Bahaya Guna Smart Control Countdown Timer Switch Pada Desktop

Wednesday, 17 November 2021

Tajuk mengundang kan sebab produk ni pun mengundang juga. Kalau ada yang bertanya Smart Control Countdown Timer Switch ni apa, Countdown Timer ni digunakan untuk kawal penggunaan alat elektronik and for my case, beli untuk kawal computer dekat office. 


Tujuan beli ni sebab sebelum ni most of us bekerja dari rumah saja sebab percentage pekerja yang boleh ada di pejabat pun 2 orang sahaja sehari. Bila ada yang bekerja dari rumah, computer utama tak boleh tutup sebab ada file sharing untuk semua dokumen. 

Untuk jimat elektrik, beli lah countdown timer ni supaya malam boleh shutdown sendiri sebab rata-rata yang bekerja dari rumah tu habis bekerja dalam pukul 9 atau 10 malam. Nak set memang senang, tak ada masalah pun sebab plug in dekat soket lepastu set tutup pukul berapa. 

Yang jadi masalahnya bila the next day turn on desktop, keluar beberapa error macamni. 


CMOS Setting Wrong selalu akan terjadi bila arus elektrik mati secara tiba-tiba and that's what countdown timer did. Tapi kalau ikutkan agak bodoh jugak lah keputusan untuk guna countdown timer sebab dia cut off terus bukan tutup secara normal. Daripada guna timer ni baik tutup je ye dak? Takde isu bazir elektrik dan bazir duit beli benda merepek. Dah pesan jangan guna timer ni pun degil jugak yihhh geram betul. Bila dah jadi masalah macam ni mula lah nak bising ugghhh 

Lunch di IKEA Damansara

Dah lama tak pergi IKEA sejak PKP ni. Bila dah ada cuti tapi tak tahu nak buat apa, rasa gedik nak jalan-jalan dan lunch dekat sana. Bestnya pergi IKEA ni sebab dapat inspirasi bila tengok showroom dia. Jalan sikit ambil gambar sebab showroom dia sentiasa berubah. 

Memandangkan kitorang pergi masa musim perayaan Krismas, dekorasi dekat IKEA pun kebanyakannya berwarna merah. Cantik sangat tengok deko dekat pintu masuk utama IKEA Damansara. 


My thought that day mungkin tak ramai orang sebab hari Jumaat, hari bekerja rupanya bila sampai dekat IKEA pun dah penuh orang beratur nak lunch dekat situ. Since kitorang dah breakfast dengan nasi lemak so kitorang jalan-jalan dekat showroom cari inspirasi dulu. Mungkin masa tu tengah lunch hour sebab tu ramai. Tunggu dalam sejam lebih surut lah kot. 

Habis tengok showroom dalam pukul 2.30 pun masih ramai lagi orang dan kebanyakannya bawa anak so diorang pun bercuti macam I jugak :(

Alang-alang dah datang redah je lah kan, takkan nak balik pulak. Sebelum masuk restoran tu kena ambil nombor giliran dekat guard. Walaupun beratur depan belakang tapi dapat number jauh nau beza dia. Sementara tengah panjang barisan tu cukup lah masa untuk decide nak makan apa. 


Sebelum masuk barisan tu ambil troli untuk letak tray putih IKEA nanti. Kalau tak makan banyak pun better ambik je ye dak, senang nak jaga jarak 1 meter dengan orang lain. 


Dekat area tu penuh dengan monitor tunjuk semua menu available masa tu. Nasi beriani peha kambing nampak macam sedap tapi perut tak nak makan nasi dah. Nak meatball katanya. 




Lepas ambil tray, ambil gelas untuk air kordial, cawan untuk kopi ataupun teh. Both RM2 dan boleh ulang isi semula secara percuma. Dekat bahagian atas tu bijak betul IKEA letak coklat bar sebab bosan tunggu turn tiba-tiba tangan capai coklat satu bar. Hmmmm 


Gerak depan sikit jumpa kaunter desserts. Masa tu ada raspberry cheesecake, almond cake, cheesecake dengan chocolate cake. Semua nampak bosan kecuali raspberry cheesecake haaaa gittewww padahal tak pernah try pun flavor raspberry. Kebanyakannya RM9 sepotong which for me murah sikit lah dari luar dan saiz sepotong pun cukup untuk seorang. Tapi kalau selera besar, ambik lah dua. This opinion is invalid for you heeee. Lajak depan sikit ada kaunter salad tapi kitorang pandang sebelah mata je lah hihu


Dah sampai ke kaunter utama, terus order meatball 16pcs dengan kepak ayam goreng sebagai menu utama. Tambah kentang goreng jugak sebab tamak. Ayam goreng tu ada dua pilihan sama ada original ataupun sos BBQ. Masa order tu kena cakap terus nak yang mana. Kalau nak sos biasa - sos cili, sos tomato atau mustard ada dekat bahagian luar disediakan. 


Dekat kaunter ni pula ada muffin, lasagna ayam dengan sosej. Nak ambik muffin macam dah banyak sangat for desserts. So I gerak depan sikit untuk mushroom soup. Sedap kot makan mushroom soup dengan kepak ayam goreng. Dah settle dekat situ terus pergi kaunter bayaran. Senang dekat sini sebab boleh pakai wang tunai ataupun kad debit. 


Dah settle bayar boleh isi air dekat kaunter minuman. Dekat sini ada sachet gula dengan krimer disediakan. Air buah dia ada raspberry yang tak tahu lah sedap ke tidak sudahnya kitorang ambil air cola sebab cola adalah pilihan selamat. Bak kata DK, ayam goreng jadi sedap bila minum dengan air cola. 



Happy betul dapat makan meatball IKEA lepas dah lama terperuk dekat rumah gara-gara PKP. Lepas ni mungkin akan terperuk lagi sebab ada gelombang entah keberapa. Lama jugak lah kitorang stay makan dekat sini, relaks sembang hal kerja, discuss pasal deko rumah lepas dapat idea dari showroom. 

Lepak lama pun tetap tak mampu nak habiskan semua makanan. Even fries dia pun potong besar jugak so kitorang beli 2 paper box untuk tapau. 1 box satu hengget je tapi macam over pulak beli dua sebab satu pun dah cukup. Dah settle makan letak troli dekat tempat dia balik then keluar pergi jalan tempat lain pulak. Selesai satu craving, alhamdulillah :)

Movie Review | Saawariya (2007)

Tuesday, 16 November 2021

Director : Sanjay Leela Bhansali

Writer : Prakash Kapadia, Vibhu Puri 

Cast : Ranbir Kapoor, Sonam Kapoor, Rani Mukherjee, Salman Khan, Zohra Sehgal

Production Company : Columbia Pictures, SPE Films India, SLB Films

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 138 minutes

Release Date : 9 November 2007

Trailer:


Diadaptasikan dari novel White Nights karya penulisan Fyodor Dostoyevski, Saawariya mengisahkan tentang kisah cinta antara Raj (Ranbir Kapoor) dan Sakina (Sonam Kapoor) yang diceritakan melalui seorang pelacur bernama Gulab (Rani Mukherjee).

Pertama kali Raj datang ke kawasan tersebut, dia sapa mesra Gulab tanpa prejudis tentang status sebagai seorang pelacur ataupun kawan-kawan Gulab yang lain. Sebab tu Gulab bagitahu Raj yang Lillian (Zohra Sehgal) ada bilik kosong di rumahnya. Tapi dengan syarat, Lillian cuma benarkan bilik tersebut kepada orang yang dia suka. 

Tak susah pun untuk Lillian buka hati dia untuk Raj sebab karakter yang ceria dan persona Raj mengingatkan dia pada anak tunggal lelaki yang menghilang selepas masuk tentera. Malam tersebut Raj terjumpa Sakina di jambatan kecil kemudian jatuh cinta pandang pertama. 

Lepas beberapa kali berjumpa dan berkawan, Sakina bagitahu dia menunggu Imaan (Salman Khan) datang untuk bawa dia keluar dari tempat tu. Raj tahu Sakina cuma reka cerita sebab mustahil sangat untuk orang jatuh cinta tanpa kenal peribadi seseorang. Ironinya, Raj juga begitu. 

Pace movie Sawaariya ni slow sangat tanpa cerita yang menarik ataupun dialog yang kuat dari mana-mana watak. Tak pasti lah sebab pelakon utama baru debut jadi tak boleh letak banyak dialog sebab susah nak hafal. Shooting Sawaariya ni pun banyak kali tertangguh sampai Sanjay Leela Bhansali bengang tapi disebabkan dua-duanya anak pelakon terkenal, terpaksa lah proceed juga sebab parents sendiri yang inject capital. 

Kalau movie dari SLB Films memang terkenal dengan visual yang memukau. Kalau movie Devdas dengan warna merah sebagai warna tema utama, movie Black (2005) dengan visual yang malap, Saawariya pula lebih kepada warna biru. Sinematografi dari Ravi K. Chandran berjaya serlahkan kehendak SLB dengan paparkan kecantikan Sonam Kapoor. Bukan setakat watak Raj je terpesona malah audience juga sebut Masya-Allah. Sonam bagitahu SLB suka shooting dengan Sonam sebab semua sisi nampak cantik.

‘If that girl is meant for you, then nothing on Earth can keep her from you. And if she isn't meant for you, then nothing on Earth can bring her to you. The decision isn't in your hands; it's in God's. Now we have to see how God decides to place His cross. This way or that way.’ - Lillian

Kekuatan naskhah romantik Sanjay Leela Bhansali ni adalah pada music album dari komposer Monty Sharma dengan 10 buah lagu yang dimuatkan dalam filem sebagai main soundtrack ataupun side-track. Dari dulu suka dengan lagu Jab Se Tere Naina sebab watak Raj angau dengan Sakina. Sesuai lah dengan tagline movie ni – When he first fell in love…. Lagu Chhabeela pula fun dengan suasana yang meriah sementara Saawariya pula serlahkan kecomelan Ranbir Kapoor. 

Movie ni mungkin tak kena selera dengan semua orang sebab penceritaan yang dibikin ala teater atau stage play. Mungkin lebih menarik kalau pengarah kembangkan lagi watak Imaan supaya audience rasa berbelah bahagi untuk pilih sama ada Raj ataupun Imaan. Tapi boleh jadi jugak pengarah sengaja nak usik penonton supaya kecewa macam Raj jugak bila dia dapat tahu Sakina setia dengan Imaan. Watak Gula pun boleh dikembangkan lagi ataupun banyakkan lagi scene dia dengan Raj sebab friendship diorang comel. Watak Gulab tu sendiri comel, sesuai dengan Rani. 

Walaupun I tak berapa suka dengan beberapa aspek dalam movie ni tapi Saawariya ada special place dalam hati sebagai peminat Sonam dan Ranbir since chemistry diorang not bad jugak. Movie ni tak kutip pulangan yang tinggi sebab Tarikh tayangan clash dengan movie Om Shanti Om (2007) yang lebih menarik dan santai untuk ditonton di panggung wayang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10