Movie Review : Office Uprising (2018)

Sunday 4 October 2020


Director : Lin Oeding
Writer : Peter Gamble Robinson, Ian Shorr
Cast : Brenton Thwaites, Jane Levy, Karan Soni, Kurt Fuller, Alan Ritchson, Gregg Henry, Ian Harding, Zachary Levi
Production Company : Mind the Gap Productions, Rumble Riot Pictures
Distributor : Sony Crackle
Genre : Action / Comedy  / Horror
Running Time : minutes
Release Date : July 19, 2018
Trailer :


Sebelum ni pernah nampak Kak Sha update pasal movie genre komedi yang bertemakan zombie ni. Bila dah jumpa memang rasa nak tengok lah sebab hero dia handsome. Desmond (Brenton Thwaites) bekerja sebagai akauntan di AmmoTech – company terbesar yang jual senjata di US. Kegawatan ekonomi masa tu buatkan semua pekerja dalam syarikat resah tunggu masa je nak kena buang sebab AmmoTech akan bergabung dengan syarikat lain. 

Tapi Desmond chill je sebab dia bekerja dekat situ pun sebab kawan baik dia, Samantha (Jane Levy). Kena marah dengan Adam Nusbaum (Zachary Levi) pun dia okay je. Hari dia mungkin busy dengan kerja akauntan bila dia kena check department apa yang minta approval untuk order bahan ataupun busy dengan game rekaan dia. Explanation the higher the floor of the office you work on, dictates how big a “douchebag” you are tu bang on!


Petang tu ada sesi motivasi dari CEO Grantt tapi disebabkan Desmond kena balik awal untuk siapkan report, dia tak tahu pun yang semua pekerja dekat situ dah jadi gila gara-gara energy drink – Zolt. Esoknya dia datang office macam biasa tapi tak sedar yang office dah penuh dengan mayat yang dibunuh secara kejam. 

Asalnya energy drink Zolt tu untuk askar supaya kuat masa perang tapi nerd dekat R&D department sengaja nak test dekat pekerja lain. Sudahnya bagi ancaman dekat syarikat. Perkara pertama Desmond buat haruslah cari Samantha tapi dia dah terlambat sebab Samantha dah minum sikit. Walaupun minum sikit tapi kesan dia tetap teruk. Sampai muntah hijau baq hanggggg


Plot dia simple je, Desmond dan kawan-kawan dia perlu keluar dari Ammotech tapi malangnya tak lah semudah yang disangka sebab beberapa department dalam office memang penuh dengan pekerja yang stress. Makin stress, makin kuat la kesan sampingan Zolt tu. Perfect depiction untuk suasana di office. Sales department memang aggressive. Human Resources penuh dengan pekerja perempuan so most of them kena tikam dekat belakang hshshs


Dari awal sampai habis memang movie ni kelakar dan bukan jenis slapstick comedy. For adults, we can relate so much sebab komedi dia berasaskan working culture and office politics. Ada juga beberapa scene yang diorang perli undang-undang di US. Anyway, scene Desmond nak order pizza tapi kena go through unit pemantauan panggilan telefon tu kelakar. 

Brenton bukan setakat admirable with his handsome face tapi lakonan dia pun mantap. He has great comic timing and can threw some punch too.  And the fact Mourad Haryana (Karan Soni) is alive till the end is wow. Dah la watak dia berasal dari Jakarta which hardly ever mentioned in Hollywood movie. Dia puasa pulak tu! Nothing much for Jane Levy though.


Office Uprising ni agak ngeri lah so memang tak sesuai kalau yang jenis lemah semangat sebab dia bukan zombie gigit orang makan otak tapi extreme jugak lah. Bunuh dengan pencil, pancung kepala dengan tin, bunuh dengan kapak, potong tangan bagai and the list goes on…

Lepas tengok movie ni boleh buat kesimpulan jangan lah minum energy drink sembarangan. Plus kalau tak perlu jangan minum pun. It’s not healthy lah rely on energy drinks too much untuk jadi produktif. Another subtle and cliché hint, you are always replaceable.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.