Cabaran 25 Hari Blogging : Kereta Idaman Saya

By farhanna jafri - 00:51


Masa kecil dulu memang berangan syok betul kalau ada kereta, boleh pergi sana sini tapi bila dah besar mula rasa nak menangis bila tengok maintenance kereta kadang boleh habis beribu. Kena pulak kalau bulan tu nak kena renew roadtax, tukar tayar, tukar minyak hitam memang pengsan. 

Tak ada maknanya nak jalan sana sini bila ada kereta. Makin berjimat ada lah sebab nak fikir minyak dengan tol. Nak fikir traffic jam dengan parking pun satu hal jugak. Baik duduk rumah je lah. 

Tapi ni sembang masa tengah sengkek. Bila berduit memang happy buat road trip sebab driving ni antara salah satu terapi diri. Nak pulak kalau boleh speed sampai 180 lepastu kena speed trap lepastu murung. T.T

Since suka sangat layan English series, memang selalu sangat nampak kemunculan Mustang so hati dup dap sekali la bila nampak pesen 1965 Ford Mustang Fastback 5-Speed. Design dia agak sexy and classic. Nak pulak kalau warna merah fuhhhh mengancam!



Nice kan? Tapi mampu tempek dekat dinding je lah gambar ni sebab harga sebiji pun dah cecah RM 104 ribu itupun belum tentu wujud lagi. Tskkkkk

Kereta idaman korang pulak yang mana? Jangan kata kereta nasional ketiga pulak, padam terus komen korang nanti.

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Tak pernah ada kereta idaman. Dulu zaman study bila org tanya, kita jawab, kalau berduit sikit aku nak viva je. Viva comel. Hahaha. Skrg bila org tanya, sy akan jawab, maigadddd kalau ada duit kompem aku p beli ford ranger!!! senang nak angkot2 barang hahahaa

    ReplyDelete
  2. mini cooper je sis. Sebab sedar diri sucks at driving haha

    ReplyDelete
  3. Mengidam mengikut kemampuan aje.

    ReplyDelete
  4. Kereta idaman rabia adalah PERODUA AXIA

    ReplyDelete
  5. Saya tiada kereta idaman sebab lesen kereta pun tiada T^T

    ReplyDelete
  6. 🚘🚗🚗🚘 idaman, ninja king 😊😊

    ReplyDelete
  7. wowww curlasss kereta idaman ! :D

    ReplyDelete
  8. wowwww ini sangat klasik. kalo x dapat own sbijik.. buat bergambar pun jadila. lepas tu yang jenis boleh bukak ataih tu perh..

    ReplyDelete
  9. Wow minat kereta klasik ye? Ford Mustang baru pun cun jugak

    ReplyDelete
  10. Akak pulak minat sangat pada honda civic tapi mampu tengok jea.. skrg nie my precious viva..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)