Movie Review | AI Love You (2022)

Saturday, 19 February 2022


Director : David Asavanond, Stephan Zlotescu
Writer : Philip Gelatt, Ratapong Pinyosophon, Stephan Zlotescu
Cast : Pimchanok Leuwisetpaiboon, Mario Maurer, Sahajak Boonthanakit
Production Company : Film Cube, PUNKCITY PRODUCTIONS
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 95 minutes
Release Date : 15 February 2022
Trailer :


Berlatarkan kehidupan futuristik di mana manusia mula menggunakan sistem AI dalam kehidupan mereka dan mewujudkan bangunan AI. Setiap AI mempunyai nama tersendiri dan membantu melancarkan kerja manusia. Sama juga Lana (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang berkawan rapat dengan AI bernama Dob. 

Bagi Dob, Lana adalah cinta hati dia walaupun Lana menepis perasaan tersebut kerana AI tak mempunyai hati. Mana mungkin AI boleh faham tentang cinta. Pada usia Lana yang lengkap serba-serbi, dia mengikut saranan rakan baik dia untuk keluar mencari jodoh melalui blind date. 8 orang yang datang kesemuanya mengecewakan terutamanya Bob (Mario Maurier). Kacak tapi asshole. 


Kebetulan, Bob adalah freelancer IT dan dipanggil untuk baik pulih Dob. Peluang keemasan untuk Dob bila dia dapat masuk ke dalam badan Bob kemudiannya berpasangan dengan Lana. 

Naskhah AI Love You adalah platform reunion kepada Mario Maurier dan Pim selepas 12 tahun bekerja dalam filem A Little Thing Called Love (2010). Semua aktiviti promosi lebih banyak menggunakan modal reunion berbanding isi ceritanya. Maknanya apa? Maknanya jalan cerita dia lemah. 


Salah satu babak dalam filem AI Love You mentioned tentang sistem AI di Thailand adalah yang paling bagus di dunia tapi bila tengok Dob dalam badan Bob nampak macam dangkal benar. Mungkin ada beberapa skills yang boleh Dob serlahkan tapi dia tak mampu adapt serta-merta sedangkan dia hidup seperti manusia cuma tak ada jasad. 

Macam mana movie ni boleh claim AI diorang paling bagus sedangkan Hong Kong dah cipta Sofia, manusia AI yang pertama di dunia pada tahun 2016? Watak hackers yang dimasukkan pun tak membantu penceritaan. Sama juga dengan pemburu AI yang muncul untuk hapuskan Dob. Kalau ada pemburu bertaraf professional maknanya dah banyak kes AI masuk dalam badan manusia? I don’t know what is worse, human or AI?


Dari zaman sekolah sampai sekarang memang suka sangat dengan filem A Little Thing Called Love (2010). Boleh kata Pim dengan Mario adalah pasangan ikonik untuk remaja zaman 90-an. Malangnya dalam movie AI Love You ni tak nampak pun kemesraan yang cuba dipaparkan melalui Lana dan Dob. Mungkin both of them tak selesa dengan watak masing-masing ataupun penulis tak bagi peluang untuk mereka berdua develop chemistry tu. I just can’t feel it. 


Dan kalau kita tak boleh nak rasa chemistry tu, feeling nak layan pun entah ke mana. Masuk second half dah mula jelak dengan setiap babak Lana dan Dob / Bob. Macam mana rahsia Dob terbongkar pun nampak lemah sangat. Kenapa Lana teragak-agak untuk terima cinta Dob pun merepek. Konflik yang sengaja diwujudkan untuk masukkan elemen drama. Tunggu bila cerita nak habis je lepas tengok scene tu. Filem ni mungkin lebih menarik kalau Dob merasa perasaan cinta yang Lana maksudkan tu bukannya belajar jadi manusia macam budak baru lahir. 


Idea tentang AI masuk dalam badan manusia sebab cinta tu dah best dah tapi sub-plot dan execution tu terlampau lemah. Movie AI Love You bukan movie yang pertama hidangkan kisah cinta robot dan manusia jadi tak faham lah kenapa penulis tak mampu kembangkan dengan baik. 

Lepas tengok movie ni timbul persoalan utama, apa yang bestnya hidup dengan sistem AI? Bagus untuk Lana sebab AI suka dia, bantu memudahkan kerja dia tapi bila merajuk dengan Lana terus menyusahkan orang lain. Lif tak nak berfungsi lah, access card tak boleh pakai, PC pun tak boleh on. Risiko terlampau tinggi untuk hidup dengan AI. Tambah pula bila mudah sangat untuk digodam. Tu belum sembang hal privasi. Macam mana Netflix boleh beli movie ni sedangkan Netflix yang terbitkan series terkenal, Black Mirror?


Anyway, movie AI Love You ni sama macam movie Dilwale (2014) bila bertindak sebagai reunion platform tapi tak titikberatkan pada penceritaan. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.8/10

Movie Review | Phantom Detective (2016)


Director : Jo Sung-hee
Writer : Jo Sung-hee
Cast : Lee Je-hoon, Kim Sung-kyun, Park Geun-Hyung, Go Ara, Roh Jeong-Eui, Kim Ha-Na
Production Company : Bidangil Pictures
Distributor : CJ Entertainment, Netflix
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 4 May 2016 (South Korea)
Trailer :


Berlatarkan suasana 80-an, penyiasat Hong Gil-Dong (Lee Je-Hoon) mencari lelaki tua buta sebelah matanya bernama Kim Byeong-Duk (Park Geun-Hyung). Ada dendam yang perlu dilunaskan selepas 20 tahun dia mencari pembunuh ibunya. 

Pencariannya tak lama namun malangnya Byeong-duk diculik dan tinggalkan dua orang cucu di rumah. Gil-dong buat keputusan untuk bawa kedua-dua Dong-i (Roh Jeong-Eui) dan Man-sul (Kim Ha-Na) bersama supaya senang untuk dia ugut lelaki tua tersebut. 


Sangkanya kerja dia akan jadi lebih mudah sebab dia cuma perlukan masa hanya satu jam sahaja untuk menjejak di mana Byeong-duk tapi banyak strateginya gagal gara-gara mereka berdua. Gil-dong kemudiannya berjumpa dengan Kang Sung-Il (Kim Sung-Kyun) yang tahu identiti dan kisah silam dia sedangkan itu kali pertama mereka berdua bertemu mata. 

‘If you make it out of here alive, ask yourself. Where the old man is. And who you really are.’ – Kang Sul-Il


Phantom Detective yang ditulis dan diarahkan oleh Jo Sung-hee ni diinspirasikan dari kisah dongeng terkenal di Korea Selatan - “The Story of Hong Gil-dong”. Hong Gil-dong seakan sama dengan Robin Hood di mana dia akan mencuri dari si kaya korup dan agihkan harta tersebut kepada orang miskin. 

“I wanted to create a Korean version of an idiosyncratic hero, like James Bond,” - Jo Sung-hee

Watak utama Phantom Detective mungkin mempunyai nama yang sama dengan kisah dongeng tersebut tapi karakternya lebih kepada Sherlock Holmes. Dah nama pun detektif kan. Kebanyakan masanya dia menggunakan monolog untuk semua tebakan atau teori mengenai kes tersebut sebab dia bergerak solo walaupun dana dia datang dari Presiden Hwang (Go Ara). 


Misteri kisah silam Hong Gil-dong dan Kim Byeong-Duk hanya sub-plot yang dijadikan sebagai penghubung antara beberapa watak namun misteri terbesar adalah organisasi rahsia yang diuruskan oleh Kang Sung-Il. Organisasi ni agak besar juga sebab ramai menteri, pegawai atasan dan beberapa orang penting terlibat. Ada rencana mereka tersendiri dan motif penculikan Kim Byeong-Duk juga dijelaskan pada second half. Kesemua misteri ni yang buatkan kita rasa nak tahu jawapannya dan semuanya hanya dijelaskan pada hujung cerita. 

Penceritaan Phantom Detective pada first half agak laju sebab watak Gil-dong juga bergerak laju dan minda dia aktif berfikir itu dan ini. Bila masuk second half dah mula perlahan dan sarat dengan emosi sama ada dari Gil-dong mahupun kedua orang cucu Kim Byeong-Duk. Kim Ha-Na comel sebagai Man-sul yang petah bercakap walaupun dia dipaparkan sebagai comot kerana hidup dalam keluarga yang daif. 


Sinematografi dari Byun Bong-sun banyak bergantung pada VFX dan ada kalanya gagal buatkan kampung tersebut nampak hidup. Boleh nampak lah kebanyakan babak dalam movie Phantom Detective hanya dilakonkan dalam set. Movie ni lebih kurang sama vibe dengan movie Detective Byomkesh Bakshy! (2015) tapi sentuhan Dibakar lebih menarik berbanding movie Korea. Mungkin sebab guna actual location di Kolkata. 


Nevertheless, I still enjoy layan movie yang bertemakan penyiasatan dan kagum dengan kebolehan Gil-dong menyelesaikan semua misteri. Plot twist movie ni pun tak dijangka sampai kita persoalkan balik di mana titik permulaan yang sebenarnya. Action stunt dipaparkan dengan kemas dan tangkas. Director just add another reason to love Hong Gil-Dong from scenes to scenes. 

Movie terbitan Bidangil Pictures selayaknya dapat sekuel atau prekuel sebab organisasi tersebut masih belum dibongkar sepenuhnya dan Gil-dong masih lagi mempunyai musuh. Curious juga nak tahu siapa Presiden Hwang dan macam mana Gil-dong boleh bekerja dengan dia padahal masing-masing ada love-hate relationship. 


Nama Lee Je-hoon pun tengah naik sekarang gara-gara franchise drama Taxi Driver (2021) jadi tak salah kalau hidupkan balik karakter Hong Gil-Dong yang bijak ni. Boleh lah Je-hoon pegang imej antihero yang kacak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Drama Review | Girl From Nowhere (2018)

Director : Pairach Khumwan, Sitisiri Mongkholsiri, Apiwat Supateerapong, T-Thawat Taifayongvichit, Jatuphong Rungrueangdechaphat, Varayu Rukskul, Chai-A-Nan Soijumpa

Writer : Kongdej Jaturanrasamee, Aticha Tanthanawigrai, Tinnapat Banyatpiyapoj

Cast :  Chicha Amatayakul, Thanavate Siriwattanagul, Poompat Iam-Samang, Nutchapan Paramacharoenroj, Ratchnon Wasurat, Pajaree Nantarat, Thitinan Khlangphet 

Production Company : GMM Grammy (2018), SOUR, Jungka Bangkok, BRAVO! Studios (2021-present), GMM Studios (2021-present)

Distributor : GMM 25 (2018), Netflix

Genre : Thriller / Mystery / Horror / Fantasy / Teen drama

Running Episodes : 22 episodes (1 hour per episode)

Release Date : 8 August 2018 

Trailer : 


Drama Girl from Nowhere mengisahkan tentang Nanno (Chicha Amatayakul) yang muncul di sebuah sekolah pada pertengahan semester. Kehadiran dia mesti menarik perhatian ramai pelajar di sekolah tersebut sama ada kerana kecantikannya ataupun kerana kehadiran dia pada pertengahan semester. Jarang pelajar berpindah sekolah pada pertengahan tahun melainkan ada sesuatu buruk terjadi. 

Kehadiran Nanno pula lebih kepada mencetuskan kontroversi atau menghasut mangsa untuk balas dendam atau provok individu tersebut melakukan sesuatu. Nanno agak misteri sebab kita tak tahu latar belakang dia bila watak Nanno tak pernah bercerita tentang keluarga ataupun kawan lama. Macam mana dia boleh datang ke sekolah tersebut pun tak ada siapa yang tahu. 

Yang pastinya Nanno bukan manusia kerana dia dah berkali-kali meninggal dunia lepas dibunuh oleh Hok (Poompat Iam-Samang) dan rakan-rakannya. Hantu juga bukan sebab semua orang tahu kewujudan dia. Boleh jadi dia adalah anak kepada Satan which I know it’s absolutely ridiculous but nothing is impossible. Chicha Amatayakul mantap sebagai Nanno. 

Dalam drama ni boleh nampak lah yang pelajar selalu bertindak di luar batasan dan berfikiran pendek sebab tu lah senang sangat Nanno nak provok ataupun cetuskan kemusnahan di mana-mana sekolah yang dia pergi. Sama juga dengan watak dewasa dalam drama ni tapi tak semua yang jadi mangsa Nanno. Yang buat jahat je lah selalunya menggelupur macam dalam Episod 1 bila Cikgu Win (Thanavate Siriwattanagul) yang guna profesion dan fizikal dia untuk mencabul pelajar. 

Kenapa drama ni diklasifikasikan sebagai seram? Semua sebab Nanno yang pandai menghasut dan memanipulasi keadaan. Ada masa dia boleh jadi kawan yang baik tapi setiap masa dia akan datang dengan agenda dia tersendiri. Meremang bila tengok dalam saat genting dia boleh gelak macam orang gila. 


Sepanjang drama ni ditayangkan sebanyak 22 episod, memang tak nampak apa matlamat Nanno ataupun faedah yang dia dapat dari semua tindakan dia. Dekat episod-episod awal nampak Nanno cakap dia cuma nak berkawan sebab dia sunyi tapi dalam episod 8 – Lost and Found, Nanno tikam belakang TK (Ekawat Niratvorapanya) kemudiannya Nanno berpindah ke sekolah baru dan tinggalkan watak TK di episod 8 sahaja. Masa tu dah mula malas nak layan drama ni sebab tak faham apa dia nak. Nak happy dengan kewujudan Nanno pun macam tak boleh sangat sebab dia bukannya baik sangat. 

Setiap episod diarahkan oleh pengarah yang berbeza tapi kesemuanya bersepakat menggunakan template dan konsep yang sama. Tak banyak beza pun hasil sentuhan masing-masing pada setiap episod. Suasana seram dan lighting agak malap juga kelam banyak digunakan dalam drama terbitan GMM Grammy ni. Kecuali untuk episod 11 - "The Rank" bila sekolah tersebut menggunakan beauty ranking untuk bagi keistimewaan pada 10 pelajar teratas. Set dan props lebih comel dan pinkish untuk hidupkan suasana feminine.

Drama Girl From Nowhere ni tak sesuai untuk tontonan semua sebab babak-babak keganasan yang melampau dipaparkan dalam beberapa episod. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi ekstreme jugak lah tindakan diorang ni. So another question comes up to my concern, who is the actual target audience for this drama? Untuk entertainment, drama Girl from Nowhere datang dengan idea yang segar dan unik. Satira yang diadun juga memberi impak tersendiri. Watch it at your own risk. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10