HATTAN 35 YEARS JOURNEY, KONSERT PENUH JIWA

Monday, 11 April 2022

HATTAN 35 YEARS JOURNEY, KONSERT PENUH JIWA | Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai. Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, personaliti baik dan pengalaman yang dimiliki meletakkan nama penyanyi dengan nama sebenar, Mohd shukri shahabudin ini pada kelas tersendiri. 

Dek kerana faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam. Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak tahun 1987. 

Hattan bakal mempersembahkan 22 buah lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan banyak lagi. Hattan yang gturut aktif sebagai pelakon sudah menghasilkan 11 album studio sejak 35 tahun lalu iaitu Nostalgia (1987), Hattan (1991), Antem (1992), Ana Permata Timur (1993), Mentor (1994), Satu Malaya Dah Tahu (1996), Biso Bonar (1998), Aku Dan Mentor (2000), Palestin Jangan Menangis (2002), Masterpiece (2007) dan Inderawala (2010). Selain itu, Hattan juga pernah bersama dengan band FRU (Five Rockers Union) yang menghasilkan album berjudul Kelahiran pada 1988. Beliau juga pernah menjadi penyanyi band Pratayuda menerusi album kompilasi War Rock I pada 1987.

"Ini bukan sekadar konsert saja malah mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan diceritakan sepanjang konsert itu berlangsung nanti. Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga yang akan disampaikan secara medley. Untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti akan saya nyanyikan keseluruhannya.' - Datuk Hattan

Tambahnya lagi, beliau sudah merancang konsert ini bersama MEM sejak dua tahun lalu namun tergendala akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020.

Dalam konsert Hattan - 35 Years Journey ini, Hattan akan diiringi barisan pemuzik hebat dan berpengalaman seperti pemain keyboard Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa'ang (perkusi). Selain itu, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu. 

"Saya adalah penyanyi yang penuh dengan jiwa. Dalam konsert ini tak perlu nak melompat-lompat. Zaman sekarang tak perlu lagi. Kenapa anda perlu datang ke konsert ini? Kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu. Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya sejak 35 tahun lalu.' - Datuk Hattan

Bercerita mengenai persiapan konsert, Hattan berkata dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan. 

"Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan hafal lirik lagu dengan baik. Alhamdulillah sejak kelonggaran SOP (Standard Operation Procedure) Covid-19, hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik.' - Datuk Hattan

Konsert Hattan - 35 Years Journey ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan merakamkan semula lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan M. Nasir seperti Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Gerhana, Tiara dan Padang Lalang. Idea merakamkan semula lagu-lagu Datuk M Nasir datang dari Hattan sendiri kerana semua lagu-lagu tersebut merupakan lagu kesuakaannya. Tambahnya Datuk M Nasir banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier Hattan sejak dulu hingga sekarang.

Tiket untuk menyaksikan konsert Hattan - 35 Years Journey anjuran MEM yang disokong oleh West Ipoh Span Expressway (WISE) boleh dibeli di laman web iLasso Tickets dengan pilihan harga berikut :

i. Upper Tier - RM188

ii. Silver - RM388

iii. Gold - RM488 

iv. Diamond - RM788 

v. Platinum - RM988 

Meriahkan K-pop Events Bersama Yoodo Dalam K-Leisure Session

Sunday, 10 April 2022

Minggu lepas dijemput oleh Yoodo untuk menghadiri sesi Yoodo K-Leisure Session bersama para Blogger dan beberapa wakil dari Yoodo untuk menceritakan tentang produk Yoodo, kelebihan pek telco dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Yoodo untuk beberapa acara yang berkaitan dengan dunia hiburan K-pop.

Terkejut juga masa dirisik oleh Yoodo ni sebab I pun baru je berjinak dengan dunia Kpop balik dan stan 2 boy group saja dan selebihnya jadi casual listener. But an invitation is an honour. Thank you so much Yoodo! 

Dari sesi briefing ni, I dapat tahu yang Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Yoodo juga merupakan telco pertama di Malaysia yang boleh diubah sesuai mengikut keselesaan dan kehendak pengguna. Kalau bulan ni nak guna data sebanyak 30mbps sahaja, pengguna boleh set sendiri kemudian bayar pada Yoodo dengan cara pembayaran tersebut : 

i. Kad kredit atau debit

ii. Perbankan atas talian

iii. Paypal

iv. Boost

v. Grabpay

vi. TnG eWallet

Kalau terlebih kuota pun tak perlu risau sebab Yoodo ada pelan Booster bila pengguna hanya perlu beli booster untuk Data / Panggilan / SMS untuk meneruskan penggunaan. 100% digital mobile service! Tak hairan lah Yoodo dapat pengiktirafan Best Product of The Year dua tahun berturut-turut untuk tahun 2020 dan 2021.

Kepada yang ingin mencuba khidmat telco Yoodo, anda boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo seperti berikut : 

1. 50 cawangan Blue Cube di seluruh Malaysia

2. EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia

3. BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia

4. Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Uniknya Yoodo memudahkan pengguna baru dengan kewujudan eSIM di mana ia adalah cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti kad SIM fizikal. eSIM sesuai digunakan dengan telefon pintar yang mempunyai Android dan iOS. Dengan hanya memuat turun applikasi Yoodo, pengguna boleh mengaktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM. 

Kelebihan menggunakan Yoodo dan kenapa pengguna terutamanya peminat K-pop perlu memilih telco Yoodo:

1. Pelan yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna. Anda boleh memilih kelajuan data, kuota hotspot, had panggilan dan juga SMS mengikut keperluan. 

2. Penggunaan 100GB selama 12 jam dengan hanya RM10

3. Perbaharui pelan telefon bimbit anda pada bila-bila masa tanpa risau tentang bayaran bulanan. 

4. Dapatkan ganjaran apabila anda beli ‘Add-On’ dan percuma 1 ‘Add-Ons’ dengan pembelian 10 ‘Add-Ons’. 

5. Pakej data khas yang memberi anda data berkelajuan tinggi tanpa ditolak dari pelan mudah alih asas anda. 

Selain menjadi telco dengan mempunyai kelebihan seperti di atas, Yoodo juga aktif bekerjasama dengan penganjur untuk acara K-pop, E-sports, Muzik dan Hiburan juga Sukan. 

Showing K-pop Some Love with #SARANGHAEYOODO

1. Hallyoodo

i. Concert Giveaways : Monsta x, (G)I-dle

ii. Special Screening : BTS documentary

iii. Contest : Lighstick Wars, BLINK Together With Yoodo, K-pop Kountdown 2021

iv. Stray Kids Cupsleeve Event - 2022

2. Album Giveaways

i. 21 March 2022 - Red Velvet : ReVeLuvs BETTER BE 

ii. 28 March 2022 – NCT Dreams : Glitch Mode

3. Voting Events

i. Kountdown – Vote for the best K-pop Act / Artiste of 2021

ii. Queendom Voting Event. Khas untuk pengguna Yoodo, anda berpeluang untuk menang album Brave Girls, Hyolyn, WJSN, LOONA, Kep1er atau VIVIZ dengan undi girl group kesukaan anda. Pemenang akan diumumkan di akaun rasmi Twitter - @yoodo

I macam tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Yoodo sebab banyak peluang untuk join dan menang ganjaran. Mana tahu in future Yoodo boleh buat Treasure Cup Sleeve Event atau tayang dokumentari iKON pula. Sebagai iKONIC dan Teume , peluang ni nampak menarik!

Nak bertukar kepada Yoodo pun mudah saja bila kita masih boleh kekalkan nombor lama dan berubah ke telco Yoodo. Lagi satu berita baik di mana Yoodo kembalikan pakej 20GB data internet dengan harga sebanyak RM20 (20/20 Monster Returns) kerana permintaan hangat dari pengguna. 

Pengguna baru boleh menggunakan kod rujukan unik anda dan terima ganjaran sebanyak RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Yoodo anda. Rakan yang menggunakan kod rujukan tersebut akan dapat ganjaran 7GB data percuma. Barulah syok nak layan lagu K-pop sama-sama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, manual pengaktifan, makluman mengenai promosi dan ganjaran menarik, sila layari laman sesawang Yoodo! Jangan lupa follow semua social media Yoodo di akaun rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk info terbaru. 

Thanks Yoodo for the K-Leisure Session's invitation and Yoodo box gift. Learn a lot from Yoodo and will be a part of you soon. Have a great weekend :)

Dinner Dengan Menu Sedap Bruce Dumplings, Paradigm Mall

Friday, 8 April 2022


Bahana tau kalau tengok variety show Korea sebab boleh craving benda yang susah nak dapat. Masa layan The sixth Sense, ada mi kuah soya yang terpaling sedap di Korea. Nak pergi Korea memang tak lah kan. Bila belek dekat Grab rupanya dekat Malaysia pun ada jugak. Nampak je restoran dia Muslim Friendly terus book order. 

Dekat Bruce Dumplings ni ada banyak juga lah pilihan mi dan dumpling. Sebab nak hilangkan craving, I pilih set Bean Soup Noodle Dumpling. Dalam set ni ada dua dumpling ayam dan kuah yang obviously lah diperbuat dari kacang soya. Ada teh lemon panas dan salted egg custard bun juga untuk pencuci mulut. 


Mee Tarik dia macam buat sendiri sebab halus dan kenyal, tak macam mi komersial. Bila makan tu rasa sedap kuah kacang soya yang pekat. Makan sampai tunduk muka sebab sedap sangat hirup kuah tu. Menu ni sesuai sangat makan masa musim panas terik sebab ramuan yang digunakan termasuklah cendawan. 


Bun yang dia bagi ni kecil je tapi bila makan dia pecah dalam mulut. Puas hati makan masa panas-panas tapi bahaya jugak lah sebab boleh melecur mulut dan mungkin minta satu lagi padahal restoran ni bagi satu je. T.T

Adik I pun pernah order Spicy Soup Dumplings Noodle dekat sini. Sedap jugak tapi dia punya level pedas boleh mengundang muka merah. Dia sedap tapi pedas, dia sedap tapi pedas know know finish! I dah order banyak kali dekat sini so sesiapa yang nak try mi kuah kacang soya macam mana boleh lah order dekat Bruce Dumplings. Selamat berbuka :)

Bought My First Treasure Album!

Thursday, 7 April 2022


First of all, I tak sangka I akan beli album Treasure. Let alone the album, sebelum ni tak layan sangat pun lagu Treasure. Semua bermula dengan lagu I Love You lepastu tak putus ulang lagu Going Crazy then Jikjin changed everything hahahaha

I beli album The Second Step: Chapter One dekat #pasarTreasure di Twitter. Satu album RM20 je which quite murah lah nak dibandingkan beli dari seller dekat Korea. Dalam album tu ada CD, lyric book dengan photobook. Group photocard tu pulak RM10. I pilih album second version sebab yang biru tu nampak macam buku sekolah hahaha


Kalau I beli dari seller dekat Korea, harga RM90.00 dengan delivery charge lepastu dapat photocard member yang tak digemari. My bias is Haruto and Hyunsuk so kalau beli dekat #pasarTreasure boleh lah pilih nak photocard siapa. Malangnya, photocard Haruto dengan Hyunsuk boleh mencecah RM100 sekeping sebab high demand. Tskkk silap cari bias. T.T

Happy pillsssss

Okay, back to the album. Dalam album Treasure - The Second Step: Chapter One ni ada 6 buah lagu sebab mini album je. One of the reason lagi berbaloi beli dekat #pasarTreasure instead of seller Korea. Not sure album ni mahal sebab ahli ramai ataupun rate YG Entertainment sekarang memang dah naik. Patutnya harga mini album setengah harga lah dari full album. 

1. Jikjin

Gara-gara Jikjin I beli album ni sebab main track best, B-side pun semuanya best. I dah sembang banyak pasal Jikjin dekat previous entry. Dekat sini I just wanna say congrats Treasure for all accolades and recognition you guys gain from Jikjin. Bukan setakat lagu malah choreo pun unik. I nak kata Best Song Of The Year macam awal lagi but let's hope Jikjin can hold longer than what we predict. 

2. U

Lagu comel yang menggunakan instrument piano sebagai intro mengisahkan tentang situasi dan perasaan jatuh cinta. Memang pilihan yang tepat bila Yedam yang nyanyi part intro sebab suara lunak dia dah tarik perhatian untuk dengar the whole song. 


Part yang paling I suka dalam lagu ni dekat rap 3 serangkai - Hyunsuk, Yoshi dan Haruto bila mereka bertiga yang karang sendiri lirik untuk rap verse. Comel bila Hyunsuk sebut director and actor sebab pronounciation dia unik sama macam dalam lagu Jikjin bila dia sebut no rules no jichim. Yoshi tambah lagi part comel tu dengan my heart goes du-du-du-du.

Because of you my heart dance
My lips continuously trembling
Yo, I'm already a director and actor (In my mind)
I'm 100% interested in directing this (With you)
In my drama, you are always next to me
For me, it's like a feeling of spring,
Your flowery scent passes by
So sweet, spread your wings
We gon' fly
Away and away we go-oh (Zoom, zoom)
When I see you, I falling in love with you, ooh
My heart goes du-du-du-du

Junkyu mungkin ada small part dekat dalam lagu ni tapi suara falsetto dia menguatkan lagu ni dan smooth transition antara Junkyu, Doyoung dengan Yedam antara highlight dalam lagu U. Selain bermain dengan konsep filem di bahagian lirik, Treasure juga menggunakan teknik akustik bersilih ganti dengan groovy funk melody. 

3. Darari

B-side yang mencuri perhatian ramai dengan genre R&B hasil gubahan Bang Yedam bakal muncul dengan music video rasmi bulan Mei nanti. Selain Jikjin, Treasure pertaruhkan lagu Darari sebagai Tiktok challenge. Siapa sangka lagu yang comel ni bawa tuah untuk Treasure sampai menang TikTok award. Treasure tak main-main lah bila diorang kata lagu dalam mini album ni digubah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Teume. 



Kalau Jikjin guna konsep kereta, kali ni Treasure guna konsep melodi dan not lagu dalam lagu Darari. Tak ada maksud pada perkataan Darari yang digunakan, cuma perkataan yang diwujudkan untuk sesuaikan dengan perasaan angau jatuh cinta terhadap crush. Sama juga dengan perkataan Bonita-nita yang digunakan dalam pre-chorus. 

Dararararari 
neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is Babe
neoreul wihan mellodi mellodi Yeah 
A melody melody for you, yeah
nega myujeunikka jal deureobwa play it
You are the muse, so listen carefully play it

Bahagian rap Haruto pun sexy bila dia kata 'Excuse me miss, I.L.O.V.E.Y.O.U.' tssskkk I.L.O.V.E.Y.O.U. too Haruto-kun! Dekat outro pun ada rangkap yang Yedam guna not lagu so la di fa sol untuk menggambarkan hati dia bernyanyi riang. 

♪ Boom chicky boom ♪
Can you feel my heartbeat
♪ Boom chicky boom ♪
gidarigo itjana
I’m waiting for you
♪ Boom chicky boom ♪

Pendek kata, lagu Darari tersangatlah comel dan dinyanyikan oleh suara-suara comel. Hopefully MV diorang nanti guna konsep comel macam dalam MV Everyday. 

4. It's Okay

This track will forever be one of my comfort song! Lepas lagu Slowmotion, My Treasure, Treasure perbanyakkan lagi lagu yang menaikkan semangat untuk Teume menempuh kehidupan yang perit ni. 

Even if the world turns its back on you
I'll be by your side.
Even if an unwanted night comes
I'll be your light.
Don't kneel down
Something I shout to you.
Putting a little hope in the song


Lagu yang menggunakan genre balada dan ketengahkan kekuatan vokal dan high note terutamanya Park Jihoon. Emosi yang dibawa tepat dan sesuai untuk tiup semangat menempuh hari esok. Finishing it with low note voice of Haruto is the cherry on top for It's Okay. 

5. Gonna Be Fine

Single track yang merupakan OST untuk web drama The Mysterious Class (2021) dimuatkan juga dalam album baru. Menggunakan runut balada untuk hadirkan elemen drama pada lirik yang menggambarkan persahabatan antara mereka semua. Vibe dia lebih kurang sama dengan It's Okay so bila dengar dua lagu ni berturut-turut, rasa melodrama tu pun mencanak. 

6. BFF 



Lagu terakhir dalam mini album The Second Step: Chapter One juga lagu tema yang digubah sendiri oleh Choi Hyunsuk untuk jadi lagu tema The Mysterious Class (2021). Bezanya, genre lagu ni lebih kepada pop dan guna vibe yang fun untuk cherish relationship diorang semua. 

Oh, jeo haneuri muneojyeo naeryeodo
Oh, even if that sky falls down
Meoljjeonghadeon ttangi kkeojindaedo
Even if the land that was fine is gone
Byeonhaji anneun yeongwonhan urin best friend
We will never change, we're best friends
Jigeumi gwageoga doeeogado
Even if now becomes the past
Al su eomneun miraega onda haedo
Even if the unknown future comes
Kkeuteopsi ieojineun chueogi doeeojugil
May it become a long-lasting memory

Konsep yang Treasure guna dalam MV pun santai jugak sebab release untuk celebrate Christmas. Suka dengar rap line punya signature dalam lagu BFF ni - "Yosh", "Ruto" dan "7chill". Sesuai sangat letak Junkyu dengan Doyoung yang jerit Best Friend Forever sebab suara diorang walaupun jerit kedengaran excited dan tak pecah. 

Sesuai lah susunan semua lagu dalam mini album terbaru Treasure. Guna Jikjin untuk tarik perhatian masuk dalam hati lepastu seal dengan lagu U kemudiannya Darari then comfort dengan lagu It's Okay dan Gonna Be Fine. Akhirnya bergembira dengan lagu BFF. Can't wait for the next album hihi

TREASURE - '직진 (JIKJIN)

Wednesday, 6 April 2022


Tahun 2022 dimulakan dengan comeback album oleh Treasure dengan taruhan main track - Jikjin.Vibe Jikjin lebih kurang sama dengan lagu Boy, I Love You dan Going Crazy yang menggunakan genre rock hip-hop so tak ambil masa yang lama pun untuk suka. Simply said, I'm a YG stan. No wonder lah Hyunsuk merayu dekat YG supaya Treasure dapat nyanyi lagu Jikjin untuk comeback album diorang sebab dia rasa lagu ni addictive dan catchy. 

Lagu Jikjin (jalan lurus) berkonsepkan pemanduan kereta so tajuk lagu dan lirik terikat dengan konsep tu. 'Pedal to the metal, ho!' manakala part hook dari Junkyu (Oohh, oohh, oohh) tu melekat dalam kepala dan jadi repetitive factor. Rap verse dari Hyunsuk antara fav I sebab suara dia unik dan lirik dia guna metafora untuk situasi percintaan dia:

Geunyang jikjin no rules, no jichim
Just go straight no rules, no guides
(oh god)
Nae gamjeonge gireumeul bueo
Add fuel to my emotions
Simjang enjineun deobeullo go vroom
Double for my heart engine go vroom - Jikjin,2022



Sama juga dengan part Jeongwoo dengan Yedam bila diorang nyanyi verse You’re the one gidaryeowasseo.... tu sebab lirik menarik, guna high note dengan suara lunak dan build up emotion sampai part chorus. They did great for this part. Mashiho dengan Doyoung pun capture emotion yang sama dekat bahagian bridge walaupun cuma guna low note. Kedengaran seksi dan menonjolkan elemen assurance dari Treasure. 

I'm glad Teddy bukan lyricist untuk Jikjin sebab I tak suka lirik dalam kebanyakan lagu ciptaan dia sebab lirik asal ada je. Hold no substance at all haaa gittewww. Lirik untuk bahagian rap dikarang sendiri oleh ahli Treasure - Hyunsuk, Yoshi dan Haruto. Rap part Yoshi menarik perhatian sebab sama dengan part Lisa dalam lagu How You Like That - "I don’t have a choice. Wassup?". Ada bau YG Family dekat situ. 


Masa Jikjin keluar haruslah I ulang banyak kali MV dia sebab cantik sangat plus YG guna visual teknik yang unik bila dia buat heart beat choreo dekat part Jaehyuk dan Jeongwoo lepastu berpusing sampai lah masuk pre-chorus. Panorama view masa 12 orang berbaris lurus dekat bahagian outro tu pun cantik! Berbaloi lah YG Entertainment spent 500 juta won untuk music video Jikjin ni.

Tertarik dengan Yoshi sebab handsome teruk untuk comeback ni. Dia pula teruskan generasi hairstyle warna merah lepas DK buat masa Kingdom. Hyunsuk pun handsome dengan rambut pendek, keluar dari kebiasaan dia. I suka dengan jacket dia sebab unik dan stylish. Junkyu je macam nampak biasa sebab guna jacket ala varsity. Patutnya stylist bagi leather jacket untuk dia supaya nampak terletak dekat badan since posture dia cantik. 

Sembang bab marketing, YG Entertainment memang all out promote Jikjin dan buat hashflags dekat Twitter. Hashflags dia unik sebab guna simbol Treasure tapi ada anak panah tunjuk straight 


Happy gila bila iKON support Treasure dengan buat performance cover untuk lagu Jikjin sebab JuNe nyanyi part Jaehyuk - 'I'm on fire...' tu sampai terngiang dekat kepala. Main vocal for a reason. Dekat hujung video Treasure join iKON dance sama-sama. Awww my hearteuuu~~



Cover performance ni memang special for both fandom Teume dan iKONIC sebab ramai ahli Treasure pun iKONIC tegar macam Asahi yang pergi audition dekat YGEX sebab terinspirasi untuk jadi star lepas tengok performance Bobby dekat konsert. Sama juga dengan Yoshi yang tampal gambar Bobby dekat studio dia. Jeongwoo yang perform lagu Love Scenario masa assessment untuk YG Treasure Box. 

My only complaint for this song, kenapa koreografi lagu ni buat frizzy sign masa part Jikjin padahal maksud jikjin tu jalan lurus? 


LIRIK LAGU JIKJIN 
Artist : Treasure
Composers : CHOICE37, LP, Sonny, Future Bounce, HAE, Se.A, Hyunsuk, Yoshi, Haruto
Arranger : Future Bounce, LP, Choice37

Japil deut japiji anneun singiru gata neon
You’re like a mirage that is almost within my grasp
Woo woo woo woo woo woo
Wol hwa su mok geum to il ne saenggage nan michyeoga
I’m going crazy everyday thinking about you
I’m addicted to your love

I’m on fire
Bulbuteun I gamjeong meomchul sun eopseo
I can’t stop this burning heart
Gipge ppajyeo
Deep into it
Cheoncheonhi ne ane jamgigo sipeo
I want to slowly fall into you
Igeon jungdogiya
This is addiction
I just can’t get enough
Nan neoreul hyanghae divin’ jeonbu orin
I’m divin’ and all in to you
Heeonal su eomneun kkeullim
I can’t get out of this attraction

Pre-chorus
You’re the one gidaryeowasseo
You’re the one that I’ve been waiting for
Barabolsurok areumdawo
The more I look at you, the more beautiful you are
You’re the sun garil su eopseo
You’re the sun, so I can’t hide you
Du nuni meoreodo
Even if I lost my sight

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin
Pedal to the metal hoo!

Rap : Haruto
Neoegero jikjin sarange michim
Go straight to you I’m crazy in love
Dareun nyeoseokdeureun ssak da bikira
Everyone else, get out of my way
Donge beonjjeok natanan nae banjjok
My other half showed up in the east
Geu nunbusin useume hollyeo
I fall in to the dazzling smile

Rap : Yoshi
Nan yeoneu gilchiwaneun dareum
I’m different from those who get lost easily
Heotdidiji anneun balgeoreum
A step that won’t go wrong
Imi jeongdabeun neo jeonghaejyeo
The answer is already decided on you
Eojjeol su eopjana wassup!
I have no choice wassup!

Rap : Hyunsuk
Geunyang jikjin no rules, no jichim
Just go straight no rules, no guides
(oh god)
Nae gamjeonge gireumeul bueo
Add fuel to my emotions
Simjang enjineun deobeullo go vroom
Double for my heart engine go vroom


I’m on fire
Bulbuteun I gamjeong meomchul sun eopseo
I can’t stop this burning heart
Gipge ppajyeo
Deep into it
Cheoncheonhi ne ane jamgigo sipeo
I want to slowly fall into you
Igeon jungdogiya
This is addiction
I just can’t get enough
Nan neoreul hyanghae divin’ jeonbu orin
I’m divin’ and all in to you
Heeonal su eomneun kkeullim
I can’t get out of this attraction

Pre-chorus
You’re the one gidaryeowasseo
You’re the one that I’ve been waiting for
Barabolsurok areumdawo
The more I look at you, the more beautiful you are
You’re the sun garil su eopseo
You’re the sun, so I can’t hide you
Du nuni meoreodo
Even if I lost my sight

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin

Bridge
Can’t nobody see us urin haneul wiro
Can’t nobody see us we’re up in the sky
Bonneungman ilkkaewo iseongeun jeo dwiro
Only awake the instincts, reason doesn’t matter
We gon’ ride sorichyeo jigu kkeutkkaji deullige
We gon’ ride shout out to the end of the earth
Nae son kkwak jaba no turning back
Hold my hands tight no turning back

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin

Don’t stop amman bogo dallyeo doljin
Don’t stop just look forward and rush
Oh let’s go
Pedal to the metal hoo!
Won’t stop just look forward and go straight
Won’t stop amman bogo dallyeo jikjin
Oh let’s go
Neoegero jikjin
Go straight to you