna dan pencahayaan tertentu dalam setiap babak. 

Penggunaan slo-mo pada beberapa babak aksi memperketatkan lagi pengalaman visual diiringi musik latar yang bertenaga dari Jakes Bejoy. 10 minit awal pun dah buatkan kita teruja untuk tengok lebih banyak aksi Chandra dan sepanjang perjalanan filem Lokah, keterujaan tu tak hilang malah makin bertambah sehingga ke hujung filem. Makin seronok bila Chathan dan Odiyan masuk beraksi. 


Bila tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra macam tak percaya filem ni dibikin dengan bajet Rs50 crore sebab YRF spends a lot more untuk YRF Spy Universe tapi mungkin juga sebab pelakon industri Malayalam tak charge fees tinggi melebihi kemampuan produser. 

Dan betul lah seperti yang dipuji oleh Anupama Chopra, jiwa filem Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada lakonan Kalyani. Walaupun setiap masa muka dia tak ada ekspresi tapi screen presence dan aura mistik juga misteri tu tersangatlah kuat. 


Tak sabar nak tengok Chapter Odiyan nanti tapi harapnya tak perlu nak tunggu lama lah sampai hilang hype tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Khalid Kashogi, SimpleMan, Kimo Stamboel
Pelakon: Marthino Lio, Tora Sudiro, Nyimas Ratu Fafa, Masayu Anastasia, Karina Suwandhi, Dayinta Melira, Rio Dewanto, Faradina Mufti, Gisellma Firmansyah, Vincent Sanjaya, R. Swetajalu
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: MD Pictures (Indonesia), Antenna Entertainments (Malaysia)
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2025 (Indonesia), 01 Januari 2026 (Malaysia)
Trailer:


Prekuel Sewu Dino (2023) bermula dengan babak Sabdo (Marthino Lio) dan Intan (Nyimas Ratu Fafa), dua beradik yang ditimpa musibah apabila rumah kediaman mereka terbakar. Keesokannya, Arjo Kuncoro (Tora Sudiro) tiba di kampung tersebut untuk mencari anak-anak saudaranya lalu memujuk dua beradik tersebut tinggal di rumahnya. 

Di sana Sabdo dan Intan diberikan kemewahan kerana Arjo dan isterinya, Lasmini (Masayu Anastasia) hidup berdua dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah. Di tangan mereka mempunyai lambang kepala kambing hitam sebagai tanda bekerja dan setia dengan keturunan Kuncoro. 


Setiap malam Sabdo dipaksa melakukan ritual sembelih kambing hitam kerana setiap waris lelaki Kuncoro perlu berani dan bersedia melawan musuh terutamanya musuh ghaib. Kerana ritual tersebut juga, Sabdo diangkat sebagai Canguk Songo dan menjadi tuan kepada Bokolono (Vincent Sanjaya), makhluk berkepala kambing hitam, bertubuh sasa dan tinggi. 


Manakala waktu siangnya pula dihabiskan dengan mengikuti Arjo bertemu dengan Trah Pitu atau 7 keluarga berada di Kepulauan Jawa. Karsa Atmojo (Karina Suwandhi) merupakan salah seorang dari Trah Pitu seperti yang diceritakan dalam naskhah Sewu Dino. Dalam prekuel cuma 5 keluarga didedahkan dan mungkin akan diperkenalkan lagi dalam instalment yang lainnya kerana Sewu Dino bakal dijadikan universe. 


Kalau Sabdo ditabalkan sebagai Canguk Songo, Intan pula bakal menggantikan Lasmini sebagai Ranum untuk melahirkan pewaris Kuncoro. Jijiknya ritual keturunan Kuncoro bila mereka bernikah sesama sendiri dan kerana perkara itu lah ayah kepada Sabdo dan Intan melarikan kedua-dua anaknya jauh dari dunia Trah Pitu. Malangnya, rahsia besar itu tak diceritakan kepada anak-anak dan secara mudahnya anak-anak dia terpedaya dengan helah Trah Pitu. 

Naskhah Janur Ireng arahan dan penulisan Kimo Stamboel mengangkat novel Janur Ireng karya nukilan Simpleman yang diterbitkan pada tahun 2020. Janur Ireng dikembangkan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul dari filem Sewu Dino, baik dari novelnya mahupun filemnya. 


Siapa yang menghantar sihir kepada Della (Gisellma Firmansyah), cucu Karsa Atmojo terjawab di final act Sewu Dino kemudian diceritakan pula siapakan Sabdo dan keturunan Kuncoro dalam Janur Ireng. Kimo menambah watak Sugik (Rio Dewanto) dan ahli Trah Pitu. Dalam filem Janur Ireng, penceritaan dari perspektif Sabdo, berbeza dengan novel yang menggunakan perspektif Sugik, si pembantu Arjo Kuncoro. 


Walaupun Kimo mempunyai novel Janur Ireng sebagai rujukan utama namun plot filem tak dikembangkan dengan baik sama ada untuk elemen seram atau thriller. Pace penceritaan yang perlahan buatkan naskhah Janur Ireng terasa bosan dan draggy. Kebanyakan jawapan juga diletakkan di final act tapi ada kejutan yang tak memberikan impak sebab boleh diteka dari awal filem lagi. 


Makin menjadikan filem Janur Ireng terlihat lemah bila watak Sabdo sendiri dangkal. Kenapa dia bersetuju dengan Janur Ireng sedangkan Intan juga ada darah Kuncoro? Kenapa Sabdo tak arahkan Bokolono kawal Arjo sebelum dia betul-betul tahu dan kenal kelebihan serta kelemahan sebagai Canguk Songo? Dalam filem digambarkan Canguk Songo sebagai watak yang kuat antara semua Trah Pitu sayangnya di second half, wataknya dilemahkan untuk hadirkan elemen kejutan. 

Konflik yang dimasukkan tak begitu terasa bila watak Sabdo dan Intan belum sepenuhnya terjerat dengan kemewahan. Setiap kali ada gangguan, dengan mudahnya kedua-dua watak ingin lari keluar dari dunia Trah Pitu. Gangguan yang dimasukkan pun tak banyak dan tak seram cuma background scores yang sengaja dikuatkan untuk babak jump scares. 


Pun begitu kekuatan Janur Ireng terletak pada sinematografi yang menarik bila segala makhluk ghaib yang dimasukkan terlihat cemerlang walaupun menggunakan CGI. Sepanjang masa terpukau dengan keindahan batik Jawa dan seni ukiran kayu yang menghiasi segenap pelusuk rumah. Pintu ruangan bilik bawah tanah tersergam gah sesuai dengan kekayaan keturunan Kuncoro. Sama juga dengan ruangan rumah Karsa atau Gayatri (Faradina Mufti).

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10