Movie Review | Humpty Sharma Ki Dulhania (2014)

Friday, 20 September 2019


Pengarah: Shashank Khaitan
Penulis Skrip: Shashank Khaitan
Pelakon: Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sidharth Shukla, Ashutosh Rana
Syarikat Produksi: Dharma Productions
Pengedar: AA Films (India), Reliance Entertainment (Overseas)
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2014
Trailer:


Kavya Pratap Singh (Alia Bhatt) merupakan seorang wanita yang cantik, bijak dan bergaya dari Ambala yang bakal berkahwin dengan doktor muda atas aturan dua belah keluarga. Kerana aturan tersebut, dia pasang Impian untuk pakai busana pengantin rekaan Manish Malhotra, pereka fesyen terkenal di India. 

Kavya pergi ke Delhi untuk mencari lehenga yang diidamkan dan menetap untuk sementara waktu di rumah pakciknya. Di sana, dia bertemu dengan Rakesh "Humpty" Kumar Sharma (Varun Dhawan) yang periang dan tertarik dengan Kavya. Bersungguh dia mengejar tapi Kavya tetap endahkan Humpty sehingga lah Humpty bantu selamatkan rakannya. 

Kerana cinta, Humpty sanggup pergi ke Ambala untuk tawan hati kedua orang tua Kavya sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Sesuatu yang agak mustahil untuk Humpty sebab Dr. Angad Bedi (Sidharth Shukla) tak ada kekurangan malah jauh lebih hebat dari dia yang masih belum stabil dalam hidup. 

Filem Humpty Sharma Ki Dulhania merupakan filem debut Shashank Khaitan sebagai pengarah dan juga penulis. Filem romantik komedi ni juga merupakan filem kedua buat Alia Bhatt dan Varun Dhawan setelah sama-sama muncul dalam filem Student of the Year (2012) di bawah produksi Dharma Productions. 

Kerana chemistry Varun dan Alia yang kuat dalam filem sebelumnya, mereka berdua dipilih untuk berlakon sebagai pasangan utama dam Humpty Sharma Ki Dulhania. Disebabkan filem ini juga lah munculnya kapal Varia sampai KJo bercadang untuk hasilkan trilogy untuk Varia. Suka betul tengok momen Varia dekat second half sebab comel teruk. Nampak natural dan comel semua babak manis diorang. 

Jalan cerita Humpty Sharma Ki Dulhania santai dan dihasilkan ala-ala Dilwale Dulhania Le Jayenge ditambah dengan beberapa tribute kepada filem tersebut. Rasanya KJo ada Impian untuk jadikan Varia sebagai the next hottest jodi in Bollywood macam SRK-Kajol. Sayangnya filem Humpty Sharma Ki Dulhania tak ada dialog atau tagline yang kuat seperti DDLJ. 

Music album Humpty Sharma Ki Dulhania hasil gubahan komposer duo Sachin–Jigar menghimpunkan 7 buah lagu termasuk unplugged version untuk tonjolkan bakat nyanyian Alia Bhatt menerusi lagu Samjhawan. Masa lagu Mein Tenu Samjhawan Ki dendangan Arijit Singh dan Shreya Ghoshal keluar, terus ramai jadi gila sebab lagu romantik yang syahdu dan menusuk. Didukung pula dengan chemistry Alia dan Varun yang menggambarkan young puppy love. 


Gabungan suara Shreya dan Arijit wujudkan fenomena dan sampai sekarang lagu Mein Tenu Samjhawan Ki masih dalam carta lagu terbaik yang pernah dihasilkan di Bollywood. Selain lagu Samjhawan, I suka lagu D Se Dance, Lucky Tu Lucky Me yang tampilkan Varun sebagai rapper juga lagu Saturday Saturday yang catchy dan energetic. 

Kelemahan Humpty Sharma Ki Dulhania terjadi bila penulis terpaksa wujudkan babak yang buat watak Dr. Angad nampak negatif sedangkan langkah yang dia pilih dan nasihat tu dah betul dah. Tapi disebabkan filem ini pun dihasilkan untuk kisah cinta Humpty dan Kavya, maka kita yang menonton ni raikan je lah. Kalau hati dah taknak, buat apa pun orang rasa tak kena kan? 

Rasanya Shashank Khaitan cuba untuk terapkan kisah cinta ala DDLJ dan menggunakan negara sendiri sebagai latar tempat utama. Percubaan tu gagal sebab status sosial Humpty tak jauh beza pun dengan Kavya. For me, Kavya lepaskan lubuk emas bila dia jatuh cinta dengan Humpty yang masih belum jelas masa depan dia. Nasib baik kisah fiksyen semata tapi tak hairan pun kalau jadi in real life since dua-dua watak ni sekufu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10

Lirik Lagu Kamu & Kenangan - Maudy Ayunda

12 September lepas dikejutkan dengan berita pemergian Pak Bacharuddin Jusuf Habibie, mantan Presiden Indonesia sepenggal selepas pemerintahan Soharto. Dari tahun 2012 lagi dah suka dengan Pak Habibie ni gara-gara movie diadaptasikan dari kisah cinta dia dan isteri, Habibie & Ainun. 

Image result for habibie dan ainun

Makin suka bila franchise Rudi Habibie keluar ceritakan kisah Pak Rudi di luar negara belajar dalam bidang engineering. Yang kedua sama best dengan yang first sebab peribadi Pak Habibie tu sendiri yang cintakan ilmu, anak bangsa dan negara. 

Image result for rudy habibie

Disember nanti Habibie & Ainun 3 akan keluar, mesti lagi sedih sebab Pak Habibie & Ainun dua-dua dah meninggal. Dalam sedih tu happy sebenarnya sebab Pak Habibie dah lama sangat nak jumpa Ainun. 

'Dulu saya takut sekali mati, tapi sekarang tidak karena yang pertama menemui saya adalah Ainun'

Image result for habibie dan ainun

Lagu ciptaan Melly Geoslaw ni menusuk hati tambah bila kita tahu kisah percintaan Pak Habibie & Bu Ainun macam mana. Yang spesialnya Pak Habibie dah dengar dan suka dengan lagu ni. Kalau Pak Habibie dengar sampai nangis, imagine the others! Dalam MV pun diselitkan gambar-gambar dua pasangan sejoli ni. Cinta luar biasa tu indah ya.

'Tak perlu seseorang yang sempurna, cukup temukan orang yang selalu membuatmu bahagia dan membuatmu berarti lebih dari apa pun'

'Antara saya dan Ainun, adalah dua raga tetapi dalam satu jiwa.'


Btw, lagu ni akan dinyanyikan oleh Fieya Julia minggu ni so all the best to you Fieya. Yang belum dengar boleh tengok dekat sini. 


LIRIK LAGU KAMU & KENANGAN
Artis : Maundy Ayunda
Komposer : Melly Goeslaw
Lirik : Melly Goeslaw
Studio : MD Entertainment

Seusai itu
Senja jadi sendu
Awanpun mengabu
Kepergianmu menyisakan duka
Dalam hidupku

Ku memintal rindu
Menyesali waktu
Mengapa dahulu
Tak ku ucapkan aku mencintaimu
Sejuta kali dalam sehari

Walau masih bisa senyum
Namun tak selepas dulu
Kini aku kesepian

Kamu dan segala kenangan
Menyatu dalam waktu yang berjalan
Dan aku kini sendirian
Menatap dirimu hanya bayangan

Tak ada yang lebih pedih
Daripada kehilangan dirimu
Cintaku tak mungkin beralih
Sampai mati hanya cinta padamu

Ku mencintaimu
Kamu dan kenangan


Rest in peace Eyang, semoga ketemu Bu Ainun yang tercinta di sana. 

#ThrowbackThursday : Beraya Dengan Faz & Siti

Thursday, 19 September 2019

Bila dah habis belajar memang susah nak lepak dengan kawan macam dulu. Dulu dekat uni habis kelas je lepak dekat dorm, kalau tak study, mesti tidur. Dia dua tu je sebab katil Faz ni macam puaka sikit nak pulak bila lepas lunch eh mengundang sangat.

Siti pulak sebilik dengan Faz, antara muka yang awal kahwin lepas grad haruslah Siti. Tak sangka pulak masa open house Faz buat, Siti bawak anak dia datang. Rupanya dekat je memasing selama ni. Siti di Puchong, Faz di Taman Medan while I dekat Subang Airport tapi nak jumpa tu dalam setahun pun belum tentu dapat. 


Adult life tak best macam zaman study dulu ye adik-adik, kalau tengah study tu spend la masa banyak sikit dengan kawan-kawan sebab dah kerja nanti belum tentu dapat kerja yang cuti waktu weekend untuk spend time. Kalau kawan dah kahwin lagi syahdu. 

Dekat open house Faz banyak sebenarnya makanan sampai tak muat perut nak isi sebab mak Faz sejenis yang pandai masak. Ada restoran sendiri okay. Memang kelakar kalau tak makan sampai jadi ular sawa. 


Ada chicken chop, nasi impit, soto, daging bakar, kek coklat dan banyakkkkk lagi tapi taknak korang terliur, kita serve buah tembikai dengan kek coklat je lah. 


Kalau jumpa Faz memang tak berhenti menyembang nak pulak ada Siti yang sama level je bertih dia. Kalau masa kecik dok mengutuk mak asyik bye tapi tak pandai habis cerita dengan tuan rumah, ahhhhhaaaa sekarang dah merasa dah perangai cenggitu ye. 


Entah berapa kali bye, entah berapa kali salam, entah berapa kali bergambar tapi tak reti nak habis menyembang. Plan asal nak balik jam 3 tapi anjak sampai ke jam 5. Lama kan? 


Since dah petang sangat, masing-masing pun terpaksa tutup kitab dengan bersungguh and hopefully akan datang ada rezeki nak jumpa lagi :')

Pesta Lampu Sungai Besar 2019


Balik Sabak minggu lepas nampak ada deco berlampu dari jauh, dari luar nampak macam cantik. Bila tengok banner baru tahu ada LED Festival dari jam 7 malam sampai 12 malam start 13 September sampai 29 September 2019. 

Disebabkan birthday si Farah terpaksa lah ikutkan jugak apa dia nak sebab malas nak melayan kalau dia merajuk nanti. Tak relevan sebenarnya buat dekat Dataran Tonggak 10 ni sebab tempat sempit. Bab sesak tak payah cakap lah, dengan kaki sakit kena langgar dengan stroller, terlanggar sana sini, panas lagi. 

Belum sembang pasal baju lagi bila tak bawak balik baju lebih terpaksa pakai baju mak entah zaman bila. Dia pun tak pernah pakai masalahnya. Dah pesan siap-siap dengan Ayin, nak ambil gambar sampai pinggang je sebab bahagian bawah nauzubillah sangat fashion dia.

Muka terpaksa senyum
Harga tiket masuk untuk kanak-kanak dengan dewasa sama je, RM5. Sakit jugak nak hulur tapi harap boleh claim dari akaun bank Farah nanti sebab dia yang beria kemain. 

Tak banyak pun attraction dekat dalam ni sebab nak bergambar satu tempat pun kena tunggu lama except dekat bahagian bungan LED ni. Entah kenapa tak ramai yang nak bergambar sini. Bunga pun dah banyak tercabut dari tanah dah. 



Lagi satu hal turn off bila backdrop tu haaaa pakai kain plastik contruction tu je. Posing ala model pun belum tentu gambar jadi cantik haha


Nampak tak muka macam tepung gomak? Sebab dekat sini suruh Farah pegang hp on torchlight. Kalau tak sia-sia je 5 hengget ambil gambar tak nampak muka. Ini pun ternampak tips orang sebelah bergambar. 


Besar sebenarnya swan ni tapi sesak dengan orang


Harap tak kena kecam lah sebab bendera terbalik. Nak bergambar belah depan tapi gelap. Dekat sini je lighting cantik lepastu tak payah beratur lama sampai baju basah dengan peluh. 

Since pakai baju mak kan, takde mood lah nak bergambar sangat tapi bukan banyak pun tempat boleh bergambar dengan tenang. Gambar sendiri berapa keping je, selebihnya ambil gambar budak berdua ni.  



50x suruh posing, 50x jugak buat gaya ni haihhhhh
Risau jugak lah tengok budak-budak yang datang haritu sebab tangan tak reti duduk diam, macam dalam gambar tu. Ada lagi best parents siap suruh anak main lompat-lompat atas lampu. Kalau pecah tu dah satu hal penganjur nak replace. Kalau barang je rosak, okay lagi, kalau ada yang injured? Haaaa nangis pun tak guna. 


Lama jugak lah tunggu nak dapat shot cantik tapi hmmmm tersesat jugak sorang dekat belakang tu. iRedho.


Starwalk ni cantik actually tapi nak tunggu macam lengang sikit memang tak dapat lah and since gambar semuanya gelap, kita selfie je lah. 



Not bad lah cantik pesta lampu ni tapi kalau buat dekat Stadium Sungai Besar better kot sebab lagi luas. Nak park kereta pun senang, tak la gelap sangat dan bahaya macam dekat Tonggak 10 ni. 

Spend time lama dekat dalam ni walaupun sekejap tapi cukup untuk buat panas dan haus. Air tong pun boleh tahan jugak harga dia, cair pulak tu. Baik bawak sendiri lah air mineral untuk jimat sebab air tong pun takde lah sedap mana. 

Apart from this festival ada jugak booth jual macam-macam produk tapi malas nak belek sebab poket dah kering dah. Panas pulak tu, memang tak kuasa lah nak belek benda lain. Lepas keluar memang aim nak balik je. Siapa yang nak pergi tu good luck lah. Hopefully jangan buat dah, sakit kalau Farah nak pergi lagi sebab muka dia tak terserlah erti penyesalan. 

#WordlessWednesday : Lakme Fashion Week Winter/Festive 2019

Wednesday, 18 September 2019