Movie Review : Saathiya (2002)

Sunday 29 November 2020


Director : Shaad Ali

Writer : Mani Ratnam

Cast : Rani Mukerji, Vivek Oberoi, Sharat Saxena, Tanuja, Sandhya Mridul, Satish Shah, Swaroop Sampat, Shah Rukh Khan, Tabu

Production Company : Yash Raj Films, Madras Talkies

Distributor : Yash Raj Films, Madras Talkies, Kaleidoscope Entertainment

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 139 minutes

Release Date : 20 December 2002

Trailer :

Assistant director Mani Ratnam, Shaad Ali ambil salah satu movie terbaik mentor dia - Alai Payuthey (2000) untuk dibikin ke dalam format kisah cinta Bollywood. Katanya movie Saathiya masih berpandukan movie asal tapi lebih mendalam dan bertenaga.  

Kisah bermula dengan scene di mana Aditya Sehgal (Vivek Oberoi) enjoy bike ride dan menuju ke stesen keretapi untuk pickup wife dia, Suhani (Rani Mukerji) di sana. Tapi lepas setengah jam tunggu Suhani tak muncul langsung. Dia cuba call pihak hospital untuk tahu sama ada Suhani ada emergency shift tapi kawan dia bagitahu yang Suhani dah balik jam 5.30 petang. 

Aditya mula risau sebab dia dengan Suhani tengah bergaduh dan kurang bercakap gara-gara Suhani rasa dia dah berubah sejak dah berkahwin. Aditya balik ke rumah tetap juga tak ada. Dia pergi ke rumah mertua pun tak ada. Dia cuba contact semua kawan Suhani tapi tak ada seorang pun yang tahu tentang Suhani. Bila dah malam kawan dia nasihatkan supaya buat laporan polis. 

Actually penceritaan Saathiya bersilih ganti dengan sekarang dan juga flashback tentang kisah cinta Aditya dan Suhani sehingga lah bagaimana mereka berdua bergaduh. Mereka berdua kahwin tanpa restu keluarga sebab berbeza taraf hidup. Om Sehgal (Satish Shah), seorang lawyer yang terkenal di Patna jadi dia risau keluarga Suhani cuba untuk perangkap Aditya. 

Suhani yang ajak Aditya kahwin senyap-senyap di kuil tapi bila lamaran perkahwinan datang, dia bagitahu yang dia dah pun berkahwin. Dalam movie ni konflik tak lah besar mana pun kalau diikutkan tapi watak masing-masing sengaja nak buat teruk padahal boleh je solve dengan cepat masalah tu. Second half bila diorang dah makin teruk bergaduh, menangis jugak la tengok sebab banyak bermain dengan emosi. Rindu dengan parents tapi dah kena buang keluarga. Duit bukan masalah sangat sebab Suhani bekerja sebagai doktor, Aditya pula ada company sendiri. 

Tahun 2002 adalah tahun debut Vivek Oberoi tapi bukan dengan movie Saathiya sebab movie ni adalah movie ketiga dia release pada tahun yang sama. But still Yash Raj Films cuba untuk highlight presence dia dengan tunjukkan banyak scene dengan skills menari Vivek. Banyak close up shot jugak sebab dia handsome dan Shaad Ali nak buang imej gangster dalam movie Company tu. Vivek masa ni dikatakan akan jadi maskot kepada YRF, pelapis kepada Shah Rukh Khan. 

Chemistry Vivek dengan Rani antara kekuatan kisah cinta contemporary dengan dialog yang sarat dengan perbezaan cinta zaman kolej dan realiti perkahiwnan yang sebenar. Sign kontrak kahwin memang senang tapi nak bina keluarga dengan perangai sebenar partner ataupun masalah kewangan tak semudah yang disangka. Dulu Aditya sanggup tunggu Suhani sampai dua jam untuk jumpa tak sampai 2 minit pun, bila dah kahwin tunggu isteri balik dari pasar pun dah bising. Suka tengok scene Aditya minta Suhani senyum untuk dia dekat netball court masa diorang bercinta dulu. Awwww sangat! 

Music album yang digubah oleh A.R. Rahman dengan 9 buah lagu yang dikarang Gulzar dan A.R. Rahman. Saathiya menang banyak award untuk kategori music walaupun ada saingan sengit dari movie Devdas. Suka lagu entry watak Aditya masa dia enjoy bike ride tu - O Humdum Soniyo Re sebab music dia smooth and chill, sesuai dengan watak Aditya. Lagu Chalka Chalka Re feature dalam movie Hollywood, The Accidental Husband (2008)

Shah Rukh Khan dengan Tabu ada cameo dalam movie ni dekat hujung movie sebagai pasangan suami isteri. Walaupun dah banyak kali tengok movie ni dan walaupun sekejap je tengok pasangan ni tapi tetap excited sebab chemistry diorang berdua menjadi dan fresh pairing. Both of them nampak mature, even ada masalah besar melibatkan hidup dan mati pun sekejap je dah boleh settle. Been rooting for them as lead pairing since forever. Please make it happen! 

Movie Saathiya ni dah 18 tahun tapi kisah cinta Aditya-Suhani masih relevan sampai sekarang. Mesej dia tetap strong supaya pasangan bercinta jangan pernah ambil mudah tentang alam perkahwinan tapi jangan pula mudah putus asa. Fav movie dari koleksi Mani Ratnam. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. lamanya tak dengar nama Vivek Oberoi tu hehe

    ReplyDelete
  2. Rani...my feveret bollywood actress.

    ReplyDelete
  3. i lupa dah jalan cerita ni, baca your plot baru i igt balik.. one of the best yg pernah i tgk.... thanks sharing :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.