Pengalaman Jadi Pesakit Covid Kategori 2A

Tuesday, 22 March 2022

Awal bulan Mac satu office terkejut sebab dapat tahu ada staff positif. Simptom paling jelas sekali, sakit tekak. Dari dia, berjangkit kepada yang lain. Hari Selasa, 8/3/2022 tu I demam panas so mintak MC dan tak syak langsung demam sebab covid since my test pagi tu negatif. Lagipun petang Isnin tu kena hujan then terpaksa duduk bawah aircond dekat Starbucks sebab blok bangunan blackout gara-gara masalah wiring. 


Petang tu lepas mandi then ternampak test kit pagi tadi berubah dua line padahal I biar dari tengahari memang stay satu line je. So buat test lagi sekali, terang benar garisan dekat T tu. Patutnya masa tu I bagitau HR dan update MySejahtera 9/3, baru la tempoh kuarantin lama sikit hahaha. The reason I terus update on 8/3 sebab I tak ada MC so nak elakkan dari gaji dipotong, I update je lah 8hb. 


Bila dah update MySejahtera terus dapat Home Isolation order. Disebabkan simptom demam panas, sakit tekak, sakit kepala dan batuk, I masuk kategori 2A. Tak perlu pergi ke CAC dan I memang malas nak pergi CAC sebab yang paling dekat pun dekat Kota Damansara. Mana larat nak drive masa tu sebab demam teruk jugak. Malam paling teruk sebab sejuk. 


First day menggigil sampai tak boleh tidur walaupun dah makan panadol dengan vitamin C. Masa kena ni I makan panadol biasa je sebab ubat dah banyak habis stok. Oximeter pun sama. I ada batuk tapi tak teruk. Ada masa nak batuk, dia batuk haa gittewww. Sakit tekak paling teruk above all symptoms, dah serupa api tersangkut dekak tekak je rasa dia. Nak minum air pun seksa. 

Hari kedua demam dah kurang, sakit kepala pun dah reda lepas satu kotak Cool Fever habis. Sakit tekak still teruk so tak banyak bercakap. Baring je dalam bilik sebab tak larat nak buat apa pun. Nak tengok movie pun tak larat. Nak pulak tengah period, melayan senggugut je lah cerita dia. 

Hari ketiga demam dah reda banyak lepas makan Panadol biru. Pepagi lagi dah buat yoga lepastu sunning. Tapi dapat pulak mesej dari KKM siap kena pergi CAC terdekat. Eh memang tak lah nak pergi CAC tengah sakit macam ni. 


Bila check link yang KKM bagi tu kena pergi CAC sebab ada gejala macam dalam poster ni.


I tak ada langsung mana-mana gejala yang KKM senaraikan, lagi lah I malas nak layan. KKM siap call lagi suruh datang. Bila check balik Things To Do dekat MySejahtera baru la faham kenapa. I submit Health Assessment sekali je sehari padahal kena dua kali. Dah la tu, bacaan BPM dengan oxygen tak ada langsung. Nasib baik kawan merangkap jiran blok sebelah ada oxymeter. Boleh la pinjam sementara tengah kuarantin. 


Dah settle submit oxygen dengan bpm reading baru lega nak layan Treasure Map (2020). Actually I nak baca novel tapi lepas baca 3 bab novel Tabu terus I campak ke dinding like literally campak ke dinding bcs main character dia mintak penampar. Memandangkan I sakit dan tak boleh stress sepanjang kuarantin I avoid untuk baca something yang bodoh untuk dicerna. 

Hari keempat dah lega demam dan sakit kepala tapi selsema dengan batuk pula. Panadol biru memang membantu sangat sebab selsema dengan batuk bertahan sehari je. 


Since sakit tekak, batuk dengan selsema masih ada, I masih lagi dalam kategori 2A. Masa dalam tempoh kuarantin ni seram jugak lah untuk tidur atau bergerak aktif sebab jantung tiba-tiba laju. Sebab tu pepagi dah buat yoga untuk bantu pernafasan. Kerap juga buat breathing technique yang doctor share dekat TikTok. Setiap kali I bagitau I sakit tekak mesti ramai yang suggest minum air rebusan bunga cengkih. Eh memang tak lah nak minum. Bau dia pun dah buat pening kepala. The best remedy haruslah makan aiskrim vanila. Setiap malam sebelum tidur I makan satu cawan aiskrim vanila. 

Malam memang susah nak tidur ataupun terkejut masa tidur sebab kena tidur sorang-sorang dalam bilik haha. So setiap malam sebelum tidur I akan pasang playlist Joox. Thanks to Joox I berjaya discover lagu Unpainted Canvas - Wonpil. Jatuh cinta dengan lirik dia sebab inspiring sangat untuk teruskan hidup. 

Btw I'm sorry if you guys are expecting yang I akan buka playlist surah Al-Quran lol you guys tengah baca blog niche entertainment with Korea/Bollywood theme hshshs

Hari kelima, keenam dan ketujuh I dah sihat sepenuhnya dan berubah status kepada Category 1 tapi I refuse untuk masak sebab I malas. Sepanjang kuarantin tu either order dekat Grab, Foodpanda ataupun adik I masak. I tak kuarantin seorang sebab adik I pergi update dekat MySejahtera yang dia ada batuk gara-gara bosan dekat office. Padan muka kena kuarantin sekali padahal dia memang dah lama batuk even before I positive lagi. 

Lepas kena covid I masih lagi ada kahak tapi tak batuk which is good and feeling grateful too sebab I tak suka batuk. Nak tidur susah, nak makan pun susah kalau batuk. Tidur sometimes okay, sometimes tak tapi kena tidur tinggikan kepala untuk elak sesak nafas. Mengah atau cepat penat tu tak ada lagi setakat ni tapi harapnya tidak lah. Kalau boleh dah tak nak kena dah tapi kalau terkena lagi hmm redho je lah kot. 

Resipi | Sotong Ala Thai

I dah lama tak update pasal resipi sebab dah lama tak masak pun sebenarnya. Minggu lepas tengok bahan dekat dapur ada yang boleh follow resipi simple dan mudah ni jadi simpan kat sini lah. Menu Sotong Ala Thai ni yang terpaling senang lah kalau sejenis yang pemalas. 


Bahan-bahan : 

Bahan A 
- Sotong (dikelar)

Bahan B : 
- 10 biji bawang putih
- 3 biji cili hijau
- 3 biji cili merah

Bahan C :
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil garam
- 4 biji limau kasturi / 1 biji limau nipis
- Daun ketumbar (ikut suka)

Cara-cara penyediaan :

1. Sangai Bahan A. Ada orang suka rebus, ada yang suka bakar, ada yang masak atas kuali then 5 minit kemudian letak minyak. So untuk sotong, ikutlah cara masing-masing. I suka sangai sebab tak payah letak minyak, acah-acah healthy lepastu air sotong yang keluar tu boleh masuk dalam bancuhan sos nanti.

2. Tumbuk bahan B dalam lesung batu. Actually bahan B tu I adjust ikut tekak sendiri since sakit tekak lepas kena Covid-19 tak hilang lagi jadi tak boleh makan pedas sangat. Kalau jenis suka pedas gila, guna je lah cili padi merah menyala tu. Lagi cantik guna cili padi je. Kalau guna cili merah besar tu tak cantik lah kejadiannya, tu je. 

3. Prepare Bahan C dan masukkan sotong dalam bekas untuk dihidang. 

Tu je lah cara dia. Mudah je kan? 

Enam Selebriti Bertopeng Mara ke Pentas Separuh Akhir, Say Bye Bye to Bujang Senang!

Saturday, 19 March 2022

Lapan minggu sudah berlalu, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim kedua The Masked Singer Malaysia!

Minggu kelapan yakni suku akhir program yang pernah menjadi ‘trending’ di portal media telah menyaksikan tiga selebriti – Raja Semut, Si Merak dan Bujang Senang – di ‘bottom three’. Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 82.00%, identiti penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi di sebalik kostum Bujang Senang terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens kerana tersingkir.

Menurut Sabhi Saddi, antara taktiknya untuk mengelirukan para juri adalah dengan menggunakan suara yang serak ketika menyanyi. Malangnya, dia tetap kantoi. “Bila orang dah kenal saya lama, orang tu pasti akan kenal saya. Saya kenal Paknil dah lama, jadi dia tahu saya punya kelebihan dan kelemahan”, katanya apabila diteka tepat oleh para juri. Namun, si nakal Bujang Senang ini rasa sangat bersyukur kerana akhirnya dia sampai juga ke minggu suku akhir.

“I’ve tried my best dan setakat itulah rezeki saya di sini”, tambah Sabhi Saddi.

Di kalangan para juri pula, Zizan Razak meraih satu lagi markah dengan tekaan tepatnya, lantas menjadikannya juri dengan markah paling tinggi setakat ini, diikuti oleh Aznil Hj. Nawawi yang juga dapat meneka dengan tepat.  Si bijak dan si dekan tetap menjadi juri yang kekal di tangga teratas.

“Hei.. itu adik aku lah!”, kata Aznil Hj. Nawawi apabila dia seorang sahaja yang dapat meneka klu Sabhi Saddi, iaitu dengan menggunakan tarikh lahirnya sendiri. Memang betul si dekan ye!

Sementara itu, minggu kelapan menyaksikan Seladang, Orkid dan Burung Hantu berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 92.67%, 89.33% dan 89.11%. Dengan pemergian Bujang Senang, hanya enam selebriti di sebalik topeng Seladang, Orkid, Burung Hantu, Rambutan, Ratu Semut dan Si Merak mara ke minggu separuh akhir.


Siapakah yang bakal merebut gelaran sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua? Ikuti program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.