TV Show Review | New World : Episode 2 (2021)

Sunday 12 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Lepas nasib malang yang menimpa Heechul pada hari pertama di New World dalam game pertama, status idol superstar dia berubah kepada Beggar Kim. Ngam sangat lah dia pakai tracksuit warna hijau macam dalam Squid Game (2021) tu. Memang sesuai sangat menggambarkan situasi dia yang papa kedana tu. Fun fact, Heechul pakai dulu track suit hijau ni then baru famous akibat drama Squid Game trending worldwide. By the way, Heechul yang suruh tulis macam ni kalau nak mention pasal outfit dia dekat New World. 

Permulaan episod dua semua peserta mencuba nasib dalam Mega Lottery sebab ganjaran yang diberikan agak lumayan tapi malang tetap menghantui Heechul sebab bola pertama tak wujud dalam senarai nombor di tiket loteri yang dia beli. Makan malam Heechul pun Bo-Ah yang belanja sebab kesian tengok jiran dia kelaparan. 

Masa tengok trailer New World ingatkan Heechul akan jadi ace dalam survival show ni rupanya jadi loser. Unexpected betul. Nasib dia baik ada Boong Boong, boleh lah dia kutip duit dengan jadi taxi driver dekat New World sebab rumah semua peserta agak jauh dari setiap tempat tarikan utama di pulau tersebut. Heechul kena pergi kelas yoga jugak kalau nak dapat duit lebih untuk makan. Seunggi pulak nampak muka suci padahal licik kemain untuk menang game. 

Hari kedua di New World bermula dengan kemunculan Kedai Bayang di mana kedai tu akan menjual beberapa item yang hanya boleh digunakan di New World. Kedai Bayang juga akan menerima barang berharga yang akan dipajak oleh peserta sepanjang mereka  berada di New World. Awal pagi lagi Seunggi dengan Kai dah ke sana sebab nak tengok apa yang boleh dibeli memandangkan both of them Orang Kaya Baru di New World lepas menang dalam game pertama. 

Untuk game kedua mereka semua perlu buat undian untuk bahagikan kepada dua kumpulan sama ada berehat di pulau ataupun pergi memancing ikan emas di laut. Kalau berjaya pancing ikan emas dengan banyak, peserta akan dihadiahkan ganjaran dalam bentuk nyang tapi untuk pancing ikan pun kena labur duit sebab setiap peralatan yang digunakan akan disewakan dengan harga yang mahal. 

Setiap tempoh masa akan diberikan undian untuk aktiviti seterusnya. Game ni simple je sebab nak tengok kerjasama dan kesatuan setiap peserta tapi masing-masing tamak dan susah nak percaya ahli kumpulan, habis jadi porak-peranda persahabatan diorang. 

‘Bo-Ah, competition is a heartless thing. The mercy you show will come back as poison and suffocate you’ – Beggar Kim

Belah malam pula mereka semua berkumpul di rumah Heechul untuk Field Day Game yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan undian untuk game mana yang akan dibuang dari senarai. Bo-Ah, Heechul dengan Ji-won dalam Kumpulan Putih sementara Na-Rae, Seunggi dengan Kai dalam Kumpulan Biru. Team mana yang akan menang dalam permainan dan dapat 200 juta nyang tu kena tengok sendiri lah variety show New World dekat Netflix. 

Stress Heechul sebab dia kena kemas rumah nanti lepastu ada pulak game yang guna barang dia. Dah la dia bawak baju sikit je lepastu kena guna untuk game pulak. Dah la miskin, barang rosak pulak. Sejak jadi miskin ni semua orang pandang rendah dengan dia. Kalau dunia nyata kemain melaser lagi mulut dia tapi dekat New World dia kena bertabah je dengan nasib dia. Kelakar tengok nasib malang dia bertimpa-timpa. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.