Gabungan Rock Kapak & Ratu Dangdut Menggegar Pentas Kelapan ‘Karaoke Superstar’!

Wednesday 27 July 2022

Program realiti pertandingan ala berkaraoke baharu Astro Ria, ‘Karaoke Superstar’ menghangatkan pentas minggu kelapannya dengan kemenangan yang direbut oleh penyanyi rock veteran Malaysia, Muss yang dikenali daripada kumpulan rock, May. Dengan jumlah kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima segmennya, Muss berjaya mengalahkan penyanyi jolokan Ratu Dangdut, Amelina yang hanya memenangi dua segmen dalam minggu ini.

“Terutama sekali, si pemenang ingin mengucapkan terima kasih. Kita berikan juga tepukan kepada yang kalah”, kata Muss yang menghiburkan semua penonton.

Minggu kelapan yakni minggu yang bertemakan ‘Rock VS Dangdut’ menampilkan Ratu Karok dan juga juri tetap program, Mummy Mas Idayu serta Ratu Pop Asia, Ziana Zain sebagai juri jemputan yang akan mengadili kedua-dua artis mingguan dalam menentukan juara.

Memasuki pusingan pertama pertandingan iaitu Superfans, wakil daripada kelab peminat Muss yang bernama Mohd Farid Yunus, 41 tahun, berjaya memukau semua penonton dengan persembahannya yang jelas menggambarkan seorang peminat tegar. Dengan nyanyian lagu ‘Cintamu Mekar Dihati’ oleh kumpulan May, Farid berjaya memenangi pusingan ini dengan mengalahkan wakil daripada kelab peminat Amelina yang bernama Amira Sazlina Ahmad Salehan, 29 tahun dengan nyanyian lagu ‘Semakin Rindu, Semakin Asyik’.

“Daripada awal persembahan, awak memang tidak tengok lirik langsung. Bagus!”, komen Mummy kepada Farid selepas persembahannya.

Pusingan seterusnya iaitu Karok Uji dimulakan dengan persembahan Muss dan peminatnya dengan lagu ‘Fatwa Pujangga’ nyayian asal Said Effendi yang dipilih oleh pihak lawan. Manakala Amelina dan peminatnya pula menyanyikan lagu ‘Siapa Tak Mahu’ oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Walaupun menunjukkan kebolehan yang dianggap sebagai all-rounder oleh Ziana Zain, Amelina masih dikalahkan oleh Muss yang mendapat standing ovation oleh Mummy.

Dalam pusingan ketiga yang dipanggil Kuiz Karok Star, kedua-dua artis mendapat markah yang seri. Lantas, soalan pemecah seri diberikan kepada mereka untuk menentukan pemenang. Dengan jawapan yang tepat oleh wakil peminatnya, Amelina meraih satu kemenangan dalam pusingan ini buat pertama kalinya dalam minggu kelapan.

Pertandingan diteruskan dengan Mikrofon Misteri di mana seorang penyanyi misteri akan diletakkan di sebalik tabir secara rahsia dan artis perlu meneka mereka berdasarkan suara mereka sahaja. Penyanyi di sebalik tabir kumpulan Muss merupakan seorang penyanyi yang dikenali dengan suara modern rocknya, Aweera manakala penyanyi misteri bagi kumpulan Amelina pula ialah penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir. Persembahan penyanyi misteri mereka menunjukkan sisi yang berbeza, namun kekal menambat hati para juri.

“Persembahan sebentar tadi penuh dengan tenaga, tetapi persembahan yang ini pula penuh dengan hiburan. Memang karbat!”, komen Mummy kepada persembahan Shiha Zikir dengan lagu ‘Zapin Tujuh Purnama’ oleh Amelina. Namun, tidak dapat mengalahkan kehebatan nada rock tinggi Aweera yang dipuji oleh kedua-dua juri, lantas kemenangan dalam pusingan ini diberikan kepada kumpulan Muss dan penyanyi misterinya.

Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke ini disambung ke segmen Messy Up Star, di mana kedua-dua artis akan bersaing secara persembahan mesh up dengan lagu milik pihak lawan. Persembahan Muss dan Amelina berjaya memukau semua penonton dengan kehebatan masing-masing walaupun berbeza dengan genre mereka. Dengan lagu ‘Dari Kaca Mata’, Amelina menunjukkan sisi-sisi rockers yang belum pernah dilihat oleh peminatnya. Gandingan mereka mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para juri dan penonton.

“Karakter yang berbeza oleh mereka. Abang Muss menyanyikan lagu dangdut dengan sangat okay. Saya sangat suka. Amelina pula memang penuh dengan rock. Dua-dua memang karbat!”, kata Mummy yang terpegun melihat gandingan mereka berdua.

“Abang Mus kalau menyanyikan lagu dangdut memang kelihatan gementar, tetapi you can do it in your own style. Amelina pula, you have a hidden talent!” tambah Ziana Zain kepada mereka.

Pusingan terakhir ini menjadi milik Amelina kerana berjaya menunjukkan sisi baharunya kepada semua.  Namun, juara minggu kelapan telah menjadi milik Muss kerana mengumpul jumlah kemenangan yang lebih. Minggu kelapan ini diakhiri dengan persembahan Muss dan mikrofon misterinya, Aweera.

Siapakah yang akan merebut gelaran sebagai juara pada minggu hadapan? Ikuti program pertandingan berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada hari Sabtu, jam 10 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

1 comment

  1. Wah gabungan rock kapak dan dangdut. Tak pernah lagi layan karok superstar ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.