Revolusi Pembelajaran Dalam Talian Dilancarkan di Tonton! TV TUISYEN | “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – Masa depan pendidikan digital kini di depan mata! Dunia pendidikan digital Malaysia melakar sejarah baharu dengan pelancaran rasmi TV Tuisyen di Tonton, platform penstriman nombor satu negara yang menghubungkan jutaan pengguna, pada hari ini - 1 Oktober 2025! Inisiatif baharu ini bukan sekadar platform pembelajaran kelas tambahan biasa, tetapi sebuah revolusi pendidikan digital yang direka khas untuk memperkasakan pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi mengisi jurang pendidikan dalam talian. TV Tuisyen menawarkan pengalaman pembelajaran yang berstruktur, berpatutan, menyeronokkan dan mudah diakses, dengan misi utama untuk memperkasakan generasi muda agar lebih yakin menghadapi peperiksaan dan mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Dengan objektif jelas untuk membantu pelajar berusia 13 hingga 17 tahun menguasai pembelajaran melalui sumber akademik terpilih yang mampu milik, TV Tuisyen tampil sebagai sebuah platform on-demand yang mengubah permainan dalam dunia pendidikan digital. Melalui langganan eksklusif di Tonton, pelajar kini boleh menikmati akses tanpa had kepada ribuan bahan pembelajaran, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kandungan TV Tuisyen: Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Berkualiti & Menghiburkan
Dunia hari ini pantas berubah dan belajar bukan lagi hanya di dalam bilik darjah. Dengan TV Tuisyen, kami membawa kelas tuisyen ke mana sahaja anda berada. TV Tuisyen menawarkan video akademik merangkumi 13 subjek utama KSSM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kimia, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, dan Ekonomi. Bukan sekadar video semata-mata, setiap pelajaran disokong dengan soalan latihan, nota ringkas, serta kuiz interaktif untuk memastikan pelajar benar-benar memahami setiap topik, Setiap kandungan dihasilkan dan disemak oleh tenaga pengajar berpengalaman untuk menjadikan topik yang rumit menjadi mudah dan menyeronokkan.
Lupakan video pembelajaran yang membosankan! TV Tuisyen membawa nafas baharu dalam dunia pendidikan dengan gabungan ilmu, kredibiliti akademik, produksi berkualiti tinggi, grafik interaktif serta gaya penyampaian dinamik daripada tenaga pengajar berpengalaman termasuk barisan guru selebriti popular seperti Fendy Bakry, Shah Iskandar, Raja Afiq, Aniq Suhair, Elisya Sandha, Alvin Chong, Adam Lee, Wafariena, Zara Zya, Jaja Iliyes, Syafi Tee, Nabil Aqil, Juliana Evans, Wanie Kayrie dan ramai lagi. Hasilnya, TV Tuisyen bukan sekadar platform pembelajaran, tetapi satu pengalaman yang hidup, menyeronokkan, dekat di hati pelajar dan mudah difahami.
Kelebihan TV Tuisyen di Tonton
Selain selaras dengan sukatan pelajaran terkini Kementerian Pendidikan Malaysia, TV Tuisyen memastikan setiap kandungan yang disediakan mudah difahami dan sesuai untuk pembelajaran kendiri. Pelbagai program eksklusif dan promosi istimewa dari semasa ke semasa bakal ditawarkan untuk calon pelajar yang melanggan dan yang bakal menduduki peperiksaan. Dengan gabungan elemen pendidikan dan hiburan, TV Tuisyen mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih realistik, praktikal dan mampu memotivasikan pelajar.
Mampu Milik, Mudah & Fleksibel
TV Tuisyen bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk ibu bapa yang mencari sokongan akademik tambahan yang berkesan dan guru-guru yang mahukan bahan sokongan untuk memperkayakan pengajaran di sekolah. Berbeza dengan kandungan percuma di luar sana, TV Tuisyen menawarkan pembelajaran yang terstruktur, lengkap dengan guru profesional dan latihan yang menjamin kualiti.
TV Tuisyen percaya bahawa pendidikan berkualiti harus mampu diakses semua. Justeru, ia ditawarkan pada harga mesra bajet melalui pelan langganan fleksibel TV Tuisyen di Tonton. Dengan hanya RM9.90 sebulan, pelajar sudah boleh melanggan TV Tuisyen melalui Tonton. Pilihan pakej lain termasuk 3 bulan pada RM29.70 dan 12 bulan pada RM118.80. Semua langganan ini memberikan akses tanpa had kepada keseluruhan perpustakaan kandungan TV Tuisyen.
Lebih menarik, akses boleh dilakukan melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan TV pintar – selagi ia menyokong platform Tonton. Ini bermakna pelajar boleh belajar anytime, anywhere, sama ada di rumah, sekolah, mahupun ketika dalam perjalanan. Tiada lagi alasan untuk tidak belajar!
Manfaat untuk Semua: Pelajar, Ibu Bapa & Guru
TV Tuisyen bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pelajar melalui ulangkaji berstruktur, latihan komprehensif dan persediaan SPM yang lebih mantap, tetapi juga memberikan manfaat kepada ibu bapa dan guru. Ibu bapa kini lebih tenang kerana anak-anak mereka menggunakan skrin dengan cara yang selamat, mengikuti silibus berstruktur bersama guru berpengalaman.
Guru pula boleh memanfaatkan kandungan ini sebagai bahan sokongan pengajaran bagi memperkukuh sesi bilik darjah, sekali gus memperluas capaian pendidikan kepada ribuan pelajar di seluruh negara. Dengan pendekatan ini, TV Tuisyen bukan sekadar produk digital, tetapi sebuah gerakan pendidikan nasional yang menyokong aspirasi negara dalam melahirkan pelajar cemerlang.
Langganan & Sokongan
Untuk mula belajar, pengguna hanya perlu mendaftar akaun di Tonton, melanggan pelan TV Tuisyen, dan terus menikmati pengalaman pembelajaran digital yang lebih pintar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pasukan sokongan pelanggan Tonton melalui e-mel di support@tonton.com.my atau berbual terus dengan ejen di tinyurl.com/Tonton-Squad.
Nantikan Promosi Istimewa!
Sempena pelancaran rasmi, pelbagai tawaran dan aktiviti menarik akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial TV Tuisyen dan Tonton.
TV Tuisyen di Tonton adalah simbol usaha untuk merapatkan jurang pendidikan, menjadikan ilmu lebih mudah diakses, berpatutan, relevan dengan dunia digital masa kini dan paling penting - menyeronokkan. Tunggu apa lagi? Sertai kami dalam perjalanan pendidikan yang baharu ini.
BORAK SEENI DAH SATU! | Program bual bicara pagi di Astro Prima yang mantap dengan pengisian terkini dan semakin menjadi pilihan ramai.
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – Borak SeeNI, program bual bicara pagi di saluran Astro Prima kini telah genap mencapai usia setahun! Program yang dibarisi oleh gabungan hos berpengalaman seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman, bersiaran secara langsung setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105) dan ulangan jam 8.00 malam hari yang sama.
Program yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan sesuai untuk seisi keluarga ini membawakan pelbagai topik menarik seperti isu kekeluargaan, segmen gaya hidup dengan perkongsian demonstrasi pelbagai jenis masakan, aktiviti kemasyarakatan dan topik kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga menampilkan individu-individu yang memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.
Masih mengekalkan penggunaan teknologi moden studio Extended Reality (XR), dan keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan, Borak SeeNi semakin menjadi pilihan dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
Sehingga September 2025, bersiaran dengan lebih 200 episod, jumlah capaian penonton Borak SeeNi kini mencecah sehingga hampir 20 juta. Manakala di media sosial, kandungan ringkas Borak SeeNI di platform seperti Facebook, Instagram dan Tiktok mendapat jumlah penonton terkumpul sehingga 74 juta. Ini menunjukkan jenama program ini yang semakin dikenali dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Apa yang membezakan program Borak SeeNi berbanding program bual bicara langsung yang lain ialah suntikan elemen hiburan dan interaktif yang dekat di hati penonton tetapi masih mengekalkan isu-isu semasa dan topik yang relevan untuk segenap lapisan Masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini turut menjadi platform kepada usahawan-usahawan tempatan bagi meningkatkan kesedaran jenama mereka dan secara tidak langsung membantu menjana pendapatan mereka dan ekonomi negara.”
Bagi meraikan istimewa ulang tahun pertama, siaran Borak SeeNi pada 1 dan 2 Oktober bakal membawakan kelainan dengan bersiaran secara rakaman di Monkeys Canopy, sebuah taman tema yang sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan serta menampilkan barisan tetamu undangan seperti Kumpulan Alpha, Wani Kayrie, Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat, Sissy Iman dan Apich Lo bersama hos jemputan Roy Azman yang pasti meriah dengan gelagat dan keletah mereka.
Bersama Nu Ideaktiv, selaku rakan penghasil kandungan, melalui applikasi SeeNI, ‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
4. Bilangan Entri