Movie Review : Hero No. 1 (1997)

Thursday 5 November 2020

Director : David Dhawan

Writer : Rumi Jaffrey

Cast : Govinda, Karisma Kapoor, Paresh Rawal, Shakti Kapoor, Satish Shah, Kader Khan, Himani Shivpuri, Satish Shah, Tiku Talsania, Shashi Kiran, Anil Dhawan, Shagufta Ali, Rita Bhaduri, Rakesh Bedi, Omkar Kapoor

Production Company : S. K. Enterprise Haslingden LTD

Distributor : S. K. Enterprise Haslingden LTD

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 130 minutes

Release Date : 21 February 1997

Kalau movie under arahan David Dhawan, memang genre comedy je lah tambah pulak Govinda yang berlakon. Mengisahkan Rajesh Malhotra (Govinda) yang pemalas dan dipaksa berkahwin oleh ayah dia, Dhanraj Malhotra (Kader Khan). Sebab stress hidup berdisiplin dan berkomitmen, dia lari ke Switzerland kemudiannya terjumpa Meena (Karisma Kapoor) yang dijaga oleh makcik bongsu dia, Shannu (Himani Shivpuri).

Meena dibenarkan pergi ke Switzerland selepas terpilih oleh pihak kolej untuk ambil short course tapi tak ada satu scene pun tunjuk dia belajar dekat sana. Dia banyak habiskan masa bercinta dengan Rajesh je. Berani balik awal pulak tu sebab nak bagitahu datuk dia, Dinanath (Paresh Rawal) yang dia nak kahwin dengan Rajesh. 

Disebabkan mulut bawang makcik-makcik dia yang pemalas dalam rumah tu, Meena dikurung dalam rumah dan belajar untuk jadi suri rumah. Bazir duit je pergi belajar sebab dia tak belajar pun. Meena cuba yakinkan Dinanath yang Rajesh seorang yang baik dan mampu jaga dia tapi disebabkan perangai Dhanraj yang sombong dan biadap, Dinanath tolak lamaran mereka anak-beranak. 

Lepas Babu (Shakti Kapoor) larikan diri gara-gara tak tahan dengan anak dan menantu yang pemalas belaka, Rajesh menyamar sebagai orang gaji untuk ambil hati semua orang dan juga untuk berjumpa dengan Meena. Berjaya ke tak rancangan Rajesh tu kena tengok lah movie hits Govinda dan Karisma ni. 

Walaupun movie Hero No. 1 ni release pada tahun 1997 tapi plot dia masih relevan sampai sekarang. Mesej sosial dia simple, percintaan yang tak melampau dan juga kekuatan lakonan Govinda antara sebab kenapa movie ni best nak layan. Chemistry Karisma dengan Govinda pun comel sangat. Scene Rajesh dengan Dhanraj pun comel especially second half movie bila kedua-duanya berubah karakter.

 

Music album karya duo Anand-Milind masih terkenal sampai lah sekarang tapi bukan semua lagu. Lagu Sona Kitna Sona Hai dengan Mohabbat Ki Nahin je yang top hits song untuk Govinda dan Karisma sebab tune yang catchy dan funky. Tak tahu la macam mana Karisma dengan Govinda shoot lagu Sona Kitna Sona Hai sebab ramai kot dok tengok diorang menari. Jangan tanya bab visual lah kalau dah shoot dekat Switzerland dan Paris. For sure lah cantik belaka tempatnya.

Suka tengok wardrobe Karisma dalam movie Hero No. 1 ni sebab trendy dan evergreen. Dah la muka cantik with or without makeup. Senang kerja team production sebab tak payah nak touch up sangat pun. Govinda pun nampak smart walaupun dia berlakon sebagai orang gaji sampai ada yang ragu-ragu dengan kerja dia. Nasib baik dia pandai cover line dia selalu kerja dengan Bollywood stars haha

Hopefully David Dhawan tak buat remake untuk movie Hero No. 1 untuk make sure anak dia Varun ada kerja. Tak boleh imagine Varun lakonkan balik watak Rajesh sebab dia akan try hard untuk nampak kelakar tak macam Govinda yang lebih bersahaja dan comel dalam masa yang sama. Lakonan Omkar Kapoor pun comel dalam Hero No. 1, entah bila dapat tengok dia berlakon lagi lepas famous dalam movie Pyaar Ka Punchnama 2. 

Lepas ni boleh layan lagi movie Hero No. 1 bila nak tengok movie komedi lakonan Govinda. Siapa yang dah tengok boleh share what do you guys think for Hero No. 1 ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

17 comments

  1. lama betul govinda menghilang, dia ada je ke or i dah lama tinggal dunia Bollywood ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je dia release movie baru tapi takde sambutan sebab komedi dia macam stuck zaman 90-an

      Delete
  2. lama betul filem ni, tak ingat penah tengok ke tidak. dulu rajin tengok filem karisma kapoor dgn salman khan, pasangan paling hot la waktu tu..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Teringat masa sekolah rendah hehe

    ReplyDelete
  4. Wah ni citer lama ni! Still evergreen dan tak jemu tengok ulang kali.My fav movie too.

    ReplyDelete
  5. amboi! details nya! kite pun dah tak ingat bile cite keluar hahaaa bila tengok review ni macam best. nantilah kita tengok

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing! Although I don't really watch movies or hindi, or even movies for a very long time~ If my grandma & grandpa is still here , I think they will be enjoying these movie!

    ReplyDelete
  7. Best tgk movie lama2 ni. Takes you down memory lane, kan? Teringat lagi zaman Karisma Kapoor tgh top dulu.

    ReplyDelete
  8. Pernah tengok cuma ingat-ingat lupa dah... rindu plak hero dan heroin lama-lama dulu kan.. kalau dulu apa je movie hindi mesti nak tengok, skrg nak tgk, tgk dulu hero dan heroinnya dulu hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kena tengok balik movie ni. Dulu memnag layan tapi dah lama tak tengok memang lupa jalan ceritanya. Nasib baik share sikit jalan cefitanha baru dapat flashback sikit2 ceritanya. Hindi dulu dulu memnag best. Lagu2 pun best.

    ReplyDelete
  10. Serious la movie ni dah lebih dua dekad.. Sejujurnya i found out movie like this sejenis therapy juga... lagu2 dia sangat catchy dan nice..

    ReplyDelete
  11. Evergreen betul Hero No. 1 ni kan. Samar2 ingatan ni pernah tengok ke tak cerita ni. Tapi kan... Nur dah lama tak nampak Karisma Kapoor. Kareena Kapoor selalu juga nampak dekat tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah dia dah stop berlakon lepas dia kahwin sebab fokus nak jaga family tapi sekarang dah buat comeback dalam web series :)

      Delete
  12. Detail farhana review movie ni! Zaman persekolahan punya mozie ni kat TV.

    ReplyDelete
  13. Cite faveret ni.. Ya allah hero dia kelakar ok.. Ada lg ke ek dia berlakon skng?

    ReplyDelete
  14. wow very interesting old Indian movie there. Can watch it when have free time nanti. Thanks for sharing

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.