Slider

REVIEW

FASHION

MUSIC

LIFESTYLE

Latest Blog

SEGMEN 20TH BLOGIVERSARY BY MULAN

Friday, 20 November 2026


First time berkunjung ke blog Mulan lepas ternampak segmen ni dekat blog SR. Tahniah sebab dah 20 tahun dalam dunia blogging, bukan tempoh masa yang pendek. I pun baru berbelas-belas tahun 😝

Anyway, kepada yang belum join, marilah meriahkan segmen ni sebab makin ramai, makin panjang tempoh dan mungkin bertambah hadiahnya. Mungkinnnnn.....

Syarat-syarat Penyertaan:

• TAJUK ENTRI
terpulang pada masing-masing

• POSTER DI ATAS
diletak dalam entri

• KANDUNGAN ENTRI bertajuk Kenapa Saya Ada Blog
contoh : bila dan kenapa you all ber-blog, kisah istimewa/sedih/manis dll, bloggers yang pernah bersua mata dan apa-apa saja lah kisah yang interesting 

Mula terjebak sebagai Blogger dari tahun 2009, masa ni buat blog cuma untuk sembang benda suka-suka. Tak ada arah tuju pun sebab baru habis SPM. Tapi bila update pasal hal personal, banyak pula pantang larangnya walhal tak ada yang baca pun. I lah rasa tak ada yang baca, orang lain mungkin rasa ramai yang baca. Tutup akaun blog pertama sebab ada banyak keywords lucah dekat entri pakai tudung tutup dada. Punya lah takut blog jadi sasaran masa tu terus delete akaun. 

Buat blog kedua tahun 2011 macam tu rasanya untuk update tentang filem dan cerita tentang pengalaman sebagai mahasiswi. Blog kedua ada banyak kenangan manis tapi delete sebab ex boyfriend tak suka. Patutnya delete entry pasal dia je tapi gigihnya delete akaun terus. Too young, too dumb to realize 😭

Blog ketiga yakni blog yang sekarang ni wujud sebab pensyarah subjek IT suruh cipta akaun Blogger dan update 3 entri dalam English. Lepas putus cinta, cari balik blog ni dan update secara aktif sebab memang dah target nak pergi jauh. Maksud pergi jauh adalah menjadi platform untuk buat review filem, drama dan seangkatan dengannya supaya dapat rant secara berhemah di samping menjadi rujukan orang lain juga. Entri tentang personal life masih update juga sebab kita berjiwa penulis macam mana pulak kan 💁

Sekarang blog Farhana Jafri dah dapat jemputan dari Astro, Media Prima, KLCC, Rocketfuel Entertainments, Cadbury dan banyak lagi. Sebelum ni pernah bekerjasama dengan WEBTV, Disney+ Hotstar, Shopee, WETV, Ayam Brand, Sensodyne, Traveloka, Sugar Bomb dan lain-lain. 

Walaupun ramai Blogger dah kurang aktif dan Malaysia menganggap blogging dah sendu tapi masih ada lagi ruang untuk berkembang dan menjadi titik permulaan pada cita-cita juga impian yang lebih besar gittewww 🎊🎉🎈🎇🎆

•  LINK ENTRI UNTUK SEGMEN INI
mohon share di ruang komen

• TARIKH TUTUP
30 November 2026, mungkin dilanjutkan

• PEMENANG
entri paling menarik atau maybe SPIN THE WHEEL

Movie Review | Balas Balik (2025)

 

Pengarah: Feroz Kader
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Zarul Umbrella, Adam Lee, Meor Mohd, Razman Mahayudin, Josiah Lim, Maisara Sufia
Syarikat Produksi: Shaibha Vision Entertainment Sdn. Bhd. 
Pengedar: 
Genre: Misteri / Aksi
Durasi Tayangan: minit
Tarikh Tayangan: 29 Mei 2025
Trailer:


Filem Balas Balik bermula dengan babak Datuk Roslan (Tony Eusoff) ditemui mati di dalam pejabatnya. Rakan kongsinya, Kamal (Zarul Umbrella) menganggap Datuk Roslan meninggal secara mengejut kerana serangan sakit jantung. Namun, Detektif Zul (Shukri Yahaya) pula mengesahkan sebaliknya bila di bahagian mulut Roslan mempunyai racun jenis sianida. 

Datuk Roslan mempunyai ramai musuh termasuklah pekerja yang bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut. Setiap hari mereka akan dimarah, dimaki malah lebih parah lagi bila Datuk Roslan mempunyai beberapa video rahsia pekerja. Dengan video tersebut, Datuk Roslan mengugut mereka dan menindas pekerja sesuka hati dia. 


Pengawal keselamatan syarikat bagitahu Datuk Roslan baru sahaja minta dia tukar semua CCTV bangunan dan beberapa video telah dipadam oleh Danial (Josiah Lim), IT syarikat. Danial pula ceritakan Datuk Roslan ada kegiatan rahsia di syarikat jadi dia perlu padamkan video kegiatan tersebut supaya tak diketahui oleh orang lain. Adam (Adam Lee) pula beritahu pihak polis tentang hubungan Datuk Roslan dan Mimi (Maisarah Sufia) yang mesra di pejabat. 

Dari satu rahsia membawa kepada satu rahsia yang lainnya hingga Detektif Zul berjaya jumpa dalang sebenar dalam pembunuhan Datuk Roslan beserta motif yang kuat. 


Filem Balas Balik arahan Feroz Kader menggunakan genre penyiasatan dan jenayah dalam sebuah syarikat kecil. Patutnya kes pembunuhan ni boleh selesai dengan mudah tapi bila pekerja tak mahu bekerjasama dan CCTV pula rosak, terpaksa lah dia guna kaedah tradisional untuk membongkar misteri pembunuhan Datuk Roslan. 

Masa layan filem Balas Balik ni macam keliru juga dengan syarikat Datuk Roslan dengan Kamal sebab sentiasa ada fakta yang meragukan. Fakta tentang status syarikat pun berbelit macam contoh syarikat tu adalah jenis perkongsian tapi ada Board of Directors dengan Shareholders. Kalau dah perkongsian, mana ada terbitkan saham. 


Fakta Adam boleh berhenti dalam masa 24 jam lepas 5 tahun bekerja di syarikat MNC pun merepek. Kalau dia masih probation boleh terima lah nak berhenti mengejut macam tu. Kalau filem Balas Balik dibikin era 2000, boleh faham lah kenapa fakta umum tentang syarikat tak diceritakan dengan baik tapi sekarang dah 2026, maklumat di hujung jari. 

Latar tempat yang digunakan pun mengelirukan macam rumah Adam yang tak disorok pun label dia sebagai bilik suite. Nak kata Adam tinggal di hotel pun macam tak juga sebab ada barang peribadi sebagai perhiasan rumah. 


Elemen saspens yang dimasukkan pun kurang menjadi bila keadaan mayat Datuk Roslan memang nampak seperti dibunuh dan diracun sebab racun sianida memang penuh dekat kawasan mulut. Geram tengok pembunuh tak basuh alat yang dia guna tapi display dekat rumah sedangkan kes tengah berjalan. 

Babak Detektif Zul kejar lelaki misteri pun dah boleh agak siapa dan semakin mudah diteka bila dia letak bahan bukti depan pintu rumah. Sebab tu I cakap kes pembunuhan ni mudah je tapi sebab ada halangan, ambil masa lah sikit. 


Babak interogasi pun tak seronok bila pembantu Detektif Zul lebih sudu dari kuah. Kalau pengarah cari pelakon yang menakutkan dari segi renungan pun dah banyak membantu daripada tinggi suara setiap kali tanya soalan. 


Lakonan Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul antara kelemahan yang ketara dalam filem Balas Balik sebab dia sendiri tak mampu nak deliver watak detektif yang bersahaja, kelakar tapi observant dan bijak. Visual filem Balas Balik dan audio pun masih stuck dengan format telefilem. Patutnya pengarah release sebagai telefilem je untuk tontonan santai. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 4.5/10

Movie Review | BAGA: Esok Untuk Siapa (2026)

Thursday, 19 November 2026

Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip: Ariff Zulkarnain
Pelakon: Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Idham Maulana, Cech Adrea, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mat Over, Fad Anuar, Zalif Sidek, Kimal Mokhtar
Syarikat Produksi: Indigo Films, Skop Productions
Pengedar: Primeworks Studios, Astro Shaw 
Genre: Drama / Jenayah
Durasi Tayangan: 93 minit
Tarikh Tayangan: 5 November 2026
Trailer:


Mengisahkan Jani (Amir Ahnaf) yang bekerja sebagai pembantu bot tambang di Seberang Takir, Terengganu. Dalam masa yang sama, dia menjual dadah di kawasan sekitar berbekalkan stok yang diberikan oleh Pok cech (Idham Maulana). Jani jatuh cinta dengan Melur (Amirah Razak), wanita muda yang bekerja di kilang batik di situ. 


Jani tinggal bersama Ajih (Cech Adrea) yang bekerja sebagai tukang pembuat kapal di pesisir laut. Mereka berdua tinggal di dalam kontena dan hampir setiap malam menghisap dadah yang dijual. Tanpa teragak-agak Jani luahkan Hasrat ingin berkahiwn dengan Melur tapi Ajih cuma anggap Jani bergurau kerana Melur anak tunggal Pok Hassan (Mat Over), imam di kampung tersebut. 


Gurauan yang bertukar menjadi serius bila Melur bagitahu Jani dia hamil. Jani ajak Melur pergi ke Kuala Lumpur untuk gugurkan anak tapi mereka perlukan duit sebanyak RM3,000 sebelum perut mula besar. Jani minta Pok Cech bekalkan lebih banyak pil kuda untuk dijual dalam masa seminggu. Risiko ambil stok banyak agak tinggi sebab mudah dihidu unit narkotik, mudah juga masuk ke mulut Jani dan Ajih.  


Filem BAGA: Esok Untuk Siapa merupakan arahan sulung Ariff Zulkarnain dalam format filem selepas popular dengan siri Good Boys Go To Heaven (2025), One Cent Thief (2022) atau telefilem seperti Cinta Elevator (2018) atau Shiba Shiba Doo (2019). 

Baga membawa maksud paranoid, cemas, pening atau meracau dalam dialek Terengganu dan merupakan pemilihan perkataan yang tepat untuk dijadikan tajuk kepada naskhah yang menyorot keadaan Jani. Kebanyakan masanya Jani akan memilih untuk telan pil kuda bila dilanda masalah. Makin berat masalah dia, makin kerap dia telan. 


Lakonan Amir Ahnaf sebagai Jani antara kekuatan filem BAGA: Esok Untuk Siapa bila Amir sendiri berasal dari Terengganu. Dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa, semua watak menggunakan loghat Terengganu, sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat yang dipaparkan. 

Gaya dan lenggok percakapan Amir sebagai Jani nampak bersahaja, natural dan selesa malah tak terpengaruh dari mana-mana watak yang pernah dilakonkan. Watak Jani mempunyai ruang untuk Amir pamerkan pelbagai emosi hingga Jani tampak hidup dalam skrin besar.


Tahniah kepada Amir Ahnaf kerana sekali lagi berjaya membuktikan bakat lakonan dia selepas franchise Projek: High Council (2023) dan Kahar: Kapla High Council (2024). Ingatkan Amir berlakon dalam BAGA: Esok Untuk Siapa selepas filem Kahar: Kapla High Council (2024) rupanya sebelum which is amazing lah bila berjaya deliver watak Jani yang heavy sedangkan masih baru dalam industri. No wonder lah dia cemerlang dalam Kahar sebab dah ada pengalaman sebelum tu.


Pace filem BAGA: Esok Untuk Siapa mungkin sedikit perlahan pada awalnya kemudian bergerak laju siring keadaan Jani. Sinematografi dari Tan Tack Zee bukan saja bersandarkan pada keindahan alam semulajadi di Terengganu malah kenal dengan subjek yang dimasukkan. Tapi letak je nama Tan Tack Zee, dah boleh agak kualiti visual yang dimasukkan. 

Bak kata Wan Hanafi Su, filem BAGA: Esok Untuk Siapa bersifat straight-forward dan ringkas sahaja tapi dek kerana sentuhan kreatif Amir Zulkarnain, buatkan naskhah drama jenayah ada kualiti dan berbaloi untuk ditonton sepanjang 93 minit. Beberapa babak mempunyai sentuhan emosinya tersendiri macam kisah Pok Awang (Wan Hanafi Su) bersama pekerjaannya yang hilang ditelan kemajuan. 


Filem BAGA: Esok Untuk Siapa mengangkat masalah yang bergelumang di Terengganu bila hampir kebanyakannya terjebak dengan dadah. Watak Pok Cech dan Maliki (Asrulfaizal Kamaruzaman) dimasukkan sebagai antagonis bukan saja dalam filem tapi dalam kehidupan sebenar. Sebab filem ni juga baru tahu Idham Maulana anak kepada Mat Over. Bakat sebagai pelakon pun terserlah and hopefully dia akan dapat banyak projek berkualiti sebagai pelakon. 


BAGA: Esok Untuk Siapa mempunyai kelemahan yang ketara bila pamerkan kehidupan penagih dadah sebagai kisah utama. Dah tentunya, kita tak akan berasa kasihan dengan watak Jani yang menjadi penyumbang kepada kerosakan masyarakat di Seberang Takir. Tapi untuk kasihan pada Melur yang nampak polos pun tidak juga. 

Situasi Melur yang dipaparkan berada dalam pergelutan dan tekanan hidup agak kurang memuaskan. I faham dia tertekan kerana selalu dipandang rendah oleh Pok Hassan tapi untuk dia bersandar pada Jani supaya dapat keluar dari kehidupan malang tu adalah satu keputusan yang dangkal. 


Tak faham kenapa Melur menyampah dengan majikan dia sedangkan tak kena buli pun. Mungkin ada tapi penulis tak kembangkan kisah Melur dengan baik sebaliknya lebih tumpukan pada babak percintaan Melur dengan Jani. Dialog yang dimasukkan juga tak menceritakan masalah secara mendalam. 

Tak pasti realiti masyarakat sebenar di Terengganu macam mana sebab watak Melur kurang meyakinkan bila dia tak bertudung sedangkan anak kepada imam kampung. Dia tak berani pun melawan cakap ayah dia tapi Pok Hassan tak begitu baran dengan penampilan Melur. Open shower pun macam meragukan untuk berada di rumah imam. 


Apapun, I do have fun watching BAGA: Esok Untuk Siapa dan pegang kata-kata Arif Zulkarnain untuk hasilkan lebih banyak filem macam ni di bawah produksi Indigo Films. Bila tengok visi ni, teringat pula dengan Phantom Films yang hasilkan banyak naskhah bermutu arahan Anurag Kashyap. All the best Indigo Films! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

KUALA LUMPUR, 18 November 2026 – Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka di Malaysia, kini menawarkan akses ke Prime Video dan Pek Blockbuster selama 12 bulan tanpa caj tambahan kepada pelanggan baharu yang melanggan Pek Astro One Entertainment pada harga RM49.99 sebulan. Ditawarkan dari 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027, promosi ini membawakan kandungan hiburan Astro, Prime Video serta empat saluran filem dan hiburan dari Pek Blockbuster dalam satu langganan, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan untuk menikmati rancangan kegemaran mereka. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat berkenaan harga.


*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk SST.

Melalui tawaran ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan hiburan daripada perkhidmatan penstriman dan saluran hiburan khusus, semuanya menerusi langganan Astro. Sama ada ingin mengikuti tayangan terbaharu, menonton kandungan baharu atau filem bersama keluarga dan rakan-rakan, terdapat pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelbagai citarasa dan waktu tontonan yang berlainan.

Melalui Prime Video, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan global termasuk Amazon Originals yang mendapat sambutan ramai, filem-filem blockbuster serta siri popular dari seluruh dunia. Antara yang menjadi tumpuan ialah The Lord of the Rings: The Rings of Power Musim ke-3, Nine to Six, The Housemaid, Madden dan Jailer 2. Turut dinantikan ialah Blade Runner 2099, yang bakal ditayangkan pada hujung bulan ini. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai pilihan kandungan aksi, komedi, drama, realiti dan hiburan keluarga yang tersedia di platform tersebut.

Pilihan hiburan ini turut dilengkapkan dengan Pek Blockbuster yang menampilkan empat saluran filem dan hiburan iaitu Astro Showtime (Saluran 411), Astro FAM Time (Saluran 412), Rock Action (Saluran 414) dan Rock X Stream (Saluran 415). Menerusi keempat-empat saluran ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai rancangan menarik termasuk John Wick 2, Ambulance, Merry Ex Mas, My Little Pony: The Movie, Power Rangers, The Replacement Killers dan Citadel. Keempat-empat saluran ini menawarkan gabungan filem aksi blockbuster, hiburan seisi keluarga serta siri popular untuk tontonan semua.

Tawaran ini tersedia untuk pelanggan baharu yang melanggan Pek Astro One Entertainment pada harga RM49.99 sebulan* antara 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027. Untuk melanggan, hubungi kami melalui WhatsApp atau menerusi Pusat Jualan Astro di talian +603-74919882, setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Dengan lebih banyak pilihan hiburan dalam satu langganan, Astro terus memudahkan rakyat Malaysia menikmati kandungan yang mereka gemari, semuanya di satu tempat menerusi satu langganan.

Fenomena animasi tempatan, Ejen Ali, kini melangkah ke dimensi baharu menerusi penganjuran acara muzikal berskala besar yang membawa runut bunyi ikonik francais tersebut keluar dari layar skrin terus ke pentas persembahan secara langsung.

Diterajui oleh tulang belakang muzik asal siri ini, Azri Yunus, Ejen Ali in Concert bukan sekadar persembahan nostalgia, sebaliknya satu evolusi susunan muzik yang diangkat ke tahap orkestra dan produksi penuh bagi memberikan pengalaman audio yang jauh lebih mendalam kepada peminat.

Evolusi Muzik & Kelainan Eksklusif Azri Yunus Di Pentas Mega

Sejak kemunculan pertama Ejen Ali, elemen muzik dan skor filem memainkan peranan penting dalam membina momentum aksi serta emosi penonton. Menerusi konsert ini, Azri Yunus mengambil pendekatan berani dengan menyusun semula skor-skor ikonik tersebut ke dalam skala yang lebih megah, menggabungkan elemen elektronik moden dengan instrumen secara langsung.

Menurut Azri Yunus, cabaran utama dalam menterjemahkan muzik animasi ke pentas konsert adalah untuk mengekalkan "roh" dan adrenalin yang sama seperti yang dirasai penonton ketika menonton babak pertarungan atau detik cemas di pawagam.

“Kalau buat muzik untuk animasi, fokus kita memang untuk menyokong visual. Tapi untuk konsert ini, muzik pula yang jadi watak utama. Kami susun semula lagu-lagu ini dalam skala yang lebih besar supaya peminat bukan setakat dengar, tapi betul-betul dapat rasa emosi dan getaran setiap babak depan mata mereka,” ujar Azri Yunus.

Mengulas lanjut mengenai kelainan yang bakal dibawakan khas untuk malam tersebut, Azri Yunus mendedahkan bahawa penonton akan disajikan dengan beberapa gubahan eksklusif yang belum pernah diperdengarkan di mana-mana platform sebelum ini.

“Kelainan paling ketara adalah apabila kami gabungkan elemen tradisional Nusantara dengan bunyi moden dan orkestra secara langsung. Selain itu, ada beberapa medley khas serta segmen gubahan semula lagu-lagu ikonik yang kami olah strukturnya untuk beri kejutan. Semua ini memang eksklusif di konsert ini sahaja,” tambah Azri Yunus.

Kejutan Ida Rahayu: Dari Suara Watak Ke Pentas Nyanyian

Selain susunan muzik luar biasa daripada Azri Yunus, tumpuan utama konsert ini pastinya terarah kepada pelakon suara rasmi watak Ejen Ali sendiri, Ida Rahayu. Buat julung kalinya, Ida Rahayu bakal membuat penampilan sulung sebagai penyanyi di pentas konsert rasmi Ejen Ali.

Ini menandakan satu transisi menarik bagi Ida Rahayu yang selama ini dikenali menerusi lontaran dialog bertenaga dan emosi sebagai ejen muda MATA. Kemunculan beliau sebagai penyanyi dijangka menjadi detik paling beremosi dan dinanti-nantikan oleh para peminat setia yang membesar dengan suaranya.

"Ramai yang mengenali saya sebagai suara Ejen Ali, tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa saya juga menyanyikan lagu Mama. Kesempatan untuk menyanyi buat pertama kali di pentas konsert ini adalah satu cabaran baharu yang saya sahut demi peminat setia Ejen Ali. Hakikatnya, lagu ini cukup dekat di hati saya kerana ia merupakan lagu kegemaran arwah mama yang telah meninggal dunia pada tahun 2020. Justeru, nyanyian ini adalah tanda penghormatan dan hadiah paling bermakna buat arwah.” ujar Ida Rahayu.

Bercerita mengenai persiapan rapi yang dilakukan menjelang hari persembahan, Ida Rahayu mengakui beliau perlu menjalani latihan vokal dan stamina yang berbeza daripada rutin rakaman suara di studio demi memastikan penyampaian yang mantap di atas pentas.

“Persiapan kali ini memang agak mencabar sebab menyanyi secara langsung dengan iringan muzik yang besar perlukan stamina dan kawalan pernafasan yang kuat. Jadi, saya banyak berlatih teknik vokal supaya emosi lagu itu sampai, tapi pada masa sama tidak lari daripada karakter suara yang peminat sudah biasa dengar. Tipulah kalau tak gementar, tapi sokongan pasukan produksi banyak membantu menaikkan keyakinan saya,” ujarnya lagi.

Gabungan visi muzik Azri Yunus dan keberanian Ida Rahayu keluar dari zon selesa membuktikan bahawa harta intelek (IP) animasi tempatan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan ke cabang hiburan lain. Konsert ini bukan sahaja meraikan kejayaan Ejen Ali, tetapi turut menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran konsert berasaskan runut bunyi animasi di Malaysia.

Bagi peminat setia yang mengikuti perjalanan Ejen Ali sejak musim pertama, persembahan ini menjanjikan satu malam penuh magis yang menyatukan visual, emosi, dan kuasa muzik secara langsung.

Ejen Ali in Concert akan berlangsung pada 28 dan 29 November 2026 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan dua sesi persembahan setiap hari. Bagi sesi Family Fun Day pada jam 11:00 pagi, tiket individu ditawarkan pada harga RM69, manakala Pakej Family Bundle yang merangkumi empat tiket (dua dewasa dan dua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah) dijual pada harga RM200.

Untuk Konsert Utama pada jam 8:00 malam pula, tiket ditawarkan mengikut kategori tempat duduk iaitu CAT D (RM119), CAT C (RM149), CAT B (RM179 hingga RM238), CAT A (RM269), Premium (RM299) dan VIP (RM369). Jangan lepaskan peluang menyaksikan karya muzik yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Ejen Ali selama sedekad dipersembahkan secara langsung dalam skala orkestra. Dapatkan tiket anda sekarang!

Di sebalik persembahan memukau wakil negara, Aina Abdul, pada malam kemuncak Eurovision Song Contest Asia 2026 di One Bangkok Forum, Thailand, baru-baru ini, tersimpan kisah penuh emosi sepanjang perjalanan pertandingan berprestij itu.

Pereka fesyen terkenal, Melinda Looi, menerusi satu rakaman video berkongsi detik menyentuh hati apabila beliau tidak dapat menahan sebak mendengar sorakan penonton melaungkan nama Aina sebelum persembahan bermula.

“Di belakang pentas, sebelum dia mula menyanyi, saya dapat mendengar semua orang melaungkan nama Aina dan suasananya sungguh luar biasa. Saya terus menangis teresak-esak seperti bayi kerana terlalu bersyukur melihat kerja keras mereka,” luah Melinda.

Mengulas mengenai persiapan busana Aina, Melinda mengakui terdapat beberapa perkara yang perlu disesuaikan sepanjang proses tersebut bagi memenuhi keperluan persembahan di pentas tersebut.

“Kami berdepan banyak cabaran dengan gaun tersebut kerana kami mahu Aina berasa paling selesa dan yakin. Saya terpaksa memotong separuh daripada gaun itu di belakang pentas, tepat sebelum sesi latihan dan sekali lagi setengah jam sebelum persembahan akhir bermula,” jelasnya.

Melihat kembali keseluruhan pengalaman tersebut, Melinda menyifatkan perjalanan kali ini sebagai antara yang paling mencabar buat seluruh pasukan, terutama apabila mereka perlu mengharungi jadual latihan yang padat serta pelbagai perubahan sepanjang persiapan berlangsung.

“Perjalanan ini mungkin yang paling sukar buat semua. Banyak usaha, tekanan dan rasa bimbang kerana kami mahu memberikan yang terbaik. Saya sangat menghormati Aina dan bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, melihat sendiri perjuangannya serta bagaimana seluruh pasukan bekerjasama seperti sebuah keluarga,” kongsi Melinda.

Dalam pada itu, Melinda turut mengakui kagum dengan disiplin dan kesungguhan Aina yang perlu mengimbangi jadual harian padat sepanjang berada di Thailand, merangkumi sesi latihan, pertukaran pakaian serta latihan vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat.

Mengakhiri perkongsiannya, Melinda menyifatkan perjalanan Aina di pentas antarabangsa itu sebagai satu pencapaian membanggakan, apatah lagi apabila bakat penyanyi berkenaan kini dapat disaksikan oleh peminat muzik dari seluruh dunia.

“Kalah atau menang, dia tetap juara kami. Aina sudah melakukan yang terbaik dan seluruh dunia kini dapat melihat bakatnya,” titipnya.

Pengalaman tersebut sekali gus memperlihatkan semangat kerja berpasukan yang menjadi kekuatan di sebalik perjalanan Aina, dengan setiap individu memainkan peranan dalam memastikan penyertaannya di pentas antarabangsa berjalan sebaiknya.

SR! Saya Nak TNG eWallet!


Hadiah untuk 3 Blogger Bertuah!
SR menyediakan hadiah kredit Touch 'n Go eWallet berjumlah RM100 yang akan dibahagikan kepada tiga pemenang.

🥇 Pemenang Pertama: RM50
🥈 Pemenang Kedua: RM30
🥉 Pemenang Ketiga: RM20

Ketiga-tiga pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan Wheel of Names. Jadi, semuanya bergantung pada nasib masing-masing. Tak kisahlah blogger lama atau baharu, semua mempunyai peluang yang sama!

Bila Tarikh Tutup?

Tarikh Tutup Penyertaan: 📅 25 November 2026, jam 11.59 malam.

Siapa yang belum join, jom lah join. Tekan je banner tu. Mana tahu ada rezeki :)

ASTRO MEMBAWAKAN KISAH ANAK MUDA, MUZIK DAN IMPIAN MENERUSI SCHOOL OF STARS (S.O.S)

Monday, 16 November 2026

KUALA LUMPUR, 16 November 2026 - Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia akan mempersembahkan siri drama terbaharu yang bertemakan muzikal, School of Stars (S.O.S). Drama ini merealisasikan kisah persahabatan, percintaan dan persaingan anak-anak remaja dalam menggapai impian mereka. Siri lapan episod ini akan bersiaran mulai 18 November 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam melalui Astro Ria (saluran 104), Astro GO, On Demand, dan Sooka.

S.O.S yang berlatarbelakangkan kehidupan pelajar universiti akan membawa penonton menyelami dunia anak muda yang sentiasa diduga dengan cabaran, tekanan dan persaingan untuk membuktikan mereka mempunyai bakat yang tersendiri. Dengan sentuhan muzik, siri ini turut mengetengahkan isu yang dekat dengan generasi muda masa kini termasuk isu keyakinan diri, kesihatan mental, tabiat membuli dan tekanan perasaan. 

Siri ini juga menampilkan barisan bakat muda tempatan yang sedang meningkat naik seperti Evertts Gomes, Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna dan Faiz Najib. Mereka akan menghidupkan telatah sekumpulan pelajar dengan personaliti dan latar belakang berbeza. Namun begitu, mereka sering berkongsi minat serta impian yang sama dalam dunia muzik. Turut membintangi siri ini adalah pelakon berpengalaman Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan Rashidi Ishak. Siri S.O.S turut mendapat sokongan daripada NESCAFÉ selaku Rakan Strategik, yang turut membawakan kemeriahan dan meningkatkan pengalaman tontonan sepanjang siri ini berlangsung. Drama ini diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd. di bawah penerbit Lina Tan dan arahan Imri Nasution.

Bagi memertabatkan lagi keunikan siri ini, Astro turut memperkenalkan lagu runut bunyi asal (OST) berjudul ‘Terbang Tinggi’, yang telah dilancarkan pada 21 Oktober 2026. Lagu ini dinyanyikan oleh DNA, sebuah kumpulan muzik fiksyen yang turut menjadi sebahagian daripada jalan cerita S.O.S. Pelancaran Terbang Tinggi memberi peluang kepada para peminat untuk mengenali dan menjiwai muzik dan identiti DNA serta mengikuti perjalanan mereka menerusi siri ini. Lagu tersebut turut membawa mesej tentang keberanian mengejar impian, percaya kepada kebolehan diri dan terus bangkit walaupun berdepan pelbagai cabaran. 

Menurut Penolong Naib Presiden, Kandungan GenNext, Nufazlina Radzi, “Melalui S.O.S., kami ingin membawakan sebuah kisah yang dekat dengan kehidupan generasi muda hari ini. Selain hiburan dan muzik, siri ini turut menyentuh cabaran yang sering dihadapi mereka seperti tekanan sosial, keyakinan diri dan pencarian identiti. Harapan kami siri ini bukan sahaja dapat menghiburkan penonton malah akan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus percaya pada kebolehan diri, tidak mudah berputus asa dan berani mengejar impian walaupun berdepan pelbagai cabaran. Kami juga ingin menyampaikan mesej bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan cerita tersendiri, dan apa yang penting adalah untuk terus menjadi diri sendiri.” 

S.O.S. mengisahkan pengorbanan Fiz (Evertts Gomes), seorang pelajar berbakat daripada keluarga berpendapatan rendah, yang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni. Perjalanan semakin mencabar apabila Fiz bertemu dengan Puteri (Nelysa Kay), seorang pelajar yang meletakkan harapan tinggi terhadap dirinya, serta Damien (Daniel Fong), teman lelaki Puteri yang berbakat dan berasal dari keluarga berada. Persaingan antara mereka kemudiannya berkembang menjadi konflik dan mereka perlu belajar bekerjasama sambil mengetepikan perbezaan masing-masing demi menghadapi pertandingan yang bakal menentukan masa depan. 

Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat.





Kali ketiga datang IOI Mall Damansara tapi tak tahu nak makan apa. Lepas habis tengok movie Spiderman: Brand New Day, perut pun dah lapar. Asalnya nak pergi Giraffe Cafe tapi ramai pula orang. Berjalan punya berjalan ternampak restoran India Gate ni. Since tak pernah makan lagi dekat sini, try lah makan. 

Awalnya kitorang dapat seat dekat belakang restoran tapi minta tukar sebab panas sangat. Aircond dekat kawasan tu tak berfungsi lepastu silau sebab meja betul-betul berhadapan dengan tempered glass door. Kebetulan ada meja baru kosong sebab ada pelanggan yang dah habis makan jadi waiter bagi pindah. Kalau dia tak bagi, kitorang dah cancel niat nak makan sebab belum order lagi.

Waiter bawa kitorang pergi dekat meja baru, dekat bahagian depan restoran, dekat gambar burung merak tu. 


Adik I order Nasi Beriani dengan teh tarik, I order Fish Curry dari India Gate Premium Thali Set tapi tukar drink kepada chai masala, Fariha order Mutton rogan Josh. Restoran ni memang padat waktu ni tapi okay lah sebab tak tunggu lama pun untuk order siap. Mungkin sebab dia tinggal buat plating je. Menu lain semua dah masak awal. 


Masa set nasi beriani ni sampai, kitorang macam ehhhh kecik je bekas dia. Rupanya bila makan pot dia tu dalam. Tersandar jugak lah nak habiskan satu bekas nasi tu. Dekat dalam nasi tu memang dah ada isi kambing. Banyak juga lah walaupun dah share-share. 

Muka sebelum makan


Dalam set kari ikan ni ada Nasi Basmathi, Naan, Papadom goreng, sayur campur, peria goreng, Aloo Chana Masala, Dal Tadka, nasi wangi, kari ayam, raitha dengan Indian sweet. Since set I ambil sama dengan Fariha so kitorang dapat side dishes yang sama kecuali lauk utama. I ambik kari ikan tenggiri, dia ambil kambing. 


Untuk set nasi beriani ni ada nasi beriani dengan kacang gajus sangai, bawang goreng, kambing, kuah sayur dan kari. I dah tak ingat sayur apa tapi kuah dalam set beriani ni sama je dengan sayur dalam set I ambil. Nasi beriani dia sedap tanpa perlu makan dengan kuah kari pun. Makan macam tu je dah sedap, sebab cukup rencah dia masak. Sesuai sangat lah untuk Nurin makan sebab dia tak suka makan kuah. 

Set ni agak besar tau untuk sorang makan sebab dia ada 3 carbs yang mengeyangkan. Dah ada nasi dalam bekas besar, letak pula nasi sampingan lepastu bagi lagi naan. Memang tersandar lah cerita dia. Nasi utama tu pakai beras Basmathi, tapi nasi sampingan tu tak pasti lah pakai beras apa sebab wangi. Warna dia pun kekuningan sikit. Mungkin dia masak dengan mentega tapi tak banyak. 


I suka kuah kari dekat restoran India Gate ni sebab masak elok. Pernah je I makan dekat restoran India yang masak kari tapi tak pecah minyak. Kat sini, kari dah lah pekat, sedap pulak tu. Makan dengan naan sedap, makan dengan nasi pun sedap. 

Sayur peria goreng, dengan Aloo Chana Masala dia sedap jugakkkk. I suka Aloo Chana Masala sebab aloo tu kentang. I suka kentang, ni pula first time makan masala punya. Side dishes semua ni boleh tambah so I tambah peria goreng. Lepas ni kalau sharing, I akan tambah peria goreng banyak kali sebab coating dia nipis untuk wujudkan rasa crunchy tu. 

Indian sweet tu pun minta tambah sebab tak cukup 1 lepas makan. Sebenarnya cukup je tapi nak kurangkan sikit rasa kari dekat tekak. Sedap tau Indian Sweet tu, dia manis, creamy dan fluffy. Ni antara punca I akan pergi lagi ke India Gate hshshs

Tapiiiiii I takkan order dah Masala Chai dia sebab rempah kuat sangat. Sebelum ni minum macam light light je rasa rempah tu. Mungkin kena order Mango Lassi macam Nurin, terasa betul manis mangga dia. Minum pulak sejuk-sejuk surrrr. 

Lepas makan tu bukan takat tersandar, kitorang pening jugak sebab banyak sangat makan rempah. Macam mana lah orang India makan hari-hari. Mungkin diorang dah terbiasa agaknya. Lepas ni kalau pergi memang kena sharing je sebab after effect dia kuat sangat 😅

KUALA LUMPUR, 16 November 2026 – Fenomena KUDRAT 1968: High Council berterusan apabila filem terbitan Astro Shaw ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM20 juta setakat ini, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap francais High Council. 

Sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober lalu, KUDRAT 1968: High Council terus menjadi antara filem yang hangat diperkatakan, didorong oleh kekuatan penceritaan, barisan pelakon berbakat serta sokongan padu peminat yang dikenali sebagai KUDRATICS.

Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan pencapaian RM20 juta ini. Apa yang lebih bermakna buat kami adalah melihat bagaimana dunia High Council terus berkembang dalam Astro Shaw Cinematic Universe dan mendapat sokongan yang begitu kuat daripada penonton, khususnya KUDRATICS yang sentiasa bersama kami sejak awal.

"Kami juga sangat terharu melihat sambutan peminat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan, termasuk House of KUDRAT 2.0 serta siri jelajah bertemu peminat di Selatan dan Utara tanah air yang baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu. Kehadiran ribuan peminat yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu barisan pelakon benar-benar memberikan semangat kepada kami untuk terus mendekati mereka.

Dan perjalanan ini belum berakhir, Kami merancang untuk meneruskan jelajah ke Pantai Timur dan insya-Allah, Borneo pula selepas ini. Banyak lagi inisiatif menarik sedang dirancang khas buat KUDRATICS sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada fenomena KUDRAT 1968.”

Dibintangi Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, filem arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini bakal membawa penonton menyelami konflik yang lebih besar dalam dunia High Council, dengan konflik kuasa, persahabatan dan kesetiaan menjadi taruhan.

KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan Golden Screen Cinemas, manakala produksi dikendalikan oleh PASAL Productions.

Untuk perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.