Guna Dialek Kelatan, Filem Seram Komedi ‘Hantu Mok Joh’ Gabungan Unsur Moden Dan Tradisional Dengan Gaya Kreatif | "Amerul Affendi Cabar Diri Bawa Watak Menari Mak Yong” 

Filem  mahupun  drama  yang  mengetengahkan  dialek  Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia, seperti filem No.1 terlaris Di Astro First, ‘Mael Totey The Movie’, telefilem yang pernah tular tahun 2018, ‘Pok Ya Cong Codei’, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, ‘Bunohan’ dan banyak lagi. Terbaru, sebuah lagi filem dengan dialek Kelantan yang mengetengahkan genre seram komedi, HANTU MOK JOH bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. 


Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.  Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh)  dan Aloy Paradoks (Heri)  sebagai  teraju  utama.  Menariknya,  Amerul  Affendi  sekali  lagi  mempertaruhkan  bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton.


Selain  itu,  filem  ini  turut  dibintangi  oleh  pelakon-pelakon  kelahiran  negeri  Cik  Siti  Wan  Kembang tersebut,  seperti  Aprena  Manrose,  Kamarool  Hj.  Yusoff,  Amir  Raja  Lawak,  Hushairi  Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.  

Tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton. Antaranya, menerusi watak-watak  masyarakat  komuniti  yang  mudah  percaya  pada  sesuatu  berita  tanpa  memeriksa kesahihan sumber; warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda; sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya; suka melepak serta membuang masa; dan banyak lagi. 


“Hantu Mok Joh merupakan  filem  pertama  terbitan  Kentang  Hijau  Universal  Production  dan idea  asal  oleh  pengarah  filem  ini  sendiri,  Asri  Baq’U.  Pihak  kami  cuba menampilkan  kelainan  dengan  menggabungkan  elemen  seni  moden  dan tradisional.  Tambah  menarik,  dialog  filem  ini  mengangkat  budaya  Kelantan dan  memaparkan  kisah  kehidupan  masyarakat  setempat  yang  amat  dekat dengan  kita.  Menerusi  filem  ini  juga,  kami  cuba  membariskan  gabungan  pelakon  berbakat  dan ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial bagi menjayakannya. Manakala skrip yang ditulis oleh Engku Seri  Kelantan  dan  Aloy  Paradoks  bukanlah  dialog  semata-mata,  tetapi  turut  menyelit  mesej-mesej tersirat dengan unsur pengajaran. Dengan kehadiran Hantu Mok Joh ini, kami mengharapkan filem ini bukan sahaja dapat menarik penonton di pantai timur sahaja, tetapi seluruh penonton Malaysia, dan terutamanya pencinta seni.” - Penerbit Eksekutif Filem Hantu Mok Joh, Udin Sham berkata, 


pula  menyatakan,  “Sebagai  sebuah  platform  yang mempersembahkan filem-filem tempatan kepada penonton Malaysia, kami bukan sahaja bertanggungjawab mengetengahkan karya yang mempunyai nilai hiburan dan jalan cerita yang baik, malah turut mengutamakan nilai budaya  dan  estetika.  Kelainan  Hantu  Mok  Joh  berbanding  filem  seram komedi  yang  lain  adalah  ia  diwarnai  dengan  unsur  seni  tradisional  seperti  Mak  Yong,  dikir  barat, patung  wayang  kulit,  dan  ini  sekali  gus  membuktikan  seni  warisan  boleh  dimartabatkan  menerusi filem  moden  dengan  gaya  kreatif.  Kami  harap  kehadiran  naskhah  ini  mampu  memperkasakan  lagi filem-filem yang menonjolkan  budaya lokal, di samping dapat menghiburkan penonton.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad  


Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu  makhluk  yang  dikatakan  sebagai  hantu  Mok  Joh.  Kedai  Kopi  Pok  Heng  yang  selama  ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.  


Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari)  secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

Chocolate Chip Melon Pan Family Mart

Perangai bertebiat boss kecik sekarang suka cakap 'Surprise Me' kalau tanya nak kirim pape tak bila pergi Family Mart. Lepastu bila tak surprise I lah jadi mangsa kenaa makan Chocolate Chip Melon Pan Family Mart ni. 


Tak pernah tergerak hati nak ambil Chocolate Chip Melon Pan Family Mart ni sebab kadar gula di bahagian atas tu mengerikan. Dah macam lori gula tertumpah pun ye jugak. Macam mana diorang boleh terfikir nak wujudkan menu ni entah. 


Dekat bahagian atas roti tu ada limpahan gula dengan chocolate chip. Inti dalam pula kaya dengan coklat dan cip coklat bersaiz besar. Sebelum makan roti ni pun ambil tisu buang semua gula dekat atas tu sebab banyak satu hal, manis satu hal lagi. Itupun tak berjaya buang semua sebab gula dia dah melekat dengan roti then redho je lah makan sampai habis. 

Harga roti ni murah lah RM3.50 tapi berbaloi ke kembang tekak sebab manis sangat bila makan? Kalau yang suka makanan manis mungkin bahagia lah makan Chocolate Chip Melon Pan Family Mart. Rasa dia sedap je tapi seram tengok gula tu.

Bye Bye Team Liti RRM Oasis!

Bye bye bukan sebarang bye bye lah sebab tengok muka diorang happy je pergi tempat baru. Tahun 2022 ni RRM Oasis makin berkembang bila makin banyak file litigation masuk menjengah. Masa join RRM tahun 2019, ada la dalam 10 file macam tu. Sekarang ni tak putus masuk baik dari klien sedia ada ataupun yang baru. 


Kalau ikutkan perancangan asal, conveyancing yang nak berpindah ke sini tapi tak jadi so litigation team lah yang ambil alih training centre RRM ni. Memandangkan Omicron dah makin berleluasa, managing partner suruh pindah cepat sikit supaya Oasis tak sesak sangat. As for now dekat cawangan Petaling Jaya dah ada 16 orang dah. Ni pun tengah tunggu beberapa kekosongan diisi, boleh mencecah 20 orang juga dekat sini. Dah seramai warga RRM di HQ dah. 


Training centre ni dah lama dibiarkan kosong sejak pandemik sebab tak boleh buat apa-apa kelas atau training class macam sebelum ni. Masa PKP tu ada beebrapa furniture besar dibawa masuk ke sini. Makin lama makin banyak barang dekat sini. Sebelum litigation team nak berpindah ke sini, Kak Nora just tambah printer machine, upgrade internet sesuai dengan kerja-kerja office dan laminate wooden flooring di bahagian tangga. 


Nampak cantik dan kemas lah area tangga ni cuma dinding je lah kotor sikit sebab bangunan ni berkongsi lagi 2 unit. Nak cat pun kena minta approval owner dulu. 





Semenjak litigation team berpindah ke Dataran Ara Damansara ni belum sempat nak berkunjung ke sana sebab busy dekat oasis. Sebelum team litigation berpindah rasa macam ramainya dekat office ni, kemain riuh-rendah suara memasing tambah kalau time lunch hour ataupun lepas pukul 6. Sekarang ni sunyi je sebab ada 6 orang itupun managing partner jarang masuk sebab busy meeting. Runner pun jarang ada dekat office. 

Nak buat makan-makan pun dah tak meriah macam dulu dah. Jangankan makan-makan, waktu makan biasa pun rasa sunyi je office tu. Hopefully cepat lah kekosongan jawatan kat firm ni terisi supaya meriah balik haha. 

Dinner dengan Pasta Beats, Kota Damansara

Dekat area rumah memang susah nak cari makanan western yang sedap. Dulu ada tapi makin lama makin tak sedap. Lagipun kebanyakan restoran hidangkan menu yang sama. Spaghetti carbonara ataupun bolognese, chicken chop ataupun chicken grill. Bosan bukan? 


Bila belek dekat GrabFood ternampak Pasta Beats di Kota Damansara. syoknya guna Grab selain harga delivery yang lebih murah dari Foodpanda, haruslah sebab dia pergi jauh dari kawasan sekitar. Macam rumah I dekat subang Bestari tapi GrabFood explore sampai ke Sungai Buloh. 

Pasta Beats ni terletak di The Strand, Kota Damansara dan mempunyai cawangan lagi satu di Cyberjaya. Selain GrabFood, Foodpanda, Pasta Beats ada juga di ShopeeFood. 


Untuk dinner masa tu kitorang order Supremely Spicy Mac and Cheese Seafood dengan Spaghetti Carbonara with Beef Bacon. In split jugak masa tu sebab Pesto Grilled Chicken dia nampak sedap jugak tapi malas pulak makan ayam. Dah jelak sebab weekdays pun semedang makan ayam. 

Harga untuk satu menu ni agak mahal sikit lah nak bandingkan dengan restoran lain. Tapi tengok dekat rating dan review nampak semuanya letops so tak salah kot labur sikit demi kepuasan dan kebahagiaan. 


Masa order sampai tu macam sedih lah jugak sebab packaging dia saiz kecil je. Tapi bila buka tengok dekat dalam lepas gaul semua macam yakin boleh kenyang sebab dia mampatkan dalam bekas tu. Bila pegang terasa lah jugak beratnya. 

Bila dig in, boleh nampak cheese melimpah dekat macaroni tu. Seafood pun besar dan tak pakai seafood frozen. Yang tak syoknya seafood semua dibakar sampai garing especially udang dia. Mungkin sebab taknak air seafood tu rosakkan tekstur mac and cheese kot. 


Carbonara Beef Bacon pun sedap sebab creamy walaupun gravy tu tak bersalut pada pasta dan nampak sedikit kering dari biasa. Lepas makan dua menu ni memang tersandor le cerita dia. Tak faham kenapa tagline Pasta Beats ni 'When the taste drops, the beats starts kickin'? Taste dia tak drop even sampai ke suapan terakhir, music pun tak muncul lepas dah habis makan. Betas tu maksudnya happy beats dalam kepala otak kita ke cemana? 

Anyway, lepas ni boleh lah order lagi dekat Pasta Beats ni kalau craving nak makan makanan western yang dap dap! 

SHOPEE Meraikan Rakan Penghantar Barangan dan Makanan Menerusi #ShopeeDeliversLove

Tuesday, 15 February 2022

Kakitangan Shopee Malaysia hari ini meraikan rakan penghantaran barangan dan makanan menerusi kempen khas #ShopeeDeliversLove. Kempen yang berlangsung bersempena Hari Kekasih telah dilaksanakan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang dihadiri oleh pelbagai lapisan kakitangan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan rakan penghantaran ShopeeFood dan rakan kongsi penghantaran Shopee.

Selain kakitangan Shopee Malaysia, kempen itu turut menerima penyertaan orang ramai di mana pengguna mencalonkan penunggang kegemaran mereka dan berkongsi mengenai cerita penghantaran di media sosial. Memandangkan penunggang penghantaran biasanya tidak mempunyai hari cuti tetap, seorang pelanggan berkongsi pengalaman yang menggembirakan dengan penunggang penghantaran ShopeeFood semasa Tahun Baharu Cina, “Ketika itu hujan renyai-renyai dan kami bimbang dia akan terperangkap dalam hujan. Bagaimanapun, Zuhair bukan sahaja menghantar pesanan makanan kami tepat pada masanya, malah beliau sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dengan senyuman cerah,” petik Yong.

“Terima kasih Yazid kerana tidak berputus asa untuk menjalankan tugas sebagai Abang Shopee Express. Usaha anda untuk memastikan setiap pengguna Shopee setia bersama kami, amat kami hargai. Pen merah, pen biru, Abang Shopee we love you.” - Aishah, pelanggan ShopeeFood

Manakala bagi Faiz beliau mengujar, “Thank you Hafizan kerana menghantar makanan ShopeeFood yang dipesan pelanggan. Kami kagum dengan dedikasi Hafizan untuk menampung 2 pekerjaan bagi menyara hidup keluarga Hafizan, memang terbaik!,”

“Penunggang penghantaran memainkan peranan penting dalam persekitaran ekonomi hari ini. Memandangkan perniagaan kembali membuka kedai fizikal mereka, rakan penghantaran membantu dalam menghubungkan perniagaan dan pengguna dengan menghantar makanan dan barangan. Tugas itu datang dengan banyak cabaran seperti hujan dan lalu lintas yang sesak tetapi mereka selalunya sangat berdedikasi untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna kami. Kami berharap dengan #ShopeeDeliversLove, kami dapat meraikan penunggang dan rakan kongsi penghantaran kami serta berkongsi bahawa kami menghargai dan mengambil berat tentang mereka.” - Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Shopee #ShopeeSapotLokal, kotak hadiah yang diberikan kepada setiap penunggang mengandungi keperluan seperti powerbank, pemegang telefon, coklat, baju hujan dan beg pinggang, yang semuanya diperoleh daripada pembekal tempatan.

Nikmati tawaran istimewa Hari Valentine daripada Shopee juga pada bulan ini. Manjakan diri anda dengan potongan RM6 dengan perbelanjaan minimum RM28 di Starbucks apabila anda memesan di aplikasi ShopeeFood. Tawaran sah pada 14 Feb, 21 Feb, 28 Feb, 7 dan 14 Mac 2022.

Ingin menghantar hadiah kepada seseorang tetapi tidak tahu apa yang perlu diberikan? Manfaatkan kempen Send A Gift Card 13 - 14 Feb 2022 ini dan terima potongan sehingga RM2 untuk setiap baucar yang dibeli. Semak baucar yang tersedia di  Shopee Gift Card.