KEMBARA SELERA MEMIKAT JIWA DI BUFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN

Monday 16 April 2018

Pada 6 April 2018 (19 Rejab 1439H) telah diadakan satu majlis perasmian untuk bersama merasai keenakan juadah istimewa dan lazat dalam majlis prebiu bufet Ramadan dari Laman Kayangan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan. 



Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar dari kugiran Sekapur Sireh.

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.



Di setiap booth yang ada di Laman Kayangan ni, terdapat info bersaiz A4 berwarna ungu yang akan menerangkan serba sedikit tentang menu yang dihidangkan. Antara booth yang ada di sini ialah Mat Tak Done, Periok Belanga, BBQ, Kap Khun Kap, Teluk Kumbaq, Tak Tun Tuang, Aeeron Pak Ajis dan banyak lagi. 


Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

1. Thai Chicken Phak Ped 2. Mi Wantan 3. Spaghetti Bolognese 4. Aneka cucuk

1. Cendol 2.Kambing Golek 3.Spaghetti Carbonara 4.Kacang Pool Larkin

Sup Tulang Merah 
Personally kalau you guys makan dekat Laman Kayangan ni wajib ambil Sup Tulang Merah signature dish negara Singapura. Memang sedap, terasa rempah dalam kuah tu and even daging kambing pun tak berbau dan empuk. Apart from that, Nasi Kebuli dengan Ayam Masak Kapitan pun antara yang terbaik. Kacang Pool Larkin dan pencuci mulut terutamanya cheesecake. 




Nota tambahan, pengunjung yang berbuka di sini tak perlu risau untuk solat kerana tersedia kemudahan surau dan ruang wuduk yang selesa. Kawasan tempat letak kereta juga luas dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Kepada yang ingin berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan ataupun event company boleh hubungi :

Pn Hasmal  
019 2503090 / 012 2533973
En Azahari
019 2331351
Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #lamankayangan

11 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.