‘S LINE’ THRILLER FANTASI MISTERI KOREA, LAKONAN LEE SOO-HYUK PALING BERANI TAHUN INI! | Tayangan Serentak Di Korea, Pertama dan Eksklusif Di Tonton! Bakal Cetus Fenomena Di Malaysia!
Hayati sebuah kisah cinta yang sarat pengorbanan dan dilema hati dalam Seindah Hujan Cinta, drama penuh emosi yang bakal menyentuh perasaan anda bermula 21 Julai 2025. Ikuti perjalanan Zarita, seorang pempengaruh berjaya lakonan Nelydia Senrose, yang rela membenarkan suaminya berkahwin lagi demi impian memiliki zuriat. Namun apabila cemburu mula menyelinap dan pengorbanan bertukar menjadi penyesalan, masihkah segalanya seindah yang diimpikan?
Di bawah sentuhan pengarah berbakat Nizam Zakaria, Seindah Hujan Cinta menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri. Drama ini membawakan kisah yang sarat emosi, menggabungkan elemen cinta, pengorbanan dan pergolakan rumah tangga, sekali gus menjanjikan penceritaan yang penuh konflik, kejutan dan permainan emosi yang mendalam.
Siri 28 episod ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Wassim (Yusuf Bahrin) dan Zarita (Nelydia Senrose), yang telah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata. Konflik mula tercetus apabila Zarita yang merupakan seorang pempengaruh yang sedang meniti kemuncak kerjaya, masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sementara itu, naluri seorang ayah yang ada pada Wassim semakin menghimpit dirinya, lebih-lebih lagi saat melihat rakan-rakan sebayanya hidup bahagia bersama keluarga dan anak-anak mereka.
Sebagai jalan tengah, Zarita yang tidak sanggup mengorbankan kerjayanya membuat keputusan luar jangka dengan merelakan suaminya berkahwin lagi. Lebih mengejutkan, Zarita sendiri mencadangkan adik angkatnya, Aneesa (Ezzanie Jasny), sebagai calon madu. Walaupun cadangan itu pada awalnya ditolak oleh kedua-duanya, keteguhan hati Zarita akhirnya membuat Aneesa tunduk, demi menjaga pertalian dan membalas budi yang pernah ditabur.
Namun, hidup bermadu bukan semudah yang disangka. Cemburu yang selama ini terpendam mula membakar jiwa apabila Zarita melihat sendiri kemesraan antara Aneesa dan Wassim. Ketakutan sekiranya Aneesa hamil dahulu membuatkan Zarita goyah, dia mula ingin merebut kembali kasih suaminya yang masih setia dengannya. Namun, segalanya berubah apabila satu kejutan tak terduga muncul, mampukah cinta yang telah terbelah itu disatukan semula, atau segalanya sudah terlambat?
Seindah Hujan Cinta bukan sekadar kisah poligami atau cinta tiga segi. Ia menyelami emosi wanita yang terperangkap antara kerjaya dan keluarga, konflik batin seorang suami, serta kesetiaan kekeluargaan yang diuji. Dengan jalan cerita yang menyentuh hati dan lakonan mantap, drama ini dijangka bakal meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.
Nantikan tayangan perdana Seindah Hujan Cinta bermula pada 21 Julai ini, eksklusif hanya di Tonton dan jangan lupa untuk ikuti juga perkembangan terkini dari Tonton dengan hashtag #Tonton. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
Selepas membuka tirai di Johor, kini giliran Pulau Pinang menyemarakkan Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour, jelajah eksklusif yang membawa barisan pencalonan terhangat ke tiga negeri utama. Bukan sekadar malam terhangat, AMT2025 kini lebih dekat dengan rakyat, berkongsi suasana, semangat dan kemeriahan bersama peminat seluruh negara!
Sebagai lokasi kedua Melodi Terhangat Superstar Tour, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan AMT2025! Pada Sabtu ini, 19 Julai 2025, AEON Mall Bukit Mertajam bakal menjadi tumpuan apabila barisan artis paling hangat seperti Amyra Rosli, Hael Husaini, Aman Aziz, Raden Zaharatul, Puteri Khareeza dan Zarif Ghazzi turun padang untuk sesi meet & greet bersama peminat. Ambil gambar bersama selebriti, rebut hadiah menarik dan saksikan persembahan eksklusif secara langsung!
Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT 2025, PROTON turut menghangatkan jelajah ini dengan kehadiran model terbaharu mereka, All-New PROTON X50. Pengunjung boleh melihat lebih dekat,dengan membuat pre-booking tempahan secara terus di lokasi jelajah. Lebih menarik, ini juga merupakan peluang keemasan untuk menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50 serba baharu!
Melodi Terhangat Superstar Tour bukan sekadar promosi anugerah, ia merupakan sebuah perayaan budaya pop Malaysia yang diraikan secara langsung. Jelajah ini membawa kehangatan dan kemeriahan AMT2025 terus kepada peminat di luar Lembah Klang, dengan pengalaman yang penuh warna, penuh tenaga dan sarat makna.
Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. Melodi Terhangat Superstar Tour membuktikan, bila pentas hiburan turun padang, rakyatlah yang jadi tumpuan!
Rasa Nostra, Ara Damansara Indah Khabar Dari Rupa
Thursday, 17 July 2025
PUSINGAN AKHIR PITCH STORY KE TV3 & PENCARIAN PELAKON DRAMA SANGAT | DUA BINTANG BAHARU LAHIR DAN TIGA IDEA KREATIF DIANGKAT!
Bersempena ulang tahun ke-41 TV3 dengan tema ‘41 Tahun Penuh Drama’, dua inisiatif istimewa, Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3!, diperkenalkan bagi mencungkil bakat baharu dalam lakonan dan penulisan kreatif. Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kepada generasi baharu untuk menyerlah, malah membuktikan komitmen TV3 dalam memperkasa industri hiburan tanah air. Kedua-dua program ini mendapat sambutan hebat dan melabuhkan tirainya dengan kejayaan membanggakan.
Sejak sesi ujibakat bermula pada 31 Mei lalu, hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia hadir mencuba nasib bagi merebut peluang keemasan ini. Hasil pencarian yang teliti, dua bakat baharu paling menyerlah, Zairi Aziz dan Ariana Yusof telah dinobatkan sebagai pemenang utama. Mereka bakal menandatangani kontrak eksklusif selama tiga tahun bersama Alternate Records, serta berpeluang membintangi drama terbaharu terbitan TV3.
Pemilihan dibuat oleh barisan juri profesional yang cukup disegani dalam industri hiburan tempatan, iaitu Erma Fatima dan Datuk Hasniza Nordin, yang menilai peserta berdasarkan bakat semula jadi, keaslian emosi dan potensi jangka panjang dalam dunia lakonan. Persaingan sengit dengan hampir 300 penyertaan membuktikan betapa tingginya minat terhadap dunia seni tanah air.
Turut melengkapkan inisiatif ini ialah program Pitch Story Anda ke TV3!, yang membuka ruang kepada pencipta idea baharu untuk mengetengahkan kreativiti mereka. Tiga idea terbaik telah dipilih sebagai pemenang, masing-masing membawa pulang wang tunai daripada jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM9,000.
- Juara (RM5000): Takdir Tak Bernama oleh Nur Yusrina Saliman
- Tempat Kedua (RM3000): Block C oleh Nur Adam Syahmi Samril
- Tempat Ketiga (RM1000): Denda(m) oleh Muhammad Zahin Adlan Zailani & Ahmad Adam Mohamad Adan
TV3 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan barisan juri yang menjayakan program ini. Kemunculan dua bintang baharu serta tiga idea segar ini diyakini bakal menyuntik nafas baharu dalam landskap hiburan tempatan. Nantikan kehadiran mereka di kaca televisyen anda, hanya di TV3!
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Pavilion KL bergegar! Jika anda berada di Pavilion Kuala Lumpur petang semalam dan tertanya-tanya mengapa kawasan tersebut berubah menjadi lautan manusia yang menjerit dan bersorak seperti di konsert K-pop, jawapannya adalah kerana Lee Soo-hyuk!
Lebih 2,000 peminat membanjiri Bukit Bintang hanya semata-mata kerana Lee Soo-hyuk! Keberadaan aktor dan model kacak dari Korea ini mencetuskan gelombang luar biasa di acara eksklusif Galaxy Unfolds Roadshow yang berlangsung di Pavilion KL petang semalam. Ribuan peminat membanjiri ruang legar Concourse Utama bagi menyambut kehadiran bintang kesayangan mereka yang buat julung kalinya hadir ke Malaysia.
Diterbangkan khas oleh Tonton sempena tayangan eksklusif drama thriller terbaharunya, S LINE, kehadiran Lee Soo-hyuk dinanti dengan sorakan gemuruh dan gelombang peminat yang setia menunggu sejak awal. Pavilion KL mula dibanjiri oleh peminat tegar beliau seawal jam 2 petang walaupun beliau dijadualkan tiba pada jam 5 petang. Ramai sanggup menunggu berjam-jam demi mendapatkan posisi terbaik yang paling hampir dengan pentas utama. Menjelang jam 3 petang, setiap penjuru Concourse Utama menjadi padat luar biasa; setiap laluan utama, eskalator, dan tingkat atas dipenuhi wajah-wajah penuh harapan ingin melihat oppa kegilaan ramai itu dari dekat.
Detik paling 'gila' berlaku sebelum acara bermula, apabila gelombang peminat yang dahagakan pertemuan dengan Lee Soo-hyuk, bergerak secara beramai-ramai dari Lot 10 menuju ke pintu masuk utama Pavilion KL. Antara yang mencuri perhatian ialah peminat yang mengangkat sepanduk bertulis “Lee Soo-hyuk’s die-hard fan is here!!!” Dengan sepanduk pelbagai saiz—termasuk sepanduk khas "Tonton❤️Lee Soo-hyuk"—mereka membentuk satu konvoi mini yang penuh semangat, lengkap dengan sorakan dan jeritan, persis sebuah perarakan selebriti yang lazimnya hanya dilihat di kaca TV!
Saat kelibat Lee Soo-hyuk muncul, seluruh Pavilion KL seakan bergegar. Jeritan peminat meletus serentak, ada yang melompat-lompat, dan tidak kurang juga yang dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu terharu. Suasana tegang bercampur gembira itu benar-benar menyerupai sebuah konsert K-Pop berskala mini, di mana setiap gerak-geri bintang itu disambut dengan reaksi luar biasa. Di celah-celah keriuhan, terlihat seorang peminat di hadapan pentas menangis teresak-esak, bukti betapa 'gila'nya peminat Malaysia terhadap Lee Soo-hyuk. Bukan hanya warga kota, ramai peminat juga dikesan datang dari luar Kuala Lumpur, termasuk Pulau Pinang dan Johor, membawa sepanduk besar sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. Pengorbanan ini jelas menyentuh hati Lee Soo-hyuk.
Aktor tampan ini kelihatan sangat terharu dengan sambutan luar biasa tersebut. Senyuman tak lekang di bibirnya, dan tangannya tak berhenti melambai ke arah peminat yang sentiasa memanggil namanya, dan sempat berkata "I’m so happy to finally meet Malaysian fans. I’m super nervous right now. Thanks for supporting me," luahnya, sambil mengakui terkejut dengan lautan manusia yang hadir. Beliau juga menyatakan harapannya untuk datang semula ke Malaysia, “I hope to visit Malaysia more. Thank you Samsung for giving this opportunity.”
Detik yang paling mencairkan hati pastinya apabila beliau melafazkan frasa keramat dalam Bahasa Melayu, "Aku cinta padamu," yang serta-merta disambut dengan sorakan histeria dan tepukan gemuruh yang memecah gegendang telinga!
Fenomena Lee Soo-hyuk di Pavilion KL ini bukan sahaja memecah kesunyian pusat beli-belah, malah mencetuskan fenomena yang bakal kekal dalam ingatan! Membuktikan betapa kuatnya pengaruh bintang Korea dan betapa bersemangatnya peminat di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan lakonan Lee Soo-hyuk dalam drama thriller terbaharu, S LINE, yang kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. Dua episod pertama telah ditayangkan serentak dengan waktu siaran Korea pada 11 Julai 2025 lalu. Jangan lepaskan peluang untuk meleraikan misteri di sebalik dunia S LINE sekarang!









































